05 December 2010

Ahmadinejad Bermain Golf?

Home and energy - home energy efficiency rating

Pemimpin 4 in 1 bermain golf pada 14-02-2009 di Kota Permai. Iya, kita menanggung 4 dalam 1 ketika hayunan kayu itu menjulang ke udara.

Presiden Obama baru-baru ini menerima 12 jahitan di bibirnya ekoran disiku ketika satu permainan bola keranjang. Kalau kita katakan 'padan muka' mungkin keanak-anakan, tetapi saya kira saya suka dengan angka 12 pada bibir Obama itu!

Presiden Perancis, Sarkozy melepaskan lelah bekerja dan mengeluarkan peluh dengan berjogging tiga kali seminggu.


Presiden Ahmadinejad memang diketahui menyukai sukan, malah aktif bersukan. Ini gambar pertemuan beliau dengan pemain-pemain bola keranjang Iran.


Kadang beliau juga berjogging atau berbasikal dengan menteri-menteri kabinetnya. Iyalah, beliaukan pemimpin miskin; manalah tokoh-tokoh politik Iran itu pandai bermain golf.


Yang selalunya beliau bermain bola sepak. Dua foto ini menunjukkan beliau bermain futsal menentang team Presiden Boliva, Evo Morales.

9 comments:

Muhamad Aizie said...

hahaha . kelakar laaa Obama . mereka sekadar beriadah tu dr. melepaskan tekanan kerja katanya . AHAHA.

Adilla Harun said...

Di bawah saya hanya mengimbas satu kenangan dalam alam persekolahan. Ia sesuatu yang benar pernah berlaku.

Berbicara tentang permainan golf!. Teringat kembali kata-kata seorang Usatazah saya semasa di menengah rendah. Katanya," Permainan golf adalah untuk orang-orang yang lemah fikiran". Kami pelajar bertanya,"Kenapa?" Kamu pukul bola, kemudian cari, pukul lagi dan cari dan seterusnya...". Kami sambil antara faham dan tidak, cuma berkata, "Betul juga ya!"

Bila dah masuk usia kini; kefahaman saya tentangnya lebih lagi....

Saudagar Barang-barang Purba said...

sometimes rock star dr.(&skrg dh jd my favorite rock star jgk!) 'cute'lah! I like.. ;)

Faisal Tehrani said...

Adilla
Sesungguhnyalah, tiba-tiba terbayangkan Tiger Woods, begitukah pemain golf, gasang selalu?
Aizie,
Saya kelu sdr sesat masuk dalam blog ini hahaha.

Ahmad Zahiruddin bin Mohd Zabidi said...

Majulah sukan untuk ummah!

Kah kah kah....

ファルハ said...

tp klo ikutkn sebaik2 permainan ialah memanah, menunggang kuda dan berenang. tp respek ttp ada pd presiden iran.menutup aurat lg :)

Mardhiah bte Mohd Yusoff said...

Bersukan memang menyeronokkan, tapi orang Melayu ni sebab elitkan, golflah sukan mereka. Tak buleh nak cakap apalah sebab struktur Melayu tu dia suka tak suka kita kena akui macam sistem kasta India.



Macam engkau jugalahkan masa aku nak tanya istikharah aku tu, bukan ka ko suruh aku cakap melalui orang tengah, tak ingat ka? Aku ni bukan ahli Quran, jadi aku kenelah tanya orang yg ahli dan yg rapat dengan subject. Bila aku tanya 2aginst, 1pro, tapi aku ikut yang pro sebab aku suke dengan tag line "setiap manusia ada potensi untuk positif"

Sebagai penjawat awam rendah aku hormati aturan Melayu ini, but to be one of this elitis, main golf pakai prada, mintak mahaplah. Kalau aku jutawan pun dari aku beli set golf, pakai prada, drive Merc, baik sedekah duit kat Gajah dan Monyet idung besar kat Kinabatangan tu.

Mark my word ok. kalau aku pakai gak prada, hah masa tulah nanti sapa2 yang doa nak tengok aku mati kena panah petir, kena hempap hujan batu akan termakbul. Mati kena makan sumpah.

Prada aje tau sebab golf dengan Merc tu tak brani nak janji.

Peri PiA said...

senyum,suka kan mereka

ingatkan minuman saja ade 4 in 1

Adilla Harun said...

Saudara FT menanyakan saya? Oh si Harimau Belukar tu! Maaf lah saya nyatakan di sini. Selayaknya pakej namanya dan 'karektornya' sebegitu. Masa memula meletus ceritanya itu laku bebeno suratkhabar. Lepas tu satu demi satu cerita seumpama itu bocor. Pemain bola, artis dan.... Cerita lain-lain tapi skop sama.

Pengajarannya bau bangkai yang busuk tu klimaksnya takkan tertutup oleh kita. Baunya pasti dihidu juga. Jadi kita dalam Islam diajar berfikir dalam-dalam sebelum bertindak dan jangan membesarkan nafsu dari akal. Syukur nikmat Islam...