09 December 2010

4 Dalam 1, Tarif Air & Tokoh Maal Hijrah

Sehebat mana pun pemimpin kita, saya tidak fikir akan ada rakyat yang menatap wajah mereka dengan penuh rasa kasih. Terutama selepas pencabulan janji 4 Dalam 1.
Atau tidak mungkin sama sekali berlaku, di saat kecintaan mereka terhadap pemimpin itu berkobar, dapat mencapai apa sahaja pun dikira memadai. Sesungguhnya inilah tokoh Maal Hijrah yang dicari umat dewasa ini.

Anda fikir anda dapat melakukannya di sini?

* Foto atas dua orang kanak-kanak merenung Dr Ahmadinejad di Kermanshah Disember 2006. Foto bawah, Dr Ahmadinejad menziarahi keluarga miskin di kawasan pedalaman Koushkak, Birjand, Iran. Air adalah antara unsur yang harus dimiliknegarakan.

7 comments:

Adilla Harun said...

'Fire', 'Water', 'Earth' dan 'Air'( macam cerita Avatar pulak yeh!) - empat unsur alam semulajadi. Ini ciptaan Allah yang merupakan asas kepada kitaran hidup manusia. Sehinggakan personaliti seseorang juga dikaitkan sebagai rangkuman dari unsur-unsur tersebut.

Maha Pemurah (Ar-Rahman) Allah kerana diberi percuma ia kepada kita. Tidak sesen pun perlu kita bayar. Malah ditundukkan unsur-unsur itu untuk diambil manfaat oleh manusia (sebagai khalifah). Faham kita yang unsur-unsur alam ini harus dipulihara dan dijaga.

Mengertilah kita, tiada yang percuma dalam hidup di dunia nie!. Tandas awam pun tak kurang 30 sen bayarannya. Namun mengapa pula sebagai insan yang asalnya kita miskin dan lahir pun tanpa seurat benang, sanggup lupa diri dalam mengemudi nikmat percuma dari Allah tu.

Apa hanya kerana kita di pucuk pemerintahan - kita ada VETO. Pandangan dan keluhan umum tak masuk perkiraan. Tinjau dulu, soal dulu, musyawarrah dulu - sebelum terlajak menghimpit - terutama mereka yang memang sedang sempit.

Saya mengira dua isu ini seolah-olah menangguk di air keruh. Dalam keadaan 'opponent' yang 'goyah', orang-ramai tidak perasan atau terlepas pandang dengan bebanan yang disemakin ditimpakan secara perlahan-lahan.

Allah menyayangi hambanya. Siapalah kita untuk 'kufur nikmatnya'. Namun selalunya manusia tidak sedar dalam perlakuan mereka.

Itu perlunya kita 'berpesan-pesan dengan kebenaran juga berpesan-pesan dengan kesabaran'. Ya siapalah saya..... Hanya hamba Allah yang hina. Maaf jika terlajak kata.

Mohamadazhan hjDesa said...

salam bro faisal, Dr amahdinejad ni syiah imammiyah ka? boleh kongsi sikit maklumat.terima kasih :)

ngasobahseliman said...

Saya setuju dengan Adilla Harun.

behlul said...

assalamualaikum..

banyak perkara kita tidak tahu tentang ahmadinejad.. kecuali yang dekat dan melihat cara dia berkerja

Mr said...

Masalahnya umat melayu sudah lama disuap oleh fakta sejarah dan buku2 yang mengatakan syiah terpesong.

Tidak cukup hanya menayangkan gambar perilaku ahmadinejad. tetapi bagaimana pegangannya? ada sesiapa yang mewawancara beliau bertanyakan soalan tentang syiah dan sunni?

jika ada ahli syiah dan sunni duduk semeja bincangkan lagi bagus.

dr f.t ada plan?

Dr Faisal Tehrani said...

Mr
Sdr you miss the point again:
Liha netri Tahun baharu hijrah saya: Umat Islam leka mendebatkan samada mana satu yang benar, meluruskan (syiah) atau mendekap (sunni) tangan ketika bersolat. Sedang dalam masa yang sama musuh bersatu
merancang untuk memotong sama sekali tangan kita -
Almarhum Imam Ruhullah Khomeini.

hellmy said...

Setuju dgn Tuan Hj. Dr. FT!