08 December 2010

Bapa Borek Anak Rintik: Anak-Anak Ahmadinejad

Dalam bahasa hebrew peribahasanya akan berbunyi: התפוח לא נופל רחוק מהעץ. Orang Perancis akan mengatakan tel père tel fils, telle mère, telle fille. Sementara orang Sepanyol akan mengucapkan de tal padre tal hijo. Bapa borek anak rintik (dengan cara yang baik tentunya), Mehdi, anak lelaki sulung Mahmud Ahmadinejad kelihatannya mengenakan jaket 5 dollar yang sama seperti bapanya. Di belakang beliau ialah anak kedua Presiden Ahmadinejad, Ali-Reza. Foto ini dirakam ketika mereka menghadiri majlis solat aidilfitri di Tehran tahun ini. Banding-bandingkanlah dengan anak emmm...(use your creativity lah!)

13 comments:

cahaya malam said...

tajam tue!

biskut said...

kesederhanaan....

nurul 'awatif ahmad said...

bersederhana dlm semua perkara..itu dituntut dlm Islam

azila said...

hari raya tu pakai camtu je..
kat sini pun like father like son gak..ikutlah berjenama jugak

Peri PiA said...

ank yg soleh..InsyAllah

khemy said...

Baju melayu cotton dengan songkok tinggi, butang baju melayu yg RM25 per/set, kasut capal yg pakai pada hari raya jer,sampin songket matching baju melayu. Nak dekat RM500 la jugak serba berdiri. Kalau 3 anak = RM1500. Wow, belum pak ngan mak nyer lagi.

Adilla Harun said...

Pandangan saya - tak salah 'orang berduit' nak pakai pakaian berjenama, berkereta mewah, memiliki harta di sana dan sini. Ya! mereka mampu. Pandapatannya melayakkan berbuat demikian. Lakukanlah!

Tetapi pastinya Rasulullah tidak akan sanggup makan yang lazat-lazat kiranya dia tahu ada pengikutnya yang masih kelaparan. Tidak sanggup tinggal dalam istana kiranya dia tahu masih ada pengikutnya yang masih duduk dalam pondok. Tidak sanggup berpakaian mewah kiranya ada anak-anak yatim yang lebih memerlukan pemeliharaan.

Lantas Rasulullah memilih bersederhana dan zuhud juga.

Ya! kita bukan Rasulullah - tapi kita masih boleh memilih mencontohi Rasulullah (walau secara perlahan-lahan). Akhlaknya Yang Terpuji. Kepimpinan Melalui Teladan.

pembaca buku said...

Well, kadangkala kita sedap-sedap mengata orang saja.

Bagaimana dengan diri kita sendiri, adakah kita bersederhana? Atau apakah kita mendidik anak-anak untuk mengikuti apa yang Manusia Supra dan Ahli Keluarganya lakukan dalam kehidupan ini?

Marilah kita mulakan dengan diri sendiri untuk bersederhana, kemudian didik anak-anak; agar suatu hari nanti akan terserlah citra cara hidup Islam sebenar dalam kelompok masyarakat yang bakal menjadi pelapis pemimpin negara, yang melakukan semua perkara kerana mencintai Allah dan Rasul-Nya.

Kita tidak boleh hanya bercakap tetapi tidak serupa bikin! Tidak begitu?

Faizah Roslaini said...

Saya suka anak 'pemimpin' yang bawa Volkswagen Polo dan berpacaran dengan Tiz Zaqyah, barulah Hollywood gitu, femes, kellass!

RUMPUT HIJAU said...

Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. (Al-Mulk:23)

Dr Faisal Tehrani said...

Faizah
Saya ini memanglah ketinggalan dengan gosip mosip artis ini, siapakah gerangannya itu!?

Kamala said...

Syabas Dr. Faisal. Saya suka dan setuju dgn entri anda. Sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan saya yg cetek ini. Cik Faizah, saya pun teringin juga nak tau siapa ye.

behlul said...

assalamualaikum..

bersederhana dalam segala hal.. bukan mudah dipraktikkan sekiranya
tidak mendalami kesederhaan dalam beragama.. menjadi pengikut dan taat kepada pemimpinnya..