27 December 2010

Cari Mereka Sampai Dapat!

Dalam satu laporan Malaysiakini.com, pihak berkuasa agama sebuah negeri mengatakan mereka tergamam dan "Tak sangka begitu banyak Syiah." Klik sini.

Saya ingin menasihatkan pihak berkuasa agama supaya berpijak di alam realiti. Mazhab Ja'fari adalah mazhab ketiga terbesar dalam Islam setelah mazhab Hanafi dan Syafie. Tentu fikah mereka berbeza tetapi elok juga kita mendalaminya. Saranan saya, hulurkan tangan dan berdialog dengan penganut mazhab Ja'fari di Malaysia. Apakah ruginya?

Majlis Syiah Dunia pada tahun 2008 membuat anggaran populasi Malaysia: 25.347.000. Dan populasi Syiah: 200.000. Jadi dalam: 0.8% adalah Syiah.

Ramai juga yang tergelak mengenangkan 0.8% mengeluarkan fatwa untuk menghalalkan darah lebih 99% populasi rakyat Malaysia. Ini satu kenyataan Doraemon yang dipetik oleh media cetak dan elektronik kita lalu ditokok dengan sedikit aksi stunt (lari menerusi bumbung bangunan sambil bertakbir, klik sini.)

PEW Research Center's tahun 2009, melaporkan populasi Malaysia: 27.730.000, dengan populasi Muslim: 16.581.000. Populasi orang Syiah ialah: - 331.000. Jadi sekitar: - 2%.

Saya difahamkan dalam satu pertemuan ketua kumpulan Syiah di Malaysia dengan Suhakam, mereka menegaskan bahawa Ja'fari adalah mazhab asal mereka. Ketua mereka, bernama Kamil Zuhairi Ab Aziz mengatakan:

"Sekiranya hak kebebasan beragama dan kepercayaan telah diberikan kepada minoriti yang beragama Hindu, Buddha, Kristian, Sikhisme atau lain-lain agama, mengapa kami dicaci, dihina, difitnah dan kini diugut semata-mata kerana mengamalkan kepercayaan kami turun-temurun sejak nenek moyang kami, iaitu Mazhab Ahlul Bait atau Syiah Imamiah yang dianuti lebih 200 hingga 500 juta umat Islam seluruh dunia."

Syiah Malaysia juga menegaskan mereka mempunyai 'jatidiri yang khusus' yang tidak boleh disamakan dengan orang Syiah di negara lain yang tentu sahaja memiliki budaya dan adat tersendiri (saya fikir beliau merujuk kepada Syiah Pakistan dan India yang memukul badan sampai berdarah).

Klik sumber Malaysiakini di sini. Tonton sidang akhbar dalam video ini:

Baca juga kenyataan Kamil di sini.

Jika dakwaan mereka benar, yang mana tentu didokongi dengan macam-macam bukti akademik serta warisan sejarah; maka kita tidak boleh memaksa fahaman kita sahaja untuk mereka.

Jika kita paksa juga, maka apa bezanya kita dengan Nazisme? Sementelahan ada teori mengatakan syiah ini pengasasnya Yahudi.

Sekali lagi, jika dakwaan mereka benar, maka saya kira, mulai saat ini masyarakat Syiah Malaysia akan menjadi tumpuan tenaga akademik alam Melayu. Tentu banyak kajian akan muncul untuk memerhati dan menekuni dakwaan mereka. Ustaz Kamil Zuhairi pun dalam laporan Malaysiakini ada mengatakan 'tiada dialog dan kajian yang tersusun daripada sarjana berhubung fahaman itu'.

Apakah benar ada Syiah Melayu turun temurun? Sebagai pengkaji hakikat ketamadunan alam Melayu, saya fikir dakwaan mereka berasas. Kerana lihat sahaja pantun yang terkandung dalam Kurik Kundi Merah Saga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, edisi kedua, 2005. Pantun ini pada saya memuatkan doktrin Syiah yang amat jelas bersulam karya persuratan Melayu yang didaktik sifatnya. Harus diingatkan orang Melayu lama menjadikan pantun sebagai medium pendidikan dan pengajaran untuk generasi muda. Akan tetapi pantun sudah tidak dianggap bergaya lagi, maka ajaran orang tua memudar. Dan hilang perlahan-lahan. Namun, mungkinkah ada segolongan dari orang Melayu yang mempertahankan 'jati diri mereka' walau apa pun terjadi? Jumlah mereka mungkin tidak ramai, kurang dari satu persen, barangkali.

Kita mesti berdialog dengan mereka, sarjana dan ahli akademik mesti turun padang 'memburu' mereka. Mereka ini adalah 'our lost society' sekian lama. Mereka adalah khazanah tradisional kita yang wajar diarkibkan. Mereka adalah pintu misteri, pintu ilmu dahulu kala. Kalau kita membaca Kitab Kashf al-Ghaibiyyah oleh seorang ulama terkenal dunia Melayu, al Allamah as Syeikh Zain al-‘Abidin al-Fatani rh kita akan mendapati adanya tersenarai nama-nama Imam dua belas dari mazhab Syiah Imamiyyah. Kitab ini masih terjual di kedai-kedai buku agama Jalan TAR, Kuala Lumpur.

Cuba baca pantun ini:

Ada berempat sahabat Nabi,
Ada seorang jadi khalifah,
Abu Bakar, Omar, Osman, dan Ali,
Saidina Ali suami Fatimah.

Keyakinan Ali sebagai pengganti Rasulullah saw hanya diimani oleh masyarakat Syiah. Saya pernah berdebat dengan seorang Syiah Melayu. Kata beliau, sunni percayakan manusia berhak melantik pengganti Rasulullah saw. Akan tetapi syiah percayakan hanya Allah sahaja berhak melantik pengganti Rasulullah saw. Siapakah yang berhak melantik pengganti Nabi Muhammad saw jika begitu? Syiah percaya lantikan Allah, sunni percayakan lantikan manusia.

Pantun tadi juga menunjukkan alam Melayu kita memang menyimpan rahsia yang luar biasa luasnya. Tindakan pencabulan hak asasi minoriti Syiah pada 9 Muharam 1432H lalu telah memburaikan segala-gala rahsia yang terempang selama ini. Saya benar-benar tidak menyangka begini caranya. Mereka cuba diaibkan pada majlis tahlil Saidina Husin. Dan Saidina Husin memberi isyarat yang menaikkan bulu roma. Jumlah Syiah yang ditahan di Gombak itu ialah 72 orang kanak-kanak (ini juga jumlah pengikut Saidina Husin di Karbala), dan 128 dewasa (128 adalah kod angka untuk nama Saidina Husin dalam ilmu numerikal Islam).

Penyerahan memorandum Syiah Malaysia ke Suhakam menunjukkan mereka tidak takut. Mereka yakin mereka benar. Dan mereka mahu hak-hak mereka diiktiraf. Jika benar mereka ini ingin menghalalkan darah sunni, tidak mungkin mereka keluar dengan selamba dan berada di bawah spotlight seperti selebriti.

Tidak ramai tentunya pengkaji yang ingin masuk ke alam tabu dan kelabu. Akan tetapi saya beroleh 'doktor' dengan penat lelah yang tidak terhitungkan. Maka izinkan saya sebagai pengkaji dan sarjana untuk melakukan tugas yang tidak diingini orang ini. Saya - Dr Faisal Tehrani - sebagai pengkaji persuratan Melayu berikrar akan 'memburu' dan 'menyiasati' mereka ke lubang-lubangnya. Insya-Allah kita akan dapat membongkar kekuatan sebenar bangsa Melayu-Islam satu masa dahulu untuk kebaikan masa depan. Itu telah pun saya lakukan dalam Manikam Kalbu, Bedar Sukma Bisu, Tuhan Manusia dan Saasatul Ibaad. Mungkin ada yang akan berpandangan serong, atau saya mungkin 'tertangkap', akan tetapi kerja pengkaji memang melawan arah mata angin.

Mohd Khusrin Munawi mungkin telah (akan) mendapat keuntungan dengan dilantik sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor. Akan tetapi beliau telah membuka keuntungan yang lebih besar seluas semesta alam - serbuan itu telah memburaikan rahsia alam Melayu beratus tahun lamanya. Oleh kerana itu, Demi Masa! Saya dapat katakan ada pihak yang memang mengalami khusr meski tampak menang di umum. Sedang yang kerugian di mata umum, sebenar-benarnya mengalami keuntungan dan laba besar. Dan berdasarkan kod 'Demi Masa' itu, apakah mungkin mereka adalah kumpulan 'orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.'

Sebagai pengkaji yang ada sifat advencer, saya tidak sabar untuk mencari mereka. Saya akan cari mereka sampai dapat.

** Anda dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Boleh tekan punat banyak kali jika mahu.

59 comments:

lalok said...

dapatkan yg original..sementara stok masih ada..

Mohamadazhan hjDesa said...

da naik muak baca...perjuangan yang tiada arah..

hairilsahar said...

salam...
saudara FT, ingin saya share...
1. sewaktu di sekolah rendah lebih 23-24thn lalu, ustaz saya pernah memberitahu "Imam Mahdi akan muncul di akhir zaman... & beliau berasal dari susur galur Rasulullah yg lurus & bersih dr dosa..." kita pun hangguk... sekarang baru terpikir (ust aku tu syiah jgk kot...?)
2. zmn tu juga saya pernah menonton drama Arab di rtm1 (petang, kul 4 rasanya - RTM beb, RTM...!!!) episod yg memperincikan surah AlAhzab:33. ada situsai di mana Rasulullah mengisytiharkan Ali, Fatimah, Hassan & Hussain sbg Ahlul Bayt.(tanpa imej & kelibat manusia, hanya kain umpama gebar/serban, kilauan cahaya & suara - skrip) masih ingat sehingga kini. & yg aku heran mcmana bole 'terlepas' episod tu... seronok layan drama arab time tu. ada subtitle BM. zmn tu zaman gaban & kesatria baja hitam.
3. teringat sewaktu Allahyarham Ayatollah Khomeini mengisytiharkan ganjaran sejumlah wang utk sesiapa yg bjaya membunuh Salman Rushdie, pengarang the satanic verses, midnight children dll yg menghina Rasulullah. yg aku heran gak, sebhg besar umat islam & para ulama menyokong fatwa golongan yg dikatakan 'sesat' ni.......
4. dlm thn 88-90 rasanya ada tangkapan yg dibuat ke atas pengikut syiah malaysia yg dikatakan telah bernikah secara muta'ah...
5. akhirnya 10thn kemudian saya menerima signal & jawapan yg merungkaikan persoalan2 di atas & 10thn selanjutnya berlaku pula titik hitam tempoh hari........

Dr Faisal Tehrani said...

Laaa
Ingatkan semua pemantau bercuti hujung tahun sempena menyambut kelahiran Isa a.s, rupa-rupanya ada pemantau yang bekerja lebih masa.

ainulMardhiah said...

ermmm...rasanya baru tadi terjumpa dengan buku kurik kundi merah saga tu kat library...betul-betul sebelah buku hikayat hang tuah yang dibaca dgn kawn tadi...macam mane blh x prasan td...

"..Saidina Hussin memang ditakdirkan Allah untuk menjadi seorang yang agung di kalangan umat Islam. Semenjak kecil, beliau menunjukkan contoh-contoh akhlak yang terpuji sebagai mewarisi sifat-sifat ayah dan datuknya. Semenjak kecil juga, beliau telah menunjukkan sifat berani sebagaimana ayahnya juga.."

semoga kita mewarisi akhlak yang trpuji & keberaniannya dalam menegakkan kebenaran.

Haris Hauzah said...

Salam Dr.

Teruskan... usaha Dr. pasti akan didukung.

Walau ada yang memantau, walau ada yang muak, namun tentu ada manafaat untuk ummat.

Pemantau overtime ? kena kerja lebih kuat(ada bos baru)...

Solawat

hidayati said...

pejuang Islam x pernah bercuti

hairilsahar said...

(sila baca dlm nada lakonan/ketakutan sbb takut saudara asymok tersalah paham & ingat aku musuh...)
"melihatkan voting results rasa seram sejuk pulak sbb graf yg PRO tuan lg banyak dr graf yg AGAINST tuan. ni mmg bahaya saudara FT... gamaknya ni ke tanda perjuangan saudara makin tiada arah...? bukan ke bilangan syiah sikit je. apsal graf tinggi sgt ek? ke diorg klik bnyk kali...? ke ramai sunni yg dah pro syiah?"
solawat.......

Adilla Harun said...

Beberapa hari lalu ada terlihat kelibat Datuk.... di TV.. Tak sudah-sudah mengulang-ngulangkan kata kesesatan dsbnya perihal isu Syiah ni. Saya lihat sahaja. Walau di hati sudah hilang rasa pada kata-kata yang diucapkan.

Apa sahaja usaha Dr. demi perjuangan Dr., Allah Maha Memahami dan Dr. pasti beralasan yang kukuh. Arah perjuangan yang melawan arus pasti sukar. Namun itulah disebut 'berjuang'.

Supaya lebih ramai yang faham asas perjuangan Dr. Semoga Allah melindungi Dr.dari sebarang keburukan. Mereka yang memantau, mungkin takut pada bayang-bayang sendiri. Bak kata-kata yang saya baca dalam blog Aqil tu. Takut pada sesuatu pembaharuan, penentangan dan perbezaan.(Jika tak silap).

Adilla Harun said...

Beberapa hari lalu ada terlihat kelibat Datuk.... di TV.. Tak sudah-sudah mengulang-ngulangkan kata kesesatan dsbnya perihal isu Syiah ni. Saya lihat sahaja. Walau di hati sudah hilang rasa pada kata-kata yang diucapkan.

Apa sahaja usaha Dr. demi perjuangan Dr., Allah Maha Memahami dan Dr. pasti beralasan yang kukuh. Arah perjuangan yang melawan arus pasti sukar. Namun itulah disebut 'berjuang'.

Supaya lebih ramai yang faham asas perjuangan Dr. Semoga Allah melindungi Dr.dari sebarang keburukan. Mereka yang memantau, mungkin takut pada bayang-bayang sendiri. Bak kata-kata yang saya baca dalam blog Aqil tu. Takut pada sesuatu pembaharuan, penentangan dan perbezaan.(Jika tak silap).

Faizal said...

Dulu saya pernah terbaca, Profesor Ungku Aziz ada mengkaji pantun-pantun Melayu. Dalam satu kenyataan, beliau menyatakan orang MElayu memiliki daya pengamatan yang luar biasa sehingga dapat menghasilkan bait-bait pantun yang memukau.

Mungkin beliau boleh dirujuk untuk pengkajian selanjutnya.

Malaysia Post said...

salam per kenalan....sy telah link kan blog anda di blog sy...sy harap anda dap[at link kan blog sy di blog anda...sama2 lah kita berjuang...

http://malaydelima.blogspot.com/

asrar sufi said...

baru nyinggah di abna.ir & Jafaria News

zizou said...

salam..
dr....sy memang nk taw yg ini..SGT2..

(128 adalah kod angka untuk nama Saidina Husin dalam ilmu numerikal Islam)..

sy masih lg pudar2 tntang ini...boleh dr, tlg jelaskn lg x??..

thanks

fulisiakantora said...

Assalamulaikum dr., tuan selalu berhujah apsal ahli sunnah nak takut dgn puak2 syiah yg minoriti 200,000 kerat ni. Tapi bila dikenang2 balik, parti komunis kapir yg bangsat tu pun tak gunakan ideologi sembelih org Islam sebelum merampas tanah melayu. Itu sebelum, tapi bila dah ada kuasa bila dah banyak setan yg di serap masuk, masa tu la parti kapir tu tunjuk dia punya belang. Jgn ingat 200,000 kerat ni tak boleh buat negara jadi kucar kacir. Kalau dah diserapkan ideologi ketaksuban kedalam jiwa umat manusia, tak terkejut aku kalau jadi perang saudara. Aku yg tak taksub ni pun boleh jadi taksub bila berhadapan dgn puak2 yg taksub dgn fahaman pelik ni. Sudah2 la dgn mazhab propaganda nepotism ni, kembali la kpd ALLAH & RasulNya, semoga kita bersatu di jalanNya yg lurus lagi benar. -AKU TIDAK BERMAZHAB TAPI AKU CINTAKAN MUHAMMAD BIN ABDULLAH- takbir!!

asyMok_Aambo said...

betul Faisal....

Tanpa kompromi
Sunni-Syiah mengakui
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH SWT
MUHAMMAD SAW PESURUH ALLAH SWT

Namun
bila mana menyentuh KEPEMIMIPINAN
Kami YAKIN dan PERCAYA
Pemimpin adalah Insan Kamil
INSAN KAMIL adalah PILIHAN MUTLAQ ALLAH SWT

thanx faisal.

mohammadislam said...

salam atas suadara saya DR bijak faizal Al tehrani

tahniah atas penjelasan tadi


tejam cukup

ya Allah berikan kami tahun yang penuh dgn ilmu ilahi

manusia yang tunngu arahan langit

ZahraHussainy said...

"Para Dahaga Kebenaran Mula Merasai Lebatnya Ilmu Yang Haq Dari Ilahi, Mula Terentang Tali-Nya Karbala Dari Langit Ke Bumi Laut Jawi, Gegak Gempitalah Asyura Hussainah Membahang Akal-Akal Yang Tega Islam Melayu Hanya Qiblatkan Syafie"

yuu donaghue said...

di Malaysia, penindasan sahaja yang kita nampak...tiada usaha berdialog untuk pengetahuan dan toleransi mengenai kepercayaan yang berbeza..ini sangat menyedihkan

begitu juga mengenai hudud islam,disebabkan tiadanya dialog ramai orang hanya melihat "verdict" hudud itu dan bukannya "the bright side" hudud.jika adanya dialog pasti semua tahu yang hudud itu bukan mudah untuk diimplementasikan dan dilaksanakan..

pendapat saya, dialog memainkan peranan penting kesejahteraan dan sikap toleransi antara agama

ali said...

Penolong Pengarah JAIS kata:
"Kebanyakan mereka mengaku mempunyai pendidikan setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja, kata Mohamad Rais yang juga seorang ustaz."(Mereka) pelajar sekolah menengah (dua orang), penuntut institut pengajian tinggi (seorang), kakitangan kerajaan (seorangan) dan pegawai bank (seorang) manakala selebihnya bekerja sendiri dan suri rumah tangga," katanya.
Sumber:"http://www.malaysiakini.com/news/151731

Atok 90 marhalah kata:
Mohammed Khusrin berkata, lebih membimbangkan apabila pensyarah turut dikesan menjadi pengikut Syiah dan menyebarkannya kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di negara ini.
Sumber:
http://www.hmetro.com.my/articles/TatukalimahAllah/Article

Penolong kata seorang penuntut IPT ...Atuk 90 marhalah kata pensyarah.

Penolong Pengarah kata lulusan SPM (senang le nak kena tipu oleh syiah)...Atuk 90 marhalah kata pensyarah (senang le nak menipu pelajar-pelajar IPT)...
Agaknya siapa yang sebenar menipu?
atau kedua-duanya penipu atau pembuat fitnah?
Tak ingat akhirat ke?

Dr Faisal Tehrani said...

tuan-tuan yang bermazhab syiah di sini,

fulisia telah mengkafirkan tuan-tuan secara berkias. sekarang terpulang tuan2 Utk memaafkan beliau atau tidak.

Saya percaya orang yang mengkafirkan umat Islam yang lain akan mendapat bala di dunia dan azab yang pedih di akhirat.

bukan apa, saya dapat tahu orang Jafa'ri ada doa Jausyan Saghir, doa mengadu penganiayaan terhadap mereka kepada Allah, Rasulullah dan ahlul bait. itu yang saya dengar.

lalok said...

AKU TIDAK BERMAZHAB TAPI AKU CINTAKAN MUHAMMAD BIN ABDULLAH- takbir!!

tak kenal maka tak cinta..
ada cinta yg sungguh..
ada cinta kerana nama..
ada cinta kerana rasional..
ada cinta buta..
ada cinta main2..
ada cinta yg tak faham pun perasaan cinta..
ada cinta sambil2..
ada cinta yg terpaksa..
ada apa dgn cinta..
org yg tak pernah bcinta..
dia nak mudah angau sikit..
yelah..benda baru dapat..
org kata tak segak..dia dok segak tu jugak la..
org kata dia angau..dia kata hang pa ni dengki apa..
ini beza org yg pernah bercinta dan faham perasaan cinta dengan org yg jenis tak dak feel cinta..
org tak dak feel ni..
hidup pun tak tau sebab apa..
kosong..kecuali dia cuba untuk selesaikan masalah kefahaman ttg perasaan cinta tadi..
masalah org tak dak feel ni..
kalau solo gitar pun dengar tak best..tak dak feel..
baca doa pun keras..mcm baca dengan dinding..
feel tak dak..
hati tak hidup..
belajar2lah menggunakan fungsi hati..
..bila hati berbicara..

Lebai Muda said...

Kenapa perlu mencaci Saidina Abu Bakar sedangkan Rasulullah s.a.w sangat menyayangi beliau dan tidak pernah membenci beliau malahan ketika Baginda uzur, Saidina Abu bakar ditolak menjadi Imam?.

Dan kenapa sahabat-sahabat Nabi yang lain juga dicela,dilaknat,dimaki oleh PUAK-PUAK SYIAH ini dalam setiap doa mereka melainkan Saidina Ali r.anhu, kan itu dah jelas kesesatannya, (membenci orang yang Nabi s.a.w sayang, siapa kita untuk menghukum?...

Mungkin terpukau lihat pemimpin Iran tawadhuk dan hidup dengan sederhana, itu yang menyebabkan kita mengikuti mereka...itu adalah Akhlak Rasulullah s.a.w, dan semua ummat Islam harus berakhlak begitu, bukan golongan Syiah sahaja..


Rakyat Malaysia mudah terikut amalan yang tidak jelas.. Tuan, orang-orang sunni pun menyayangi Ahlul Bait, adakah tuan berpendapat puak Sunni membenci Keluarga Baginda s.a.w,,, berfikirlah dengan matang, jangan terlalu mengikut perasaan, nanti Nafsu yang jadi Tuhan, apa yang telah lepas tu kita ambil pedoman dan bersedih atas apa yang berlaku, kenapa perlu mencederakan diri, meratap dan meraung..adakah kita boleh mengubah perkara yang telah lepas?.

Apa sahaja ilmu mengenai Islam tidak boleh belajar bersendirian, belajarlah dengan Ulama' yang mengikut cara hidup Nabi Muhammad s.a.w,

Tuan Berjuanglah diatas perkara yang hak dan jelas,Ummat Muhammad s.a.w sedang menderita penyakit Iman, Ramai yang tak bersolat apatah lagi mengenal Allah, Islam hanya pada Nama.


Satu sahaja soalan saya, adakah benar Fatwa Puak Syiah " Halal bunuh Golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah ".

Moga Allah s.w.t memberkati hidup tuan, dan memberikan hidayat dan taufik kepada kita semua..

-SMALL BROTHER-

ali said...

Israel tetap tidak akan mohon maaf

BAITULMAQDIS 27 Dis. – Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman berkata, negaranya tidak akan memohon maaf kepada Turki berhubung insiden serangan komando rejim Zionis itu ke atas sebuah kapal Turki yang menyertai flotila bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza pada Mei lalu, yang menyebabkan sembilan aktivis warga Turki terbunuh.

Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1228&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_02.htm

nur_sufi07 said...

Dr Faisal,

Kalau Syiah tu, ngaku je lah Syiah. Kan senang.

Tak payahlah nak berselindung dibalik 'SIMPATI SYIAH'.

Ni bukannya zaman Jepun, manusia mudah dibohongi.

Syasya said...

Salam semua rakan pembaca, jika benarlah rahsia komuniti Syiah Melayu akan dapat dirungkai-sebab mengapa mereka ditindas & mahu dihapuskan adalah berkaitan rapat dengan hipotesis bahawa dari rumpun Melayu & komuniti mereka ini, akan bangkit Imam Mahadi ataupun tentera2 yang membantu Imam Mahadi dan Nabi Isa dalam perang terbesar akhir zaman tidak lama lagi??? Adakah mereka ini sisa-sisa dari rahim Keturah, isteri Nabi Ibrahim yang melahirkan rumpun Nusantara? Ini merupakan satu rahsia yang mengkagumkan jika dapat dibongkar! Dr Faisal, selamat mengkaji-saya cuma dpt mendoakan di dalam keterbatasan ilmu dan masa. Suka cita saya berkongsi link http://mistisfiles.blosgpot.com dan http://riwayatmelayu.blosgpot.com, semoga kebenaran akan terungkap!

zon hijua said...

tak perlu dr faisal membela syiah di malaysia..

iran yang kuat dah ada utk membela..
kedutaan US pun ada utk membela mereka

apa yang merungsingkan dr. ye shg sibuk2 akan hal syiah ini??
tumpukan kepada tarbiyah islam...k

hellmy said...

Fulisiakantora ni umpama jika kita hidup berjiran, dia ni muka tembok, suka menempel di pagar rumah jiran dia, asyik nak bercakap tentang keburukan.

Dalam erti kata lain & yang lebih pendek = kurang bijak!

Haha!

Muslim Aqil said...

Lebai Muda, berhenti berfikiran lurus. Saidina Umar juga pernah mencela Abu Hurairah (pada pemerintahannya).

Soalan saya yang pertama, kalau Syiah dihukum berdosa atas sebab mencela sahabat. Maka kenapa Umar terselamat?

Kedua, bukankah slogan ini kalau berijtihad, betul dapat 2 pahala, salah dapat 1 pahala. Maka, kalau kami Syiah salah dalam berijtihad (dari segi sejarah) sekalipun, maka, kami pun berhak dapat 1 pahala atas ijtihad kami.

Ketiga, bagi Sunni, Setiap yang berlaku telah ditetapkan Tuhan, maka, kami syiah yang mencela sahabat (yang munafik) pun anda tak boleh salahkan kami. Semua ini dah ditetapkan Tuhan. Pergi la salahkan Tuhan, buatpe salahkan kami.

Belajar lagi ya pak lebai..jangan terlalu syok berkhayalan dalam dunia fantasi anda tu.

mistis said...

Salam Dr.

"Saya pernah berdebat dengan seorang Syiah Melayu. Kata beliau, sunni percayakan manusia berhak melantik pengganti Rasulullah saw. Akan tetapi syiah percayakan hanya Allah sahaja berhak melantik pengganti Rasulullah saw. Siapakah yang berhak melantik pengganti Nabi Muhammad saw jika begitu? Syiah percaya lantikan Allah, sunni percayakan lantikan manusia"

Adakah 'pengganti' disini bermaksud Khalifah?Jika begitu boleh Dr. berikan dalil bahawa Allah s.w.t melantik para Imam bukannya Saidina Abu Bakar,Umar,Usman (Ali adalah salah seorang Imam).

Ataupun sekurang-kurangnya adakah Dr. bersetuju bahawa Saidina Abu Bakar r.a tidak berhak ke atas jawatan itu?Jika ada dalil yang jelas,mengapa sahabat utama Nabi ini buat-buat tidak tahu?Gila kuasa?

Ini penting,untuk memahamkan ahlul sunnah dan untuk mengelakkan sesetengah orang memandang serong kepada sahabat seutama Abu Bakar,Umar dan Usman.


~saudara SeIslammu

lalok said...

come on la brader and sister..
ilmiah la..ilmiah..
please hihglight the ilmiah..
not the sentiment..
understand you..
selagi tak ke ilmiah..
selagi tu la kita nak sepak terajang org..
nak ludah orang..
maki org kafir..
laknat org kafir..
bencikan org kafir..
awat..ingat ah seng..muthu..
depa semua bodo ka..
tak dak akal ka..
depa lebih bijak dari kita..
depa meniaga lebih bagus dari kita..
sebab apa?
sebab depa beriman dengan Allah ka..
tak..sebab depa guna akal untuk cari makan anak bini mereka..
depa silap buat keputusan..
depa hidup susah..
tetapi depa tetap kafir..
kecuali mereka mula menggunakan akal mereka untuk mencari apa itu tuhan..
nasib baik parent saya dah muslim..
kalau parent saya kafir..rasanya dok sembah tokong lagi saya rasanya..
sebagai manusia yg lahir dari parent muslim..kita menganut mengikut anutan parent..so tak bangga sangat la jika banding dengan mualaf..
mualaf terpaksa perah otak..bermain dengan pelbagai teori..singgah dari satu agama ke agama yg lain..
untuk cari makna tuhan yg hakiki..
sombongkan kita..
kita laknat org kafir..
sedangkan kita tak pernah ambik peduli mcm mana susahnya org kafir untuk bertemu dengan jalan ini..
sombongkan kita..
moga2 tuhan sentiasa berikan kita pengetahuan supaya kita kekal dalam laluan yg sama dengan laluan muhammad yg dicintai dengan rasa cinta melebihi cintanya kita kepada ikon2 lain..
tak pernah muhammad pesuruh Allah itu mencaci org kafir..
sebab dia rasul?
sebab dia tahu function dia cuma berdakwah..
sedangkan keimanan itu dtg dari Allah..
kesabaran dia untuk mengkualitikan teknik dakwah yg berkesan menampakkan hasil apabila dulu punya islam..tahun 2010 kita dapat merasa..
okay la..islam ni agama Allah..
mmg takkan lenyap..
agama ini akan lenyap bila tiada manusia yg sanggup suffer..
suffer dengan tekanan pemerintah..
suffer dengan tekanan keluarga..
suffer dengan tekanan masyarakat..
cuba kau fikirkan siapakah manusia yg suffer tu..
cuba kau celikkan hatimu..di mana manusia itu menghembuskan nafas yg terakhir..
cuba kau fikirkan..kenapa sanggupnya dia menghadapi tekanan sebegini..
ya..itulah cinta..kan..kan..kankan..

Dr Faisal Tehrani said...

mistis

ketua syiah Malaysia dah jawab soalan saudara semasa PC tu, tapi saya tak jumpa mana2 laporan pun tentangnya dalam media walau pun nampak ada mikrofon TV3.

cuba tengok video yang saya bekalkan dalam entri ini. video itu bukan sekadar hiasan.

behlul said...

assalamualaikum..

saya ada katakan sebelum ini, bukan semua orang boleh menerima sesuatu
yang bersifat baharu (sedangkan syiah
bukan baru).. meminta agar tua punya
blog supaya tukar momentum atau
cerita mengenai ahli sunnah.. bagi
saya untuk bukanlah permintaan yang
betul, andai itu terjadi mungkin
tuan punya blog buang tebiat atau
sudah lupa jati diri dan hilang
arah macam penulis komentar di sini..

bagi saya isu syiah-sunni adalah masalah pokok yang telah lama
tidak terungkai.. dan perlukan
perhatian dan masa bagi memahami
masalahnya.. bukan hanya bercerita
tentang khalifah atau sahabat nabi
yang dicaci atau dilaknat.. bagi
isu itu sebenarnya menjauhkan dari
mencipta perpaduan.. sedang musuh
islam mengintai peluang untuk
menjatuhkan kedua-dua sekali..
bagi mereka sunni-syiah mereka
berpaksikan agama islam sebagai
agama tunjang..

saudara sekalian usahlah kita mahu
mempertikaikan apa kehendak tuan
punya blog ini.. itu caranya dan
itu cara dia mempratikkan apa yang
beliau pelajari dengan penuh
ketelitian dan displin ilmu yang
tinggi.. kita sendiri belum tentu mahu mengupas apa yang dikupaskan
oleh beliau, andai kita tidak
menyukainya.. banyak blog lain
menyajikan menu yang kita mahukan..
usahlah ditempat ini kita jadikan
perlawanan pedang yang kita sendiri
jelak mahu melihatnya..

isu agama selalunya hangat bila
keduanya diperbicarakan.. andai
satu perkara ia dibincangkan.. ia
menjadi suam dan ketiadaan hujah
dalam merungkai banyak permasalahan
.. harusnya kita meningkah dengan
ilmu bukan dengan kemarahan yang
pernah terjadi antara mazhab..
mungkin kita lupa sejarah..
bagaimana pintu kota baghdad
dihancurkan oleh sebab kedengkian dua puak dalam islam iaitu syafie dan hanafi (saya kira FT mungkin tahu sejarah ini.)

insyallah kita akan berbual dengan
lebih santai lagi..

test ZAF said...

@zizou : http://maseeh1.tripod.com/advices7/id152.htm

ha = 8 + sin = 60 + ya = 10 + nun = 50 = total 128


@Lebai Muda
Anda boleh tonton video malaysiakini.tv akan asal usul serba ringkas berkenaan penafsiran yang berbeza merumus kepada perbezaan mazhab.

Mari kita berfikir. Memahami apa itu penafsiran. Dan menghormati apa itu perbezaan.

Qias yg digunakan (walaupun mereka tak pakai qias, tetapi bg nak memahamkan rakyat Malaysia yg kurang faham ni) mengapa agama lain spt hindu, budha, sikh, kristian, dibenarkan sedangkan mereka dihina, dicaci, blablabla...

maksudnya : bukankah dgn kristian, Islam telah berperang hebat (perang salib I & II), penjajahan eropa terhadap tanah melayu bg membalas dendam trhdp Islam (dakwah kristian trhdp Islam); namun orang Islam di Malaysia sekarang ni, boleh jer hidup aman damai tenteram selesa....

dgn kristian or agama2 lain; dah lar Tuhan tak sama, amalan2 confirm berbeza!
tetapi dgn Syiah, Tuhan sama, Nabi sama, cuma berbeza dari segi penafsiran blablabla (rujuk video tu).

so, dimanakah pemikiran intelek org2 Malaysia? sebab itulah IKIM dok canang utk memahamkan org Malaysia akan perbezaan mazhab!. Sebabnya orang Malaysia ramai pandai2 termasuklah "alim ulama".


wassalam

merah_s said...

Di sini saya suka mengulang komen seseorang yang mengatakan "Anda ni lebih Syiah dari orang2 syiah tu sendiri". Saya fikir lebih baik saja anda mengaku bahawasanya " anda itu seorang syiah!!" kan senang cerita... ;p..

Pemimpin korang konon2nya nak satukan sunni dengan syiah?? Citt! Omong kosong!!!

Kalau dah korang asyik mengata Abu Bakar dan Umar sebagai 'dua tanduk setan' sedangkan sunni menyayangi keduanya sebagaimana rasulullah menyayangi mereka, keadaan sebegini yang dikatakan akan bisa bersatu?? Ada akai ka??

Korang tetap dengan kutukan korang, manakala sunni akan tetap bersama rasulullah menyayangi kedua insan yang dikasihi itu..

biarlah si luncai terjun dengan labu2nya...

ZahraHussainy said...

Salam.... MISTIS !!

“Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mu’min, Kami biarkan ia larut dalam kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.” (QS. An-Nisa: 115)

SIAPA "ORANG-ORANG MUKMIN" ????

“Sesungguhnya wali kamu hanyalah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat dalam keadaan ruku' dan barangsiapa yang menjadikan Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman sebagai penolongnya maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang.”

SIAPA yang MENUNAIKAN ZAKAT DALAM KEADAAN RUKU' dalam ayat diatas?

dan

SIAPA yang dimaksudkan ORANG-ORANG YANG BERIMAN?

Jadi, carilah agama.. Jangan jadi PENGANUT Islam ikut-ikutan.

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

Lapangkan dada, jangan bergaduh, carilah kebenaran ISLAM MUHAMMAD SAW YANG SEBENAR dan BUKAN ISLAM YANG LAHIR SETELAH MUHAMMAD SAW WAFAT.

CARI CARI CARILAHHHH....

“Wahai orang-orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah Rasul dan ULIL AMRI DIKALANGAN KAMU.” (Qs. An Nisaa': 59)

Takkan wahyu ni turun untuk ceritakan tokoh kecil sebesar Hasan Din kot?!!

Annabilah said...

Sesetengah orang ade 'penyakit dalaman', yang selalu tak puas hati. Jom tengok ucapan Allahyarham Ahmed Deedat "Iran a Nation Reborn.", berkenaan sebilangan 'penyakit' orang2 sunni:

(lihat video)
http://www.youtube.com/watch?v=ZrPPx2Cl_p8

ini teks ucapan Ahmed Deedat:

You know it's a sickness. There are many learned men but their minds are so prejudiced. They are just looking for faults.

Another example is that the Shia brothers when they make salat, they have a piece of clay (turbah) that they do sajjdah on. And he (sunni)says

"See what they are doing here. This is shirk. They are worshipping a piece of clay."

I said, why don't you ask them why they place their foreheads on a piece of clay and learn the logic behind this?

You see, the first time I experienced this was in Washington D.C., the Iranian students there had invited me to give a lecture there at the university where they were studying in America.

At that time, it was time for Isha and we made salat. And everyone was given a piece of clay. I at the time thought it was so funny, so I put it aside and I made my salat with the Iranian students.

And after salat I wanted to know about this and I asked them. Why do you carry this clay tablet everywhere you go in your pocket. They said;

"We are supposed to do sujood on Allah's earth with our foreheads touching the earth. We say 'subhanna rabia Allah' three times with our foreheads touching the earth."

So the Shia want to actually touch the earth with their foreheads and not a manmade carpet. They want to be true to the expression of praying with the forehead actually touching Allah's earth.

You see they don't worship the clay tablet as many wrongly think. And this is always something that we Sunnis are always making fun of and mock the Shia.

But on my way out from Tehran across the plane in the aisle were two Shias and when prayer time came one of them took his clay tablet out of his pocket and, Allahu Akbar, performed salat right there on the plane in his seat, and when he finished he gave this to his neighbor and he performed salat.

And this may seem like a joke to us. Isn't it? And there were dozens of Sunnis on the plane and out of those dozens of Sunnis only one young man did the salat, and I tell you that young man wasn't me.

cinta said...

ingin mengkaji tentang Melayu? Link ini sedikit sebanyak mungkin berguna:
http://mistisfiles.blogspot.com/

rachel berry said...

salam dr..
saya sokong pejuangan dr n sy juga spt dr..sy bukan syiah ...
saya betul2 faham segali tulisan dr dan i'm looking foward for another entry..
biarlah apa yang mereka nak katakan dr...dr teruskan pejuangan dr kerana sy yakin masih ramai diluar sini memaami perjuangan dr itu.

mistis said...

Terima kasih Dr. Faisal,

Jadi kalau begitu bermaksud jawatan khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w sepatutnya dipegang oleh Saidina Ali r.a,begitu?

Saya mahu bertanya dari dalam hati Dr. Faisal sendiri,mengapa agaknya Saidina Abu Bakar r.a tidak mematuhi 'perlantikan' Saidina Ali ini?

Saya mahu tahu dari Dr Faisal sendiri selaku simpatisan Syiah dan saya anggap pakar Syiah dari kalangan umat Islam Malaysia bermazhab Sunnah wal Jamaah.Tolong jangan biarkan youtube,link internet atau ketua Syiah menjawab.Saya mahu dari hati Dr. Faisal sendiri.

:D

-Saudara SeIslammu

Raihanah said...

Salamun alaikum,

Cuma nak tambah sedikit untuk Dr. Faisal Tehran lakukan penyelidikan, katanya budaya "Boria" di Pulau Pinang dan "Dikir Barat" di Kelantan berasal dari "Peringatan Hari Asyura" pada 10 Muharram, dan jika diteliti terhadap program "Takziyeh" orang Syiah di Iran, sepertinya sama.

Satu lagi, cuba perhatikan makam (kuburan) para Sultan/Raja di Kepulauan Melayu khususnya di Malaysia, semuanya besar, tinggi dan berkubah persis seperti kuburan para Imam Syiah, kalau tak percaya sila pergi lihat dekat Masjid Sultan Sulaiman di Kelang, Selangor; negeri yang cuba tunjuk taring terhadap para Syiah. Apakah kuburan para Sultan/Raja ini mewarisi kefahaman Sunni atau Wahabi?

Saya tak fikir begitu, lu fikirlah sendiri!!!!!!

asyMok_Aambo said...

Saya petik seorang blogger...

"Satu sahaja soalan saya, adakah benar Fatwa Puak Syiah " Halal bunuh Golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah ".


Inilah Soalan yang Sentiasa di Recycle dan akan terus di Recycle dan lagi dan lagi...

Para Sunni sekalian,

KALIAN TAKUT KEPADA ALLAH SWT KE TAKUT KEPADA SYIAH???

Para Sunni sekalian,
Hari Ini Teknologi Maklumat begitu maju. Terpulang kepada kita SENDIRI! Yang penting, Kalau Nak tahu pasal Syiah... CARILAH PASAL SYIAH. Nak berjumpa Ketua Syiah Malaysia lagi lah tak ada masalah?

Lihatlah sendiri....
Khusrin Si Pemegang Amanah itu sendiri pun tidak pernah dapat beri bukti Fatwa darah Sunni halal.

Blogger-blogger sekalian...
Nyawa KUCING pun Kami Sayang!
Inikan pula...

LU PIKIRLAH SENDIRI!

hellmy said...

Lebai Muda tu dia kecewa sbb tak dapat jadi Imam Muda. Sudahnya Asyraf yang dapat hehe ;-)

Mistis ni pula dah berulang kali orang jelaskan memang terdapat perbezaan. Takkan beza boleh nak disamakan. Nampaknya dia masih belum dapat cernakan lagi maksudnya hehe

Mukminin & Mukminat, sedangkan mazhab2 AhlusSunnah pun Imam2 nya bercanggah pendapat antara 1 sama lain, inikan pula Syiah. Jadi, belajarlah terima perbezaan.

Musuh yang kita tak nampak ini sememangnya Wahabbi. Saya dah cakap dari awal. Mereka ini takkan senang duduk. Pasti mereka akan berbuat sesuatu utk pecah-belahkan umat.

Sekian.

PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF said...

Salam,
Saya ada belajar tentang ilmu abjad. Husain (Ha=8, Sin=60, Ya=10dan Nun=50). Jika dijumlahkan bersamaan 128. Begitu juga Numeric Islam (huruf abjad) bagi Bismillahirrahmanirrahim bersamaan 786. Allah bersamaan 66. Muhammad bersamaan 92. Ali bersamaan 110, dan seterusnya......

asyMok_Aambo said...

di kesempatan ini
Saya ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011 Kepada Tuan Rumah saudara Faisal Tehrani.

HANYA TUHAN YANG MAMPU MEMBALAS JASA DAN BUDI BAIK SAUDARA.

p/s: saya sekeluarga akan bercuti ke tempat orang. Andai dalam tempoh ini, saya dipanggil Balik oleh SANG PENCIPTA, saya minta 'Tuan Rumah' halalkan apa juga bentuk tulisan saya yang mengguris hati naluri saudara. 0-0 deh!

ali said...

Selalu saysa berfikir kenapalah orang-orang yang mengaku sunni tegar tidak boleh faham apa yang syiah jelaskan...kat mana ek silapnya...

Dr Faisal Tehrani said...

Mistis,

Saya bukan pakar syiah. saudara boleh mencari Kamil Zuhairi ini kalau mahu bertanya. Sarang mereka di Taman Sri Gombak khabarnya. Dah jadi muka depan Utusan pun. jadi semua orang sudah tahu. Saudara takut ya nak jumpa dia?

Siapalah saya nak jawab soalan2 saudara yang berbunyi:

1. Jadi kalau begitu bermaksud jawatan khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w sepatutnya dipegang oleh Saidina Ali r.a,begitu?

2. Saya mahu bertanya dari dalam hati Dr. Faisal sendiri,mengapa agaknya Saidina Abu Bakar r.a tidak mematuhi 'perlantikan' Saidina Ali ini?

JAWAPAN: Dengan ikhlas hati jawapan saya ialah, sila lah baca sendiri Nahjul Balaghah dan dengar sendiri apa kata hati Saidina Ali.

Wassalam

hellmy said...

Saya tak akan tunduk desakan pengikut Syiah, kata Pengarah Jais

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
December 28, 2010

KUALA LUMPUR, 28 Dis — Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Khusrin Munawi bertegas tidak akan memohon maaf kepada 200 pengikut ajaran Syiah yang ditangkap agensi kerajaan itu dua minggu lalu.

Ini kerana menurut Khusrin, pihaknya mempunyai bukti kukuh bahawa kumpulan itu yang ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Seri Gombak, Batu Caves, Selangor pada 15 Disember lalu menyeleweng daripada ajaran Islam yang berlandaskan Ahli Sunah Waljamaah.

“Kita dah ikut kumpulan itu dua tahun, kita sudah ada bukti mengatakan mereka menyeleweng daripada ajaran Islam.

“Jadi saya tidak akan minta maaf, buat apa nak minta maaf kepada orang yang kita tangkap.

“Kalau berkumpul biasa tiada masalah tapi kalau sudah berkumpul untuk menyebarkan ajaran ini (Syiah) ia memang salah. Sebab itu kita ambil tindakan segera, nanti kalau biar lama-lama jadi makin teruk lagi,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Sehubungan itu Khusrin mencabar kumpulan ajaran Syiah itu untuk membawa perkara tersebut ke mahkamah sekiranya tidak berpuas hati atas penangkapan dilakukan Jais.

“Kalau tidak puas hati, beritahu mahkamah. Kita sudah ada bukti mengatakan mereka menyeleweng.

“Malah dalam Fatwa yang dikeluarkan Selangor juga secara jelas mengatakan ajaran Syiah menyeleweng dan boleh dianggap sebagai kumpulan ajaran sesat,” katanya.

Fatwa dikeluarkan kerajaan Selangor pada 1998 memutuskan bahawa ajaran Syiah didapati menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam yang berlandaskan Ahli Sunah Waljamaah. Umat Islam yang menganut ajaran ini hendaklah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

Malah Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996 memutuskan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan Ahli Sunnah Waljamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.

Semalam kumpulan Kumpulan ajaran Syiah menggesa Khusrin memohon maaf secara terbuka ekoran penangkapan 200 pengikut ajaran itu dengan mendakwa berlaku pencabulan hak asasi manusia terhadap mereka.

Dalam serbuan sepasukan penguat kuasa Jais pada 15 Disember lalu pukul 10.15 malam, seramai 200 pengikut terdiri daripada lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak sedang khusyuk berselawat dan mendengar khutbah daripada seorang lelaki warga Iran.

Sebahagian pengikutnya yang ditahan merupakan pensyarah dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), peguam dan kakitangan kerajaan.

Pengikutnya terdiri daripada 75 lelaki dan 35 wanita tempatan, enam wanita dan tiga lelaki warga Indonesia, dua wanita Myanmar serta masing-masing seorang lelaki Pakistan, Myanmar dan Iran, manakala selebihnya kanak-kanak.

Kumpulan yang ditahan juga dipercayai menganggap penganut Islam mazhab lain sebagai kafir dan halal dibunuh.

Kumpulan itu dilapor menyebar fahaman memukul badan sendiri menggunakan rantai sehingga berdarah sebagai tanda menyucikan dosa pada setiap 10 Muharam.

>>> SOMBONG & ANGKUH!

Mistis Organization said...

Dr. Faisal,

Nahjul Balaghah tidak mewakili hati Dr. Faisal,begitu juga Youtube dan link-link internet.Ini kerana di akhirat,pertanggungjawaban tidak akan dipikul oleh Youtube atau internet atau kitab,tetapi manusia itu sendiri.

Saya tidak takut bertemu dengan beliau,selagi beliau percaya kepada kesahihan karangan AlMajlisi dan AlKulaini bahkan Al-Hukuumah Islamiyyah.Jika beliau menafikan,benarlah Syiah Melayu lebih Syiah dari segala Syiah Iran.

Saya mahu bertanya kepada Dr. Faisal,kerana Dr. masih mengaku Sunni.Pandangan kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq mencerminkan pandangan kita terhadap sahabatnya iaitu Nabi s.a.w.Gelaran Ass-Siddiq itu bukanlah main-main.Jika Saidina Abu Bakar telah merampas jawatan Saidina Ali,itu juga bukan main-main.Dan sikap kita terhadap Saidina Abu Bakar juga bukan main-main.

Abu Bakar,Umar dan Ali antara mereka yang dijamin syurga oleh Nabi s.a.w.Tanggungjawab mereka di dunia sudah lepas malah dijamin syurga.Tinggal kita di dunia ini yang mencari-cari kesalahan sahabat Nabi s.a.w yang pernah menahan kesakitan digigit ular demi nabi s.a.w.Kita gali lagi kesalahan penghuni syurga tanpa tahu untung nasib kita adakah sebaik Abu Bakar,Umar atau Ali.

Dan saya amat setuju dengan Ustaz Kamil Zuhairi.Dari zaman Rafidhah hingga Imam 12,hingga ditampal label 'Ja'fariyyah',faktor sejarah yang membezakan antara Syiah dengan umat Islam yang ikut cara Nabi s.a.w.

Saya masih buka lagi pengakuan ikhlas dari Dr. Faisal,demi nama baik Saidina Abu Bakar As-Siddiq,sahabat Nabi s.a.w juga sahabat Saidina Ali r.a.


~Saudara SeIslammu.

masterfaiz said...

Dr FT,
saya tertarik dengan usaha SUHAKAM untuk menarik ustat2 sunni ni supaya berdialog dengan syiah..
saya pernah membayangkan adanya dialog atau majlis debat yang besar di malaysia ni dalam cerpen percubaan pertama saya..

layarilah blog saya untuk membacanya..
>> http://www.masterfaiz.com/2010/12/dialog-sunni-syiah-di-malaysia.html

maaf kerana ilmu penulisan saya masih sangat sedikit..

Cenangau said...

Memang patutnya dah ada pun kajian macam ni di kalangan ahli akademik melayu. Isu syiah di Malaysia ni bukan isu baru. TG Hj Hadi pun dulu pernah dilabel sebagai Syiah

hellmy said...

Mistis,

Kesakitan digigit ular adalah minimal jika dibandingkan dengan pengorbanan Saidina Ali r.a yang menggantikan Nabi s.a.w di tempat tidurnya (dengan mengenakan selimut berwarna hijau) ketika tiba saat peristiwa hijrah ke Madinah.

Jelas satu tugas yang amat berat dipikul oleh Saidina Ali r.a. pada masa itu.

Ketika peristiwa itu berlaku (tidur di tempat Nabi s.a.w), Jibril mendatangi di bahagian kepala Saidina Ali r.a manakala Mikail di bahagian kaki. Jibril lalu mengutus tahniah ke atas Saidina Ali r.a. Maka selepas itu turun ayat 207 dalam Surah alBaqarah kepada Nabi s.a.w yang jelas memuji pengorbanan beliau (Ali r.a.)!

Inilah antara yang disebut dalam Nahjul Balaghah.

Allah swt menjadikan setiap kekasihnya berpasang2an. Pasangan Nabi s.a.w adalah Saidina Ali r.a. Daud & Sulaiman. Musa & Harun.

Sekian.

Hush said...

Typical Muslim especially you Malays! Every single one of us deserves to speak their mind! What is wrong with you questioning whether the author is a Shi'a or Sunni? I for one am very grateful for such views the author repeatedly shared with the world! I'm criticizing you and I'm pretty damn sure you'd never accept it, as what you always will be, VERY PREDICTABLE. I thought the Muslims believe in IQRA'... then for god sake, READ! READ! READ!

Dr Faisal Tehrani said...

mistis
saya minta anda dapatkan pandangan daripada Saidina Ali sendiri, tetapi saudara tidak sudi.

maka mulai saat ini, saya mengucapkan KHODA HAFEZ.

Ain said...

Dr. Faizal, jgn berhenti. Go,go go!! (sorakan ala pom pom girl)

mohd ihsam zainuddin said...

mistis,

ada satu kisah yang berlaku sebelum perang antara rom dan parsi.rasulullah dikatakan memilih rom akan memenangi perang ke atas parsi.ini disebabkan, sungguh pun rom bukan islam tapi berasal dari ajaran samawi. lantas abu bakar pada ketika itu, terus bertaruh ke atas rom.akhirnya, negara rom memenangi peperangan tersebut.... (ini sedutan kuliah pengajian di surau saya, surau al-rayyan seksyen 26 shah alam.. ustaz hamdan yg mempunyai tauliah dari jais.) kalau mcm ini keadaannya, macam mana kita nak kata abu bakar berhak! tolong jangan jadi pengikut muawiyah kedua, nanti tak pasal2 bunuh org syiah lagi..

\(~,^)/ said...

Salam, tuan rumah blog ini, Tn.Hj.Dr.FT.

Mohon izin tumpang berkongsi apa yang patut ala snippets Tun Dr. Mahathir.

1. Kekhalifahan pilihan sunni adalah dari kalangan para sahabat yang mereka sendiri pilih & mahu angkat junjung di pinggir bibir tanpa sebarang janji syafaat yang bakal diraih di akhirat kelak pun.

2. Tarikh lahir dan wafat 3 khalifah pertama itu pun barangkali tak ramai yang nak ambil tahu. Apatah lagi nak bertahlil untuk mereka. Entah mengapa agaknya.

3. Sedangkan Imam Ali A.S. merangkap khalifah keempat menurut sejarah pop, dilihat masih dicintai para pengikut setianya hingga kini. Susur galur keturunannya juga masih kita dapat kesan & lihat pada hari ini.

4. Susur galur keturunan khalifah bertiga itu pula seperti tiada siapa pernah ambil pusing, entah mengapa.

5. Imamah pilihan syiah adalah bersumberkan dari khutbah baginda Rasulullah SAWW di Ghadir Khumm. Setiap kata-kata yang mengalir dari bibir Rasulullah SAWW adalah kata-kata Allah SWT.

6. Lalu rakan-rakan di pihak sunni bertanya, mengapa Imam Ali tidak terhegeh-hegeh menuntut jawatan kekhalifahan daripada 3 khalifah terawal semasa hayat mereka?

7. Ini salah satu jawapannya. Mungkin kerana taraf khalifah duniawi yang direbut-rebut itu dilihat tidak mampu menjamin keselamatan bagi umat Rasulullah SAWW di dunia mahupun di akhirat.

8. Imam Ali memilih jalan anjuran Rasulullah SAWW untuk lebih mengutamakan tanggungjawab selaku Maula yang memimpin ummah baginda dengan cara sentiasa sedia menjadi rujukan berkaitan hal-hal syariah. Maka kekhalifahan yang sangat bersifat sementara dan keduniaan dibiarkan menjadi rebutan dan pilihan mereka yang mahukannya.

9. Terbukti ramai umat Nabi Muhammad SAWW yang masih mendambakan Maula mereka iaitu Imam Ali A.S. dalam setiap masalah keagamaan dan ketuhanan. Para khalifah bertiga itu pun dikhabarkan merujuk kepada baginda dalam banyak riwayat dari sumber sunni mahupun syiah.

10. Sunni-syiah memang sukar nak disatukan kerana satu perbezaan yang ketara. Antara Sistem Khalifah dan Imamah, mana satu yang bersifat sementara dan mana satu yang mampu bertahan lama hinggakan dalam kubur kelak pun kita akan disoal, siapa imam kamu?

11. Ekstra: Mana satu pilihanmu, kawan?

hellmy said...

\(~,^)/

"2. Tarikh lahir dan wafat 3 khalifah pertama itu pun barangkali tak ramai yang nak ambil tahu. Apatah lagi nak bertahlil untuk mereka. Entah mengapa agaknya.

4. Susur galur keturunan khalifah bertiga itu pula seperti tiada siapa pernah ambil pusing, entah mengapa."

Izinkan saya jawab juga ala-ala snippets Tun Dr. Mahathir,hehe...

1. Ada juga yang ambil pusing. Mistis kan ada sebut yang kena gigit ular tu,hehe...

2. Kroni rapat kepada Saidina Uthman adalah Muawiyah Abi Sufyan. Keturunan Abi Sufyan ini sebenarnya tidak terpadam. Pada masa sebelum (atau mungkin semasa) kemunculan semula Imam Mahdi, akan muncul seseorang bernama Sufyani, yang tidak lain tidak bukan tujuannya untuk memerangi Imam Mahdi,disebabkan Imam Mahdi adalah dari keturunan suci Nabi Muhammad s.a.w. Sufyani akan muncul di perbatasan (sempadan) Syam (Syria) & akan melakukan banyak kacau-bilau serta pembunuhan (tak silap di Iraq) nanti.

Nabi Muhammad s.a.w VS Abi Sufyan (Abi Sufyan mengaku kalah semasa Fathu Makkah)

Saidina Ali k.w.j VS Muawiyah Abi
Sufyan

Saidina Hasan r.a VS Muawiyah Abi Sufyan

Saidina Husain r.a. VS Yazid bin Muawiyah

Imam Mahdi (yang akan datang) VS Sufyani (keturunan Abi Sufyan)

:-)

Sekian.

Pekasamgerik said...

sibuk pasal mazhab2, ape kejadahnye, ikut al-quran dan sunnah sudah.

kalau tuan percaya dengan sunni @ syiah.sila la percaya ikut pandangan masing2.buat ape kalut2.

cuma elok kita beramal dengan apa yang rasulullah amal dan al-quran suruh.jgn bila kita memegang fahaman syiah sebagai contoh, tuan2 cederakan badan dikarbala,sembahyang letak batu.itu budaya @ sunnah.

hentikan zikir munajat kalau solat tak cukup waktu.

hentikan sedekah perjuangan kalau zakat tak dibayar.

hentikan pergi ke iran @ us kalau makkah tak dijejak lagi

ini masalah bila kita terlalu terbuka dengan perbezaan pendapat.lepas 2 yang bercakap pula bukanlah mereka yang berada didalam disiplin ilmu agama yang lengkap.

kepada geng syiah terutama jaafiah.kalau boleh keluarkan video tentang contoh ibadat mazhab hangpa.supaya orang boleh menilai.bukan orang tak tahu kalau hangpa buat benda bidaah.mcm baca tahlil orang sunni semua orang tahu itu bidaah, hasanah ke dalalah ke bidaah tetap bidaah.tiada keperluan nak ikut.

kadang2 aku rasa orang mufti pun hanya tau2 kucing je tentang syiah ni,terus buka cerita.


ok la FT.kau korek2 juga tapi kalau boleh beri sampel ajaran syiah yang salah dan jangan diikuti.buka semua ajaran baik.kita ni mengikut ulama,tapi kalau ulama tu silap tetap silap.