20 December 2010

Berikan Sahaja Hak-Hak Mereka Sebagai 'Kafir'

Tahukah anda perayaan Thaipusam buat penganut Hindu adalah bagi memperingati kelahiran Dewa Murugan, anak bongsu Dewa Shiva dan isterinya, Parvati dan juga upacara apabila Parvati memberikan Dewa Murugan sebilah tombak agar dapat menghapuskan dewa jahat Soorapadman. Jumlah pengikut Hindu di seluruh dunia termasuk Malaysia adalah kira-kira 940 juta orang. Foto di atas adalah pada 29/01/2010 ketika Perdana Menteri meraikan perayaan tersebut di Batu Caves, Selangor.

Tahukah anda perayaan Hari Wesak atau Vesākha buat penganut Buddha adalah untuk menyambut hari kelahiran Gauthama Buddha. Jumlah pengikut Buddha di seluruh dunia termasuk di Malaysia adalah kira-kira 500 juta orang. Foto di atas adalah pada 28/5/2010 ketika Perdana Menteri meraikan perayaan tersebut di Buddhist Maha Vihara.

Tahukah anda perayaan Hari Natal atau Krismas buat penganut Kristian adalah untuk menyambut hari kelahiran Jesus (dalam tradisi Islam Nabi Isa a.s). Jumlah pengikut Kristian di seluruh dunia termasuk di Malaysia adalah kira-kira 2.2 bilion. Foto di atas adalah ketika Perdana Menteri menghadiri majlis Rumah Terbuka Krismas di Kota Kinabalu pada 29/12/2009.

Tahukah anda perayaan Vaisakhi buat penganut Sikh adalah untuk menyambut tahun baharu masyarakat tersebut. Jumlah pengikut Sikh di seluruh dunia termasuk di Malaysia adalah kira-kira 27 juta orang. Foto di atas adalah ketika Perdana Menteri melawat kuil Guru Nanak Darbar Tatt Khalsa Diwan Selangor di Jalan Raja Alang pada 14/4/2009.

Ketika berada di Batumalai Sri Subramaniar Swamy saat perayaan Thaipusam, Perdana Menteri bersaksikan berhala Muruga telah mengikrarkan: "Saya hendak tegaskan bahawa menghormati agama lain bukan sahaja merupakan satu nilai utama yang perlu kita pertahankan dalam negara ini, tetapi ia juga merupakan salah satu prinsip dalam agama Islam. Islam yang sebenarnya tidak menghina agama lain serta melarang umatnya merosakkan tempat-tempat ibadah mereka. Islam yang sebenarnya menghormati agama lain...itu Islam yang sebenarnya."

Tahukah anda perayaan Asyura buat penganut Syiah Imamiyah adalah untuk berkabung mengenang kesyahidan cucu Rasulullah saw bernama Saidina Husin (anak Saidina Ali). Jumlah pengikut Syiah ini di seluruh dunia termasuk di Malaysia adalah kira-kira 200 juta orang. Foto di atas adalah ketika Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan menghadiri Majlis Asyura di Ashura Maydan, Halkali, Istanbul 16 Disember 2010 yang lalu.

Tuan-tuan jika syiah dianggap sebagai sebahagian dari umat Islam saya ingin mengingatkan yang Republik Islam Iran yang menempatkan sebahagian besar umat Islam syiah di muka bumi ini adalah anggota Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) sejak tahun 1969. Syiah juga diiktiraf sebagai salah satu dari lapan mazhab Islam oleh Deklarasi Amman, Jordan pada 9 November 2004. Klik di sini http://www.ammanmessage.com/. Deklarasi tersebut turut diterima oleh Sheikh Yusuf Qaradhawi dan Ayatullah al Uzma Ali Sistani. Bukti syiah adalah sebahagian umat Islam terlihatkan bahawa setiap tahun jemaah haji Iran berada di kedudukan kedua atau ketiga sesudah Indonesia dan Turki. Maka syiah haruslah diterima sebagai umat Islam seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Tuan-tuan jika syiah dianggap kafir dan bukan Islam (meski mereka dibenarkan mengerjakan haji di kota suci Mekah dan Madinah), saya ingin mengingatkan hak-hak mereka sebagai orang kafir seperti jaminan Perdana Menteri di atas. Barang diingat ekoran kontradiksi yang kalian lakukan, syiah yang dikatakan sesat dan kafir ini tidak sama seperti Ayah Pin atau Arqam.

Di lain kali jangan benarkan Dr Ahmadinejad menunaikan solat di Masjid Wilayah Persekutuan seperti mana yang beliau lakukan pada 3 Mac 2006 di Kuala Lumpur (lihat sini). Beritahukan dengan jelas tanpa hipokrasi, "Malaysia menganggap penganut syiah kafir. Katakan sahaja kepada Dr Ahmadinejad syiah tidak masuk ke syurga. Bahawa menurut fatwa Hasan Din al Hafiz beliau anak haram." Jangan benarkan qari Iran menyertai Musabaqah Tilawah al-Quran kita kerana mereka kafir dan najis serta tidak layak membaca al-Quran. Juga, suarakan di OIC supaya Republik Islam Iran dikeluarkan dari pertubuhan itu kerana 100 juta rakyatnya yang bermazhab syiah adalah kafir (suarakan juga supaya Iraq dikeluarkan kerana 60 peratus populasinya adalah syiah).

Jika mereka kafir berikan hak-hak syiah seperti mereka ini adalah penganut Hindu, Buddha, Kristian dan Sikh. Jangan menganiayai hak-hak mereka. Ini kerana terdapat 200 juta umat syiah di seluruh dunia termasuk Malaysia. Samada syiah ini Muslim, atau kafir, tuan-tuan; Allah akan tetap akan bertanya di akhirat kelak. Ini kerana jika mereka muslim, kalian tidak berlaku adil kepada mereka. Jika mereka kafir pun kalian tidak berlaku adil kepada mereka.

Fikir-fikirkan

* Pada pandangan saya, saya tidak fikir masyarakat syiah yang kecil bilangannya di negara ini berbahaya kepada negara. Harus diingat terdapat masyarakat syiah tempatan yang memang asal syiah dari leluhur mereka. Kita tidak dapat memaksakan fatwa kita ke atas mereka.

** Di seluruh dunia Islam, syiah diterima sebagai sebahagian umat Islam. Di Malaysia, di era 1Malaysia; penganut syiah nampaknya tidak punya hak apa pun sebagai manusia. Islam tidak. Kafir pun tidak. Kasihan mereka. Itulah rasa simpati saya buat mereka sejak Jumaat lalu.

110 comments:

Jawatankuasa said...

Orang Islam di Malaysia termasuk bapak-bapak menteri jangan sekali-kali makan kurma ruthab dan yang sejenisnya ketika berbuka puasa kerana ianya ditanam oleh orang Syiah yang sesat.
Disarankan juga bagi jemaah haji Malaysia jangan sekali-kali membeli kurma nabi di Madinah kerana kebanyakannya ditanam oleh orang Syiah yang sesat di Madinah.

dira_irin87 said...

kelakarlah FT!

asyMok_Aambo said...

Juga Nyatakan dengan jelas apa BENTUK BAHAYA yang mengganggu Ketenteraman dan Keselamatan Malaysia.

Dan Jika Terbukti,
SILA TUTUP KEDUTAAN IRAN DI MALAYSIA.
JANGAN SESEKALI MEMANGGIL REPUBLIK ISLAM IRAN.

Juga buat PERISYTIHARAN DI PBB BAHAWA HANYA 'islam' MALAYSIA YANG MEMBAWA KE 'syurga'.

Jangan lupa Memberi hak kepada KAMI seperti mana Hak orang Kristian, Buddha, Hindu, Taoisme, Confucious, Orang asli non-Muslim mahupun atheis.
KAMI akan tuntut di hadapan TUHAN PEMILIK SEKALIAN ALAM kelak.

Betapa Sedih!
KAMI Mengaku
Tiada Tuhan Melainkan ALLAH SWT
MUHAMMAD SAW Pesuruh ALLAH

Kami dianggap SESAT hanya kerana kami MEMULIAKAN ali, Pemimpin Lelaki di Kampung Abadi kelak...

Tidak Mengapalah...ha
'ahasibanna suanyutraku anyakulu amanna wala hum yaftanuun...'

behlul said...

assalamualaikum..

alangkah pedihnya
bukan kerana hati ini'ditusuk
sembilu atau luka kerana
cinta tak berbalas
namun, alangkah sedihnya
tindihnya hati ini
kasih ini tertumpah
pada keluarga rasul
kutangisi dan curahkan
rindu dendam.. hanya untuk asyura
syahidnya penghulu syuhada
cinta ini benar-benar dirusuhkan
cinta ini benar-benar dilumpuhkan
.. salahkan jalanku menangis?
.. salahkan langkahku berkabung?

atau..
kalian mahu cinta ini
pedih ini
kutujukan depan ilahi dan adukan
pemilik zaman ini?

di mana tempat kami sebenarnya?

Hijrah said...

Ini semua kerja Wahabi Jahanam!! Geram baca utusan semalam, seolah macam syiah itu seperti agama dari planet lain....

lalok said...

kafir pun bukan..muslim pun bukan..kesian..lebih rendah dari martabat muslim dan juga kafir..patut kata dah masuk tahap haiwan dah nih..sejak bila pulak kita menerima media bertulis dan elektronik sebagai suatu suara yg tepat..depa ni tak lebih dari memanupulasi sesuatu isu sahaja untuk kepentingan berpihak..nak rujuk Al-Quran..berapa kerat la kita ni yg percaya pada Al-Quran..nak rujuk hadis..hadis pun nampak mcm tak leh percaya jer..elok rasanya kita rujuk kepada artis kita @ pemimpin no 1 kita..mereka nampaknya lebih alim dan ke depan dlm mana2 perkara di dunia dan di akhirat..amin..

vanhidayat said...

kepada syiah ali,
kita fatwakan sesat,
kita adalah sunni....
lantaran sunni harus taat,
saudara-saudara sunni....ayuh kita bersatu hati,
menentang akidah sesat,
namun bila zionis sembelih sunni,
di palestina menunjuk hebat,
mana perpaduan sunni?

hamas dicaci "ekstremis!!",
namun mereka juga sunni...
mana perpaduan sunni?

datanglah hezbollah angkat senjata!!
nyah kau zionis!! lubnan tanah kami!!
menjulang sunni palestina!!
memancung kebongkakan yahudi!!
si sesat membela si hakiki??!...
mana perpaduan sunni?!
mana perpaduan sunni??....

atas nama islam yang selamat,
atas nama islam yang aman,
atas nama islam yang adil,
atas nama islam yang sejahtera,
atas nama islam yang damai,
atas nama islam saudaraku....
atas nama islam.....

http://vanhidayat.blogspot.com

po-g said...

Salam, Menteri dlm negeri mgatakn puak syiah di gombak tidak mndtgkn ancaman keganasn,tp pengarah jawi mgatakn ia membawa ancaman dan drah sunni halal di bunuh,ni mana punye fakta.sy ingt jwtnkuasa fatwa perlu menyemak kptsn mrk agar selari dgn kptsn ulama al azhar.

mr_bread said...

so sad. tak tau nak cakap apa.

Mardawiyyah said...

hurm,pada sesetengah mereka,komentar Dr FT kelakar,namun itu adalah hakikat yang sebenarnya yang harus difikirkan dan dipertimbangkan..saya kira pimpinan 'ulama' (atau boleh sy sebutkan sebagai ulaaaaarr makkkk?) takut pada bayang2 mereka sendiri..yang sedikit tidak bererti salah..

Blow d' whistle said...

untuk Lalok

aku pun kesian jugak kat dorang

Melayu Islam(Sunni) memang camni kot

Huda Afiqah Hashim said...

Salam Kembara. :)

Ihiks3... mula2 baca, saya nampak politik tapi bila dah habis semua saya faham apa yang Dr FT cuba sampaikan.
Entahlah~ kesian jugak pada golongan Syiah. Extremist Syiah yang mencalitkan lumpur pada Penganut Syiah yang tulen. (Betulkan saya andai saya silap)

Cuma, sesekali saya kurang bersetuju dengan 'dalil' dr FT dalam memperjuangkan Syiah. Bab Keratan Utusan tu pulak satu hal~ Jengkel jugak terasanya. Huh~ tak sepertimana "Utusan" yang selayaknya...

Salam Juang.

IZZARD said...

kat Malaysia bukan bermazhab sunni tapi mazhab melayui.

zahra said...

Salam.

Tidakkah mereka mengerti lagi: orang yang menangis akan bangkit!

Tidakkah mereka mengetahui lagi: penindasan sebeginilah yang membuat kami menangis, dan tangisan itulah yang menjadi satu kebangkitan!

Tidakkah mereka fahami lagi: 'pembunuhan' sebeginilah yang menyebabkan zainab bangkit menyatakan haknya yang direnggut!

Tidakkah mereka ingati lagi: bagaimana mereka kini mencincang-cincang saudaranya sendiri lalu tangisan itu terpendam dalam dada lalu lahir sebagai kekuatan.

Tidakkah mereka sedari lagi: suatu waktu nanti kami akan menuntut hak kami di sana, dan menanti jawapan daripada mereka!

Dan suatu waktu itu pasti datang!

Wassalam.

Peri PiA said...

lupa la tu

Abu Najmi Albahri said...

Rujuklah fatwa ulama'-ulama' India dan Pakistan berkenaan Syiah dan Qadiani.

Syiah dan Qadiani terkeluar dari Islam.

MymassaVoice said...

camana tak kata boleh mandatangkan mudharat, belum apa-apa dah berpecah-belah! Kalau tiada ilmu janganlah sesuka hati memberi komen. Pada aku syiah kafir atau tidak, hanya Allah yang berhak menentukan. Aku sokong tindakan Kerajaan demi memelihara perpaduan ummah dan keselamatan negara. Anyway, korang tau betul ke kumpulan yang kena tangkap tu bukan golongan syiah yang sesat/ekstremis? Jangan menghukum jika tidak tahu kebenaran...

Nabilah said...

"You can have a Sunni prime minister, and wonderful freedom for Alawites" (Harun Yahya)

saksikan video Harun Yahya di sini "There is full democracy in Islam"

http://www.facebook.com/video/video.php?v=131333310259520&oid=183241221689433&comments

Abu Najmi Albahri said...

Fatwa Ulama Benua Kecil India mengenai Syiah dan Qadiani:-


Maulana Muhammad Manzur Nu'mani mengatakan lagi, "Sebagaimana ulama'ulama' Arab diperingkat permulaannya teragak-agak untuk mengeluarkan fatwa terhadap kekufuran golongan Qadiani kerana pada zahirnya mereka mendakwa Islam dan tulisan-tulisan mereka yang kebanyakannya dalam bahasa Urdu tidak boleh diselami oleh ulama'ulama' dari dunia Arab, justeru itu ketika kami mengusulkan didalam Muktamar Ulama' Islam di Karachi pada tahun 1952 supaya Qadiani diputuskan sebagai terkeluar daripada Islam, pengerusinya Mufti Amin al-Husaini teragak-agak untuk menerima usul itu kerana beliau belum pasti tentang kesesatan golongan Qadiani dan kerana kurangnya maklumat beliau tentang ajaran Qadiani itu. Tetapi hari ini siapakah yang meragui tentang kufurnya Qadiani itu?

Ini semua adalah hasil kegigihan ulama'-ulama' pembela kebenaran yang ada dibenua kecil India pada waktu itu, sehingga Maulana Maududi sendiri dihukum penjara selama beberapa tahun kerana tentangannya secara terbuka terhadap Qadiani pada waktu itu. Secara kebetulan pula dalam kerajaan pada masa itu terdapat pemimpin-pemimpin yang berfahaman Qadiani.

Pertanyaan itu berbunyi “Apa kata ulama’ dan para mufti berhubung dengan Syiah Imamiyah Ithna Asyariyyah, adakah mereka itu Islam atau terkeluar dari Islam? Adakah harus berkahwin dengan mereka dan memakan sembelihan mereka? Adakah harus menyembahyangkan jenazah mereka atau turut serta didalam meraikan jenazah mereka? Adakah harus menerima derma khairat dari mereka untuk pembinaan Masjid atau tidak?”
Soalan-soalan tersebut dijawab oleh beliau (Maulana Mufti Muhammad Abdul Syakur) begini :-
Syiah Imamiyah Ithna Asyariyyah terkeluar dari Islam.

Serta disokong fatwa ini oleh 26 ulama' yang lain.

MIMIE said...

PLEASE STOP LABELLING PEOPLE !!!

i think it doesnt matter if its wahabi or sunni or syiah or any other mazhab

If there a crime, just punnished the individual

the most important thing is we = ISLAM

among muslim has to stop labelling, than only non-muslim stop labelling us too

We all just has to promotes in the name of ALLAH and ISLAM.Dont confused others.

Dr Faisal Tehrani said...

Abu Najmi

terima kasih. thats my point, kalau kafir iktiraf sebagai kafir.

dalam Islam hak2 kafir juga dipelihara oleh Allah dan nabi-Nya.

atau saudara rasa pandai lagi daripada Allah dan Rasulullah saw?

Boleh saya minta saudara taip sekali lagi di kotak komen ini yang syiah pencinta ahlul bait Rasulullah saw ini kafir?

Paksu Ki said...

Labbaika Ya Hussain..
Yang sesat kerajaan Malaysia yang tidak mahu laksanakan Islam secara syumul. Rakyat nak kepada perpaduan antara Sunni dan Syiah...pemerintah yang menambah jurang perbezaan antara Sunni dan Syiah. Bukan Syiah sahaja yang berhak sambut hari Karbala malah Sunni pun berhak sambut bersama

Sheikh Sambal said...

Aku cintakan Ahlul Bait... tapi aku bukan syiah...aku sayang orang yang sayangkan ahlul bait...walaupun mereka syiah..

Sheikh Sambal said...

Apa berlaku sebenarnya Syiah malaysia dijadikan 'kambing hitam' utk menutup kebobrokan BN di Parlimen. Ini adalah taktik mengalihkan pandangan orang ramai supaya tidak memikirkan apa yg BN lakukan di Parlimen..iaitu utk mendapatkan majoriti 2/3 kembali mereka menggantung 4 orang MP Pakatan Rakyat....jadi senanglah mereka pinda akta mana yang patut..terutama sekali untuk merompak Persempadanan Kawasan Pilihan Raya!!!

pembaca buku said...

Sila huraikan soalan matematik ini. Apakah status mazhab Syiah di Malaysia berdasarkan petikan di bawah:

"Malaysia sentiasa terbuka dalam hubungan diplomatik dan MENGIKTIRAF fahaman Syiah yang diamalkan oleh negara-negara Arab seperti Iran, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan tetap MENGHARAMKAN fahaman Syiah diamalkan di negara ini ekoran terdapat beberapa faktor yang boleh mengelirukan orang Islam dan bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan oleh rakyat Islam di Malaysia.

"Jika ada dua mazhab di negara ini mungkin akan berlaku pertumpahan darah kerana masyarakat Islam berbeza pendapat seperti yang berlaku terhadap masyarakat Islam Pakistan dan Iraq.

"Kita TIDAK MENYEKAT masyarakat di negara ini mengamalkan amalan Syiah tetapi kerajaan tidak membenarkan penyebaran ajaran Syiah ini dibuat ekoran terdapat beberapa dakyah songsang yang boleh menggugat keharmoniah umat Islam di negara ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan pakaian sekolah di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan di Kedah hari ini."

Dan hantarkan jawapan anda kepada Menteri (Agama) di Jabatan Perdana Menteri.

Khairi said...

mereka semua dah meninggal. apa kata baik sunni baik syiah, semua pakat pakai akal fikiran yg waras saja. boleh?

Muslim Aqil said...

Salam,

@Abu Najmi AlBahri :

Saya ragu-ragu dengan pegangan anda.
Anda secara total menolak fatwa ulama agung anda (Yusof al-Qardawi). Sebaliknya, anda pergi kepada India dan Pakistan? Patutlah..mempertahankannya mati-matian..ada darah keturunan tu rupa-rupanya.

Cuba lagi ya Abu! >___<

Adilla Harun said...

Hairan pulak sekarang ni isu Syiah ni begitu mendapat perhatian. Berdetik di hati kecil saya bahawa apakah ini sebagai 'propaganda'.

Biasalah untuk mengalih perhatian dari satu persoalan ke persoalan lain atau nak nampak macam 'hero', 'propaganda' senjata utama. Ini biasa saya tengok dalam filem 'orang putih'.

Jika benar yang ditahan semua itu sesat atau kafir dan merbahaya kerana sanggup membunuh dan sebagainya seperti didakwa, buktikan secara adil dan telus tanpa sebarang penganiayaan.

Setahu saya ajaran sesat memang banyak, pastikah mereka yang ditangkap itu Syiah? Atau cabang-cabang lain?

Saya cuma bimbang jika wujud 'penganiayaan' dan 'kezaliman' terancang ke atas mereka yang tidak bersalah, rakyat Malaysia yang akan menanggungnya? Sanggupkah kita? Kuatkah kita? Astaghfirullahala'zim!.

Andai perhimpunan dilakukan demi mengenang kesyahidan dan berkaitan dengan Rasulullah tercinta, dapat menambah penghargaan dan kasih-sayang pada agama dan persaudaraan sesama Islam, apakah ia kesesatan dan kekafiran?

Dr Faisal Tehrani said...

Abu Najmi

Saya ingin mengulang permintaan saya:

Boleh saya minta saudara taip sekali lagi di kotak komen ini yang syiah Malaysia (yang mendakwa mereka adalah pencinta ahlul bait Rasulullah saw) ini kafir?

kalamsuchi said...

maaf jika saya salah..
tapi pada pandangan saya,apabila membaca komen2 menteri dalam akhbar tersebut..jelas bahawa malaysia bukan mengatakan syiah itu kafir atau bukan Islam..
yg ditekankan di sini adalah mengikut keadaan Malaysia sekarang.
kebykan hukum2 dan upacara@cara beribadat mereka lain dgn kita..melihat tahap pendidikan agama anak2 muda di malaysia sgt menyedihkan dan MUNGKIN mereka fikir tidak mahu anak2 muda ini `confius`..dan kita juga harus menghormati pandangan kerajaan ini..
sperti yg kita tahu bahawa,buku2 teks agama di Malaysia di`standard`kan mengikut ajaran mazhab Syafie..anak2 sedari kecil diajar mengikut mazhab syafie.cuba bygkan ketika mereka besar,tiba2 disogokkan dgn ajaran2 syiah pula..bagi yg iman nipis sperti sy ni akan mudah goyah dan mula tidak percya pada agama..seterusnya mula merasa malas mahu beragama kerana terlalu byk khilafnya..yg ini kata begini..yg itu kata begitu..
dlm isu ini sy bersetuju dgn langkah kerajaan..
sekian..

ainulMardhiah said...

fakta tahukah anda....hm, macam dalam detektif indigo yang best tu...

kepada sdr pembaca buku,
alhamdulillah dan terima kasih atas info yg dbrikn pd komen sy yg lps. soalan matematik tu jwpannya nanti sy dan pengkomen lain hantr...=D

SYIAH = ISLAM
SUNNI = ISLAM

Susah juga ye nk fhamkn org lain..=>

wallahu'alam

SALAHUDDIN said...

Salam Abu Najmi Albahri

Saya tidak tahu sama ada tuan membuat keputusan mengeluarkan kenyataan tentang Qadiani itu setelah membaca isi kandungan fatwanya atau hanya berdasarkan bunyi fatwa itu saja lalu turut isytihar Qadiani bukan Islam.

saya sudah baca hampir setiap fatwa mereka, terutama sekali di Malaysia, mereka hanya MENGULANGSIAR fatwa-fatwa dan bukan meneliti fatwa-fatwa yang ada, padahal mereka mengatakan akan membuat kajian mendalam.

kalau syiah, saya juga ada buku ajaran mereka dan memang banyak ajaran yang menyimpang dan semua yang membuat kajian akan tahu. masalahnya, berkenaan Qadiani, kenapa tidak re-kaji semula, sebab fatwa itu adalah pendapat yang boleh berubah mengikut hasil kajian mendalam dan menemui bukti-bukti yang kukuh.

kalau tuan ada masa, cuba lihat balik isi kandungan fatwa mengenai Qadiani yang ada tuan simpan, dan uji setakat mana kebenarannya. sebagai contoh saya berikan di sini bahawa Fatwa mengatakan Qadiani mengubah ayat Qur'an, sejak 100 tahun sehingga sekarang, fatwa demikian tetap sama, sedangkan tidak dapat dibuktikan kebenarannya. sebab itu saya katakan hanya MENGULANGSIAR fatwa-fatwa. itu baru satu perkara. banyak lagi perkara lain mengenai Qadiani yang mungkin belum tahu atau tidak tahu.

dengan harapan, jangan sampai FATWA ULAMA BERDASARKAN PENDUSTAAN pun tuan akan ikut.

dan juga kalau ada masa, lawatilah blog http://barahinahmadi.blogspot.com/
ada sedikit maklumat di sana.

wassalam.

Muslim Aqil said...

Abu Najmi..

Sahutlah permintaan Dr FT

Kenapa anda takut?

Takut kebodohan anda terpancar?

Silalah anda bantah isi-isi entri Dr yang ini

Bukan dengan Argumentum (Falasi)

Tetapi bantah dgn DALIL yang disepakati

Jangan jadi bacul

saya ulang

Jangan jadi bacul

saya ulang lagi ya

JANGAN JADI BACUL!

GUNA AKAL..JANGAN MALAS!

Kami tunggu jawaban anda wahai si Bacul! Ha Ha Ha Ha

Adilla Harun said...

Hairan dan pelik. Apakah keadilan itu hanya bermakna bila ia digunakan untuk tujuan tertentu. Kata orang ada 'udang sebalik batu'? Sedangkan sesama Muslim, direnggut pula akan hak-hak tersebut dan sewenang-wenang meletak hukum.

Ini seolah-olah membaling 'boomerang'. Sudahnya umat Islam dicop oleh yang bukan Islam sebagai mereka yang suka bertelagah sesama sendiri dan tidak ada kesatuan. Memual dan memalukan.

Jika benar bagai didakwa, patut ditemuramah mereka yang ditahan. Setidak-tidaknya kita dengar sendiri dari mulut mereka. Tidaklah hanya membaca akhbar dan terus menerima sajiannya tanpa tapisan.

Cherstina said...

tolong lah.. jangan lah sesatkan sesiapa lagi..kita semua tolong lah bersatu.. tolonglah!!! jangan lah kita semua nak jadi pemidato hebat...yang hebat hanya Allah..kamu serahkanlah semua keputusan dan keadilan pada Allah... please...

Samuraigila said...

Dr.
Boleh Dr. jelaskan apa yg doktor cuba tekan kan dengan post2 begini?

Saya x phm.

Saya xde niat ape2 cuma saya ingin tahu.

Dr Faisal Tehrani said...

Saudara Abu Najmi atau Zul Mohamed,

Saya dengan sopan menuntut saudara mengulang permintaan saya:

Boleh saya minta saudara taip sekali lagi di kotak komen ini yang syiah Malaysia (yang mendakwa mereka adalah pencinta ahlul bait Rasulullah saw) ini kafir?

Amin Ahmad said...

saya dokong pandangan ini.

uzair said...

AKU cabar FT buat bantahan dekat JAIS,JAWI atau JAKIM...yang komen skali sokong FT pun join bantah skali!

Ini kalau setakat dekat blog ni..buat ape..tunjukkan yang kamu semua ini pencinta Rasulullah dan Ahlulbait..tunjukkAN!

Aku juga sayangkan Rasulullah dan Ahlulbait tetapi aku Sunni bukan Syiah!

fatima said...

bubhai terase hiba bila dikaitkan saya,syiah dengan militan.cukup lah ape yang korang buat pada tahun 1997.tangkap kami,syiah seperti pesalah jenayah dan masukkan kami dalam ISA.di tuduh membahayakan negara dan memiliki senjata.walaupun anak kecil itu melihat ayahnye digari dan dilayan seperti pesalah hanya kerana diaseorang syiah,namun cintanya kepada Allh、Rasulullah(p.b.u.h),dan Ahlul bait tak parhah padam.

محمد الهاشمي said...

mai tengok ta'ziyyah karbala:

http://www.youtube.com/watch?v=SaGcbs5Eyw0

Mardhiah bte Mohd Yusoff said...

"Di Malaysia, di era 1Malaysia; penganut syiah nampaknya tidak punya hak apa pun sebagai manusia"


Yg menangkap tu JAIS. Hari ni Menteri Dalam Negeri kata apa? Dah memang Selangor tu keadaan dia kritikal agaknya, mana kita tau. Polis Faderal pegang, buatnya ada kekecohan sampai tahap merbahayakan keselamatan awam penduduk Selangor,Faderal pula sekat bekalan Polis, Menteri Besar juga nak jawab. Berbaik sangka ajelah dengan JAIS. Orang Agama, kasyaf, setiap tindakan dah istiqarah dulu.Mana mungkin setiap keputusan yang dibuat bersama campur tangan langit itu silap? Ko ingat Ahmadinejad je yang pandai sembahyang istiqarah, Mufti Selangor, pegawai JAIS, Menteri Besar Selangor tak pandai Istiqarah? Mereka buat semua itu untuk melindungi keselamatan Rakyat mereka.

nasya journal said...

slps bbrp thn ni ikuti blog FT, bru la saya fhm sedikit sebanyak tntg syiah ni, sblm ni xtau ape2 dan 'malas' nak kaji. terima kasih FT sbb mengkaji dan bkongsi hasil kajian, menjadikan minda kita semua terbuka dan berfikir...

kalamsuchi said...

melihat komen sahabat2 yg menyokong syiah berlebih2an(termasuk FT..maafkan saya) buat sy bimbang bertambah pelik..
apa mahu dikisahkan dan apa mahu dibesarkan sgt dgn syiah??
sudah cukup kenalkah kita dgn imam syafie?tdak terfikirkah sejenak,kita membesarkan syiah ini seolah2 merendahkan martabat imam syafie..kenapa mahu digali sedalam2nya ttg syiah ini padahal kita tidak tahu siapa imam syafie?pengikut syiah di sana ada sbb mereka mahu mengikut..tp kenapa kita di malaysia mahu menyibuk?mazhab syafie sudah lama bersemadi dgn kita..jgn disibukkan sgt siapa syiah..tidakkah kamu tahu imam syafie itu lebih berganda2 hebatnya?sy lebih suka mencabar kamu semua spy gali dan carilah siapa imam syafie ini drpd berdemo tak tentu pasal..

Dr Faisal Tehrani said...

kalamsuchi

Saya secara peribadi mengkaji syiah setelah membawa riwayat hidup Imam Syafie. Beliau mengaku beliau syiah dalam sebuah syairnya. Itulah puncanya saya mengkaji syiah. Lihat Fihrist Ibn Al-Nadim.

Kemudian saya membaca biografi Imam Syafie kecintaan beliau kepada Saidina Ali yang berlebihan. Ahli jarh hadis, Ibn Mu’in, ketika ditanya oleh Imam Ahmad mengapa ia menuduh Imam Syafie sebagai Syiah, menjawab: “Aku memperhatikan tulisannya tentang ahlul-baghiy (kaum pemberontak), dan aku melihat ia berhujah dari awal sampai akhir dengan Ali bin Abi Thalib.” Ini juga sebabnya mengapa di tempat lain – menurut Al-Khathib – Yahya bin Mu’in berkata, “Syafie tidak tsiqat!”

Itulah puncanya saya mula mengkaji syiah. Jadi, seruan saudara itu sedikit lewat lah.

Saya mencadangkan, apa kata saudara membuka kitab-kitab beliau. mulakan daripada yang saya sebutkan tadi.

selamat belajar kalamsuchi.

btw: mana Abu Najmi atau Zul Mohamed,

saya nak minta beliau taip sekali lagi di kotak komen ini yang syiah Malaysia (yang mendakwa mereka adalah pencinta ahlul bait Rasulullah saw) sebagai kafir.

Irwan said...

salam saudaraku semua...

syiah tidak kafir. cuma ia dihalang di Malaysia kerana nak elak perpecahan Islam yang PADA MASA PERLEMBAGAAN dibuat, agak mundur dari segi kefahaman.
Serupa juga dengan beberapa ajaran tarekat. Dan ikutan tabligh, satu masa dulu.

Yang membuat hukum dan yang memegang mikrofon besar di Malaysia itu kengkadang jumud jugak pemahamannya. Kita dah kurang alim ulama pondok. Penguatkuasa agama kita banyak sekadar academician yang anggap penguatkuasaan itu hanyalah another 8-5 work.

dan kepada yang tak tahu atau yang tahu on the surface, walhal yang tahu sedalam-dalamnya pun, janganlah gado-gado camni.

Kita sesama muslim. Bangsa kita dah berpecah belah.

Takkan agama juga kita nak pecahkan?

Dan saudara FT, jangan layan orang yang bikin panas tu. You are better than this!

Come on, mannn

Dr Faisal Tehrani said...

Irwan

Jika syiah tidak kafir, kenapa Hasan Din al Hafiz, dalam akhbar Berita Harian halaman 4 Sabtu lepas mengatakan anak-anak orang syiah adalah anak zina atau anak haram?

Saya sebagai seorang pengarang, dan ilmuan tentulah berasa simpati. Sudah tugas itu tugas saya. Orang asli pun saya bela. Tentulah orang syiah yang ada hak mereka (kalau mereka kafir pun mereka ada hak) akan saya bela.

zizou said...

ke mana kau menghilang wahai abu najmi penakut...

jwb la permintaan dr tu klu kau brani..


pengecut!!

kalamsuchi said...

maafkan sy tuan FT..tuan benar kerana mengkaji terlebih dahulu..tuan benar kerana berhujah berdasar ilmu..
jadi,cabaran sy ini sy sandar pada orang lain..jika berasa hukum2 asas pun masih di tahap rendah,hentikan menyibuk ttg syiah dan lain2..kukuhkan asas anda terlebih dahulu(sy juga sedang mengajak diri saya sendiri)..

ainulMardhiah said...

imam syafie memang hebat, awal-awal dah mengkaji beliau..

buat kalamsuci,

renungilah kata-kata imam syafie ini...

"Maka kalau saya dituduh Syiah kerana saya sayang dan cinta kepada Rasulullah dan keluarganya, maka demi Allah, biarlah umat Islam sedunia ini menyaksikan bahawa saya adalah Syiah. Dan tuan-tuan sendiri tentunya sayang dan cinta kepada keluarga Rasulullah.”
~imam syafie~

wallahu'alam..=)jgn marah ya.

Xack Saputra said...

Pengharaman Syiah telah menjadi norma dalam pendidikan sekolah. Saya sebagai pelajar telah terpengaruh dengan apa yang diceritakan. Namun, setelah jauh saya merantau, berjumpa dengan manusia dari pelbagai mazhab, saya merasakan Syiah itu tidak sesat, malah merekalah yang paling lantang memperjuangkan syiar Islam ketika ini. Jika ingin dibandingkan dengan kerajaan Malaysia yang dikatakan Sunni yang tidak sesat itu, jauh sekali perbezaannya. Apa yang saya kesalkan ialah anggapan kafir. Sebenarnya siapa kita untuk mengatakan sesorang itu kafir. Jika Kristian dan yahudi itu memang jelas kekafirannya. Namun, syiah dan sunni adalah berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Kedua-duanya menggunakan sumber yang sama. Oleh itu, salah satu pihak tidak boleh mengatakan pihak yang lain kafir. Sepatutnya kedua-duanya bersatu menegakkan syiar Islam. Sekian

abduh.net said...

Saya nak komen pasal simpati Dr,saya rasa 'al-allaaaamah' Dr. Faisal Tehrani 'al-hafiz' patut lebih simpati kepada anak2 muda kita yang tak tahu sunni tu apa,syiah tu apa,tak tahu 'couple' tu haram,tinggal solat tu dosa besar,tak tahu mengucap 2 kalimah syahadah,tak reti baca al-Fatihah,tak lupa juga simpati kepada orang asal yang dah masuk Islam tapi tak tahu apa tentang Islam.Cukup2lah syiah ni,syiah biar kat Iran sudah la,tak payah nak memeningkan umat Islam di Malaysia.Bagus kaji tentang syiah ni,tapi cadangan saya la(yang tak pandai ni),Dr. bincangkan perkara ni di tempat yang tertutup,yang dihadiri oleh ahli2 ilmu macam Dr,dan tolonglah,tolonglah,tolonglah berhenti tulis tentang syiah dalam blog dan mari kita bersatu menentang fahaman sekularisme...

Saiful said...

Kenapa agaknya Israel & Amerika takut dgn 'orang sesat' ek....

Kalamsuchi...dulu, di Johor ada sekolah agama petang. Ada bab sirah yang bercerita tentang Kejadian Karbala...Yazid peminum arak...tapi ustaz x berani nak ajar...dia cakap ini Fitnah terbesar dalam Islam...dua2 pihak betul....sekarang tengok kitab anak sedara,semua kitab dah di selaraskan.....mungkin bab ni dah di ghaibkan.....

Tertanya2 di dalam hati....di mana ahli sunnah wal jamaah ketika itu...hehehe...teringat tulisan Tukartiub....

Dr Faisal Tehrani said...

abduh.net
saudara ternyata menyampuk tiba2.

1. lihat entri2 sebelum. apa intinya. ke mana tujunya.

2. ini semua proses.

3. saya hanya mahu kita (termasuk anak2 muda kita yang tak tahu sunni tu apa,syiah tu apa,tak tahu 'couple' tu haram,tinggal solat tu dosa besar,tak tahu mengucap 2 kalimah syahadah,tak reti baca al-Fatihah,tak lupa juga simpati kepada orang asal yang dah masuk Islam tapi tak tahu apa tentang Islam) kembali kepada Rasulullah saw.

4. Apa kata Rasulullah saw:
Lihat juga: ‘Nashr bin Abdurrahman al-Kufi menceritakan kepada kami, Zaid bin al Hasan – iaitu al Anmathi – menceritakan kepada kami, daripada Ja’far bin Muhammad, daripada ayah Ja’far iaitu Muhammad, daripada Jabir bin Abdullah, ia berkata: Aku pernah melihat Rasulullah saw melaksanakan ibadah haji pada hari Arafah, saat itu beliau sedang berkhutbah di atas untanya; al Qashwa. Aku mendengar beliau bersabda: Wahai manusia, sesungguhnya aku telah meninggalkan (sesuatu) untuk kalian, sepanjang kalian berpegang teguh kepada sesuatu itu nescaya kalian tidak akan pernah tersesat, iaitu kitab Allah dan itrati keluargaku.’ Lihat Sahih Sunan at-Tirmidzi, hadis nombor 3786, bab sifat-sifat utama keluarga Nabi saw.

5. Itulah puncanya kita semua di sini bercakap tentang ahlul bait. sebab nabi pesan, kalau berpegang dengan ahlul bait tak sesat (anak2 muda itu sesat kerana inilah).

6. Kalau saudara ini tidak menyampuk tiba2, sdr tentu arif saya telah menulis Manikam Kalbu, Advencer Si Peniup Ney, Tuhan Manusia dan macam2 lagi semata-mata untuk membetulkan fahaman sekularisme.

7. Sdr masih muda. Lain kali, nak menyampuk, sila usul periksa terlebih dahulu. Tetapi saya berterima kasih, kerana sdr nampaknya paling sopan berbanding orang lain yang sewaktu dgn sdr.

Che Armad said...

Salam tuan blog...
Terdetik hati untuk memberi komen..

Setelah bace komen memaki hamun Syiah...

Sebelum sesiapa memberi ulasan cuba
cuba fahami pecahan syiah...

Imamiyyah/Ja'fariyyah
Ismailiyah, Zaidiyah
Tarikat Alevi, Bektashi Hamadani dan Fatimiyyah dll...


Sifat orang kita yang tidak suka membaca dan re-kaji...

mengulas isu hanya
sekadar dengar-dengar
dan lihat-lihat sahaja...

bila sorang makhluk ni memaki hamun..

dia pun sibuk nak join gak...

tapi pada hakikat nya...
tak faham "bahan" maki hamun nya...


pelik kan...


Apa yang aku faham dalam ruang blog ini bukanlah untuk menyokong Syiah...

Tetapi memahami apa itu Syiah...

Walau apa mazhab sekali pun...
Yakinlah Allah S.W.T tuhan sekalian alam... Segala yang baik dan benar datang dari Allah S.W.T... Tiada siapa yang dapat menghalang perancang Allah S.W.T...


Kita hanya makhluk yang lemah...


*AKU BUKAN SYIAH...
AKU BUKAN PENYOKONG SYIAH...

Dr Faisal Tehrani said...

Salam

Sehingga saat ini saya masih menunggu blogger Abu Najmi atau Zul Mohamed, di alamat blognya: http://abunajmi-albahri.blogspot.com/ untuk mengulang sekali lagi di kotak komen ini yang syiah Malaysia (yang mendakwa mereka adalah pencinta ahlul bait Rasulullah saw) ini kafir atau istilah yang beliau gunakan (terkeluar dari Islam)?

• Kalau sesiapa yang tersinggah di rumahnya (blognya) minta ia tunaikan permintaan saya di sini. Terima kasih.

dira said...

1. kami sunni malaysia tak pernah kata syiah kafir atau halang nak cinta ahlul bait. kami pun sayang ahlul bait juga apa? salahkah kami lebih mengagungkan pujian kami kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW? cuma dari segi akidah syiah byk meragukan, dari aspek nikah mut'ah dan sebagainya. apa kata FT jawab dulu soalan2 yang kata syiah ny bercanggah. saya baca entri2 sebelum ny xde pun FT menghuraikannya secara detail?

2. FT menyuruh PM and kerajaan kita pergi suarakan utk membantah fahaman syiah di OIC? jenaka apa ni FT? apa kata sebelum tu FT suarakan dulu ke JAKIM atau kepada kerajaan utk membenarkan syiah di malaysia. takkan nak jadi hero kat blog je? FT kan hebat berdebat di sini, saya rasa FT dah layak dah ni. bkn kah ajaran syiah itu mengajar supaya berani? Dr Ahmadinejad idola FT tu penakut mcm FT ni ke? bagi sayalah, kalau FT penakut sangat, minta je kerakyatan Iran. senang, xpayah nak berdebat. Bawa sekali semua pengikut FT dan syiah yang hebat2 tu ke sana.

p/s: entri ny paling kelakar. syiah nak hak sebagai "kafir"? kalau kerajaan/pembangkang nak bagi, dah lama dah bagi. cuma kerajaan/pembangkang x bodoh, mereka pun tau syiah tu Islam, cuma ajarannya saja x dibenarkan kerana terpesong.

behlul said...

assalamualaikum..

saudara FT, bagi tak yah layan Abu Najmi.. saya kenal dia pun.. kalau orang ajak jumpa alasan tak masuk akal.. sibuk la.. sepupu datangla..
walhasil saya rasa dia jenis lempar najis sembunyikan tangan..

kepada yang rasa tak suka kat sini, saya cadangkan tak yah la masuk.. banyak lagi blog ada.. masuk aja yang mana menjadi minat
saudara-saudara.. terkadang kita mengajar orang berjalan lupa ada yang jadi ketam berjalan..

maaflah kalau bahasa saya agak keras.. bagi saya.. apa pun mazhab.. ia bukan milik peribadi atau sesebuah kerajaan kerana kebebasan ada dalam perlembangaan kita.. jangan terlebih pandai sudah..

Dr Faisal Tehrani said...

Dira

Saya rasa dengan kelayakan saya, tak layak saya menjawab saudara.

Behlul
Saya tidak kenal saudara, tetapi saya tertarik yang saudara mengatakan kenal Encik Abu Najmi al Bahri atau Zul Mohamed, saya teringin menemui beliau dan saya mahu beliau melafazkan kata kafir (keluar dari Islam) di hadapan saya sendiri. Harap boleh atur pertemuan tersebut, emel pembantu saya encik Luqman.

Ini kerana tuduhan tersebut melibatkan akhirat kelak.

Jadi saya minta sekali lagi supaya blogger Abu Najmi atau Zul Mohamed, di alamat blognya: http://abunajmi-albahri.blogspot.com/ untuk mengulang sekali lagi di kotak komen ini yang syiah Malaysia (yang mendakwa mereka adalah pencinta ahlul bait Rasulullah saw) ini kafir atau istilah yang beliau gunakan (terkeluar dari Islam)?

• Kalau sesiapa yang ada ke rumahnya (blognya) minta ia tunaikan permintaan saya di sini.

Terima kasih.

Jakfaran said...

"Andainya aku sunni aku akan meredhai tindakan Muawiyyah melaknat Ali. Seandainya aku sunni, aku redha tindakan Umar menghalang Nabi dalam peristiwa hari Khamis. Seandainya aku Sunni, aku r...edha perubahan syariat yang dibuat berdasarkan 'ijtihad', seandainya aku Sunni, aku redha terhadap pembunuh Husin'.

Alangkah bangsatnya mereka, mengakui meninctai ahlul bayt, tetapi mengagungkan pembunuhnya. Alangkah bangsatnya mereka, mengakui mengikut ahlul bayt, tetapi tidak mengikut ajaran mereka dengan menjadikan sunnah sahabat sebagai sumber syariat!

Alangkah hipokritnya mereka.

Bagaimana kalian menagatakan kecintaan kalian terhadap ahlul bayt sedangkan sumber syariat mereka kalian nafikan?

Averroes Sid said...

tindakan kerajaan memang agak keras..

TAPI..syiah tetap terpesong dari landasan islam yg sebenar. T

idak boleh menkafirkan mereka..kerana mereka masih lagi dibawah satu shahadah yg sama..masih memegang taraf penganut islam

Harus tahu beza terpesong dan kafir.

lalok said...

em..mcm mana yer..org lain baling batu..org lain kena percikan airnya..org yg baling batu pulak dok senyum2 jer sebab konon2nya org tak nampak siapa yg baling batu..siapakah pembaling batu misteri itu..disebabkan rakan baik kita telah mendatangkan fatwa yg mesti tidak ditolak kerana fatwa ini dikeluarkan oleh org2 yg beriman..so saya hari ini menerima fatwa itu dengan berlapang data..yelah saya ni bangsa peraq (jakun)..pantang tok nenek langgaq fatwa nih..terutama fatwa2 yg dikeluarkan oleh mufti2 yg dilantik oleh pihak pemerintah yg zalim (meletak perlembagaan di atas Al-Quran) dan claim kita adalah muslim beriman..persoalan saya adakah undang2 hudud digunapakai di India dan Pakistan..dan apa agak2nya fatwa ulama India dan Pakistan terhadap pemerintah yg gagal untuk melaksanakan hukum hudud..dan yg menariknya..apa barang undang2 islam..kita nak ambik nama islam jer kan..kita ambik part2 yg nampak gimik mcm islam dah la..pi ambik fatwa jauh2 tu pun kita kan satu malaysia..takkan non muslim nak guna fatwa tu..alah..kitakan satu malaysia..kita ikut jer cakap p.m..mana yg baik..sampai ke telaga kautsar adalah baik..dan mana yg tidak baik sampai ke telaga kautsar juga tidak baik(perlu diketahui siapa pulak yg menginfluencekan dia)..assalamualaikum..

Abu Najmi Albahri said...

Saudara Faisal Tehrani dan teman-temannya.

Saudara dan teman-teman saudara telah dewasa serta mendapat pendidikan yang tinggi.

Dengan pendidikan tersebut, saya yakin saudara dan teman-teman saudara telah pun memahami apa yang tersurat dan tersirat apa yang saya maksudkan.

Untuk lebih kefahaman, saudara dan teman-teman saudara bolehlah melawat ke blog saya :-

http://abunajmi-albahri.blogspot.com/2010/12/fatwa-ulama-di-benua-kecil-india.html

Fatwa ini dikeluarkan pada tahun 1928, 50 tahun sebelum Revolusi Iran.

Dr Faisal Tehrani said...

Salam Sdr Abu Najmi atau Zul Mohamed,

Saya tahu ramai blogger syiah di Malaysia yang mengikut blog saya; ini kerana saya seorang sunni yang simpatisan terhadap syiah. Iya, mereka saudara saya, kerana saya menganggap mereka orang Islam malah berdasarkan kerja-kerja amal Hezbullah dan Iran untuk Palestina, saya kira mereka adalah orang mukmin.

Tuan-tuan saudara-saudara sekalian – lelaki ini, Abu Najmi al Bahri atau Zul Mohamed TELAH MENGKAFIRKAN kalian secara sedar selaku pencinta-pencinta dan pendokong-pendokong Saidina Ali, Saidatina Fatimah Zahra, Saidina Hasan dan Saidina Husin secara tersirat dan tersurat.

Ini juga bermakna beliau telah MENGKAFIRKAN 200-500 juta umat Islam Syiah di seluruh dunia.

Sekarang sdr Zul, terpulanglah kepada mereka, 500 juta umat manusia ini, samada mereka akan memaafkan sdr atau tidak di akhirat kelak.

Tuduhan kafir, dalam konteks ini keluar Islam, adalah sesuatu yang maha serius. Ia bukan persoalan dunia. Ia persoalan akhirat kelak.

Adapun daripada saya, yang cuma seorang simpatisan terhadap nasib mereka, ini sekadar satu ingatan kecil, ingat petikan paragraf di bawah ini:

Satu hari nanti, mungkin serta merta, mungkin juga - lama lagi; saudara akan ditimpa kecelakaan kerana faltah ini. Ketika itu, ingatlah yang saya pernah berpesan tentang pengkafiran yang saudara lakukan di blog saya ini. Insya-Allah, (jika saya masih hidup) selepas itu terjadi kelak, carilah saya.

Dengan itu, saya menutup pintu blog ini buat saudara selama-lamanya.

Wassalam.

Tajjawad said...

For those who interested to know about Ahl al-Bayt, why not make your journey to Lady Fatima Masuma (AS)at The Holy City of Qom, Iran.

Mdm Lauren Booth, journalist, campaigner and on-air reporter for the Press TV channel in London, is not the first western woman to convert to Islam. But she is one of the most high-profile converts. For good or ill, this is largely based on the fact that she is the colourful sister-in-law of Tony Blair, the former British prime minister – and because she has been a loud critic of his military ventures from the outset.

What she said about his journey,
"It was at the Fatima Masuma shrine in the holy city of Qom. Contrary to reports, I didn't go to Iran to convert. I had no thoughts of converting. I went to Iran to work. I was actually en route to Isfahan, and a friend I was travelling with said, 'Let's just stop at the shrine'. There were lots of women baking bread and children playing, and as you got closer to the shrine there were believers holding the bars which contain the remains of Fatima. My spiritual awakening and confirmation really happened there."

Lady Fatima Masuma (AS)was titled, "Karimat Ahl al-Bayt", means “Noble one of the family of the Prophet (SAW).” This title was given to her by either Imam al-Baqir (A) or Imam Sadiq (A) in a dream seen by Late Ayatollah Sayyid Mahmud Mar’ashi Najafi (qudd.), the author of Mashjirat al-Alawiyin.

This Noble Man was very interested in finding the exact location of the burial place of Lady Fatima Zahra (A), and for this purpose he spend 40 days supplicating, so that he could be privileged with this information.

On the 40th night, after the completion of his prayers, he went to sleep and in his dream he saw himself present at the grave of either Imam al-Baqir (A) or Imam Sadiq (A) in Jannat al-Baqi in Madina. Imam (A) said to him:

“I advise you to go to the Karimat (Noble one) of the Ahl al-Bayt.”

He thought that by Karimat Ahl al-Bayt, Imam (A) was referring to Lady Fatima Zahra (A), and so he answered, “Yes, I have been supplicating for this very purpose, so that I may know the exact place of the holy grave of this noble personality, enabling me to perform her pilgrimage.”

The Imam (A) said, “I meant the holy grave of Lady Fatima Masuma (AS) in Qum.” Then the Imam (A) added, “It is Allah’s desire that the location of the holy grave of Lady Fatima Zahra (A) be hidden from everyone.”

Therefore, the Imam (A) has placed the grave of Lady Fatima Masuma (AS) in place of the grave of Lady Fatima Zahra (A), and so all the honour and grandeur that would have been accorded to the grave of Lady Fatima Zahra (AS) should be given to the grave of Lady Fatima Masuma (A).

On waking from his dream, the late Mar’ashi made an intention to travel to Qum with his family, in order to perform the pilgrimage of Lady Fatima Masuma (A) and he carried out this intention without delay.
SALAWAT !

lalok said...

bila kita masih lagi berfikir di dalam kotak..kita akan dilabel jumud oleh org yg sudah berfikir di luar kotak..islam itu melangkaui kotak..bukan bawah tempurung..kata agama tuhan..so tuhan lah yg letak sempadan..kalau agama islam kita punya sendiri..so kita sendiri la letak sempadan..mcm mana? alamak..saya dah terjangkit dgn ilmu tuan punya blog nampaknya..

hellmy said...

Abu Najmi = BACUL!
Abu Najmi = Wahabbi!

Bacul kerana tidak BERANI menyahut cabaran

Wahabbi yang berSELINDUNG di sebalik Ahli Sunnah Wal Jamaah

Sekian, khalas!

mxypltk said...

Blog ni hadirnya di alam maya, virtual gitu. Mungkin lebih elok kalau dibukukan sahaja tulisan FT berkenan perkara Syiah ini, tambah dengan nilai-nilai ilmiah, rujukan-rujukan muktabar ke...barulah akademik.

Redha said...

Jangan cepat menghukum syiah...syiah banyak cabangnya...syiah yg diserbu baru2 ini bukan lah syiah yg mengkafirkan org yg tidak sealiran dengan mereka...begitu juga sunni,sunni juga bnyak cabangnya..ada yg sunni yg menjurus kepada khurafat amalannya...so sunni n syiah ada pro n kontranya...jika anda serbu baru2 ini dan tertangkap hujjatul islam dan ayatullah mungkin anda sendiri bkan sahaja tidak mampu mngeluarkan hujah malah anda mungkin insaf dan tertrik ngan syiah...jangan cpat mnghukum sebaliknya ajak mereka berdialog,,,-Nawqaz

Mr said...

Dr.

Mereka (syiah) seperti Kerajaan Pas yang selama ini tidak pernah diberi peluang untuk bersuara secara terbuka di media rasmi.

Harapan saya perjuangan dr. ini akan membuka mata orang sunni yang berpengaruh.

jika hasan din sendiri boleh kata begitu. bagaimana orang awam nak menerima syiah? susah2..

kalau ahmadinejad ada blog boleh juga kemukakan soalan2 ini.

Jakfaran said...

Aduhai, mengkafirkan kami sedangkan kami mengucapkan kalimah Lailahaillalah!

Syiah sesat? Di mana sesatnya Syiah? Kami tidak ada jalan pintas ke Syurga seperti Ayah Pin. Kami perlu membuat kebaikan di dunia dan jauhi kemungkaran utk masuk ke SyurgaNya.

Kami solat 5 waktu, tidak seperti dakwaan angkuh dan berlagak pandai mengatakan kami solat 3 waktu. Hanya saja kami menghimpunkan waktu solat itu, iainya tetap 5 waktu.

Wahai kalian! Hindarilah daripada berbicara apa yang kamu tidak tahu! Tanyalah diri kalian, adakah kalian telah mengikut wasiat Tsaqalain Nabi?!

"Aku tinggalkan kalian 2 perkara, KITABULLAH dan ITHRATH AHLUL BAYT"

Adakah kalian ikut itu??!

Kami mengambil fiqah Ja'fariyyah (Imam Jaafar Sadiq, merangkap guru mazhab, keturunan ahlul bayt yang suci dan mulia). Apakah kami sesat kerana ini?!

Nabilah said...

Heran ye, orang sudah maju ke depan, ke arah neo-khilafah (sunni-syiah bersatu), masih lagi ade yg mundur, mencedok fatwa dari benua2 kecil di India. Apa dia tak lihat kondisi masa sekarang?

Fatwa tahun 1928 (benua kecil indida) VS Risalah Amman tahun 2004 (ratusan ulama/umara sedunia)

Heran juga orang yg masih belum berevolusi nih. Masih mahu mengekalkan "zaman batu api", menolak 'conscience' insani yang cinta kedamaian.

Barangkali orang sebegini mengalami ADD (Attention Deficit Disorder) atau OCD (Obsessive Compulsive Disorder)

Pet Shop Boys said...

Sdr Abu Najmi tak cakap Syiah kafir...dia cuma berkongsi statement dari orang lain sahaja.

begitulah saya faham.

Bang Aji said...

Salam tuan....

Wahai Orang Beriman...Pendokong Ahlul Bayt!
Bersabarlah sementara kita masih mampu bersabar terhadap fitnah dan tohmahan yang dilemparkan terhadap saudara kita yang dikategorikan sesat oleh mereka-mereka yang masih dangkal dalam pencarian ilmu....

Sejarah Tanah Melayu juga pernah mencatatkan bahawa Islam datuk nenek kita dulu bermazhab Ja'fari...

Namun kita kurang mengkaji...Almaklumlah Pengarah JAIS pun salah bagi statement.... "Mereka Puak Syiah membenarkan jamak semua solat sedang kita berfahaman Ahlul Sunnah ada syarat iaitu darurat atau musafir melebihi 90 marhalah"???
Sila rujuk sidang video di Harian Metro...

Cik Ami said...

Salam Dr. sebelum ni saya pun skeptikal dengan orang syiah. tapi sejak membaca blog Dr ni saya jadi faham dan setuju sangat dengan pendapat Dr dan memudahkan saya berkawan dengan seorang iran yang bermazhab syiah dan melayannya seperti saudara seislam yang lain. tapi kan Dr, bila saya baca berita ni, ni penjelasan menteri kita yang mereka ditahan disebabkan perkara2 tersebut dan bukanla sebab mereka syiah semata.harap Dr dapat jelaskan. oh maafkan saya ayat saya agak tak teratur: http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/12/19/mstar_berita/20101219151846&sec=mstar_berita

Siberkop said...

Pengajaran yg sgt jelas dari isu ini:

1. Marilah kita sebagai umat ISLAM kembali bersatu, moga2 dengan persatuan itu kita akan menjadi lebih baik.

2. Janganlah kita mengkafirkan sesiapa sewenang-wenangnya. Kalau boleh, jgn langsung kalau ilmu kita tidak berapa nak cukup.

3. Apa yg kita belajar dan pelajari dari mana-mana blog tentang Islam perlu kita analisis sebaik2nya sebelum kita keluarkan hujah sendiri, atau nak mengikut. Kena kritis sikit kepala otak ni.

elmaaniq said...

Pet Shop Boy,
Pemahaman kau salah :)

Baca yang tersurat dan tersirat. Begitulah maksud dia, Syiah & Qadiani keluar dari Islam.

pembaca buku said...

Salam.

Saya bersetuju dengan sdr mxypltk. Jika terus-menerus berbalah, kita bimbang akan menjadi mudarat pula. Tidak semua yang bercakap di sini menggunakan kebijaksanaan dan hikmah apabila memperkatakan syiah dari sudut ilmu.

Saya percaya reaksi kita semua di sini sedang dipantau dan diteliti oleh pihak berwajib. Dan sedikit sebanyak pendapat pro atau kontra diambil kira. Cuma sama ada mereka mahu atau tidak mereka menggunakan apa yang kita perkatakan itu sebagai kayu ukur untuk menjatuhkan hukum kepada mazhab syiah ini, akan terpulang kepada percaturan politik mereka.

Jadi, solusi yang paling baik dalam soal ini bagi jangka masa panjang adalah dengan melihat masalah dan permasalahan mazhab syiah di Malaysia dengan kajian ilmiah. Sungguhpun telah ada kajian tentang syiah oleh beberapa sarjana, tetapi dengan perkembangan terbaru pandangan dan penerimaan dunia terhadap syiah kecuali kita di sini, kajian terkini haruslah dilakukan.

Bukan itu sahaja, ada banyak persoalan tentang syiah dan ajarannya harus dipugar dan dilihat daripada perspektif akademik untuk mendapatkan inti berguna yang boleh digunakan untuk kemaslahatan umat Islam di sini.

Saya difahamkan Faisal akan atau sudah memulakan kajian untuk ijazah kedoktoran keduanya dalam perkara ini. Itu permulaan yang baik untuk mereka yang syiah dan kita yang sunni di sini.

Ada banyak perkara ummah lain yang harus ditangani, dan jika ada formula yang baik, antaranya dengan menulis karya-karya yang sekurang-kurangnya dapat mencerahkan hati dan mengembalikan khalayak kepada agama, itu sudah amat baik.

Saya harap pihak berwajib tidak menyekat aktiviti pencerahan melalui karya ini semata-mata memandangkan pihak itu sendiri tidak tertangankan dalam menarik golongan yang bermasalah ke pangkal jalan dan tidak dapat mencari formula segar untuk menyelesaikan masalah jiwa ummah.

Bukan sahaja itu, perbuatan menyekat kreativiti penulis ibarat menaburkan pasir ke periuk nasi orang juga sebagai pemula fitnah penulis mengajar ajaran sesat pula. Ingatlah apa yang berlaku pada Hamzah Fansuri yang segala karyanya dibakar, tetapi hari ini karya-karya digali semula; dan akhirnya kita mengetahui siapakah yang mezalimi ilmu pada masa itu.

Hanya Allah yang tahu apa yang ada di hati penulis ini. Moga-moga Faisal ikhlas, dan pesan saya kepada Faisal: Ikhlas itu tiada sebab melainkan Lillahi Taala semata-mata.

Wassalam.

Muslim Aqil said...

@Pet Shop Boys:

Salam,..saya harap anda baca satu persatu komentar yg ada..jangan amek sekerat dan buang sekerat..

LIHAT KOMENTAR KE-16!

"Abu Najmi Albahri said...
Rujuklah fatwa ulama'-ulama' India dan Pakistan berkenaan Syiah dan Qadiani.

Syiah dan Qadiani terkeluar dari Islam.

Monday, December 20, 2010"

Sekian..

lalok said...

disebabkan saya tak pernah senang duduk bila org lain senang hati..okay..syiah itu sesat..dah la sesat..kafir pulak tu..so kita label lah dengan apa nama sekali pun..mereka di mata kita adalah sesat dan kafir..di mata mereka bagaimana pula..adakah mereka melabel kita sesat dan kafir sebagaimana kita melabel mereka..tentu ya jika kita orangnya..sehebat mana sekalipun kita..walau dari mana sekalipun cabangnya..islam itu menjunjung kalimah lailahaillah muhammadurrasulullah..tak logik jika kita menjunjung kalimah ini dan di masa yg sama kita pi luku kepala org lain yg melaungkan kalimah ini..kecuali kita tak kenal siapa org yg kita luku tu..kita ini tidak menggunakan akal (org gila tuhan nak azab tak?)..kita mmg jenis cintakan perpecahan..kita cintakan dunia..takutkan mati..masing2 ada alasan tersendiri di depan teman2..apa alasan kita bila kita berdiri di depan yg maha agung..Allah..saya sendiri akan diazab walaupun saya masih belajar bersolat..saya yakin saya akan di azab..kerana kezaliman saya kepada diri sendiri..iaitu tidak menggunakan akal untuk berfikir dengan baik..hati2lah kita berbicara..

Zuljanah said...

Salam,

Janganlah sebarangan kita menghukum orang lain sesat, apatahlah kafir sepertimana kita merujuk kepada orang2 Kristian. Ini bukan perkara mainan, kerana jika kita tersilap menuduh, maka tuduhan tersebut akan pasti kembali kepada diri kita.
Jikalau kita tidak memiliki akal yang sihat untuk menilai sesuatu kebenaran, maka kita dibolehkan memohon petunjuk dengan beristikharah kepada Allah swt.
Jikalau itupun kita segan untuk melakukan, maka saya sarankan supaya eloklah kita berdiam diri sahaja dan tidak 'menjaga tepi kain orang'. Kerana option yang terakhir yang ingin kita elakkan ialah kita bermubahalah, sepertimana yg dilakukan oleh Rasulullah saw dan Ahlul-baitnya terhadap Kristian Najran. Saya yakin dengan bermubahalah, keputusannya pasti kita peroleh dengan kadar segera, siapakah diantara kita yang berada di pihak benar dan siapa yang tidak, insha Allah.

Wassallam.

SiTifatimah said...

so sad,semoga ALLAH permudahkan jalan bagi.orang-orang islam yang benar.

pembaca buku said...

Ini komen saya yang terakhir dalam isu ini. Mudah-mudahan apa yang akan saya perkatakan akan memberi sedikit gambaran sejarah tentang syiah di Malaysia.

Sebenarnya, penyebaran Islam ke Alam Melayu bermula dengan orang-orang syiah. Pada masa itu, mereka terpaksa lari jauh daripada tanah mereka kerana berlakunya pembunuhan orang-orang syiah secara berleluasa.

Jadi, tujuan utama kedatangan mereka ke Alam Melayu, adalah untuk menyelamatkan diri mereka. Tetapi cara kehidupan dan ibadah mereka menarik minat orang-orang di Alam Melayu untuk mendekati mereka lalu mempelajari agama Islam.

Lama kemudian, barulah pendakwah sunni datang untuk menyebarkan ajaran Ahlus Sunnah wal Jamaah. Dan ketika itulah berlakunya konflik antara mereka, malah melibatkan institusi raja.

Apa yang ingin saya tekankan di sini janganlah kita mengkafirkan saudara-saudara syiah kita. Nenek moyang kita belum tentu keturunan sunni tetapi daripada keturunan syiah. Mereka menjadi sunni disebabkan persekitaran yang tidak kondusif untuk mengamalkan amalan syiah.

Namun harus diingatkan bahawa masih ada antara mereka yang terus berketurunan syiah. Dan mereka mengamalkan ajaran syiah sejak mereka lahir kerana mereka percaya itu Islam yang sebenar.

Apakah kita mahu membuang mereka daripada menjadi sebahagian daripada kita? Apakah mereka tidak mempunyai hak seperti orang-orang lain sedangkan orang-orang kafir di sini pun mendapat hak mereka.

Oleh itu, wajarlah mereka dibenarkan menjalani kehidupan mereka dengan aman.

Apa yang penting sekarang, jika pihak berwajib dan kita berasa ajaran sunni tergugat oleh apa yang ada dalam syiah, haruslah melakukan apa yang patut dilakukan. Tapi benarkah tergugat. Kalau tergugat, apa dia dan mengapa? Soalan ini harus kita jawab sendiri.

Tetapi di samping itu, kita wajar melakukan pendekatan berhemah dalam bermazhab. Ilmu perbandingan mazhab harus diajar di peringkat pengajian tinggi di negara kita. Ini untuk 'melayani' keperluan anak-anak muda kita (dan kita juga) yang cenderung untuk mengetahui lebih daripada apa yang sudah diketahuinya.

Jika kita tidak memulakan pendekatan berhemah begini, pada masa datang akan timbul masalah yang lebih besar andainya yang tertutup menjadi terbuka tanpa sempadan.

Kita boleh membaca Bible dan Bhagavadgita untuk pengetahuan. Jadi, mengapa kita tidak boleh membaca al-Kulaini atau Nahjul Balaghah, misalnya? Kita boleh membaca Plato dan Aristotle, mengapa kita tidak boleh membaca Muthahhari dan Mulla Sadra?

Saya harap catatan saya ini membuka sedikit fikiran sesiapa yang membacanya. Ilmu itu tiada sempadan, baik daripada yang kafir, baik daripada yang Islam. Dan yang Islam itu lebih utama, walaupun daripada mazhab yang tidak sama dengan kita.

Mudah-mudahan semua kita menjadi orang yang bijak menggunakan akal dan hikmah.

Fenomena Zaman said...

Dr Faisal. Saya tertarik dengan kenyataan mengenai Imam Syafie. Sebelum ini memang saya ada mengetahui mengenai syair yang ditulisnya, cuma mengenai sumber dan kitab-kitab lain tiada dalam pengetahuan saya. Ada ke kitab-kita beliau yang diterjemahkan kedalam Bahasa Melayu mengenai pandangan dan kecintaannya terhadap Ahlul Bait?

Satu lagi, adakah Imam Shafie juga mengamalkan taqiyah?

Ini persoalan besar bagi saya.

Kerana jika memang Imam Syafie ini begitu mencintai Ahlul Biat, maka apa pula hujahnya kita yang bermahzab Syafie menolak dan menghukum kafir ke atas Syiah?

Saya juga tertarik dengan kenyataan Bang Aji...."Sejarah Tanah Melayu juga pernah mencatatkan bahawa Islam datuk nenek kita dulu bermazhab Ja'fari..."

Apa bukti dan sumber Bang Aji mengatakan begitu? Saya benar-benar ingin tahu. mungkin pembaca buku boleh bantu?

Jakfaran said...

Hikayat Muhammad bin Hanafiah, saudara terdekat Imam hasan dan Husain. Manuskrip yang menunjukkan dunia Melayu dahulu ada kaitan dengan Syiah. Wallahualam.

asyMok_Aambo said...

Sahabat...

Memang KAMI Menjamakkan Zuhur & Asar dan Maghrib & Isyak.

KAMI ada Hujjah.

Sila Buka
SHAHIH MUSLIM Keterangan ke 666 ke 670.

Sila Hayati Baik-baik.

Tuntutlah ILMU.
Gali dan Cari lah.

ILMU ALLAH SWT INI LUAS!

asyMok_Aambo said...

Bagi Yang betul-betul ingin Mencari ILMU, boleh juga Menghayati Kandungan Sessi Pencerahan 'PESHAWAR NIGHTS'. boleh dilihat secara online di laman sesawang http://www.al-islam.org/peshawar/index.html

Sekali lagi, KAMI Menghormati ANDA semua sebagai ISLAM.
Jika kamu (pihak berkuasa 'agama' selagor-encik khusrin) BERHUJJAH kami BERBAHAYA hanya kerana beberapa isu seperti MENYAKITI DIRI dan CARA SOLAT TAK SAMA apakah pula pendapat kamu dengan GOLONGAN KAMU SENDIRI YANG MASIH MENGAMALKAN SANTAU DAN MEMBELI NOMBOR EKOR/MINUM ARAK yang Kamu Sendiri Fatwakan HARAM?

Kamu nampak kan...
Bahawasanya Kamu Sendiri Tidak Mampu Mengawal Golongan Kamu Sendiri, di negara KAMU sendiri malah mungkin di dalam RUMAH KAMU sendiri!

Encik Khusrin...
Kamu adalah Ketua di Sebuah Agensi Awam. Ada Jawatan. Ada Pangkat. Ada Kedudukan.
SEELOKNYA, KAMU MESTI JUGA KELIHATAN BERILMU.
Orang BERILMU Mestilah 'agree to disagree'.....
Jujurlah.

An Tak Tau said...

Dari keratan akhbar: "ajaran menghalalkan nikah mutaah"

Pendapat umum menyatakan Ibnu Abbas menghalalkan nikah mutaah. Beliau turut berdalil dengan Ayat 24 surah an-Nisa.

Diriwayatkan bahawa Ibnu Abbas berpendapat nikah mutaah adalah semata-mata rahmat Allah kepada umat Muhammad dan sekiranya Umar tidak melarangnya, nescaya zina tidak berlaku kecuali dari kalangan orang jahat sahaja (Ibn Rushd, II: 97).

Secara umum seluruh mazhab empat mengharamkan nikah mutaah. Ini kerana ia menetapkan had waktu sesuatu perkahwinan.

Hanya golongan aliran Syiah yang MINORITI (Jaafariah) membenarkannya. Mungkin ia sebagai tarikan untuk menyokong aliran terbabit.

Dengan itu masyarakat Islam tidak boleh menghalalkannya kerana sudah sabit pengharaman nikah mutaah.

Mengenai kemungkinan zina dapat dielakkan dengan nikah mutaah ia tidak dapat dinafikan seperti daripada kata-kata Ibnu Abbas itu.

Bagaimanapun, nikah mutaah tidak mencapai hikmah di sebalik perkahwinan. Ia mungkin dapat membendung nafsu manusia semata-mata, tetapi gagal mencapai hikmah perkahwinan yang lain.

Rasulullah sendiri tidak pernah berkahwin secara nikah mutaah. Dengan itu sekiranya kita benar-benar mahu mengambil Baginda sebagai contoh teladan yang baik (uswah hasanah), nikah mutaah sudah tentu tidak diikuti.

Dengan itu, pendapat majoriti di kalangan mazhab Islam hendaklah diterima dan diikuti kerana ia mempunyai asas fiqah yang benar dan sesuai dengan hikmah perkahwinan itu sendiri.

Usahlah diikuti pendapat minoriti yang sesuai dengan rasa hati dan keinginan semata-mata.

An Tak Tau said...

tapi, menurut The Statement issued by the International Islamic Conference
The Statement issued by the International Islamic Conference
held in Amman, the Hashemite Kingdom of Jordan, under the title, 'True Islam and Its Role in Modern Society' (27-29 Jumada 11426 ah / 4-6 July 2005 ce)

http://ammanmessage.com/index.php?option=com_content&task=view&id=20&Itemid=34
===================================

We, the undersigned, hereby express our approval and affirmation of what appears below:

(1) Whosoever is an adherent to one of the four Sunni schools (Mathahib) of Islamic jurisprudence (Hanafi, Maliki, Shafi'i and Hanbali), the two Shi'i schools of Islamic jurisprudence (Jafari and Zaydi), the Ibadi school of Islamic jurisprudence and the Thahiri school of Islamic jurisprudence, is a Muslim.

pening2...

Tajjawad said...

Bersalawat kepada Rasulullah(saw) dan Ahlul-Baitnya(sa) memiliki banyak keutamaan bagi kita di dunia dan akhirat.

Rasulullah(saw) bersabda: “Pada suatu malam aku diperjalankan untuk mi’raj ke langit, lalu aku melihat malaikat yang mempunyai seribu tangan, dan setiap tangan mempunyai seribu jari-jemari. Malaikat itu menghitung dengan jari-jemarinya, lalu aku bertanya kepada Jibril(as), ‘Siapakah malaikat itu dan apa yang sedang dihitungnya?’ Jibril(as) menjawab, ‘Dia adalah malaikat yang ditugaskan untuk menghitung setiap tetesan hujan, ia menghapal setiap tetesan hujan yang diturunkan dari langit ke bumi.’ Kemudian aku bertanya kepada malaikat itu: ‘Apakah kamu mengetahui berapa tetesan hujan yang diturunkan dari langit ke bumi sejak Allah menciptakan dunia?’ Ia menjawab: ‘Ya Rasulullah(saw), demi Allah yang mengutusmu membawa kebenaran kepada makhluk-Nya, aku tidak hanya mengetahui setiap tetesan hujan yang turun dari langit ke bumi, tetapi aku juga mengetahui secara rinci berapa jumlah tetesan hujan yang jatuh di lautan, di daratan, di bangunan, di kebun, di tanah yang bergaram, dan yang jatuh di kuburan.’
Kemudian Rasulullah(saw) bersabda, ‘Aku kagum terhadap kemampuan hapalan dan ingatanmu dalam perhitungan itu.’ Kemudian malaikat itu berkata, ‘Ya Rasulullah(saw), ada yang tak sanggup aku menghapal dan mengingatnya dengan perhitungan tangan dan jari-jemariku ini.’ Rasulullah(saw) bertanya, ‘Perhitungan apakah itu?’ Ia menjawab, ‘Ketika suatu kaum dari umatmu menghadiri suatu majlis, lalu namamu disebutkan di majlis itu, kemudian mereka bersalawat kepadamu. Pahala salawat mereka itulah yang tak sanggup aku menghitungnya.” (Al-Mustadrak Syeikh An-Nuri, jilid 5: 355, hadis ke 72). SALAWAT !
Allahumma soli 'ala Muhammad wa ali Muhammad.

lalok said...

untuk pengetahuan kita semua..di dalam islam..pernikahan itu bukan seks semata2..abg2 ingat seks jer..bukan bang..dalam islam pernikahan bertujuan menghalalkan hubungan..jadi bila kita bernikah aurat..sentuhan..perhubungan menjadi halal..abis tu menikah buat apa kalau kita tak buat seks..menikah mutaah ni menghalalkan hubungan sediada sebagai contoh pasangan yg sedang bercinta tetapi masih belum bersedia ke arah perkahwinan..bila abg pegang adik..tak berdosa kerana ada ikatan pernikahan mutaah..bila keluar berdua-duaan tidak berdosa kerana ada ikatan pernikahan mutaah..bila si adik melentok manja kat bahu abg..juga tidak berdosa kerana ada ikatan pernikahan mutaah..mcm mana pulak dengan berhubungan seks..juga tidak berdosa kerana ada ikatan pernikahan mutaah..nampak mcm bodoh kan perempuan tu..mcm perempuan murahan la plak..semuanya tertakluk kepada persetujuan pihak perempuan..baru hubungan ini sah..mana tau nih..reka2 ker..taklah..marilah bertanya kepada yg pakar..masalah perzinaan dari dulu dah wujud..dah kita kata islam tu agama tuhan..mcm mana protection yg tuhan bagi untuk manusia ni..dah kata tuhan ni maha mengetahui..mana caranya?dok cerita kat org..tuhan maha mengetahui..masalah perzinaan pun tuhan tak tau nak selesaikan..apa punya tuhan..mcm ni kita tukaq lah..bagi member kita (1 malaysia) jadi tuhan..

Jakfaran said...

Nikah muta'ah.. Kepada yang berlagak pandai sangat tu, sila berikan dalil pengharaman mut'ah dan hukum Islam yang dikenakan terhadap pelaku mut'ah sekiranya ia diharamkan?

Yang mengharamkan adalah Umar ya! B

Islam itu agama penolong umat manusia, dan nafsu sentiasa bersama manusia. Jika tidak dikawal, maka hendaklah bermut'ah utk mengelakkan zina. Ingat! jangan samakan mut'ah sbg zina halal pula! Ada banyak syarat utk bermut'ah. Tapi tak tahu lah pula kalian (sunni) cara kalian utk menghindari zina. Adakah dengan berpuasa sepanjang tahun?

pembaca buku said...

Sdr Fenomena Zaman,

Saya cadangkan sdr membaca buku 'Islam di Alam Melayu' oleh Mahayudin Haji Yahaya, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2001.

Bagaimanapun ketika membacanya sdr mesti mengelakkan penilaian yang dibuatnya terhadap orang-orang syiah. Buku ini buku sejarah yang baik, tetapi tidak begitu objektif kerana adanya sentimen penulis terhadap apa yang dikajinya.

Seorang pengkaji yang baik harus melepaskan sentimen daripada perkara yang dikajinya. Maksudnya, kita hanya perlu menjelaskan sesuatu tanpa membuat penilaian. Kemudian maklumat daripada semua sisi subjek harus dikumpul, diisih, dianalisis barulah membuat kesimpulan.

Dalam buku ini, kesilapan besar yang dilakukan oleh Mahayudin ialah memberikan penilaian (baik atau buruk) sewaktu memberi penjelasan sejarah. Seharusnya dia membuat penilaian dalam buku yang lain.

Jadi, sdr harus membaca dengan meninggalkan penilaian itu untuk mendapatkan sejarahnya. Jika tidak, sdr pasti akan terperangkap dalam sentimen penulisnya.

Sdr Jakfaran,

Memang benar, ada banyak tinggalan syiah di sini yang menjadi bukti bahawa mereka pernah mendominasi kita.

Pernahkah sdr mendengar doa mencegah penyakit ini:
'Li khamsatunn utfi biha harral waba'il Hatima, al Mustafa wal Murtadha wabnahuma wal Fatimah'?

Mustafa ialah gelaran Nabi SAW; Murtadha ialah gelaran Saidina Ali as; wabnahuma itu ialah kedua-dua Saidina Hassan as dan Saidina Hussain as dan Fatimah ialah puteri Rasulullah SAW.

Doa ini telah berada lama dalam budaya kita. Saya percaya jika kita bertanya kepada orang-orang lama kita, mereka tentu tahu doa ini. Malah saya pernah mendengar doa ini dibacakan pada masa ini sewaktu ada anak sahabat saya yang sakit. Dan sahabat saya itu sunni macam kita.

Selain itu, mengapa kita ada tongkat Ali dan kacip Fatimah? Mengapa kita tidak memanggil tongkat itu tongkat Umar, misalnya? Atau tidak menamakan kacip itu kacip Aisyah?

Ini disebabkan orang-orang Melayu lama dahulu telah menetapkan nama-nama Ali dan Fatimah kepada tongkat dan kacip ini. Mengapa demikian? Sdr tentu dapat menjawabnya.

Di Pulau Pinang, kita ada boria. Boria ini asalnya ialah pantomin Ta'ziyah dari Parsi yang bermazhab syiah yang menggambarkan suasana kesyahidan Saidina Hussain as pada 10 Muharam.

Faisal telah membuat kajian perbandingan boria dan ta'ziyah ini dan telah membentangkannya di satu seminar di Dewan Bahasa dan Pustaka. Sdr boleh mencari kertas kerjanya di internet, jika berminat.

Ada banyak lagi bukti hadirnya masyarakat syiah di sini, jauh sebelum Revolusi Iran yang dikatakan sebagai bermulanya kedatangan syiah seperti yang disebut dalam penjelasan tentang syiah dalam portal pihak berwajib.

Kita harus sedar kehadiran mereka ini, dan fahami keadaan dan kedudukan mereka. Tidak adil bagi kita 'membunuh' mereka begitu sahaja. Kita masyarakat yang bertamadun, jadi tidak haruslah bertindak seperti kaum primitif dan kanibal.

Moga-moga apa yang saya catatkan ini bermanfaat.

mistis said...

Salam Dr. Faisal,

"Saya secara peribadi mengkaji syiah setelah membawa riwayat hidup Imam Syafie. Beliau mengaku beliau syiah dalam sebuah syairnya. Itulah puncanya saya mengkaji syiah. Lihat Fihrist Ibn Al-Nadim"

Saya dengan penuh sopan minta saudara nyatakan syair Imam Syafie yang menyatakan beliau adalah syiah itu.


Sekian terima kasih

Jakfaran said...

Pembaca buku.

Ya, kalau tidak silap, ia adalah doa tawassul utk menghindari penyakit berjangkit. Dulu ada sekali tersebar semasa H1N1, namun, sesetengah orang berawas pula mengatakan ia adalah doa Syiah.

Padahal, kebanyakan doa telah diajar oleh para Imam alaihisalam. Hanya saja, Sunni ini tidak mengikut Tsaqalain, mereka telah ketinggalan pelbagai khazanah ilmu dan doa.

Dr Faisal Tehrani said...

Apa kata SUHAKAM?

Isu Syiah: Semua bebas anuti apa jua fahaman, kata Suhakam
December 21, 2010

KUALA LUMPUR, 21 Dis — Suhakam mengesahkan empat individu yang mengadakan pertemuan semalam adalah antara 200 pengikut Syiah ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) minggu lalu dengan menegaskan, semua orang sama ada rakyat tempatan ataupun asing mempunyai hak untuk menganuti apa jua fahaman.

Pesuruhjaya Suhakam Muhammad Sha’ani Abdullah berkata pertemuan itu adalah untuk mendapatkan nasihat dan bantuan berhubung penahanan mereka.

Beliau juga berkata, satu memorandum akan dihantar oleh empat individu itu kepada Suhakam dalam tempoh terdekat.

“Saya telah dimaklumkan mengenai pertemuan mereka dengan pegawai kami. Pertemuan itu bagi mendapatkan nasihat berkaitan penangkapan oleh Jais. Datang tanya jika ada apa-apa yang boleh dilakukan oleh pihak Suhakam dan dapatkan nasihat.

“Mereka akan ada tindakan susulan dengan menghantar memorandum kepada kami, namun itu masih belum pasti,” kata Muhammad Sha’ani ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Tambah Muhammad Sha’ani, pihaknya akan menjalankan siasatan dan kajian berhubung perkara itu sebelum membuat keputusan.

Beliau juga menjelaskan prinsip hak asasi manusia setiap individu bebas dan mempunyai hak untuk menganuti apa sahaja fahaman.

“Kami masih membuat kajian. Tetapi prinsip hak asasi manusia semua ada hak untuk anuti apa jua fahaman. Amalan itu juga sah di beberapa negara, maka perkara itu perlu diambil kira.

“Tidak mudah untuk membuat sebarang keputusan mahupun tindakan. Ini kerana tindakan itu hanya tertakluk kepada warganegara bukan kepada warga asing.

“Jadi bagi kami buat siasatan dan kajian dulu sebelum apa-apa keputusan dibuat dalam perkara ini,” katanya.

Pertemuan yang diadakan sekitar 2 petang dan berlarutan kira-kira satu setengah jam semalam diketuai Mohd Haidar Mohd Hashim, namun enggan memberikan sebarang komen berhubung pertemuan itu.

Jais menahan 200 pengikut dan dua ketua kumpulan ajaran itu di sebuah rumah kedai di Taman Seri Gombak, Batu Caves, Selangor pada Khamis lepas.

Sebahagian pengikutnya yang ditahan merupakan pensyarah dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), peguam dan kakitangan kerajaan.

Pengikutnya terdiri daripada 75 lelaki dan 35 wanita tempatan, enam wanita dan tiga lelaki warga Indonesia, dua wanita Myanmar serta masing-masing seorang lelaki Pakistan, Myanmar dan Iran, manakala selebihnya kanak-kanak.

Dalam serbuan sepasukan penguat kuasa Jais, kesemua pengikut sedang khusyuk berselawat dan mendengar khutbah daripada seorang lelaki warga Iran.

Ia merupakan penahanan terbesar melibatkan pengikut ajaran yang didakwa sesat dicatatkan di Selangor setakat ini.

Jais percaya ajaran tersebut turut tersebar di negeri-negeri lain.Kumpulan yang ditahan itu menganggap penganut Islam mazhab lain sebagai kafir dan halal dibunuh. Dua ketua kumpulan itu telah dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat dan dibebaskan dengan ikat jamin. Manakala pengikut lain pula turut dibebaskan dengan jaminan Jais dan akan dipanggil untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.

asyMok_Aambo said...

Saya MEMPERINGATI Diri Saya dan PARA RAKAN YANG SUDI MEMBACA...

Selagi Tiada NAS Mengatakan Sesuatu Perkara Itu HARAM,

Maka PERKARA/PERBUATAN itu adalah HARUS.

Nikah Muta'ah MEMBUKTIKAN Betapa HANYA ALLAH SWT MEMAHAMI FITRAH MANUSIA Kerana Manusia ini (kita) dibuat oleh-NYA.

Ana Islam said...

jakfaran

Kaum muslimin telah sepakat dan Ijma’ para ulamapun telah terjadi, bahwa nikah mut’ah
hukumnya haram. Rasulullah bersabda:

“Wahai manusia, sesungguhnya saya pernah membolehkan bagi kalian nikah Mut’ah (bersenangsengan
dengan wanita) ketahuilah, bahwa Allah Subhanahu Wata’ala telah mengharamkannya
sampai hari kiamat. (H.R.Muslim)

dr..

anda sebagai seorang pengarang dan ilmuan berkata anda brsimpati dengan golongan syiah, apabila ustaz Hasan Din al Hafiz mengatakan anak-anak orang syiah adalah anak zina atau anak haram..

huh..

tidak sedar kah anda atau anda terlepas pandang bahawasenye mereka juga menganggap orang2 sunni sebagai pelacur, najis dan anak zina???

Dr Faisal Tehrani said...

Ana Islam

dari mana sdr dapat dakwaan syiah menganggap wanita sunni pelacur? alahai, ini seorang lagi khusrin yang bercakap tak ada bukti.

saya secara peribadi tak setuju dengan praktik mut'ah yang jadi amalan sesetengah orang syiah.

baiklah kalau ya mut'ah itu haram itu tidak menjadikan mereka kafir.

tak pakai tudung haram. tapi ramai je isteri pembesar kita tak pakai pun. itu tak menjadikan mereka kafir. onani pun ulama kita fatwakan haram, tapi ramai je orang muda melakukan onani itu tidak bermakna mereka jadi kafir.

please lah, rasional lah sikit.

haidari said...

ana islam....ijmak ulama 1 cara didlm sunni untuk mengambil hukum,tetapi anda harus ingat,alquran & hadis adalah pilihan utama,kerana ulama jg tidak terlepas dari salah & dosa,mereka jg tidak ma'sum kan? sekiranya didlm alquran mengatakan halal,didalam hadis setengah meriwayatkan halal & setengah lg riwayat mengatakan haram, yg mnanakah yg harus anda ikut,hadis yg anda utarakan itu saya sudah lihat tapi anda tidak mengutarakan hadis yg menghalalkan mutah,
1 lg, anda sendiri mengaku & menyebutkan nama ulama anda iaitu hassan din alhafiz ketika anda mengakui bahawa dia mengatakan anak2 syiah adalah anak zina atau anak haram,tapi dimana yg anda katakan terlepas pandang itu siapakah namanya apa kata2 atau tulisannya,saya harap anda ikhlas & adil dlm memberi pandangan

Ana Islam said...

jakfaran..

lagi dalil dan bukti pengharaman nikah mut'ah

Nikah Mut'ah telah diharamkan oleh Nabi Muhammad s.a.w buat selama-lamanya sehingga hari kiamat menerusi hadith-hadith sahih sebelum baginda wafat dan salah seorang perawi hadith tersebut ialah Saidina Ali sendiri. Antara hadith-hadith tersebut ialah:

Daripada Ali bin Abu Talib katanya: "Bahawa Rasulullah s.a.w. melarang nikah mut'ah pada hari peperangan Khaibar dan melarang juga memakan daging kaldai jinak".
(Riwayat Ibn Majah dan al-Nasai)

Daripada Ibnu Umar katanya, ketika Saidina Umar dilantik sebagai khalifah, beliau telah berkhutbah kepada orang ramai dengan katanya, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah mengizinkan kami bermut'ah sebanyak 3 kali kemudian baginda telah mengharamkannya. Demi Allah, tidak aku mengetahui seseorang yang melakukan nikah mut'ah sedangkan ia muhsan (telah berkahwin) melainkan aku merejamkannya dengan batu, kecuali ia dapat membawa kepadaku empat orang saksi yang menyaksikan bahawa Rasulullah s.a.w. telah menghalalkannya setelah baginda sendiri telah mengharamkannya."
(Riwayat Ibnu Majah)

(Surah al-Talaq ayat 1)

(Surah al-Nisaa' ayat 12)

dr...

maaf.. komen sayer tidak lengkap..

di dalam Kitab Ar Raudhah minal Kafi hal 285: Dari Abu Hamzah, dari Abu Ja’far , ia
berkata: Aku Katakan kepadanya: Sebagian orang-orang kita menuduh orang-orang yang menyelisihi mereka. Kemudian beliau mengatakan kepadaku: Menahan diri dari mereka lebih baik,kemudian ia berkata: Demi Allah wahai Abu Hamzah, semua manusia itu anak Pelacur kecuali kelompok kita.” Artinya semua manusia adalah anak zina kecuali Syi’ah.

saya tidak menyatakan bahawa golongan syiah itu kafir.. bAgi saya mereka adalah fasikkk...wsalmm

hellmy said...

Ana Islam,

Muta'ah itu memang sudah menjadi hak kepada golongan Syiah, biarlah. Yang kita di sini peliharalah diri kita baik-baik. Tak perlu berprasangka buruk kepada mereka.

Lawan kepada muta'ah adalah misyar dalam mazhab kita. Rasanya jika mereka golongan Syiah nak persoalkan konsep misyar itupun, dah lama mereka boleh buat (persoal). Cuma lagi, saya masih belum nampak mereka berbuat begitu kerana mereka jelas menghormati hak-hak yang kita nikmati. Sebagai majoriti pula tu!

Di sini, saya seru carilah titik persamaan. Sudah-sudahlah asyik mengkafirkan orang ini.

Orang putih kata,"The world is round". Dunia ini bulat, hari ini kita buat yang x baik kpd orang, esok lusa kena kpd kita balik. Pengikut Hindu percaya ini karma.

Sudah-sudah ya? Cukup.

Sekian.

Ana Islam said...

jakfaran..

lagi dalil dan bukti pengharaman nikah mut'ah

Nikah Mut'ah telah diharamkan oleh Nabi Muhammad s.a.w buat selama-lamanya sehingga hari kiamat menerusi hadith-hadith sahih sebelum baginda wafat dan salah seorang perawi hadith tersebut ialah Saidina Ali sendiri. Antara hadith-hadith tersebut ialah:

Daripada Ali bin Abu Talib katanya: "Bahawa Rasulullah s.a.w. melarang nikah mut'ah pada hari peperangan Khaibar dan melarang juga memakan daging kaldai jinak".
(Riwayat Ibn Majah dan al-Nasai)

Daripada Ibnu Umar katanya, ketika Saidina Umar dilantik sebagai khalifah, beliau telah berkhutbah kepada orang ramai dengan katanya, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah mengizinkan kami bermut'ah sebanyak 3 kali kemudian baginda telah mengharamkannya. Demi Allah, tidak aku mengetahui seseorang yang melakukan nikah mut'ah sedangkan ia muhsan (telah berkahwin) melainkan aku merejamkannya dengan batu, kecuali ia dapat membawa kepadaku empat orang saksi yang menyaksikan bahawa Rasulullah s.a.w. telah menghalalkannya setelah baginda sendiri telah mengharamkannya."
(Riwayat Ibnu Majah)

(Surah al-Talaq ayat 1)

(Surah al-Nisaa' ayat 12)

dr...

maaf.. komen sayer tidak lengkap..

di dalam Kitab Ar Raudhah minal Kafi hal 285: Dari Abu Hamzah, dari Abu Ja’far , ia
berkata: Aku Katakan kepadanya: Sebagian orang-orang kita menuduh orang-orang yang
menyelisihi mereka. Kemudian beliau mengatakan kepadaku: Menahan diri dari mereka lebih baik,kemudian ia berkata: Demi Allah wahai Abu Hamzah, semua manusia itu anak Pelacur kecuali kelompok kita.” Artinya semua manusia adalah anak zina kecuali Syi’ah.

saya tidak menyatakan bahawa golongan syiah itu kafir.. bAgi saya mereka adalah fasikkk...wsalmm

hellmy said...

Ana Islam,

Oh ya ke? Idok la pula teman tau...

Tapi salah seorang anak Abu Bakar Abi Quhafah (yg digelar asSiddiq) juga bernikah muta'ah dgn Zaid bin Arqam. Siap dah mengandung dan ada anak lagi.

Zaman itu Rasulullah s.a.w dah wafat. Mengapa ada juga yg melakukan perkahwinan jenis itu walaupun dikatakan sudah diharamkan?

Mmm...ada jawapan?

rosley said...

Helmy, Setahu saya yang nikah mutaah ialah Asma binti Abu Bakar dengan Zubair al-Awwam dapatlah anak bernama Abdullah bin Zubair dan Urwah. Abdullah telah bergesel dengan Ibnu Abbas semasa di Mekah mengenai nikah Mutaah lalu Ibnu Abbas menyuruh Ibnu Zubair bertanya ibunya (Asma).... betul x, entah carilah kat mana-mana.

Jakfaran said...

Adapun tentang hadis Imam Ali di atas maka ada beberapa hal yang pelu Anda ketahui tentangnya.

Pertama, ia dari riwayat Zuhri, nama lengkapnya adalah Muhammad bin Ubaidillah bin Abdullah bin Syihab Az Zuhri lahir pada tahun 58 H dan wafat tahun 124H. Dia dekat sekali dengan Abdul Malik bin Marwan dan Hisyam bin Abdul Malik dan pernah dijadikan qodhi oleh Yazid bin Abdul Malik.

Kedua, Ibnu Abi al-Hadid, ketika menyebut nama-nama para perawi yang membenci Imam Ali as, ia menyebut, “Dan Zuhri adalah termasuk yang menyimpang dari Ali as”(Syarah Nahjul Balaghah 1, 372-373).

Seterusnya, Sufyan bin Wakii’ menyebutkan bahwa Zuhri memalsukan banyak hadis untuk kepentingan Bani Marwan . Ia bersama Abdul Malik melaknat Ali as. Asy Syadzkuni meriwayatkan dari dua jalur sebuah berita yang menyebutkan bahwa Zuhri pernah membunuh seorang budaknya tanpa alasan yang dibenarkan (As-Sirath Mustaqim 3, 245).. Ini serba sedikit tentang perawi dalam hadis oleh Imam Ali di atas.

hellmy said...

Salam rosley,

Afwan

Saya akan periksa semula fakta itu. Jika saya salah, saya minta maaf ya.

Sekian

hellmy said...

Salam rosley,

Saya baru periksa. Ya benar, Zubair Al Awwam bukannya Zaid bin Arqam. Zubair dan Asma' bernikah muta'ah selama 3 tahun dan dikurniakan anak.

Maafkan saya ya?

Jadi, ini sebenarnya persoalan yang cukup besar. Sekejap kata halal, sekejap kata haram. Fakta menunjukkan Saidina Umar lah yang mengharamkannya sekalipun beliau tidak mempunyai kuasa veto utk berbuat demikian, kerana beliau bukan seorang Nabi & Rasul.

Lebih baik kita cakap yang benar. Betul tak? Lebih baik ada ikatan pernikahan daripada melakukan perzinaan!

Sekian.

Mohd Faizal Bin Nor Azmi said...

Berpegang pada quran dan sunnah...basmi penyelewengan dalam Islam...itu yang seharusnya berlaku

Bukannya bertekak siapa benar-siapa salah

Management Consultant said...

Restoran Iran kat Malaysia, bolehkah umat Islam makan di situ?