23 December 2010

Dr FT Boleh Ambil Tindakan Undang-Undang

Bukan saya tidak menyedari terdapat banyaknya laman dan blog yang menfitnah dan mendakwa saya yang bukan-bukan. Keluarga, sahabat handai dan beberapa pembaca saya sudah lama mengesyorkan supaya saya mengambil tindakan undang-undang. Malah peguam saya sangat berminat untuk mengemukakan saman fitnah terhadap satu dua pihak tertentu.

Hampir semua dakwaan yang mengatakan karya saya mengandungi unsur syiah bergantung pada hujah yang rapuh.

Contohnya dalam novel saya Saasatul Ibaad ada petikan pantun berikut:

Ada berempat sahabat Nabi,
Ada seorang jadi khalifah,
Abu Bakar, Omar, Osman, dan Ali,
Saidina Ali suami Fatimah.

Pihak penfitnah mendakwa saya sengaja mencipta pantun tersebut untuk mengangkat Saidina Ali kerana keimanan saya sebagai seorang syiah.


Hari ini, dalam entri ini saya ingin mengemukakan bukti bahawa pantun ini adalah pantun Melayu lama yang tidak diketahui siapa pengarangnya. Pantun di atas saya petik dari buku Kurik Kundi Merah Saga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, edisi kedua, 2005 (sila klik foto di atas jika masih tidak percaya). Di bahagian hadapan buku ini ada senarai orang tua kita yang menjadi penyumbang untuk himpunan pantun ini, silalah bertanya kepada mereka. Buku pantun ini juga diprakatai oleh Sasterawan Negara Profesor Muhammad Haji Salleh.

Nampaknya, jika ini dijadikan sandaran; DBP jauh lebih dahulu syiah daripada saya, atau kita boleh katakan, datuk nenek kita dahulu selaku pencipta pantun ini ternyata lebih percayakan Saidina Ali sebagai khalifah berbanding yang tiga sebelumnya. Apakah ini petanda bahawa umat Melayu sebenarnya syiah dan bukan ahlus sunnah wal jamaah seperti yang selalu didakwa? DBP dengan ini boleh diambil tindakan menurut fatwa lapuk JAIS.


Tuan-tuan, saya adalah seorang pengarang yang Insya-Allah teliti dan mengkaji. Saya bukan mengarang novel cinta dengan ayat-ayat mabuk kopiah-tudung. Saya mempunyai sumber rujukan untuk setiap yang saya tulis. Kerana itu kerja atau karya saya diperakukan mutu dan kualitinya di peringkat nasional mahupun internasional (sila lihat profil saya di birai kanan). Saya juga merupakan seorang ahli akademik yang melakukan banyak penyelidikan tentang hakikat alam Melayu dan Islam.

Saya masih belum berminat untuk mengambil tindakan undang-undang memandangkan saya mendapati kebanyakan penfitnah adalah anak-anak muda yang jahil atau seorang dua aktivis politik yang ingin meninggikan capaian blog mereka.

Saya ingin mengingatkan kepada blogger dan pihak yang menfitnah, saya boleh mengambil tindakan undang-undang sekiranya saya mahu. Keluarga, dan sahabat rapat telah memberi lampu hijau. Jawapan kepada istikharah saya juga sangat baik. Hanya, saya seorang ilmuan dan bukan kaki sensasi.


Pun begitu, saya ingin mengingatkan penfitnah-penfitnah di luar sana supaya tidak meneruskan kegemaran tidak bertanggungjawab mereka itu sebelum kesabaran saya berakhir.

* Jika anda terserempak dengan forum, blog, laman yang membuat dakwaan kosong terhadap saya, sila salin dan tampal entri ini di blog tersebut. Jika anda terserempak dengan video atau ucapan yang direkodkan berunsur fitnah terhadap saya, sila emel kepada chefhisyam@gmail.com.
** Anda dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Mujtahid-mujtahid wahabi dipersilakan mengundi, boleh tekan punat banyak kali jika mahu.

54 comments:

Peri PiA said...

betul,sebab jahil

InsyAllah

Annabilah said...

Malaysia ni memang unik sekali,

Karya berkonsepkan 'atheism', the "God Delusion" tidak dikecoh2kan kesesatannya.

Karya magis khayalan, "Harry Potter", "Twillight' dan yg sekufu dengannya, dipopularkan.

Bukankah ini juga secara 'halus' menyelit anasir2 'syirik'?

Banyak juga ketemu buku2 bertunjangkan sekular, dan cinta duniawi. Sudah pasti secara halus men'cucuk' wabak tidak sihat di kalangan masyarakat.

Aneh, aneh, sungguh aneh.

Adilla Harun said...

Salam!

Saya percaya kata-kata Dr. Segala pembelaan diri yang Dr. buat wajar sekali. Pertahankan maruah diri dan keluarga seandainya itu jalan mutakhir. Langkah tidak melayan mereka yang cuba mencari silap juga saya puji.

Saya yang asalnya melayari laman web Dr hanya kerana ingin lebih tahu tentang karya-karya penulisan Dr, akhirnya bertemu dengan isu yang Dr. ketengahkan. Saya ambil ia sebagai suatu kebetulan dan ada hikmah dan ilmunya di situ. Saya mengambil yang saya tahu ada baiknya.

Ya, saya harap Dr. terus sabar, tabah dan berkeyakinan tinggi dengan sandaran pada yang Maha Kuasa. Membawa gelaran yang Dr. capai hari ini, saya menumpang bangga (sebagai muslim dan Melayu). Saya suka dengan ketelitian yang Dr persembahkan dalam karya-karya Dr. Ketelitian yang jujur itu akan membela Dr. Insyaallah!!

محمد زهراوي said...

mujtahid wahabi.LOL

Haris Hauzah said...

Dr,

Sekian lama Dr. bersabar, kebenaran hampir tiba. Kemenangan yang hak itu hampir sampai. Kami dokong apa jua usaha Dr. walaupun Dr. pernah merasa keseorangan sewaktu di fitnah teruk suatu ketika dulu.

Sabar dengan kemenangan Haq yang hampir sampai dan jangan terpedaya dengan mereka-mereka yang Dr. gelarkan kaki sensasi ini.

Kami sahabat-sahabat yang mendokong.

wardah munirah said...

Assalamualaikum, Dr.

Berat sekali tentangan yang Dr. hadapi. Semoga beroleh ketenangan dan ketabahan. Yang menganggap Dr. syiah, barangkali hanya ikut-ikutan sedang mereka sendiri tidak faham konsep syiah yang sebenar dan apa-apa pula penerangan Dr. terhadap ketidakfahaman mereka itu tidak mereka ambil peduli kerana lebih gemar memberi justifikasi ikut-ikutan dan suka hati. Saya juga pernah hanya mendengar saja kata-kata puak seperti itu sehingga menjarakkan saya dengan karya-karya Dr. Namun, apabila saya mula menguliti karya-karya Dr. saya bertanya kepada diri sendiri "Apakah yang sesat dalam karya ini seperti yang digembar-gemburkan?" Malah, saya mendapat manfaat dan pencerahan yang lebih nyata.

Akhir kalam, terima kasih atas perjuangan dan ketekalan untuk terus bertahan dalam menghadapi dugaan ini. Semoga Dr. dan keluarga beroleh reda Ilahi dan tidak akan putus semangat.

Terima kasih daun keladi.

MBP 2587 said...

Daripada Surat Pembaca oleh Abu Bakar Abdullah

Syiah: Keliru fatwa Jakim

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29965:syiah-keliru-fatwa-jakim&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46

Siberkop said...

Assalamualaikum,

kadangkala bukan pertuduhan Dr seorang syiah yg saya gusarkan tetapi jika blogger2 yg seperti penuduh ini bertambah ramai, ia menjadikan sukar utk kita menyatukan umat Islam seluruhnya.

Kasihan kepada blogger2 tersebut, harap2 mereka dpt hidayah utk melihat sesuatu yg lebih baik utk umat di dalam penulisan mereka.

alien said...

zaman sekarang ni ramai yg suka mencari kesilapan orng lain tanpa mempeduli dan membetulkan diri dia sendiri

moga tabah en. Faisal
dugaan

abu turab said...

peduli la puak2 tu, sambutan krismas ni kita bole nampak sapa sesat. hidup Islam .. tak kirala syiah ke sunni.

naduta said...

menumpang glamour terhadap isu yang sedang hangat diperkatakan, mahu menjadi hero dalam padang sendiri.Yang benar tetap benar, Insyaallah Dr FT dilindungi daripada sebarang gosip sempit 'mereka' =)

Muhammad said...

Sy sarankan Dr. FT saman ja mereka yg semakin merapu nie...

MATAHARI said...

mereka hanya tahu mengadili orang lain tanpa memperhalusi keadaan, tindakan dengan sewajarnya.


keep on writing, dr.

Mohamadazhan hjDesa said...

relaks bro, teruskan menulis, dalam perjuangan ada onak duri nya.

penjejak.mimpi said...

Salam.

Muge tabah hadapi segalenye...

red said...

Salam Dr...

Tak sangka gambar yang saya edit, digunapakai oleh saudara azli shukri.. mungkin saya terlepas pandang... Hehehe

Akma Azlin said...

Sy walaupun cetek ilmunya, naluri sy kuat mengatakan Dr tidak salah.
Semoga Dr teruskan perjuangan Dr.
Insyallah akan Dr temu jalan yg terang usai dr segala kekusutan ini.

azlinzzain.blogspot.com

Hafiz said...

Salam, mereka memang suka mencari salah orang, sedangkan diri sendiri seperti tidak punya salah langsung. Saya di sini menyokong sepenuhnya DR. FAISAL TEHRANI. Moga terus diberikan ketabahan hati dan tetap pada jalan kebenaran... Kerna kebenaran itu satu dan kebenaran itu adalah hakiki.

sha said...

Salam, FT go on...

merah_s said...

Saman jangan tak saman hehehee.. Tapi sebaiknya cubalah hindarkan budaya saman menyaman ni.. banyak lagi cara lain yg boleh dipraktikkan..

asyMok_Aambo said...

Sebab itulah Faisal....
bagi saya apa juga usaha untuk Mencari Titik Perdamaian kami dengan Encik Khusrin & the Gang akan Menemui Jalan BUNTU...
Lihatlah Tajuk-tajuk Entri Pendita Azli Shukri tu.... ada Satu berbunyi
kurang lebih TUTUP PINTU KE NERAKA yang dinisbahkan kepada KAMI...

Sedih sebenarnya sebab Mereka ini tidak ada beza dengan kami
MENGAKU TIADA TUHAN... HANYALAH ALLAH SWT
MUHAMMAD SAW PESURUH NYA....

Namun Mereka Memilih JALAN PROVOKASI!

Untuk lebih menyelamatkan Keadaan, Bagi Saya Biarlah LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA.

Pada Pandangan Saya, PENDEKAR FAISAL Tidak Perlu Layan Mereka waima Tindakan Undang-undang Buat masa Sekarang. ITU PANDANGAN PERIBADI saya.

Saudara Faisal usah Risau...
Bilangan KAMI Yang Sedikit ini akan MEMBERI SEDAYA UPAYA DOKONGAN agar Proses Pemahaman RAKYAT MALAYSIA akan Berjalan Lancar. Percayalah Faisal... Majoriti Rakyat Malaysia Sudah Nak Faham Apa Itu AMANAH dan TANGGUNG JAWAB... Biarlah Proses ini Berjalan Lancar... Yang Penting KAMI akan cuba Sedaya UPAYA Tunjuk AKHLAK yang Baik...

Kerana..
GOLONGAN MEREKA SUDAH TAK MAKAN OLEH HUJJAH.
MEREKA CUBA MENUTUP MATA HATI MEREKA.

behlul said...

assalamualaikum..

kadang-kadang kita lupa bahawa ada orang yang lebih pandai dari kita..
kita lupa kita ada tuhan .. dan kita juga lupa kita terlupakan kuasa tuhan.. maka kita bercakap seolah kita yang betul dan pihak lain yang salah..

setiap bicara orang yang cakap kita perlu lihat adakah ia satu perkara yang disampaikan cara cincai atau dengan ilmiah.. oleh kerana kita bukan akedemi maka kita nak cakap merapu.. kajilah sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan..

FT.. setuju sangat ambit tindakan.. masa itu dorang fikir samada nak cakap merapu lagi ada perlu ada fakta..

mohd ihsam zainuddin said...

saya bangga dengan nenek moyang kita yang dahulu mengenali syiah dari kita.. sebab itulah unsur2 kekuatan dan kesihatan sering kali disandarkan kpd saidina ali dan saiyyidah fatimah.contohnya: tongkat ali disandarkan kpd saidina ali yg memang digeruni oleh setiap pahlawan kafir quraisy pada masa itu. malahan kacip fatimah menjadi pegangan sumber kesihatan wanita2 melayu dari dulu..kenapa org melayu dulu tidak menamakannya tongkat abu bakar,omar mahu pun osman? begitu juga tidak ada dinamakan kacip aishah oleh org2 melayu pada masa dulu.. hatta dlm perbidanan pun saya diberitahu mereka membaca doa yg menyebut nama zainab dan fatimah setiap kali rawatan mengurut dilakukan.. saya mengharapkan sangat agar dr ft dapat membuat kajian tentang hubungan saidina ali dan saiyidah fatimah dlm alam perubatan melayu sejak dari dulu..

fulisiakantora said...

Assalamulaikum, saman la jgn tak saman... kalau zaman nabi ada undang2 yahudi ni pun Rasulullah SAW akan saman kapir2 quraisy, yahudi2 lakanatullah, musyrikin, kafirin, & 'malaunnin'. Nabi SAW jugak akan saman org2 yg lontar najis, yg cemuh, yg fitnah, yg tuduh baginda gila, yg tuduh baginda sesat, guna sihir, mengarut, pemuja syaitan & sebagainya. Tuan dr., 'kalau takut jatuh basikal, jgn naik!' Baru kene ujian yg ciput ni dah nak mengalah ke?? Rasulullah SAW contoh ikutan kita bukannya yahudi. Tapi kalau tuan nak saman juga, samanlah... itu hak tuan. Tapi kalau ada org tuduh aku syiah ke, wahabbi ke, atheist ke, lantak diorang la sebab aku adalah aku, hanya aku & tuhan aku yg tahu. Takbir!!!

Dr Faisal Tehrani said...

Terima kasih fulisia

Saya suka dengan semangat saudara. siap bertakbir2 begitu. bergegar dah tulang punggung zionis yahudi dengan takbir kita umat Islam ni.

zaman Nabi dulu memang tak ada saman2 ni.

Baginda guna mubahalah.

itu pun sunnah nabi juga. elok juga dicuba.

hairilsahar said...

salam tuan...
saya bukanlah seorang yg berlatarbelakangkan sekolah agama pondok mahupun rakyat... sekadar sekolah biasa, aliran sains
tp saya tahu bhw saya benar2 'berkehendakkan Allah' & amat2 berkehendakkan kebenaran kerana secara logik akalnya kebenaran tidak boleh disangkal oleh sesuatu yg bertentangan, iaitu dusta
maka dengan kalimah 'ihdinassiratalmustaqiim' yg benar2 saya tekankan dalam solat sejak lebih 10thn lalu alhamdulillah telah menemukan saya dgn jln yg betul2 lurus & tidak boleh disangkal dgn kata2 nista & dusta
wallahua'lam
masih ramai yg ragu dgn apa yg dipaut namun terus bersuara mengikut teori sendiri & kata hati, bukannya dalil yg dah tentu amat jelas
nampaknya tuan, ego manusia2 ni terlalu tebal agaknya
maaf kerana mencelah dgn luahan yg ntahapahapa
salam ke atas Rasulullah, keluarga & para syuhada di Karbala
laknat Allah ke atas mereka yg zalim
solawat

Dr Faisal Tehrani said...

hairilsahar

saya hormati pendirian saudara menjadi syiah. begitulah sepatutnya, kita umat Islam saling menghormati.

Dr Faisal Tehrani said...

asymok mambo

saya tidak ada kata-kata yang baik untuk mereka yang memilih untuk mengkafirkan 500 juta umat Islam.

saya percaya mereka yang mengkafirkan orang akan dibayar cash di dunia ini.

hairilsahar said...

salam tuan,
hehe... saya petik kata2 Hamka, pengarang terkenal Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, kata2 nun di atas blog tuan... "saya bukanlah syiah, tapi amat mencintai Hussain........"
ni plk kata2 saya: "mari mengenal apa itu Peristiwa Karbala, apa itu hari Asyura (dan buburnya) & apakah syahidnya Al-Hussain di Karbala tiada terbela...?"
tuan. teruslah perjuangkan kebenaran. titisan peluh dek perjuangan hari ini telah ditakdirkan
segalanya terbentang di depan mata. cuma yg buruk2 tu semuanya dari manusia.
salam.....

SpaWnY said...

Salam Dr. FT!
Allahumma solli 'ala Muhammad wa aali Muhammad.

Saya xder ape nak komen sebenarnya sebab orang2 yang pro blog Dr. dah tolong komenkan untuk saya..hehe..

Tapi, ada satu perkara yang saya nak/perlu ucapkan disini, iaitu, TERIMA KASIH kerana 'suara' dari blog Dr. telah membuka banyak akal orang-orang yang mahu berfikir (terutama dari kalangan kawan2 saya). Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin.

Kami (Syi'ah) bukan mahukan perpecahan, kami mahukan kesatuan dan kesefahaman antara satu sama lain (kecuali dari puak2 WAHABI). Semoga hidup Dr. sekeluarga & sahabat2 lain dilimpahi Rahmat-NYA. Insya Allah.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa aali Muhammad.

(Pada puak2 WAHAHIHI, udah2 ler tu, sok kat padang mahsyar kita nak kena soal TUHAN, bukan kita soal sesama sendiri. Jangan sampai tergadai bijak pandai korang WAHAHIHI.)

Dyat said...

Salam Dr.
Dr. tak ke pesta buku anak-anak di PWTC?

Cadang saya jangan saman. Aman-aman.
Kita ikut sunnah, balas baik. Hidangkan ketupat cinta.

zf_zamir said...

isk..mana pula perginya entri mamat azli tuh..dah hilang..takut betul..aktivis apa mcm ni..

tak sempat nak baca, hahahahahahahah

isk..apa punya perangai post entri lepas tu delete balik sebab takut!

hairilsahar said...

salam encik spawny
kekadang tertanya tidak cukupkah dgn fatwa Mahmud Syaltut? tidak memadaikah Amman Message 2004? mgkin kerana kedua-dua di atas tidak diwar-warkan secukupnya di media. seolah-olah ada 'hidden hand' yg mengawal pewartaannya. yg juga menghadkan keindahan kesatuan ummah... masih belum cukup tinggikah fatwa & deklarasi di atas? apa yg mereka nak sebenarnya ni? aku pun jd x paham la. mgkin SECT diorg tak termasuk dalam deklarasi Amman Message kot.......

PENAMPAN said...

saya fikir Dr. perlu teruskan saman. Bukan untuk lepas geram, tapi sebagai pemberitahuan kepada semua, perbuatan ada akibat.

fulisiakantora said...

Assalamualaikum dr., sahabat2 yg lain dah mengambil pendekatan berselawat, tapi disebabkan selawat ni pun ada bermacam2 jenis, ada yg syiahnya, ada yg wahabbinya, ada yg ahli sunnahnya, rasul melayu punya selawat pun ada...hu hu. Jadi, aku mengambil pendekatan BERTAKBIR adalah utk menyatukan sahabat2 dlm blog ini sbb tak kira apa pun mazhab kau, bila org seru takbir... kita sahut, ALLAHUAKBAR!!

fulisiakantora said...

Sikit lagi dr., kes tuan ni agak unik. Tuan mengatakan tuan bukan syiah tapi tindakan tuan mencerminkan seorang syiah. Bila org menuduh tuan syiah, tuan menidakkan padahal syiah tuan lebih syiah dari syiah2. Kenapa tuan nak melatah diatas tuduhan ke atas tuan ini? Adakah jika org melabelkan tuan syiah membuatkan tuan susah? Tidakkah fahaman syiah ini tuan angkat semulia2 fahaman, sepatutnya tuan berasa BANGGA ataupun sekadar tersenyum sipu org menggelarkan sesuatu yg baik terhadap tuan. Contoh, kalau ada org tuduh aku main bola mcm RONALDO, mestilah aku rasa bangga padahal tuduhan itu tak betul pun. Tapi aku akan bertindak jika org kutuk aku KAKI BANGKU padahal aku takde la teruk sgt bermain bola. Soalan aku, tuan meletakkan syiah ini sbg RONALDO ataupun KAKI BANGKU?? A'kum... takbir!!

muadzmuhammad said...

"nama eng Bahlut...Bahlut takkan mengalah begitu sahaja."

:)

salam Dr.FT perhatikan dahulu blog2 fitnah.sampai masa...
sampai Masa Dr 'parenheg' lah utk menuntut bela demi wacana ilmiah maya ini.

salam..

asyMok_Aambo said...

'I GET IT PENDEKAR FAISAL!'

Jauh di Lubuk Hatiku....
aku SEPENDAPAT dengan Saudara;

"saya percaya mereka yang mengkafirkan orang akan dibayar cash di dunia ini."
(memetik komen awak di atas)

Sebab tu lah kalau aku balik kampung, saya selalu menasihati Ahli Keluarga saya kat sana...

Untuk pengetahuan Pendekar Faisal,
ahli keluarga saya adalah PAS TEGAR.
Hingga Tindakan saya MENGAHWINI anak dara Sabah (orang kampung Shafie Apdal) HAMPIR membuang saya dari Hubungan Keluarga.
Perkataan KAxxR Pernah Keluar.
Syukur tuhan beri Kekuatan...
Slow-slow ambo cuba 'penetrate'
Hasil KEYAKINAN dan KEPERCAYAAN kepada ilahi...
Hari ini BERLAKU PUSINGAN 360 DARJAH.
PAS hari ini MENUJU PAS SEBENAR.
ambo SYUKUR.

Jadi, Tika ini saya YAKIN dan PERCAYA juga...
Sunni Malaysia akan berubah!
Pendekar Faisal...
Orang-orang seperti Khusrin, Azli, Daud Che Ngah, Harun Taib, Hassan Din dan yang seangkatan dengannya adalah orang-orang lama yang Pemikiran mereka tidak MEWAKILI Majoriti Rakyat Malaysia.
Biarkanlah Orang-orang lama ini.

Majoriti Rakyat Malaysia adalah Golongan DIAM tapi ada KUASA UNDI.
Majoriti Rakyat Malaysia MENGHARGAI orang-orang Seperti FAISAL TEHRANI, ASRI, RIDHUAN TEE, KHOO KAY KIM, RAGUNATH KASAVAN DAN PROF. AZIZ BARI.

Jadi, pada pendapat saya
FAISAL tak usah risau, TERUSKAN KEBERANIAN darah kepahlawanan FAISAL.

Dan juga Pendekar Faisal....
pada firasat saya, MEMANG FAISAL BOLEH AJA MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG
namun...
TIDAK PERLU BUAT MASA INI.

Terima Kasih FAISAL TEHRANI.

Norziati Mohd Rosman said...

Pantun tersebut lantas mengukuhkan teori kedatangan Islam di nusantara dibawa oleh para pedagang bermazhab syiah. Teori yang ditutup dan dibolak balikkan sehingga kini

hellmy said...

Wali Songo itu adalah keturunan ahlulbait.

Berikut ini beberapa orang Wali Songo yang termasuk dalam ahlulbait :

* Maulana Malik Ibrahim
* Maulana Rahmatullah (Sunan Ampel)
* Maulana Makhdum Ibrahim (Sunan Bonang)
* Maulana Syarifuddin Hasyim (Sunan Drajat)
* Raden Paku (Sunan Giri)
* Syarif Hidayatullah (Sunan Gunung Jati)

Sebagai contoh, salasilah dari Maulana Malik Ibrahim adalah sebagai berikut : Maulana Malik Ibrahim ibni Barokat Zainul-Alam ibni Jamaluddin Al-Hussein (Sayyid Hussein Jamadil Kubra) ibni Ahmad Syah Jalal ibni Abdullah ibni Abdul Malik ibnu Alawi Amal Al Faqih ibni Muhammad Shahib Mirbath ibni Ali Khali’ Qasam ibni Alawi ibni Muhammad ibni Alawi ibni Ubaidillah ibni Ahmad Muhajirulah ibni Isa Al Rumi ibni Muhammad Naqib ibni Ali al Uraidhi ibni Jaafar Sadiq ibni Muhammad Al Baqir ibni Ali Zainal Abidin ibni Al Hussein ibni Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah SAW.

Selain sebagai Wali Songo yang menyebarkan agama Islam, peranan ahlulbait adalah di pemerintahan kesultanan. Berikut ini adalah kesultanan Islam Indonesia yang pernah berada di tangan ahlulbait Rasulullah SAW:

* Kesultanan Aceh
* Kesultanan Deli
* Kesultanan Palembang
* Kesultanan Bintoro Demak
* Kesultanan Cirebon
* Kesultanan Banten
* Kesultanan Pontianak
* Kesultanan Ternate
* Sunan Pakubuwono di Surakarta

Peranan ahlulbait di Kesultanan Filipina :

* Kesultanan Sulu (sekarang di Filipina)
* Kesultanan Mindanao/Maguindanao

Peranan ahlulbait di Kesultanan Melayu :

* Kesultanan Brunei
* Raja-raja Perlis (Semenanjung Malaysia)
* Raja Kelantan, Patani dan Champa
* Negeri Sembilan
* Kesultanan Johor-Pahang
* Kesultanan Terengganu
* Raja-raja Riau
* Kesultanan Selangor
* Kesultanan Perak
* Kesultanan Kedah

Kalau kita perhatikan, sebenarnya banyak ahlulbait yang ada di nusantara, baik sebagai ulama' seperti Wali Songo, sebagai penguasa kesultanan, mahupun sebagai orang biasa.

Banyaknya keturunan Rasulullah SAW di daerah nusantara ini sejalan dengan hadis berikut : "Kami ahlulbait telah Allah SWT pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku kelak sehingga datangnya suatu kaum dari sebelah timur yang membawa bersama mereka panji-panji hitam …".

Dari hadis ini, ada kesempatan bagi kawasan Melayu ini sebagai awal kebangkitan Islam kedua, di tengah keadaan dunia yang sudah sangat rosak hari ini. Adanya ahlulbait yang berperanan di nusantara nampaknya bukanlah sesuatu yang kebetulan!

Putra Rman said...

Assalamualaikum...harap Dr. Faisal boleh rujuk di pautan ini http://drmaza.com/home/?p=1306

Dr Faisal Tehrani said...

fulisia

Saya pun tak tahu nak layan saudara macam mana. Saya kata A, saudara kata B, kalau saya mengeyakan B saudara pusing balik ikut A.

fulisia, kes saya ini memang unik. saya akui. pengarang memang ramai orang kata kami ini esentrik!

muhammad said...

salamualaika saudara FT, saya telah mengikuti blog ini telah lama, penulisan saudara FT berkenaan muafakatan Sunni-Syiah ad baiknya...
saya juga meminati karya2 FT dan telah memiliki buku2 FT seperti Saasatul Ibaad,1515, dan Tuhan Manusia. Buku Karbala masih tidak dapat dicari...susah sebenarnya nak mmencari buku FT di toko2 buku...
saya berlapang dada mengenai isu syiah ini...maksud saya apa yg benar disisi Islam kita ambil dan salah kita jauhkan...disini saya ad persoalan berkaitan seorang tokoh syiah yg dikatakan telah menjadi sunni iaitu Dr. Sayid Husain Al-Musawi Al-Husaini...yg telah mengarang sebuah kitab yg berjudul 'KEPADA ALLAH…
SETERUSNYA TERHADAP SEJARAH'...
saya bukanlah seorang yg berilmu mengenai ini dan kurang akses terhadap perkara2 ini..saya masih membaca dan meneliti karya ini dan saya harapkan sausdara FT dapat membuat komentar mengenai Dr. Sayid Husain Al-Musawi Al-Husaini, kerana saya tidak suka untuk menyetujui sesuatu perkara sebelum pendapat pihak yg lain memberi komentar dan maklum balas mengenai sesuatu perkara...salamualaik...

Annabilah said...

"No one is compelled to accept the truth, but it is certainly a shame upon the human intellect when a man is not even interested in finding out what the truth is."

"A FOOL's mind is at d mercy of his tongue, and a WISE man's tongue is under d control of his mind."

"Aku melihat air menjadi rosak, kerana diam tertahan. Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, akan keruh menggenang." (Imam Syafi'ie)

Dan kebanyakan orang itu, lebih gemar dengan dunia mereka sendiri, hidup dalam andaian, merasa jaguh dengan andaian mereka. Apatah lagi 'jaguh' di alam maya. Taip sahaja butir kata yg nampak 'power'...ehehe~

p/s: bagaimana ye metodologi orang yang menafsir seseorang itu 'lebih syiah dari syiah?'. =_='

RS said...

Dr.Faisal bersabar lah ye.mereka-mreka ini mungkin tidak belajar.mereka perlu lebih belajar mengenai apa itu syiah.jenis-jenis syiah.dan yang paling penting.kita tidak boleh mengatakan syiah itu kafir.itu yg saya belajar.kerana mereka juga mempunyai tauhid yg sama.

Zuljanah said...

Salam Tuan,

InshaAllah tuan berada di pihak yang benar.
Cumanya, pendapat sayalah, sebelum mengambil apa-apa tindakan di dalam apa jua hal yg serius, eloklah kita beristikharah dahulu, just to be on the safe side. InshaAllah (apa yg saya alami sendiri) sebarang keputusan yg diambil tidak akan mengecewakan.

"...Pengetahuan Tuhan kami meliputi akan tiap-tiap sesuatu. Kepada Allah jualah kami bertawakal. Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim". (Surah Al-A'raaf, Ayat 89)

Wasallam

Dr Faisal Tehrani said...

muhammad
saya akan jawab bila tiba masanya. sekarang ini ramai yang tidak rasional. saya jawab A, jadi B, saya jawab B, mereka pusing jadi A.
Bila masanya kena saya akan jawab. Insya-Allah.

dee-lia said...

salam Dr,

boleh Dr. Faisal tulis pula tentang layanan terhadap puak minoriti sunni di negara-negara syiah. saya rasa ramai ingin tahu, saya salah seorang daripada mereka.

Dr Faisal Tehrani said...

dee-lia

You 'seem' expert, tell us!

ali said...

Sunni world welcomes Leader’s fatwa
Tehran Times Political Desk

TEHRAN - A number of Sunni figures have hailed the fatwa recently issued by Supreme Leader of the Islamic Revolution Seyyed Ali Khamenei that prohibits insulting the companions of Prophet Muhammad (S) and his wives.



In a statement issued on Sunday, Ahmad al-Tayyib, the chancellor of Al-Azhar University of Islamic Sciences, said Ayatollah Khamenei’s fatwa (religious edict) was prudent and timely and would help ram the door shut to fitna (creating divisions among Muslims).

“I received the blessed fatwa with appreciation,” he added.

Such insults have always been a source of controversy and disputes between Shia and Sunni Muslims and prevented them from forging a robust unity against common enemies, the Press TV correspondent in Cairo quoted him as saying.

Ayatollah Khamenei’s fatwa was issued after Kuwaiti Shia cleric Yasser Al-Habib insulted Aisha, a wife of Prophet Muhammad (S). The Kuwaiti cabinet voted this week to revoke his citizenship.

The leader of Jordan’s Muslim Brotherhood, Hammam Saeed, also praised the fatwa, describing it as a significant step to prevent “religious fitna” and maintain unity among Muslims, Al Jazeera reported.

In addition, on October 3, participants at the Fourth International Conference of Proximity Amongst Islamic Schools of Thought hailed the fatwa issued by Ayatollah Khamenei, according to the Khabar Online website.

A number of Arabic language newspapers, such as Al-Hayat, Al-Watan, Al-Shorouq, and Al-Rai Al-Aam, have also expressed appreciation for the fatwa.

The Western media have not given the fatwa wide coverage, but the Egyptian people and the North African country's media outlets have welcomed the brave move by the Leader of the Islamic Revolution.

Ayatollah Khamenei recently said that the Western powers are trying to widen differences between Sunnis and Shias in order to divert attention from the crisis in Palestine.

The Leader of the Islamic Republic of Iran added, ""The enemies of Islam want to create discord among Muslims. So, unity is the most important need of the Islamic world in the 21st century.”

Sumber: http://www.tehrantimes.com/Index_view.asp?code=227879

Che Armad said...

"saling menghormati lebih baik dari saling bertengkar..."

Semoga Allah S.W.T sentiasa merahmati perjalanan hidup mu Dr. Faisal Tehrani....

Aminnn...

Lee Zha said...

terus terang saya katakan, sebab ni saya malas nak baca blog2 unsur taksub politik. kalau baca pun lebih banyak 'pendapat' penulis. jarang yang ada bukti yang kukuh.

Mohd Yusof said...

Assalamualaikum Dr. Mohd Faizal Musa. Mohon Dr. dapat membantu saya untuk berkongsi ilmu supaya lebih jelas mengenai maklumat di portal e-fatwa (JAKIM) yang menyiarkan tentang fatwa terhadap ajaran syiah. Saya andaikan artikel dalam portal tersebut tidak lengkap dan tidak menyeluruh kerana tidak berupaya menghilangkan kekeliruan saya terhadap isu syiah ini. Maklumat dari portal tersebut digunakan oleh beberapa blogger sebagai pautan untuk isu syiah ini dan menambahkan kekeliruan dan kecelaruan hati saya. Apa pendapat Dr. tentang e-fatwa tersebut dan tokoh-tokoh masyarakat (politik dan agama) yang bernada keras terhadap isu Syiah yang bermula setelah serbuan di Gombak yang lalu?. ‘Komen Dr dalam salah satu artikel Dr. berkaitan tajuk Syiah yang dipetik dari surah Al Kaafiruun ayat keenam amat amat menggerunkan’ saya. Parah sungguh kita umat Islam sekarang. Mohon Dr. yang dirahmati Allah sudi menjawab untuk membantu saya.
Terima kasih.

zari said...

sekarang ni org melayu bukan setakat berpecah kerana politik sahaja. Tapi juga kerana mazhab. Damn you pulopor shiah.