
Nampaknya bukanlah saya seorang simpatisan terhadap minoriti syiah di Malaysia. Kenyataan peguam dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, MOHAMED HANIPA MAIDIN di blog beliau juga menggambarkan hal yang sama:
"Bagi saya Jais sepatutnya memilih jalan dialog atau hujah dengan pengikut syiah bukan meyerbu, tangkap dan aibkan mereka. Saya tidak nampak tindakan yang diambil ke atas pengikut syiah itu boleh dikategorikan 'islamic'. Mungkin juga dengan daya intelektual yang tidak begitu tinggi untuk berhadapan dengan pengganut mazhab syiah maka pengarah Jais yang kita tahu amat sinonim dengan Umno terpaksa menggunakan kuasa dan 'force' untuk berdepan dengan pengikut syiah. Saya boleh bayangkan jika pengarah Jais berdepan dengan mana mana ayatullah atau hujjahtul Islam syiah beliau bukan sahaja tidak mampu berhujah mungkin juga pengarah Jais selepas ini tidak berani lagi 'mengusik' syiah."
Baca penuh klik di sini.
"Bagi saya Jais sepatutnya memilih jalan dialog atau hujah dengan pengikut syiah bukan meyerbu, tangkap dan aibkan mereka. Saya tidak nampak tindakan yang diambil ke atas pengikut syiah itu boleh dikategorikan 'islamic'. Mungkin juga dengan daya intelektual yang tidak begitu tinggi untuk berhadapan dengan pengganut mazhab syiah maka pengarah Jais yang kita tahu amat sinonim dengan Umno terpaksa menggunakan kuasa dan 'force' untuk berdepan dengan pengikut syiah. Saya boleh bayangkan jika pengarah Jais berdepan dengan mana mana ayatullah atau hujjahtul Islam syiah beliau bukan sahaja tidak mampu berhujah mungkin juga pengarah Jais selepas ini tidak berani lagi 'mengusik' syiah."
Baca penuh klik di sini.
Sebagai seorang ahli akademik yang menyokong tradisi keilmuan, saya berharap saranan beliau ini menjadi kenyataan. Saya ingin mencadangkan pihak yang dituduh membawakan Ayatullah Qazwini untuk berhujah, mungkin elok diadukan dengan Ustaz Hasan Din al-Hafiz (kerana sama-sama hebat). Saya difahamkan Ayatullah Qazwini selalu berdialog dengan ulama salafi. Ustaz Hasan Din al Hafiz pula saya cadangkan di sini kerana beliau telah mengatakan anak-anak orang syiah sebagai anak-anak zina di akhbar Berita Harian 18 Disember 2010 (lihat sini).Sekiranya sukar untuk mendatangkan Ayatullah Qazwini, mungkin Profesor Dr Haji Jalaludin Rakhmat dari Indonesia sudah memadai.
* Pandangan Hanipa bahawa JAIS sinonim dengan UMNO bagaimanapun kurang saya setujui.



36 comments:
sangat bersetuju dgn akh dalam isu ini...begitu juga artikel akh sebelum ini tentang hak0hak mereka bukan islam...
cuma semakin runsing sekarang bilamana timbul isu Seksualiti merdeka...tidak adakah tindakan dariapda pihak berwajib??
salam,
kenapa kita nak sibuk2 dengan isu2 yg pelik2 ni..selesaikan dulu rumah tangga kita..ni isu global..tapi kalau betul2 memudaratkan rakyat Malaysia, ambil tindakan...kalau nak berdialog, masing2 akan pertahankan fakta masing2...sampai bila nak habis...syiah ke sunnah ke..hanya Tuhan esa yg tahu..yg penting akidah masing2..
TQ
Ah-ha, terbaik!
To 'aku': Bukan isu tu yang pelik, kamu je yang pelik tak ambil tahu dan tak nak tahu. Haha, kelakarlah Melayu sorang ni ;]
Salam
@aku : Anda mencari siapa? Salah rumah kot?
Kata orang-orang tua, sebelum masuk rumah, cuci kaki dahulu.
BACA ENTRI-ENTRI DR.FT TERLEBIH DAHULU SEBELUM BERKOMENTAR!
WASSALAM
aku,
Masalahnya, sudah ada 1 pihak lain yang langgar hak yang sepatutnya dinikmati oleh golongan itu hatta sebagai minoriti.
Janganlah kacau orang lain. Sebab itu masalah ini tak pernah selesai. Sebab asyik diganggu sahaja.
Mengulangi apa yang anda taip, sampai bila nak habis macam tu?
Salam dr,
Sy mmg bersetuju dan sentiasa menunggu2 jika adanya program spt ini. Negara kita sndiri sudah biasa dengan program2 Interfaith Dialog sebagai suatu wasilah untuk merapatkan jurang antara agama yang ada di negara kita ini. Jadi mengapa bila membicarakan soal Syiah yang tentunya sebuah satu mazhab di dalam Islam kita bersikap sebaliknya.
Matlamat dialog bukan utk tentukan mana benar mana salah(bukan debat) akan tetapi adalah untuk membina kesefahaman.
Isu yg Dr bangkitkan dalam blog ini menjadi semakin panas dan menarik minat org ramai utk mengkaji apa itu Syiah dgn lebih mendalam walaupun xkurang ada yg masih bersikap 'kering'.
Jika mahu menjemput tokoh tanah air sendiri pun boleh utk berdialog. Sy difahamkan oleh pensyarah sy bahawa Prof. Dr Lutfi Ibrahim juga antara bekas pensyarah di IPTA yang pro kepada Syiah. Tp wallahu'alam kerana sudah lama x mendengar berita mengenai beliau.
Ishh.. Kenapa pulak sampai nak libatkan Ayatullah Qazwini atau Profesor Dr Haji Jalaludin Rakhmat dari Indonesia...
Aku rasa elok Hassan Din al-Hafiz berdebat sahaja dengan Ustaz-ustaz tahap kodi tapi nyata yang terbaik di kalangan pencinta ahlul bait di Malaysia ni.
Aku bukanlah nak menghina, tapi kalau takat Hasan Din atau mana-mana orang yang the so called ulama Sunni di Malaysia ni kan, kalaulah bulu hidung Ayatullah Qazwini tu kalau boleh berdebat pun belum tentu terhadap oleh the so called Ulama Sunni di Malaysia ni.
tahniah hanipa maidin! semoga dgn saranan beliau ini akan menjadikan umat islam lebih dihormati... hanya dgn cara berdialog sahaja kita dapat menerima pandangan org lain.spt juga tgna membuat dialog dgn sami2 budhha,paderi kristian dan sami hindu di kelantan.mengapa dgn syiah sendiri tidak boleh? jgn asyik layan org kafir je..org islam syiah sendiri dibiarkan.tunjukkan akhlak yg baik spt yg dianjurkan oleh rasulullah bila berhadapan dgn semua org..
Hellmy, aku tak fahamlah dengan kau ny. dekat blog ni bkn main tunjuk hebat. ayat lantang mengeji orang. memanggil orang sebagai bacul (merujuk kepada komen saudara di entri2 sebelumnya)? saya rasa anda dan pemimpin2 serta pengikut2 syiah malaysia yang bacul sebenarnya! kenapa semua syiah tidak membuat bantahan secara terbuka apabila tertangkapya pengikut2 syiah hari tu? kenapa? sebab anda semua bacul (meminjam kata2 Hellmy)? mana FT ketika mereka ditangkap? mana Hellmy? duduk depan laptop dan menaip blog sahaja? Syiah mengajar pengikutnya jd bacul ke? i sense of kaki gebang here. cerita hebat, aksi tiada~ apa kata saudara semua ajak saja Ayatullah Qazwini dtg sini? sekadar bagi cadangan budak tadika pun boleh.. tolonglah jgn malukan orang yg ada phD, tapi berfikiran sempit. hellmy, jgn nk bacul sgt, sila pergi ckp kat najib, kami nak Syiah di Malaysia face to face!~
Salam
Saya tak tahu siapakah syiah yang bertokohan di Malaysia, kerana itulah saya sarankan nama Ayatullah Qazwini dan Prof Jalaluddin Rakhmat.
Dira, saya tidak tahu kenapa saudara kepanasan sangat dan terpekik2 di sini. Setahu saya berdasarkan laporan TheMalaysianInsider, kumpulan syiah di sini sudah menemui SUHAKAM dan meminta nasihat. Khabarnya dalam minggu ini ada sidang akhbar kata laporan itu. Jadi kita tunggu sama-sama. Minat kita sama nampaknya ya?
Kenapa saudara Dira bimbang sangat dengan syiah ya? Hasil kajian saya di beberapa laman web mereka, mendapati jumlah syiah di Malaysia sekitar 20ribu saja, campur dengan orang Iran dan Arab yang syiah; adalah dalam 60ribu.
60 ribu bukan boleh buat apa pun. Kita sunni di sini entah berapa juta. Macam buih banyak. 60 ribu tu tak sampai setitis air pun kalau kita anggap kita ini buih di lautan kan?
Jadi Dira, tidurlah lena. Orang syiah tak kacau orang. Tak kacau awak pun. Setahu saya mereka cuma suka menangis pada malam Muharram.
Apalah yang tangisan dan ngongoi mereka itu dapat lakukan?
Mungkin langkah mengadakan dialog merupakan langkah yang tepat.Ini kerana,jika kita mencegah gejala syiah ini secara kekerasan,ia seolah2 akan menampakkan kekerasan dalam Islam,sedangkan Islam membenarkan penganut2 agama lain juga bebas menganut agama mereka di negara ini.Oleh itu,kempen2 mahupun forum hendaklah diadakan untuk mendedahkan ajaran syiah kepada ummat kerana bimbang masyarakat tertipu dengan ajaran ini.Sesiapa sahaja yg tidak cukup ilmunya ataupun tidak tahu cara2 menghadapi putar-belit syiah pasti akan mudah terpedaya.pada saya ,jika hendak berdialog dgn tokoh syiah,saya fikir yg paling layak untuk mewakili ahli sunnah di Malaysia ini ialah DR MAZA kerana kemantapan hujjah beliau.semoga kita sentiasa hidup di bawah lembayung Al-Quran dan Sunnah...
Amirul
Saya setuju dengan anda. Dr Maza senior saya di KISAS dulu, biar dia debat dengan Yusrin sajalah. Yusrin tu senior saya juga di KISAS.
saya rasa FT sendiri patut baca komen2 dlm entri2 sebelum ini. siapa yang terpekik terlolong. barangkali FT yg lemah ingatan.
ANAK-ANAK ORANG SYIAH SEBAGAI ANAK-ANAK ZINA. Eh, ye ke ni? Cakap betul-betul, ustaz. Ustaz ulama besar. Ulama istana pulak tu. jangan sampai jadi fitnah pulak. Atau, terlebih Ummmnnnnooooo
Pendekar Faisal...
Pada pendapat saya, Sessi Perbincangan atau Sessi Pidato ataupun Sessi Perdebatan memang BAIK.
Sessi tersebut boleh Kita Anjurkan dengan Niat untuk MENYAMPAIKAN.
Namun Faisal,
saya suka untuk Berpijak di Bumi yang Nyata.
KHALAYAK MUSLIM TERUTAMA MUSLIM DI MALAYSIA HARI INI SECARA BANDINGAN TIDAK MENGHARGAI ILMU MALAH RAMAI YANG KITA PANGGIL USTAZ PUN DI MALAYSIA INI, BERPEGANG KEPADA CAKAP-CAKAP ORANG DULU ATAUPUN ORANG YANG MENGAJAR MEREKA.
Perkara ini pernah terjadi kepada saya. Tika itu, saya berada di Masjid Bandar Baru Uda, Johor Bahru mendengar ceramah haji oleh Ustaz Daud Che Ngah. Sama ada tahun 2008 atau 2007. Saya TERKEJUT kerana insan seperti Daud Che Ngah pun boleh mengeluarkan Ungkapan berikut- PADA SAYA ORANG SYIAH INI BUKAN ISLAM. Saya amat SEDIH.
Jadi pada pendapat saya, Sessi Debat dalam Suasana Hari Ini khususnya di Malaysia tidak AKAN MENEMUI TITIK PERDAMAIAN Malah Andai ada Para Muslim yang EMOSIONAL, Pergaduhan boleh TERCETUS kerana Masing-masing Ingin Menegakkan HUJJAH Masing-masing SEDANGKAN SEMUA HUJJAH MEREKA BETUL.
Muslim Malaysia Masih Belum Bersedia UNTUK SESSI PERDEBATAN ILMU oleh kerana Ramai Orang Yang MEMEGANG AMANAH Tidak Menjalankan TANGGUNG JAWAB. Ini menyebabkan ILMU tidak dihargai.
Semasa saya mula-mula tiba di Johor Bahru pada awal 2007, saya berkawan baik dengan ahli-ahli Kumpulan kuliah Ustaz Rasul Dahri. Mereka Cukup Pintar BERHUJJAH. Itu saya tidak Nafikan Malah Saya Amat BERSYUKUR kerana tuhan menemukan saya dengan mereka yang cukup suka MENCARI ILMU. Kemudian, bila saya buka soal Syiah, tanpa sempat saya berkata apa-apa, HUKUMAN KAFIR DILAFAZKAN terus!
HUJJAH MEREKA Satu Sahaja...
Syiah Mengkafirkan Para Sahabat!
Lantas Saya Cuba Membuka Minda Mereka...
Saya bertanya mereka
Jika George Bush ingin menjadi orang ISLAM, apakah yang perlu Bush lakukan?
ITU ADALAH PERSOALAN ASAS.
Kawan saya itu PELIK.
Sekali lagi, dengan lemah lembut, saya bertanya,
APAKAH SYARAT PERTAMA UNTUK MEMELUK ISLAM?
Barulah beliau cakap MENGUCAPKAN DUA KALIMAH SYAHADAH.
Perlahan-lahan saya cakap pada mereka...
SYIAH MENGAKUI TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH SWT
MUHAMMAD SAW ADALAH PESURUH ALLAH SWT...
Jadi Tidak Elok Kita Mengatakan SYIAH itu BUKAN ISLAM.
Mereka Terdiam.
KELU.
Di sini bukan Soal Siapa Hebat, cuma saya ingin Menyampaikan.
Ada salah seorang kelihatan boleh dipengaruhi jadi saya suruh dia cari maklumat mengenai Murtaza Mutahhari di laman sesawang.
Jadi Pada Pendapat Saya,
Sessi Dialog dengan Pihak Berkuasa 'Agama' Malaysia pun tidak akan menemui Titik Sunni-Syiah di Malaysia.
Faisal,
KAMI di Malaysia tidak Ramai. Dan KAMI sekali-kali tidak Ingin Melakukan RAMPASAN KUASA Mahupun Menyuruh orang ISLAM di Malaysia Menyembah Tuhan baru, malah tidak ada kalangan kami Mengaku Sebagai PESURUH ALLAH SWT selepas Baginda Junjungan Besar.
Sekali lagi,
Tidak Perlulah diadakan DIALOG/PERBINCANGAN apatah lagi PERDEBATAN ILMU kerana KAMI Sedar KAMI Begitu HINA di mata Kalian Majoriti Muslim Malaysia. Cukuplah ada INSAN Seperti Anda...
PENDEKAR FAISAL Yang Cuba MENYAMPAIKAN...
Terima Kasih Faisal.
Selebihnya KAMI Akan Cuba TAWAN Hati Mereka dengan AKHLAK KAMI.
Berpesan-pesan dengan Yang Haq
Berpesan-pesan dalam KESABARAN.
Pendekar Faisal...
Pada pendapat saya, Sessi Perbincangan atau Sessi Pidato ataupun Sessi Perdebatan memang BAIK.
Sessi tersebut boleh Kita Anjurkan dengan Niat untuk MENYAMPAIKAN.
Namun Faisal,
saya suka untuk Berpijak di Bumi yang Nyata.
KHALAYAK MUSLIM TERUTAMA MUSLIM DI MALAYSIA HARI INI SECARA BANDINGAN TIDAK MENGHARGAI ILMU MALAH RAMAI YANG KITA PANGGIL USTAZ PUN DI MALAYSIA INI, BERPEGANG KEPADA CAKAP-CAKAP ORANG DULU ATAUPUN ORANG YANG MENGAJAR MEREKA.
Perkara ini pernah terjadi kepada saya. Tika itu, saya berada di Masjid Bandar Baru Uda, Johor Bahru mendengar ceramah haji oleh Ustaz Daud Che Ngah. Sama ada tahun 2008 atau 2007. Saya TERKEJUT kerana insan seperti Daud Che Ngah pun boleh mengeluarkan Ungkapan berikut- PADA SAYA ORANG SYIAH INI BUKAN ISLAM. Saya amat SEDIH.
Jadi pada pendapat saya, Sessi Debat dalam Suasana Hari Ini khususnya di Malaysia tidak AKAN MENEMUI TITIK PERDAMAIAN Malah Andai ada Para Muslim yang EMOSIONAL, Pergaduhan boleh TERCETUS kerana Masing-masing Ingin Menegakkan HUJJAH Masing-masing SEDANGKAN SEMUA HUJJAH MEREKA BETUL.
Muslim Malaysia Masih Belum Bersedia UNTUK SESSI PERDEBATAN ILMU oleh kerana Ramai Orang Yang MEMEGANG AMANAH Tidak Menjalankan TANGGUNG JAWAB. Ini menyebabkan ILMU tidak dihargai.
Semasa saya mula-mula tiba di Johor Bahru pada awal 2007, saya berkawan baik dengan ahli-ahli Kumpulan kuliah Ustaz Rasul Dahri. Mereka Cukup Pintar BERHUJJAH. Itu saya tidak Nafikan Malah Saya Amat BERSYUKUR kerana tuhan menemukan saya dengan mereka yang cukup suka MENCARI ILMU. Kemudian, bila saya buka soal Syiah, tanpa sempat saya berkata apa-apa, HUKUMAN KAFIR DILAFAZKAN terus!
HUJJAH MEREKA Satu Sahaja...
Syiah Mengkafirkan Para Sahabat!
Lantas Saya Cuba Membuka Minda Mereka...
Saya bertanya mereka
Jika George Bush ingin menjadi orang ISLAM, apakah yang perlu Bush lakukan?
ITU ADALAH PERSOALAN ASAS.
Kawan saya itu PELIK.
Sekali lagi, dengan lemah lembut, saya bertanya,
APAKAH SYARAT PERTAMA UNTUK MEMELUK ISLAM?
Barulah beliau cakap MENGUCAPKAN DUA KALIMAH SYAHADAH.
Perlahan-lahan saya cakap pada mereka...
SYIAH MENGAKUI TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH SWT
MUHAMMAD SAW ADALAH PESURUH ALLAH SWT...
Jadi Tidak Elok Kita Mengatakan SYIAH itu BUKAN ISLAM.
Mereka Terdiam.
KELU.
Di sini bukan Soal Siapa Hebat, cuma saya ingin Menyampaikan.
Ada salah seorang kelihatan boleh dipengaruhi jadi saya suruh dia cari maklumat mengenai Murtaza Mutahhari di laman sesawang.
Jadi Pada Pendapat Saya,
Sessi Dialog dengan Pihak Berkuasa 'Agama' Malaysia pun tidak akan menemui Titik Sunni-Syiah di Malaysia.
Faisal,
KAMI di Malaysia tidak Ramai. Dan KAMI sekali-kali tidak Ingin Melakukan RAMPASAN KUASA Mahupun Menyuruh orang ISLAM di Malaysia Menyembah Tuhan baru, malah tidak ada kalangan kami Mengaku Sebagai PESURUH ALLAH SWT selepas Baginda Junjungan Besar.
Sekali lagi,
Tidak Perlulah diadakan DIALOG/PERBINCANGAN apatah lagi PERDEBATAN ILMU kerana KAMI Sedar KAMI Begitu HINA di mata Kalian Majoriti Muslim Malaysia. Cukuplah ada INSAN Seperti Anda...
PENDEKAR FAISAL Yang Cuba MENYAMPAIKAN...
Terima Kasih Faisal.
Selebihnya KAMI Akan Cuba TAWAN Hati Mereka dengan AKHLAK KAMI.
Berpesan-pesan dengan Yang Haq
Berpesan-pesan dalam KESABARAN.
Salam FT,
Memang baik cadangan dari AJK PAS Pusat dan inilah sebenarnya sebaik-baik pendekatan yang digalakkan Islam. Bagi saya, sepatutnya isu sunni-syiah ni tak sepatutnya dihadapkan dengan "kuasa" samada kuasa politik, kuasa sebagai pengatur Islam dalam sebuah negara malah juga kuasa dalam parti.
Saya setuju jika PAS juga dilibatkan dalam dialog ini dan berharap saudara Hanipa Maidin mengambil initiatif juga memulakan dialog pengikut syiah dengan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib kerana beliau juga dilihat amat keras terhadap ajaran syiah tidak kurang jika dibandingkan dengan Datuk Khusrin atau Datuk Hassan Din.
Maka kita akan lihat nanti, apakah rupa sebenar antara pihak yang benar-benar ikhlas mahu melihat perpaduan Islam dalam isu ini atau sekadar mempolitikkan isu ini.
Berkaitan dengan Dr Maza juga saya rasa beliau harus diajak sama kerana beliau juga mendakwa sering berhujjah dengan syiah ini namun kalau Dr Maza ni, bukan sahaja perlu berdialog dengan syiah tapi sunni juga kerana beliau sering juga mengkritik amalan ahlu sunnah di negeri-negeri selain Perlis.
pengikut2 syiah ni penakut sebenarnya..sebab itu mereka ni tak berani nak buat apa..teloq tak dak punya geng..dan jangan lupa..ada manusia di malaysia ni menyangka mereka berkemampuan untuk membunuh..percayakah anda..mungkin kita boleh dapatkan maklumat dari bilik siasatan jenayah..
assalamualaikum..
yang penting perpadua harus dijaga..
itu yang paling utama dalam membentuk ukhwan antara islam
Assalamualaikum, sudah2 la tu doktor... Rasulullah SAW tak pernah ajar kita jadi TAKSUB terhadapnya, apatah lagi ahli keluarganya. Dari taksub pada ahlul bait baik aku TAKSUB pd Rasulullah SAW tapi TAK BOLEH sbb Baginda sendiri melarangnya. Berbalik pada tajuk post kali ni, apa faedahnya kita nak berdepan dgn puak2 yg tak mengiktiraf Al-Quran sbg kitab Allah yg lengkap??? apa sudahnya kita berbincang dgn org yg suka2 mak bapak dia MELAKNAT Sahabat2 Rasulullah SAW & Saidatina Aisyah??? apa kelebihan juak2 'PEYEMBAH' ahlul bait ni dgn HINDRAF yg telah diharamkan??? apa beza puak2 syiah ni dgn pengikut ajaran songsang yg lain??? mereka juga mesti ada hujah lemah & dalil sesat masing2 utk menegakkan benang basah!!! tak payah buang masa, kalau dah terang lagi bersuluh lari dari ajaran Rasulullah SAW... ambil TINDAKAN!!! jgn tunggu sampai dah berlaku PERANG SAUDARA (nauzubillah) baru nak bergerak, LAMBAT... ALLAHUAKBAR!!!p/s bila JAIS nak tangkap muslim merokok?? syiah & rokok adalah sinonim!!
Khutbah Terakhir Rasulullah SAW
Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulan Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.
(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)
Takde pulak aku nampak dlm khutbah Rasulullah SAW ni menyuruh kita jadi TAKSUB & MELAMPAU terhadap Baginda & keluarga Baginda. TAKBIR!!!
Salam, kepada tuan rumah blog dan juga para pengkomen sekalian.
Sama-samalah kita peringatkan diri agar tidak terjerumus ke dalam perangkap syaitan yang sentiasa menghasut manusia biasa seperti kita ini agar melampaui batas.
Berhati-hatilah dalam berbuat apa pun, tidak kira apa sahaja yang dituliskan di sini atau di mana pun, kita pastinya akan dipertanggungjawabkan kelak.
Membaca keterlampauan ulasan beberapa para Islamis Sunni tempatan yang mendakwa syiah menghalalkan darah sunni dan juga anak syiah = anak haram sangat mengharubirukan perasaan saya.
Saya amat takut akan balasan Allah SWT akibat keterlampauan yang menggoncang iman seperti itu.
Apa benarkah mereka itu Sunni? Jika benar Sunni, di mana akhlaknya Nabi yang sewajibnya terpancar dari perilaku mereka?
Atau sekadar mampu bersuara kerana ego jawatan dan ketokohan sudah memakan habis kerendahan hati?
Tuan-tuan sekalian, janganlah sesekali kita mengeluarkan kata-kata sedemikian, tidak kiralah tuan-tuan mahu mewakili pihak Sunni atau Syiah atau Wahabi atau ateis sekalipun, secara sedar atau tidak, di alam maya atau realiti, eloklah kita berasa sangat bimbang akan bala dan azab yang Allah SWT akan timpakan kepada masyarakat sekeliling akibat kata-kata yang zalim, lancang dan melampau seperti itu.
Apatah lagi kata-kata sombong dan berbaur fitnah itu diluahkan oleh mereka yang mencapai tahap tokoh agamawan dan berjawatan tinggi dalam sistem pemerintahan tempatan?
Tidak samakah keadaan ini dengan situasi yang dihadapi oleh Saidina Hussein A.S. di Karbala?
Marilah kita sama-sama kembali membaca sejarah tentang Saidina Hussein A.S. sebagai iktibar dan pengajaran.
Masih ingatkah kita akan apa yang terjadi kepada segenap penduduk Kufah yang berpaling tadah dan para pemimpin mereka setelah kesyahidan Saidina Hussein dan 72 orang syiahnya?
Selain pembunuhan itu, mereka juga telah mengejek-ejek dan mengaibkan kafilah duka keluarganya Nabi SAWW yang dipimpin oleh Sayyidah Zainab al-Kubra A.S.
1. Mereka yang gilakan jawatan hasil pembantaian terhadap kafilah Saidina Hussein A.S. akhirnya terpenggal kepalanya oleh pedang mereka sendiri. Tiada seorang pun berjaya meraih apa yang dihajati seperti dijanjikan oleh Yazid.
2. Bahkan Yazid sendiri telah menerima akibat yang sungguh dahsyat kerana perbuatannya yang keji terhadap Ahlul Bait Nabi A.S.
3. Seluruh Kufah pula diserang penyakit misteri yang akhirnya membunuh keseluruhan penduduk hingga tiada yang menguruskan mayat-mayat mereka lalu dimakan oleh haiwan-haiwan liar.
Apakah kita bersedia untuk menerima akibat dahsyat seperti yang telah Allah SWT buktikan di Kufah itu?
Apakah kita mampu menghadapinya jika saat itu tiba akibat keterlampauan segelintir orang sombong di kalangan kita?
Saya benar-benar takut dan insaf.
Semoga Allah SWT melindungi kita daripada sebarang bala, azab dan malapetaka & semoga Rasulullah SAWW berkenan memberikan syafaatnya kepada kita, selagi kita tidak bersekongkol dengan kezaliman kata-kata dan juga keterlampauan segelintir pihak di kalangan kita.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa ali Muhammad.
oh yeke...hebat2 semuanya student KISAS inshaAllah...saya memang respect dgn KISAS sejak dulu.ya akhi,saya ingin mencadangkn pada saudara satu perkara.Saya rasa dalam blog saudara ini,lebih cantik lagi jika saudara muatkan jugak keindahan ajaran ahlussunnah di samping syiah supaya kita dapat melihat kepelbagaian corak mazhab di Malaysia ini..mudah-mudahan ia dapat mencorak pemikiran masyarakat supaya menjadi insan ulul albab yg menilai sesuatu perkara berteraskan dalil dan hujjah.melalui itu, mereka akan dapat membuat penilaian dan juga perbandingan yang bijak untuk memilih jalan kebenaran...^^
yusrin tu spa dr..
nk taw jgk
zizou
yang empunya badan saja yang tahu. cerita lama.
Dira
Ya saya lemah ingatan agaknya. memang saya yang terpekik terlolong. tapi saudara ini rumah saya, blog saya, kalau saya nak karaoke ke, nak menangis ke dalam rumah saya, itu hak saya. sauara lah yang tak tahu malu masuk dalam sini dan menghamun macam orang gila. cuba saudara masuk rumah jiran saudara tak jerit2 dia marah kenapa kau pakai menangis kenapa kau tak itu tak ini. saya lemah ingatan,tapi saudara tak ada ingatan atau kurang waras.
nassruy
itu yang aku membebel banyak2 di sini.
fulisiakantora
tak habis baca khutbah ya? Nabi ada seorang tapi khutbah last diapun kau tak baca sampai habis. baca sekerat. macam mana kau ni? kita tunggu je debat JAIS dengan ayatullah mana2 kalau mereka berani. kau hadir dan tanya puak2 syiah itu satu persatu, okay? Get it?
fuli...
Kamu terlupa sesuatu OK! Tentang maula Ali A.S (Hadis ghadir). Kalau tidak tahu, maka DIAMlah.
Dira, kami minoriti dan hasil perbincangan pihak kami, ada ura-ura utk menyaman pihak media kerana memfitnah!
Klu debat...FT wakil ahlussunnah?? amacam?? nak x??
Ya! berdialog memang jalan baik. Mesti atas niat yang luhur demi menjernihkan kekeruhan dan memelihara muafakat sesama muslim.
Tegur-menegur tu bagus tapi bukan usaha tunduk menundukkan antara satu sama lain. Capai kefahaman dn pemahaman. Utamakan perdamaian bukan mencari permusuhan.
Mereka yang sertai dialog mesti yang benar-benar layak dan bersih jiwa. Hanya Allah Maha Suci dan Maha Menyucikan...Subhanallah. Solawat..
Dira,
Menyambung sedikit apa yang Dr. FT taipkan tentang 'buih', teringat saya pada hadis ini :-
Rasulullah s.a.w bersabda :
"Hampir tiba masanya kamu dikerumuni oleh manusia seperti mana orang-orang mengerumuni sesuatu hidangan". Berkata seorang sahabat,"Adakah ia lantaran pada waktu kita yang sedikit?". Nabi menjawab, "Tidak,sebaliknya kamu ramai tetapi kamu menjadi seperti buih ketika berlaku banjir. Allah mencabutkan rasa gerun dari hati musuhmu dan memasukkan perasaan wahan ke dalam hatimu." Sahabat-sahabat bertanya, "Apakah itu wahan?" Bersabda nabi, "Cintakan dunia dan takutkan mati".
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Saya nak tanya, siapa yang mendanai Hamas untuk terus berjuang pertahan Gaza? Nak harap Mesir, mereka tutup pintu sempadan. Saudi? Hampeh! Kuwait & Jordan? Sibuk urusan duniawi. UAE? Sibuk buat menara tertinggi. Apa yang mereka buat hanya (Liga Arab & OIC) cuma duduk bersidang, keluar resolusi dan kecam. Tapi tak bertaring. Siapa pertahan Beirut bila diserang Israel (walhal Lebanon bukannya tiada tentera sendiri)? Tapi bila dalam perang 34 hari itu mereka menang, ada pula yang menempel buat muka tidak tahu malu, tumpang sekaki (baca : Ulama' Sunni kita di Timur Tengah) mengangkat golongan 'kafir & sesat' itu.
Bab 'terpekik terlolong', di dalam entri yang lain itu bukankah Sdr. Abu Najmi dicabar untuk mengisytiharkan golongan Syiah pencinta ahlulbait Rasulullah s.a.w itu sebagai kafir? Tetapi beliau tidak berbuat begitu bukan? Sebaliknya hanya bergantung kpd fatwa ijma' ulama' dari India yang sudahpun boleh dikategori lapuk (beliau tinggal dlm zaman apa? Kurun ke-20 atau ke-21?).
Dan ingin saya jelaskan di sini, hanya Wahabbi sahaja yang akan bersikap provokatif. Apa sebabnya beliau masuk ke dalam rumah orang, tak beri salam dan menuduh (malah mungkin mencerca) tuan rumah itu?
Bagi saya, tidak salah saya memanggil beliau bacul & pengecut kerana tidak berani menyahut cabaran yang dilontarkan. Memang sudah perangai Wahabbi begitu. Lempar batu sembunyi tangan. Lihat sahaja di Iraq.
Sekian. Wassalam.
Berdialoglah dengan ilmu bukan dengan emosi. Gunakanlah ia untuk membina kefahaman bukan medan mencari kemenangan.
Salam...
Saya amat berminat dengan perbalahan sunnah-syiah ni, dalam mencari kebenaran. Apakah wujud perbezaan pegangan antara dua golongan ini sehingga kedua-dua golongan ini tidak dapat disatukan? sekiranya perbezaan pegangan itu boleh diterima di antara satu sama lain, kenapa konflik sunnah-syiah tidak pernah berakhir sejak zaman khalifah lagi? adakah konflik sunnah-syiah disebabkan isu perlantikan pemimpin / khalifah sesudah kewafatan Nabi? atau kemaksuman para imam? atau nikah mut'ah? dan saya yakin banyak lagi isu2 yang menjadi perbalahan di antara sunnah dan syiah. jadi, siapa yang benar dan siapa pula yang melencong dari kebenaran? atau dua-dua golongan benar dan tiada siapa yang berada dalam kesesatan.
Secara ringkasnya, perbezaan yang memisahkan Sunni-Syiah adalah perkara Imamah, iaitu adanya lantikan khalifah oleh Allah selepas wafatnya Nabi. Khalifah itu adalah Imam Ali a.s dan diikuti 12 orang daripada keturunannya. Jika ditelusuri hadis, banyak yang menunjukkan pelantikan Imam ALi sebagai khalifah seperti hadis ghadir (Sunni menafikan perkataan mawla sebagai pemimpin, sebaliknya mendefinisikan sebagai sahabat).
Secara logiknya, adakah Nabi yang mengumpul seluruh sahabat (>100 ribu di tanah lembah yang panas terik, berkhutbah hanya semata-mata utk mengatakan Imam Ali sebagai sahabat?
Selepas Nabi mengatakan tentang mawla Ali, maka turunlah ayat terakhir iaitu ayat kesempurnaan Islam dan keredhaan Allah terhadap Islam.
Lagi satu, Allah itu sifatnya TIDAK zalim terhadap hambaNya. Kewafatan Nabi bererti tidak ada lagi sumber Ilmu, tempat mengadu dan tempat pertanyaan, adakah kalian berkira Allah akan tinggalkan kita tanpa ada orang yang menjadi sumber syariaat seterusnya?
Maka dengan itu Syiah yakin adanya Imamah iaitu lantikan Ali dan keturunannya sebagai sumber Syariat. Apatah lagi mereka telah disucikan oleh Allah. Ingat! Sebagai pemegang syariat agar terpelihara, ia hendaklah dipegang oleh orang yang maksum (suci) agar tidak berlaku penyelewengan dalam syariat.
Apatah lagi, banyak hadis yang menunjukkan Imam Ali lebih tinggi ilmunya berbanding sahabat lain.
Jika kalian ingin mempersoalkan, kenapa Imam Ali tidak menuntut jawatannya sebagai khalifah dahulu, sesungguhnya Imam Ali hanya menjaga kesatuan umat Islam ketika itu. Bayangkan sekiranya berlaku peperangan demi peperangan, dapatkah dibayangkan apa yang berlaku kepada umat Islam sekarang?
Ya benar Jakfaran,
Mukminin & Mukminat, luas ilmu Saidina Ali itu seluas 7 lautan samudera.
Jika Nabi s.a.w adalah kota ilmu maka Ali adalah pintu gerbangnya!
Beliau juga antara genius dalam ilmu matematik! Bukan setakat Einstein shj! (Einstein pun Syiah!)
Nabi s.a.w menyebut,"Laa fataa illa 'Ali" bermaksud "Tidak ada kesatria seperti Ali".
Sekian.
Berdialoglah dengan jujur untuk membina kefahaman. Pertelingkahan sering terjadi akibat dari salah faham.
Berlapang dada, berfikiran terbuka dan tidak taksub adalah merupakan ciri-ciri yang diperlukan jika hendak berbahas @ berdialog. Bukan hentaman 'kromo' ataupun bertujuan nak tunjuk siapa terrer.... Jika mencari kebenaran yang diutamakan...
Sukar memang sukar kerana terlalu lama kita telah ditanam dengan pelbagai ilmu yang digelapkan....
salam,
bersolawat pasti lebih baik...
Allahumma solli 'ala Muhammad wa ali Muhammad.
Post a Comment