
Dialog Malam Pertama Pengantin Sunni & Syiah setelah sah diijabkabul oleh pihak kadhi.
Kalau personaliti TV, Azwan Ali pasti akan meloncat: 'Tak sayang molooot...'
Bekas Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Dr Hassan Din al-Hafiz mengatakan dalam Berita Harian, 2010/12/18, halaman 4:
"Lebih membimbangkan adalah perkahwinan di antara umat Islam yang berpegang kepada ajaran ahli Sunnah Wal Jamaah dan pengikut Syiah yang boleh mengakibatkan perkahwinan tidak sah dan anak yang lahir daripada perkahwinan terbabit boleh dikategorikan sebagai anak zina atau anak tidak sah taraf."
Nah, marilah kita berdrama sekejap. Bayangkan pengantin sunni dan syiah di malam pertama. Katakanlah suaminya sunni sementara isterinya syiah.
Senario 1:
"Ayang, abang nak."
"Abang nak apa?" Merengek manja.
"Nak tut*tut*tut*tut."
"Eii, cubit nanti."
"Bolehlah."
"Boleh. Tapi ayang ada satu pengakuan nak buat malam ini."
Pengantin lelaki berdebar. Adakah isterinya bukan dara seperti yang diimpikan?
"Ayang syiah bang. Ibu bapa ayang syiah. Ayang syiah keturunan. Moyang ayang dari Sumatera. Sejak dari zaman Pasai dan Perlak lagi kami dah syiah. Tak boleh nak ubah."
Pengantin lelaki lega, "Syiah pun syiah lah ayang. Janji abang dapat."
"Eiiiiii tak boleh bang, Hasan Din kata nanti kita dapat anak zina."
Pengantin lelaki pun dengan baran menghamun si penuduh, ".....hah di Taman Koperasi Polis II tu...(well, you fill in the blank)..."
Senario 2:
"Awak, abang nak."
"Abang nak apa?" Merengek manja.
"Nak emmm*emmm*emmm*emmm."
"Eii, saya gigit nanti."
"Eh gigitlah. Abang rela awak."
"Boleh. Tapi saya ada satu pertanyaan nak diajukan malam ini, harap abang boleh terima."
Pengantin lelaki berdebar. Adakah isterinya sedang uzur?
"Adakah abang seorang syiah? Saya tengok ibu bapa abang, mereka solat tak dekap tangan."
Pengantin lelaki lega, "Abang syiah keturunanlah awak. Ibu bapa abangkan mamak dari Pakistan, sejak dari zaman Moghul lagi keturunan kami dah syiah. Tak boleh nak ubah."
Pengantin perempuan lega, "Syiah pun syiah lah abang. Abang handsome macam Amir Khan, macam Saif Ali Khan. Cepatlah abang..."
"Eh kejap awak. Tak bolehlah kan awak, kan ulama awak yang terkenal bernama Ustaz Hasan Din al Hafiz kata nanti kita dapat anak zina."
Pengantin perempuan pun dengan angin menghamput si penuduh, "...hah di Taman Koperasi Polis II tu...(well, you fill in the blank)..."

Senario 3:
"Habibi, ana nak enti."
"Nak apa Mahmud?" Merengek manja.
"Nak ahhh*ahhh*ahhh*ahhh*."
"Eii, ana tampar nanti."
"Eh tamparlah habibi. Ana pasrah."
"Boleh. Tapi ana ada satu ikrar nak dilakukan malam ini, harap enta boleh terima."
Pengantin lelaki berdebar.
"Habibi, ana seorang syiah lah. Ramai lagi keturunan Arab di sini syiah lah habibi. Abi wa ummi asal Lubnan. Sejak zaman Fatimiyah lagi kami sudah syiah. Tak boleh nak ubah."
Pengantin lelaki bernama Mahmud lega, "Aiwah. Enti syiah. Ana sunni. Enti muda. Ana tua. Kita bersatu di ranjang. Biarlah orang nak kata apa pun."
Pengantin perempuan mengingatkan, "Eh enta jangan main-main. Enta tak boleh pegang ana kerana Bekas Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Dr Haji Hassan Din al-Hafiz fatwakan nanti kita dapat anak zina."
Pengantin lelaki bernama Mahmud pun dengan marah mencaci sang penuduh, "...hah di Taman Koperasi Polis II tu...(well, you fill in the blank)..."
Tuan-tuan, apakah HUKUM QAZAF?
Apabila seseorang melakukan qazaf atau tuduhan zina tanpa mempunyai bukti yang sah, maka dia akan dikenakan hukuman qazaf iaitu sebat sebanyak 80 kali dan jika hamba sebanyak 40 kali. Hukuman ini jelas telah disebutkan oleh Allah Taala di dalam al-Quran:
"Dan orang-orang yang menuduh muhsanat (perempuan-perempuan yang saleh) berzina, tanpa empat orang saksi, maka jilidlah mereka lapan puluh kali. (Kemudian) tidak diterima kesaksian mereka selama-lamanya, mereka itulah orang-orang fasik. Kecuali mereka yang bertaubat sesudah itu dan mereka memperbaiki diri dan amal mereka, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Apakah LAFAZ QAZAF?
Terdapat tiga bentuk lafaz qazaf, iaitu:
i. Lafaz sarih, iaitu lafaz yang secara jelas membawa maksud zina, seperti: "Wahai, penzina." atau "Aku telah melihat engkau berzina."
ii. Lafaz kinayah, seperti: "Wahai fasik! Engkau tidak pernah menolak setiap tangan yang menyentuhmu."
Jika ucapan seperti di atas itu didakwa bukan bermaksud menuduh zina, maka dakwaan tersebut boleh diterima dengan sumpah.
iii. Lafaz ta'ridh, iaitu berbentuk sidirian seperti: "Aku ini bukan penzina, dan orangtuaku juga bukan penzina."
Apakah SYARAT-SYARAT QAZAF?
Menuduh seseorang berzina tanpa ada bukti perlu dihukum apabila memenuhi lapan syarat berikut ini:
1. Penuduh telah baligh
2. Penuduh berakal
3. Penuduh bukan ibubapa orang yang tertuduh
4. Tertuduh seorang muslim
5. Tertuduh telah baligh
6. Tertuduh berakal
7. Tertuduh merdeka
8. Tertuduh afifah, iaitu orang yang terpelihara kehormatannya serta menjauhi diri dari kemungkaran.
Bagaimana GUGUR HUKUM QAZAF?
Hukum qazaf akan gugur dari penuduh zina apabila terdapat salah satu dari perkara-perkara di bawah ini, iaitu:
1. Penuduh dapat membuktikan kebenaran tuduhannya dengan empat orang saksi. Jika kurang, maka penuduh akan dikenakan hukum qazaf.
2. Tertuduh memaafkan penuduh, kerana hukuman qazaf adalah hak tertuduh.
3. Penuduh melakukan li'an sebagai ganti dari empat orang saksi dengan rukun-rukun dan syarat-syarat tertentu.
Sila ulang baca, 'Tertuduh memaafkan penuduh, kerana hukuman qazaf adalah hak tertuduh.'
Katakanlah kita tolak 200-500 juta penganut syiah di seluruh dunia dengan hanya menyorot 20 ribu orang (ada laporan kata 20 ribu, ada 40 ribu, ada 300 ribu) syiah di Malaysia ini; adakah 20 ribu tertuduh akan memaafkan penuduh?
Tuan-tuan apakah pengajaran dari drama di atas?
Sayangilah mulut.
*Tahukah anda ada sejumlah kecil etnik Melayu yang memang bermazhab Syiah turun-temurun? Klik sini.
** Anda dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Pengantin sunni dan pengantin syiah turut dipersilakan mengundi, boleh tekan punat seberapa banyak jika mahu.
Kalau personaliti TV, Azwan Ali pasti akan meloncat: 'Tak sayang molooot...'
Bekas Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Dr Hassan Din al-Hafiz mengatakan dalam Berita Harian, 2010/12/18, halaman 4:
"Lebih membimbangkan adalah perkahwinan di antara umat Islam yang berpegang kepada ajaran ahli Sunnah Wal Jamaah dan pengikut Syiah yang boleh mengakibatkan perkahwinan tidak sah dan anak yang lahir daripada perkahwinan terbabit boleh dikategorikan sebagai anak zina atau anak tidak sah taraf."
Nah, marilah kita berdrama sekejap. Bayangkan pengantin sunni dan syiah di malam pertama. Katakanlah suaminya sunni sementara isterinya syiah.
Senario 1:
"Ayang, abang nak."
"Abang nak apa?" Merengek manja.
"Nak tut*tut*tut*tut."
"Eii, cubit nanti."
"Bolehlah."
"Boleh. Tapi ayang ada satu pengakuan nak buat malam ini."
Pengantin lelaki berdebar. Adakah isterinya bukan dara seperti yang diimpikan?
"Ayang syiah bang. Ibu bapa ayang syiah. Ayang syiah keturunan. Moyang ayang dari Sumatera. Sejak dari zaman Pasai dan Perlak lagi kami dah syiah. Tak boleh nak ubah."Pengantin lelaki lega, "Syiah pun syiah lah ayang. Janji abang dapat."
"Eiiiiii tak boleh bang, Hasan Din kata nanti kita dapat anak zina."
Pengantin lelaki pun dengan baran menghamun si penuduh, ".....hah di Taman Koperasi Polis II tu...(well, you fill in the blank)..."
Senario 2:
"Awak, abang nak."
"Abang nak apa?" Merengek manja.
"Nak emmm*emmm*emmm*emmm."
"Eii, saya gigit nanti."
"Eh gigitlah. Abang rela awak."
"Boleh. Tapi saya ada satu pertanyaan nak diajukan malam ini, harap abang boleh terima."
Pengantin lelaki berdebar. Adakah isterinya sedang uzur?
"Adakah abang seorang syiah? Saya tengok ibu bapa abang, mereka solat tak dekap tangan."
Pengantin lelaki lega, "Abang syiah keturunanlah awak. Ibu bapa abangkan mamak dari Pakistan, sejak dari zaman Moghul lagi keturunan kami dah syiah. Tak boleh nak ubah."
Pengantin perempuan lega, "Syiah pun syiah lah abang. Abang handsome macam Amir Khan, macam Saif Ali Khan. Cepatlah abang..."
"Eh kejap awak. Tak bolehlah kan awak, kan ulama awak yang terkenal bernama Ustaz Hasan Din al Hafiz kata nanti kita dapat anak zina."
Pengantin perempuan pun dengan angin menghamput si penuduh, "...hah di Taman Koperasi Polis II tu...(well, you fill in the blank)..."

Senario 3:
"Habibi, ana nak enti."
"Nak apa Mahmud?" Merengek manja.
"Nak ahhh*ahhh*ahhh*ahhh*."
"Eii, ana tampar nanti."
"Eh tamparlah habibi. Ana pasrah."
"Boleh. Tapi ana ada satu ikrar nak dilakukan malam ini, harap enta boleh terima."
Pengantin lelaki berdebar.
"Habibi, ana seorang syiah lah. Ramai lagi keturunan Arab di sini syiah lah habibi. Abi wa ummi asal Lubnan. Sejak zaman Fatimiyah lagi kami sudah syiah. Tak boleh nak ubah."
Pengantin lelaki bernama Mahmud lega, "Aiwah. Enti syiah. Ana sunni. Enti muda. Ana tua. Kita bersatu di ranjang. Biarlah orang nak kata apa pun."
Pengantin perempuan mengingatkan, "Eh enta jangan main-main. Enta tak boleh pegang ana kerana Bekas Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Dr Haji Hassan Din al-Hafiz fatwakan nanti kita dapat anak zina."
Pengantin lelaki bernama Mahmud pun dengan marah mencaci sang penuduh, "...hah di Taman Koperasi Polis II tu...(well, you fill in the blank)..."
Tuan-tuan, apakah HUKUM QAZAF?
Apabila seseorang melakukan qazaf atau tuduhan zina tanpa mempunyai bukti yang sah, maka dia akan dikenakan hukuman qazaf iaitu sebat sebanyak 80 kali dan jika hamba sebanyak 40 kali. Hukuman ini jelas telah disebutkan oleh Allah Taala di dalam al-Quran:
"Dan orang-orang yang menuduh muhsanat (perempuan-perempuan yang saleh) berzina, tanpa empat orang saksi, maka jilidlah mereka lapan puluh kali. (Kemudian) tidak diterima kesaksian mereka selama-lamanya, mereka itulah orang-orang fasik. Kecuali mereka yang bertaubat sesudah itu dan mereka memperbaiki diri dan amal mereka, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Apakah LAFAZ QAZAF?
Terdapat tiga bentuk lafaz qazaf, iaitu:
i. Lafaz sarih, iaitu lafaz yang secara jelas membawa maksud zina, seperti: "Wahai, penzina." atau "Aku telah melihat engkau berzina."
ii. Lafaz kinayah, seperti: "Wahai fasik! Engkau tidak pernah menolak setiap tangan yang menyentuhmu."
Jika ucapan seperti di atas itu didakwa bukan bermaksud menuduh zina, maka dakwaan tersebut boleh diterima dengan sumpah.
iii. Lafaz ta'ridh, iaitu berbentuk sidirian seperti: "Aku ini bukan penzina, dan orangtuaku juga bukan penzina."
Apakah SYARAT-SYARAT QAZAF?
Menuduh seseorang berzina tanpa ada bukti perlu dihukum apabila memenuhi lapan syarat berikut ini:
1. Penuduh telah baligh
2. Penuduh berakal
3. Penuduh bukan ibubapa orang yang tertuduh
4. Tertuduh seorang muslim
5. Tertuduh telah baligh
6. Tertuduh berakal
7. Tertuduh merdeka
8. Tertuduh afifah, iaitu orang yang terpelihara kehormatannya serta menjauhi diri dari kemungkaran.
Bagaimana GUGUR HUKUM QAZAF?
Hukum qazaf akan gugur dari penuduh zina apabila terdapat salah satu dari perkara-perkara di bawah ini, iaitu:
1. Penuduh dapat membuktikan kebenaran tuduhannya dengan empat orang saksi. Jika kurang, maka penuduh akan dikenakan hukum qazaf.
2. Tertuduh memaafkan penuduh, kerana hukuman qazaf adalah hak tertuduh.
3. Penuduh melakukan li'an sebagai ganti dari empat orang saksi dengan rukun-rukun dan syarat-syarat tertentu.
Sila ulang baca, 'Tertuduh memaafkan penuduh, kerana hukuman qazaf adalah hak tertuduh.'
Katakanlah kita tolak 200-500 juta penganut syiah di seluruh dunia dengan hanya menyorot 20 ribu orang (ada laporan kata 20 ribu, ada 40 ribu, ada 300 ribu) syiah di Malaysia ini; adakah 20 ribu tertuduh akan memaafkan penuduh?
Tuan-tuan apakah pengajaran dari drama di atas?
Sayangilah mulut.
*Tahukah anda ada sejumlah kecil etnik Melayu yang memang bermazhab Syiah turun-temurun? Klik sini.
** Anda dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Pengantin sunni dan pengantin syiah turut dipersilakan mengundi, boleh tekan punat seberapa banyak jika mahu.



29 comments:
LAGI KES MENTERI KENA ROGOL ATAU MENTERI MEROGOL?
nota:
tukar tiub telah menemui bomoh
untuk mencari nama sang menteri
yang dikatakan merogol amahnya
bomoh telah menilik mangkok yang penuh berisi air
jawapan bomoh: yang merogol ilah air
kah kah kah
nota:
tunggu dan tungggu
kita tunggu apa
yang akan berlaku
siapa akan kena saman?
kah kah kah
MANA TOK JURA ULAMAK APA HUKUM KENA ROGOL ATAU MEROGOL?
oh..inike? nice
Berkaitan gambar sebat itu saya tidak bersetuju sama sekali, itu cara kejam (civil) . kalau cara islam berbeza .sila find out dahulu sebelum Dr Faisal meletakkan gambar.
memang tak patut seorang ulamak berkata begitu.
http://www.youtube.com/watch?v=EB6brUuaaKI&feature=related
sekadar berkongsi :)
ahahhahahha...menarik2
emm... isu hangat ni.
hari tu, gi seminar 'Kembalikan Khilafah, Selamatkan Dunia' pun, ada soalan pasal syiah.
jawapan yg sy simpulkan drpd presiden hizbut tahrir mcm ni lebih kurang: bukan semua syiah sesat. malah, sunni pun ada yg jahat juga. jadi, sunni pun sesat juga?
dan zaman nabi saw dan para sahabat, xde pun label sunni dan syiah. umat akhir zaman ni je yg label2. lepas tu, amerika gunakan isu ni utk laga2kan umat Islam.
x sangka pendapat seorang ulama yg al-hafiz mcm tu. hmmmm....
haha kelaka entry ni(bab dialog)
pardon my ignorance, tapi ape jadi kat taman koperasi polis II?
suatu hari nanti saya harap dapat tulis sesuatu yang kelakar dan bermakna seperti entry ini... ;-)p
Jelas dan nyata. Kalau tak faham juga, tak tahu nak kata apa-apa.
Satu drama yang baik Dr. Harap menang Anugerah Skrin tahun depan. Hahaha...
Assalamualaikum, Dr.
Nak tanya, gambar yg dr paparkan tu gambar pelaksanaan hukuman Qazaf ke? Dari negara mana? Saja nak tahu, tertarik...
disebabkan saya percaya teras ilmu adalah Al-Quran..i m surrender..menerima al-quran bermaksud menerima muhammad..menerima muhammad bermaksud menerima Allah..menolak AL-Quran bermaksud menolak muhammad..menolak muhammad bermaksud menolak Allah..menolak Allah bermaksud kafir..ish..ish..kafir nih beb..en hassan din..saya tahu en hassan din akan keluarkan apa2 kenyataan yg lebih menarik untuk menjaga reputasi cari makan..buatlah mcm mana pun..saya faham situasi en hassan din..sekali tersilap bukan bermaksud selamanya..pilihlah yg terbaik untuk diri en hassan din..lebih byk en hassan din membuat pertimbangan menggunakan akal berpandukan Al-Quran..lebih baik hasilnya..setiap zaman kita sentiasa keluarkan ulasan berpandukan identiti kita sendiri..seperti yg saya tegaskan sebelum ini..ini agama Allah..identiti agama ini adalah identiti Allah..kalau agama ini jumud..Allah itu jumud..kalau agama ini kafir mengkafir..Allah itu kafir mengkafir..kalau agama ini selamat..Allah itu memberi jalan selamat untuk kita..senang sembang nak kenal identiti Allah..tgk islam Allah tu fleksibel untuk manusia tahap mana..setakat mana islam tu selamatkan rakyat 1 Malaysia ni dari masalah..mcm sekarang islam 1 Malaysia pun tak boleh selesaikan masalah rakyat..saya syorkan kita pakat2 tukaq agama lain..sebab terbukti agama islam adalah penyelesaian bagi sebarang persoalan manusia (dalilnya islam ciptaan tuhan, tuhan maha mengetahui apa yg sesuai untuk hambanya)..bukan sekadar agama beb..merangkumi totally kehidupan..sembang byk pun en hassan din jarang masuk berbicang dlm blog nih..jadi mungkin pendapat en hassan din lebih tinggi rasionalnya..kita rujuk kitab Allah untuk mengetahui mcm mana Allah setup agama dia..atau kita rujuk hassan din untuk mengetahui mcm mana Allah setup agama dia..pilih..pilihlah..
assalamualaikum..
agak-agaknya hasan din kisah ker dengan perkara ini.. atau dia pula marah pasal sebut nama dia..
tapi bagaimana menuduh mengikut perasan hati, atau kerana ilmu agama yang tinggi hingga sanggup mengguris
hati penganut mazhab lain.. apakah
ini akhlak seorang ulama.. emm
tak faham .. tak faham??
Subhana-Allah, Alhamdulillah, Allahuakabar....
Tersenyum-senyum membaca 'cerpen mikro' di atas.
Cepat masa berlalu, kelas di ASWARA juga sudah tamat.
erkk.Tidak salah sym di Taman Koperasi Polis Fasa II tuh dan berpindah ke Jln Ipoh Dr?baik baik Dr..nanti Dr plak kena saman dek penghuni di Tmn Koperasi Polis Fasa II pula.Di 'situ' bkn smua yang mencari 'penyakit'..yg jadi mangsa pun ramai juga.huhuhuh..zaman sekarang ni saman menyaman ajer..hehehehehe
entri starting paling paling kelakar ahhahaahahahah potong stim betul
hehehe...senario terakhir tu memang mencuit hatiss....Pak Mud dan Gadis Lebanon...hehehehhe...
"Para kolonialis (kolonialisme), gerun dengan gelombang ‘revolusi Islam’, maka sedaya upaya menyekat kebangkitan gelombang ini."
* Premis 1: Revolusi Islam=Revolusi Imam Hussein
* Premis 2: Revolusi Imam Hussein=Karbala (anti-korupsi & tyranny)
* Premis 3: Karbala/Imam Hussein sinonim dengan ‘syiah’.
Maka,bermain sentimen 'syiah', dalam negara Islam (Malaysia) ini, sikit-sebanyak bertujuan merasionalkan sekatan ke atas Iran (isu nuklear) dalam skala kecil.
Skala besar, kolonialis mahu menyekat gelombang 'revolusi Islam ke-2' seperti yg berlaku di Iran dahulu, juga menjurangkan lebih jauh usaha kesatuan sunni-syiah. Melaga-lagakan sunni-syiah adalah bonus bagi sang kolonialis.
Baca selanjutnya di sini:
http://www.facebook.com/notes/annabilah-almanshorah/aku-berteori/482418903158
Bila saya mengklik tadi saya terbaca:
8. Etnik Melayu yang berketurunan Aceh, Minang, Bugis, Jawa, (hanya beberapa contoh) dan umat Islam dari keturunan Siam-Ayuthya, Pakistan dan Arab terdapat sebahagian kecilnya adalah pendokong Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w Syiah sejak turun-temurun (daripada nenek moyang.....
Terkezut gak saya. Sepengetahuan saya menurut nenek sebelah ibu berdarah Minang (Sumatera). Saya terus bertanda-soal....
kau ni gila populariti la, tulis la anugerah kau sume tu kat profil kau, nak wat pa nak tunjuk kau hebat, riak takbur kan,,, hahaha faisal oh faisal,, kau nak orang ramai dtg blog kau je kan, tulisan provok je haha,
Jawaban al-Allamah Dr. Ali Jum'ah bila ditanya mengenai perkhawinan antara Sunni dan Syi'ah ( http://www.alimamalallama.com/faqs.php?id=54%22 )
Jebat, Jebat! Lawan keris sambil tendang bola ke? Camne yek? Nasib Melayu di keris atau di kaki? Aku jadi konpius!
haha,haih hang jebat moden.
nak tergelak baca blog saudara.
macam nilah ey.
apa kata saudara tanya dengan ustaz2 perbezaan rasuah dgn zakat untuk muallaf dulu.
baru dtg balek kutuk blog DOKTOR faisal ni ok:)
salam:)
Hasan Din boleh dikatogorikan sebagai Ulama(mengikut pandangan masing-masing)..Kita tidak tahu mana dia dapat sumber itu, yg pasti kita bersangka baik ajalah, kita mengkritik seseorang, padahal dia lebih elok dari kita, fikir2kan, bukan nk attack sesiapa.
Terkadang,di kalangan sunni sndiri terlupa..Jika mereka hanya berpegang dan merujuk pd mazhab syafiee dan tidak mengambil kira dan menggunapakai pandangan mazhab yg lain..tak silap sy dalam qaulul qadim Imam Syafiie menyatakan lafaz ijab dan qabul hanyalah di dalam bahasa arab..jika di dalam bahasa lain dikira tidak sah..Yg dok ramai2 aqad dlm bahasa melayu nih pun setelah mengambil kira dan mengguna pakai pandangan Imam Hanafi kalau xsalah sy..kalo cam tuh...populasi anak "tutttttt" di M'sia sgtlah ramai kot jika hanya merujuk kepada pandangan Asy Syafiie (termasuklah Dr Abu Hasan Al Hafiz sendiri) errkkk..apa cerita..
Bukan, Ustaz Hassan Din tinggal dekat dengan Taman Koperasi Polis II. Tiap-tiap hari, lalu. Membaca entri ini, ada makna yang cukup dalam di sebalik dialog yang boleh buat pipi merah :P
Salam.
Az-Zamakshari yang lahir 467 Hijrah bersamaan 1075 Masihi dan meninggal 537 Hijrah bersamaan 114 Masihi, seorang Hanafi, telah menggambarkan kedudukan empat dalam Ahlul Sunnah wal Jamaah pada masa itu seperti berikut:
"Jika mereka bertanya tentang mazhabku,aku berdiam diri lebih selamat.Jika aku mengaku sebagai seorang Hanafi,nescaya mereka akan mengatakan aku mengharuskan minuman arak. Jika aku mengaku bermazhab Syafie, mereka akan kata aku menghalalkan 'berkahwin' dengan anak perempuan (zina)ku sedangkan berkahwin dengan anak sendiri itu diharamkan. Jika aku seorang Maliki, mereka akan kata aku mengharuskan memakan daging anjing. Jika aku seorang Hanbali, mereka akan kata aku meyerupakan Tuhan dengan makhluk."
Maka, perbezaan sunni-syiah bukanlah sesuatu yang luar biasa.
Wassalam.
aku tak tau banyak mengenai syiah, begitu juga wahabi. Tapi kalu duk kata anak zina berat tuduhan tu...
dan mereka saling serang menyerang.. yg shiah kutuk di blog dan yg sunni kutuk di media. dan mereka kata islam mereka sempurna?
sudahlah. usah diperli2. dr rasa dr cukup ilmu dan benar, sila berperasangka dgn baik. ustaz hassan din ada ilmu nya sendiri. tafsiran ilmu tidak boleh tdak akan dipengartuhi oleh pengalaman. hentikan sengketa. Tepuk dada tanya sendiri, Allah bersama dgn kita ke x?
and for those who comments. rase nya xperlu tambah perisa ke dalam perbahasan ini. xperlu di usung bersorak kesilapan org lain. kamu cukup ilmu? kalo berani kata ya, maka hancurlah kamu. kalo belom, sama2 memahami perbezaan pendapat dan explore more.
terima kasih. islam for all.
Post a Comment