Di Iran, sebelum sesuatu polisi disaran, dibahas atau diundi; ahli-ahli parlimennya akan bersolat hajat dulu. Kadang di ruang parlimen itu sendiri. Sebelum ini saya pun telah menulis perihal Dr Ahmadinejad yang melakukan istikharah sebelum membuat apa-apa keputusan untuk rakyatnya (klik sini), malah bersolat hajat dalam terowong kenderaan yang bakal dibuka sebelum hari perasmiannya (klik sini).Di negara kita, bukan sahaja tiada istikharah agaknya, solat hajat pun belum tentu. Yang ada ialah sikap mungkir janji lantas harga barang naik lipat kali ganda, 4 dalam 1. Bulan November lalu ada satu janji dibuat, bulan Disember ini janji itu dicabul (klik sini).
Tanpa rasa bersalah pengumuman 4 in 1 yang disenyapkan oleh media perdana ini dilapik dengan kata-kata "...langkah tersebut akan dapat diterima dan difahami oleh rakyat..." (klik sini)
Nah, anda sebagai rakyat adakah anda memahaminya?
* Bandingkan ahli parlimen kita dengan ahli parlimen di Iran, meski mereka syiah dan sesat lalu 'masuk neraka kelak', mereka jauh lebih menepati agama.




9 comments:
hanya pemimpin dari org miskin sahaja yg mengetahui isi hati si miskin! bukan dari kalangan bangsawan yang hanya pandai beretorik siang dan malam.. contohilah kehidupan yang telah dilalui oleh pemimpin besar kita muhammad s.a.w dan imam2 ahlul baitnya yang jarang dapat menjamah makanan..bandingkanlah dgn kita hari ini yg terlebih makan dan terlebih penyakit! bezakanlah dengan kehidupan pemimpin2 umat islam hari ini...yang bergelar ustaz pun, masya allah! rumah dah mcm mahligai..bila nak selesai masalah org miskin.. nak berlapar seketika pun jauh sekali.. dicanangkan kpd audiennya "al-ulamak warasatul anbiya"..tapi yang berlaku tidak ada satu pun yang diwarisi dari nabi baik dari segi tuturnya,akhlaknya,kehidupannya dan sebagainya langsung tidak mewarisi apa yang diajar oleh rasulullah..
Di negara Islam mana lagi yang ada pemimpin sebegini?
Puas saya mencari-cari, tidak terjumpakan yang setanding, malah yang hampir setanding pun tidak tertemukan.
Bukan apa, bimbang saya terlepas pandang atau dikatakan keterlaluan hanya pada Presiden Ahmadinejad ini.
Tapi itulah hakikat, pada masa ini, tiada pemimpin lain yang setanding dengannya. Dan alangkah, pemimpin itu bermazhab syiah!
pencabul?hmmm
maaf jika terkasar bahasa
Amacam sidang parlimen kita, mesti terasa pedasnya entri ni. Haha ;]
Saya sebagai rakyat, saya KELIRU!
Saya rakyat yang cuma petani,
saya rakyat yang cuma nelayan,
saya rakyat yang cuma penoreh getah,
saya rakyat yang cuma pekebun,
saya rakyat yang cuma pemandu bas,
saya rakyat yang cuma kutip tin kosong dan barang lusuh untuk dikitar semula, Kami tidak pernah tahu tentang minyak, kami cuma hanya tahu menggunakan minyak,mungkin sebab kami tidak pernah bersekolah tinggi, kami diperbodohkan dengan isu minyak, dan pelbagai lagi harga barangan yang akan naik selepas ini.
saya, dia, kami rakyat yang tersisih, kami dipencilkan, terbiar, terkubur. Tanah pusaka kami dirampas dengan cara paksa, kami terpaksa menumpang ditanah yang menjadi hak kami. Kami hanya dijenguk lima tahun sekali. Kami keliru, Kami hanyalah orang kampung yang tahu berkerja untuk meneruskan kelangsungan hidup, langsung tidak mengerti kenapa MEREKA yang sering melaung-laungkan
"RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" tergamak merobek jiwa kepercayaan kami, menghancurlumatkan ketaatan dan kesetiaan kami kepada raja dan negara, memijak-mijak maruah kami sebagai manusia, merompak kekayaan bumi kami, demi untuk mengenyangkan perut sendiri, untuk kepentingan parti, untuk bertakhta bangga atas air mata kami, membuat janji-janji dan tanpa tanda memungkiri tiap janji.
Kami sudah Muak, dan terasa seakan mahu menggulingkan MEREKA yang pandai-pandai membuat janji mendahulukan rakyat, mengutamakan pencapaian.
Kami rakyat biasa tidak terkata apa, tidak mampu untuk menakrifkan perasaan ini dalam bentuk apa. Betapa kecewanya kami rakyat yang diperbodohkan.
Slogan mereka patut ditukar kepada :
"RAKYAT DIHULUKAN, PENCAPAIAN DITAMAKKAN DAN DITAMATKAN"
Kami sangat keliru dan tidak faham, jika kami berkerja hanya untuk meneruskan kelangsungan hidup dimuka bumi ini sebagai menunaikan tanggungjawab sebagai bekal dikampung akhirat, dan mereka mengapa seolah-olah melangsungkan kehidupan seperti dunia ini adalah akhirat.
Kita tengah hangat melaungkan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Ddiutamakan". Seronok didengar, megah dicanangkan.
Tapi jangan lupa pada ungkapan 'Cakap tak serupa bikin'.
Sebagai anak Melayu, ini pantun saya yang tak seberapa:
Layang-layang dipegang pada tali, Manusia berpegang pada janji, Janji menurut Melayu mesti dikota. Janji menurut Islam pastinya dilaksana.
Namun dimanakah hala kita antara 'dikota' dan 'dilaksana' atau hanya tanam tebu di tepi bibir... Bak lagu Latiff Ibrahim (saya minat dia ni dulu...)
Saya sudahi dengan frasa popular adik Nabil (kerana kes ni memang lawak pedih untuk kita semua). Lu pikirlah sendiriiiiiii....
assalamualaikum..
perkara sepereti ini. takkan dapat kita lihat di sini..
mengapa..? kita meninggal agamanya, yang tinggal cuma kulit jer..
Pembaca Buku,
Ada lagi pemimpin yang sebegini... tapi jangan cari mereka dari kalangan pimpinan negara-negara majoriti sunni, memang saudara takkan ketemu.
Saudara-saudari jangan pelik dengan penipuan kerajaan 1 malaysia yang berlaku tu, sebab slogan "RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" itu pun bukannya datangnya dari mereka. Tapi datangnya dari APCO...
Kenal siapa APCO yang jadi penasihat kerajaan 1 Malaysia tu ?
skrg ni dah ramai pemimpIn akhir zaMAN
Post a Comment