24 November 2010

Tutup Orat Gaya Tehran

Selepas entri Tutup Orat Gaya Erdogan mendapat sambutan hangat (klik sini) ramai yang meminta saya mengemukakan pula entri Tutup Orat Gaya Iran. Pembetulan, saya akan menampilkan entri Tutup Orat Gaya Tehran. Ini kerana tutup orat gaya seperti di bawah ini lazim ditemui di Tehran, dan jarang kedapatan di kota besar Iran lain. * Perhatian, kaum Adam diminta bertenang:





Akan tetapi, di Iran, jika anda menutup orat dengan gaya di atas, dan tidak bernasib baik, anda akan disaman polis. Memang penguatkuasaannya mengikut musim (macam speed trap). Dan selalu bila disaman polis tentulah mereka, kita, anda akan meradang (contoh: apa barang had laju lebuhraya 110km, saya memandu 114km pun disaman!). Mungkin keluhan mereka adalah, 'Apalah nak tunjuk jambul dan buka kutang baju sedikit pun tak boleh. Tak demokratik. Tak ada hak asasi. Jumud tau. I hate! I hate! I hate mullah! Nanti next election I tak nak undi parti Ahmadinejad lagi. I nak undi parti green. Kalau kalah I akan mengamuk sakan tengah jalan.'

Iran adalah sebuah negara falsafah. Para ulama dan birokrat dalam kerajaan membincangkan apakah menutup aurat itu hak peribadi atau hak masyarakat. Contohnya solat adalah hak peribadi, kalau anda tidak solat maka silalah jawab dengan Allah kelak. Akan tetapi jika anda tidak membayar zakat maka anda telah mencabul hak masyarakat. Dalam dunia syiah ada perbahasan samada berhijab ini hak individu atau hak masyarakat seperti solat dan zakat tadi. Tentu yang berpendapat hijab itu hak individu akan menegakkan hujah-hujahnya. Sementara yang berpandangan hijab itu adalah hak masyarakat akan meminta penguatkuasaan secara undang-undang terhadap wanita yang enggan berpakaian 'senonoh'.






Well, anda tentu tidak mahu bergurau senda dengan polis di Iran. Khususnya polis wanita mereka.


Hah, bagaimana? Sebagai wanita anda merasakan hijab adalah hak individu atau hak masyarakat?

33 comments:

Rizwan Zainal said...

1 st time komen sinih...cantik!!!agak2 diorg suka melayu x?hehehehehe

ukht iza li said...

terima kasih dr...

macam contoh di atas jalan raya tadi...memandu adalah hak individu dan masyarakat, dan memandu mengikut had laju yang ditetapkan adalah untuk menjaga hak keduanya...

Sebagai seorang wanita, pandangan saya adalah;

Tutup aurat adalah hak individu dan masyarakat...

Menutup aurat adalah cara untuk menjaga hak kedua-duanya...


wallahua'lam..

Ahmad Zahiruddin bin Mohd Zabidi said...

Assalamualaikum, mohon maaf tuan haji (Dr). Saya titipkan sekali lagi tulisan saya khusus mengenai isu ini.

Semoga 'enjoy'.

http://kalamkhalifah.blogspot.com/2010/04/kisah-4-kenapa-perlu-tutup-aurat.html

Faisal Tehrani said...

Rizwan,
Kau ni isyyy issyyy issssyyyyy!

zara yvonne said...

well, at least mereka masih memakai pakaian yang decent dan sopan (berlengan panjang dan kurang "pendedahan") kalau mahu dibandingkan dengan wanita di negara ini. Maka, saya fikir mata-mata sang Adam di Tehran tidak perlu menempuh pemandangan yang kurang enak dan ini lebih mudah untuk ingat Tuhan, I guess=P. Maka, saya merasakan berhijab itu adalah hak masyarakat juga walaupun sebenarnya ia adalah milik mutlak Tuhan (tuntutan daripada Pencipta; x perlu persoal). Owh ya, saya kepingin pula untuk membaca entri berkenaan Tutup Orat Gaya Wanita Pertama. Bolehkah? sebuah entri ala-ala Eh! In-Trend dan Glam gitu!
Allah bless you:-)

Bunnybaby said...

Hak masyarakat! Kerana wanita yang tak berhijab membahayakan wanita lain yang menutup auratnya dengan sempurna.

fadzlina said...

eheh..btul gk kn?
kalo pkai seksi meksi msti iman org len khususnya kaum adam trgugat..da jd hak masyarakat tu.

ape2 pon..ikut jelah guide yg Islam da tnjuk..buat pe nk ssh payah langgar guide tu..huhu

Arnab Zamrud said...

Ya, polis dan undang2 boleh paksa warganegaranya berjilbab tetapi lepas tu?

Macam seorang dua kenalan saya dulu di USA. Warga Iran. Sesampai sahaja di Logan Airport, Boston terus ke bilik air, buang jilbab tinggal la mini skirt. Ternganga saya menengok dia (kejutan budaya). Baik lagi kami, budak Melayu.

Pokok pangkalnya hati dan iman.

airaniez wirdani said...

Suka pakaian *polis* mereka.Tutup habis.tapi masih nampak *garang*.huhu

azila said...

tutup aurat blh dikatakan hak masyarakat.. krn aurat utk ditunjuk atau tak boleh ditunjuk pd org lain..

//jubah Iran diM'sia sgt mahal harganya.. saya teringin nak pakai bila tgk minah2 middle east di KLCC masih nampak bergaya & vogue dgn jubah itam & menutup aurat.
sehelai boleh beli berpuluh2 seluar jeans bundle saya..RM5 aje..hehe.
tp kat dlm jubah tu diorg ada yg pakai baju Chanel..gulp.
x taulah pulak org Tehran atau negara lain..
saya suka gaya yg mereka..

nurnuha said...

salam Dr..
sebagai seorang perempuan, saya juga berpendapat..
menutup aurat adalah hak individu dan juga masyarakat..
iaitu hak kedua-keduanya,
pada yang memakai..dan pada yang memandang..
wassalam..
p/s : entri yang sangat menarik..

Iyan said...

Coba jika Tuan Haji , tampilkan pula gaya tutup orat akhwat melayu malaysia .....atau indonesia maybe??

Nazri Awang said...

Saya berdapat menutup aurat adalah hak individu. Mengapa perlu dipaksa segala? Kalau jiwa akan memberontak dan tidak ikhlas menerima?

Saya suka melihat permandangan wanita yang ikhlas menutup aurat dengan sempurna di negara-negara yang tiada pernah kerajaannya mempunyai polis untuk menguatkuasakan bagaimana sopan sesuatu pakaian itu.

Saya percaya, walau setinggi mana pun kepercayaan kita terhadap sesuatu, kita tidak mempunyai hak untuk memaksa nilai-nilai itu terhadap orang lain.

"Personal liberty" dan "free will" itu amatlah penting, namun perlu ada batas-batasnya. Pendapat saya, kerajaan wajar cuba memberikan garis panduan dan menyebarkan pandangan melalui media dan sistem pelajaran.

Jika kita lihat, barat berjaya melahirkan budaya fesyen yang tidak menutup aurat melalui majalah, filem, konsert dan sebagainya.

Apakah kita, warga dunia beragama Islam tidak mampu berbuat sedemikian?

Saya sokong penutupan aurat namun melalui penguatkuasaan, itu terlalu mengongkong.

Wassalam.

muslim said...

Salam. Berhijab bukan hak individu bagi saya. Ianya hak masyarakat. Kalau yang bukan mahram melihat aurat mereka sudah tentu dapat dosa juga. Negara Islam Hadhari seperti Malaysia seharusnya.. seharusnya.. seharusnya.. arghhh..... Bosan lah asyik nak hentam kerajaan. Hahah..

muslim said...

Nak tambah satu lagi. Orang parsi memang cun!

M said...

Nasib baiklah FT suruh kaum Adam bertenang.... maka aku pun bertenang.. :-)

Faisal Tehrani said...

Encik Nazri,
Saya hargai pandangan itu, tapi, saya tanya orang perempuan.
Hal penguatkuasaan dalam hal penutupan aurat ini memang bahagian dari perbincangan mereka di sana. dan ada macam2 pandangan.

Faizal said...

Patutlaa ramai gadis-gadis Iran (pelajar) di tempat saya tutup kepala keluar jambul macam dalam gambar.

Lawa-lawa pulak tuh.. :-)

amir07_johor said...

adakalnay paksaan akan dtgkan kesedaran... itu lagi bgus

Bungakopi said...

lor..org 1st komen tu xpakai baju. hahaha.

(bila pikio balik, hak masyarakat kot, tp degil gak nak kata hak individu, heheh)

kamarul bariah said...

zaman skrang mmg ramai berpendapat utk menutup aurat perlukan keikhlasan seolah2 kalo menutup aurat tp tak ikhlas akan menjadi dosa yg sgt besar berbanding dosa tak menutup aurat..salah satu idea licik utk mempertahankan diri dr "terjebak" dgn syariat Islam..dlm kata yg lain menipu diri sndr..perlu diingat ketika anda tidak ikhlas itu tak bermakna anda diberikan "keistimewaan"..saat anda ikhlas utk menutup aurat cuba fikirkan berapa byk dosa yg tlh ditanggung..mmg menyedihkan tgk cr pompuan skrang tutup aurat..

Ummufaiz said...

Salam Dr FT,

Saya perempuan nk jwb. Sebagaimana solah, zakat, saum & rukun2 islam yg lain, tutup aurat adalah hak ALLAH kerana ia adalah perintah dariNYA. Siapalah kita nak mengatakan ia hak manusia.

Adilla Harun said...

Perkataan 'orat' tu memang menarik. Nampak sinis. Kita kaum wanita dah semakin keliru dengan urat, orat ataupun aurat. Itu kita zahirkan dalam perlakuan dan lahirlah menutup orat menurut falsafah dan pemikiran masing-masing.

Mengikut asas Islam pastilah menutup aurat serupa semasa kita solat. Hanya meninggalkan bahagian muka dan kedua belah tapak tangan. Hijab tu melebihi paras dada.

Fenomena kini sungguh mengelirukan. Lihat sahaja di pasaran berbagai jenis tudung-tudung yang begitu menggoda untuk kita hanya menutup orat. Ini 'trend' akhir zaman mungkin.

Untuk berhijab cara Islam yang benar perlu mujahadah dan kental. Dorongan dari persekitaran juga penting. Saya selalu terbayangkan diri untuk bertudung labuh! Namun masih belum terlaksana.

Pendapat peribadi saya, menutup aurat sebahagiannya hak dan tanggungjawab peribadi tetapi sebahagian lagi adalah hak dan tanggungjawab masyarakat. Para suami, ibu-bapa, guru-guru, ustaz, ustazah,......ke peringkat tertinggi dalam kepimpinan. Kesemua ada bahagian masing-masing.

hasrul said...

alhamdulillah ana masih dapat bertenang

"berkata benar sekalipun ianya pahit..." said...

Wanita Parsi tidak dinafikan kecantikannya... tapi itulah.. setiap negara x lepas dari fahaman sekularisme, jadi x hairan kalau fahaman tersebut berlaku di iran. Tapi apakandaya, orang iran yg berpusu2 datangke m'sia ni semua pakat open segala hijab yg ada, lagi2 student iran kat UM ni, tahap out dah. Tengok passport bukan main litup sampai dagu, tapi bila lihat orangnya... MasyaAllah!! Kaum lelaki dia pun sama.. Pamerkan boleh segala bulu2, rambut2 yg ada... haisshh...

yatthienuer said...

subhannallah!
memang cantik
dan yang cantik itu amat wajar di sembunyikan
terlalu menggoda saya
(jika saya yang wanita ibu 3 tergoda, bagaimana dengan sang adam?)

Ain said...

Hak masyarakat. Tutup aurat bukannya pilihan tapi suruhan..Absolute order from the Supreme Power [Allah]

muhd_abduhu said...

Tak aci. Tajuk sebelum ni tuan letak Erdogan, yang baru ni letak Tehran, kenapa tak Ahmadnejad?

Eden said...

Hak individu, nak pakai pakailah tak nak tak yah,
tidak termasuk dalam 11 perkara, 5 rukun Islam dan 6 rukun Iman

cempaka said...

iran ni ngara demokrasi ker?

cempaka said...

xfhm lah ngm eden ni....
menutup aurat kan wajib..
blh lak kt hak individu..
ish22...

Kit Pryde said...

salam........

bagi saya, hak individu.

i would NOT want it to be something yang perlu dikuatkuasakan, tetapi diamalkan oleh semua wanita bukan atas dasar paksaan tetapi disebabkan itulah amalan dan kebiasaan masyarakat itu.

Jadi wanita Islam menutup aurat dan yang bukan Islam (dan kanak-kanak) berpakaian tidak menjolok mata, tidaklah perlu memakai hijab....

(tapi kalau derang ziarah masjid, kena la pakai tudung/selendang tutup kepala).

Pandangan saya sajer ye. :)

rozy asrawaldo said...

PERINTAH ALLAH KAK, WAJIB BUAT.
TAKDA KENA PILIH2.
WAJIB BUAT.
TAKDA ISTILAH IKHLAS KE TIDAK.
WAJIB BUAT.