SETELAH Sehari Dalam Perang, Safari Gilgit, Perempuan Anggerik, dan Kekasih Sam Po Bo, kini saya tampilkan pula kumpulan cerpen saya yang kelima ini. Himpunan cerita-cerita dalam kumpulan cerpen ini saya kira jauh lebih matang, hidup imaginasinya, tajam kritikan, sarat gurau, sendat wacana, provokatif, bakal mengundang ‘resah’ dan saya hadirkan dari pengalaman yang panjang. Saya tidak pernah menyangka akan menempuh tahun keduapuluh penulisan. Kumpulan cerpen ini seperti satu keajaiban buat diri saya. Kerana satu masa dahulu, berkarya hanyalah satu projek peribadi untuk mengumpul wang saku supaya tidak menyusahkan ibu dan bapa.
Bulan Penuh di Saigon, juga cerpen Dangai Pau dan Maruku adalah rupa karya yang mengalas cerita untuk menghilangkan haus sebentar pembaca. Teguklah ia sebagai air putih yang wajar buat membasahkan tekak.
Kegawatan, cerpen panjang yang saya tulis hampir duapuluh tahun lalu menunjukkan cita-cita besar saya sebagai seorang pengarang. Ia mungkin tidak mewakili saya hari ini tetapi ia merupakan satu dokumen penting mengenai cara pandang saya terhadap dunia ketika masih remaja. Satu penyataan memberontak di alam universiti yang membuatkan saya termenung lama memikirkan; bahawa saya telah mengembara di rantau falsafah dengan cara yang penuh liku.
Demikian jugalah cerpen Setelah Diciptakan Adam, saya sekadar mahu membetulkan kekeruhan fikiran segelintir masyarakat, bahawa kononnya dengan memilih Islam kita akan kembali ke belakang sejauh tiga ratus tahun. Saya teringat apabila seorang lelaki datang menemui Imam Khomeini, pendiri Revolusi Islam Iran, sambil berkata; ‘Engkau telah membawa Iran mengundur ke belakang sejauh tiga ratus tahun.’ Almarhum Imam dalam senyumnya hanya membalas, ‘Bahkan aku ingin membawanya mengundur sejauh 1400 tahun ke zaman Rasulullah SAW dan Amirul Mukminin!’ Demikian, kisah Setelah Diciptakan Adam adalah kisah yang mengundur ke belakang, untuk memahami kisah benar kejadian wanita yang sering disalahertikan oleh peradaban barat.
Tiga Kali Seminggu dan Hajah Abidah saya tulis untuk mencuba apa yang dinamakan oleh penyelia PhD saya, Profesor Ungku Maimunah sebagai ‘pilihan epistemik’. Untuk pembaca yang menanti sensasi mereka tentu dilanda debaran. Menerusi kedua-dua cerpen ini, selain ingin berlucu, saya ingin membuktikan bahawa menulis sebuah karya dengan pendekatan gagasan Persuratan Baru kelolaan Mohd Affandi Hassan; tidak bermaksud karya kita akan menjadi kering, bosan, dan mengabaikan cerita. Berbeza dengan Manifesto Mergastua, Cinta Medeni, Latar, dan Anti Plot, ketiga-tiganya sengaja saya tampilkan dengan gaya ilmiah, sesuai untuk mereka yang gemarkan ‘inti lebih’ berbanding ‘tepung salut yang nipis’. Bahawa, ada dua cara untuk berkarya menurut gagasan tersebut. Saya sekadar ingin menjawab pengkritik gagasan Persuratan Baru (dengan cara praktisnya) bahawa gagasan tersebut tidak bermaksud mengancam cerita. Ia hanya mahu mengutamakan ilmu. Nah, bukankah itu yang ingin kita pengarang kongsikan dengan pembaca? Latar, Tiga Kali Seminggu, Anti Plot, Cinta Medeni dan Manifesto Mergastua adalah kekuatan saya yang sebenar selaku graduan syariah politik dari Universiti Malaya. Saya ingin mengenengahkan karya yang tidak melibatkan ‘cinta kopiah dan tudung’, atau cinta murahan yang disulam tasbih dan ayat-ayat al-Quran. Saya ingin membawa pembaca saya ke dunia sebenar agama kita, Islam, yang wahyu pertama kepada Rasulullah SAW menuntut supaya umatnya menjadi umat yang pandai bukan umat yang hanyut berleka dengan khayalan dan emosi. Cerpen Hajah Abidah dan Cinta Medeni saya tulis ketika menunaikan haji beberapa tahun lalu sementara cerpen Latar saya lakarkan ketika mengembara mencari kebenaran di Iran saat menulis doktorat saya. AntiPlot saya tulis ketika berada di Bangladesh merantau. Cerpen-cerpen di atas adalah rupa karya yang mengalas ilmu dan wacana untuk mengenyangkan pembaca buat satu masa yang lama. Cuma, penilaian dan takrif ilmu menurut saya sedikit berbeza daripada Mohd Affandi Hassan dan teman-temannya.
Karya Perlak Emak dan Muhammad Ulul Albab saya karang untuk memenuhi kepuasan, untuk memberi dalil bahawa bangsa Melayu bukanlah satu bangsa yang tidak ada tamadun tetapi memiliki kehalusan seni yang menakjubkan, khususnya apabila ia melibatkan kehidupan harian. Bahawa apabila orang Melayu ingin mengungkap peradaban, ia dilakukan dengan cukup luar biasa, sambil menghantar makna yang mendalam. Siapa sangka pada seni bina dan seni taman Melayu mengandungi maksud besar yang melibatkan Islam, rohani, kosmologi, bangsa,dan pemikiran yang luhur lagi rukun.
Ramai yang menyukai cerpen Muthupalaniappan, jika tuan-tuan membacanya sekali sudah cukup untuk menangkap humor di samping sindiran pedas yang menyengat. Untuk peminat satira, cerpen ini tentu merupakan ramuan cili dan lada yang berbara. Dan paling penting saudara boleh ketawa tatkala mengunyahnya. Cerpen Abuya Dongeng Tokoh Yang Memakan Babi adalah teguran ikhlas saya kepada pendokong gerakan Islam tanahair. Bahawa dalam politik Islam kita tidak boleh mengamalkan politik kotor ala Muawiyah dan Yazid, kita harus mengamalkan politik yang sebenar-benar Islam seperti yang ditunjukkan oleh Saidina Ali bin Abi Thalib.
Demikian himpunan yang dikemukakan dalam antologi ini. Semoga pembaca akan berbahagia mengulitinya kerana, beberapa tahun lagi saya pasti akan berubah bentuk dan bertambah kaya pengalaman lagi. Sehingga saat itu tiba, jamahlah ‘Tiga Kali Seminggu’ sepuasnya.

13 comments:
Saya fikir Tiga Kali Seminggu tu novel. Tajuk hebat...
Boleh beli buku ini dari Dr. sendiri?
Ada dijual di kedai buku?
dah lama tak dengar ungkapan "pilihan epistemik".
:-)
Kekasih Sam Po Bo, bulan penuh di saigon, setelah ciptakn adam, dan tiga kali seminggu...
mana nak dapt buku cmni? x pernah jumpa pn
Ya lah...dah banyak kedai buku biasa dan Islamik yg saya tanya... semua takde jual.
kat mana nak beli ya....
sudah ada di pasaran ka Dr? di Ujana Ilmu ada?
Salam,
Buku ini terbitan Ameen Serve. Akan berada di pasaran bila-bila masa Insya-Allah. Kalau susah juga, apa kata pesan di ujanailmu.com.my atau di laman Ameen Serve terus.
Wassalam.
so looking forward to have one!
" Bahawa dalam politik Islam kita tidak boleh mengamalkan politik kotor ala Muawiyah....."
pada perkiraan saudara Faisal Muawiyah yang bergelar sahabat itu pengamal politik kotor?,
bagaimana dengan penulisan Maulana Muhammad Asri Yusoff bertajuk Mu’awiyah Khalifah Rashid Yang Teraniaya? dan juga pendapat Prof Madya Dr.Asri Zainal Abdin di
[url=http://drmaza.multiply.com/journal/item/14/Dosa_menyelewengkan_hakikat_sejarah_dan_fakta]sini[/url]
saya sekadar ingin tahu bukan ingin berdebat bagaimana sebenarnya keadaan sahabat nabi yang seorang ini.
Sufi
Saya juga tidak ingin berdebat. Tidak ada faedahnya. Sdr bepegang dengan kedua-dua mereka. Saya berpegang dengan dalil dan rujukan sejarah yang lain, juga bersifat akademik dan neutral. Abu Ala al Maududi Khilafah wal Mulk. Jadi, jangan salah sesiapa yang berbeza. Masing-masing ada sumber sendiri. Untuk kamu agama kamu. Untuk aku agama aku. Kebenaran akan terserlah bila tiba masanya nanti; di telaga haudh.
alhamdulillah terima kasih saya lapang dada menerima jawapan balas yang sedemikian
saya sudah baca buku ini!!!!!!!
sangat2 menarik dan emosi sy bermain dalam setiap cerita..
saya nak cari lagi 4 himpunan cerpen yg tak baca lg ! =)
Post a Comment