19 November 2010

Tutup Orat Gaya Erdogan





Macam-macam gaya 'menutup aurat' wanita Turki. Fesyen Islami-Sekular. Foto atas, Aminah Erdogan, 'wanita pertama' Turki (maksud saya isteri Perdana Menteri Turki.)

35 comments:

4umyfans said...

Tak sangka kan Saudara Faisal Tehrani, mereka berpakaian macam ni sekarang ni.

pembaca buku said...

Salam.

Untuk mendidik seseorang itu (menutup aurat)kadangkala ibarat menenun - sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain?

Kemudian dipujuk, dipupuk agar terus panas sampai ke petang supaya tidak hujan di tengah hari.

Namun setelah orang yang dididik itu benar-benar cinta pada suruhan Allah itu, dia haruslah dihargai bagai menatang minyak yang penuh. Barulah dia akan terus bersemangat untuk terus melangkah di jalan yang lurus itu.

Bukan begitu?
Wassalam.

zmah said...

Akakcomey ...dah pernah tengok cara mereka ini,tapi kurang pasti di mana..

hellmy said...

Aurat bukan setakat pada pakaian. Kalau pakaian labuh, tapi percakapan & perbuatan tak dijaga, tak ada gunanya juga...

AKMAL said...

bukan setakat turki sahaja, negara umat islam lain juga begitu...tapi kalau tuan haji amati turki di bandar dan di kampung mempunyai jurang perbezaan yang ketara

PnConfused said...

gaya malaysia pun ada jugak nih.. ;)

Junaidi said...

Salam saudara FT

Sy berpendapat, tekanan sekurisma dari dahulu sampai sekarang sangat menekan di turki. Alhamdulillah, dengan kepimpinan baru yang dibawa oleh erdogan yang cuba mengembalikan nilai-nilai islam dalam masyarakat turki, kini menampakkan hasilnya walaupun cuba bertatih.

Masyarakat turki sangat ditekan oleh rejim sekuralis, dan sy rasa kita patut bergembira dengan perubahan ini. Membawa perubahan besar secara serentak adalah tidak praktikal, kena sedikit demi sedikit.

Insyaallah

Zaid Akhtar said...

alangkah ayunya jika Rosdah seperti Aminah
:-0

furqon said...

ini belum gaya jordan & labenon lg :D

Cik Melur said...

Salam,

Gaya sebegini juga berlaku pada wanita Islam di Malaysia

aat @ paat said...

Wanita2 di Mesir tempat saya belajar ini juga berpakaian lebih kurang mereka ini..

muslim said...

di iran pun ada cara macam ni.. tapi kalau polis nampak kena saman.. kat malaysia macam mana..?

Maryam Chin said...

sudah pasti terdapat perbezaan bagi yang menutup aurat utk PLEASE Allah SWT dan yang melakukannya utk PLEASE manusia yang memandang...tapi yang pasti, mereka yang menutup aurat ini, samada lengkap atau separa lengkap, masih mencuba utk terus patuh pada arahanNya..

Rastam Jamali said...

gaya wanita m'sia lagi teruk dari gaya wanita islam turki...

cunderikwaris said...

Muslimah mana2 negara pun ada juga macam ni malah Malaysia sekalipun.Tapi yg peliknya kenapa 'Tutup Orat Gaya Erdogan'?Mungkin saudara Faisal mahu 'kondem' Anwar Ibrahim agaknya..adoi,macam budak2!

1jja1912 said...

Aurat yang di fahami masyarakat hari ini, cukup sekadar menutup kepala dengan tudung, tidak di endahkan lengan yang terdedah baju yang mengikut bentuk tubuh, dada yang terdedah, dan ada juga yang memakai 'legging' berjalan-jalan..

Kebanyakkan orang berkata 'Jangan pandang dan nilai daripada luaran'. Betul, tapi pernahkah kita terfikir, air di dalam teko hanya akan mengeluarkan apa yang ada di dalamnya jika di tuang.

Tidak kurang ada juga yang berkata, "Tak kisahlah nak pakai camanapun, janji hati baik". Habis tu, kita semua kalau tak berpakaian bolehlah kan? yang penting hati baik?

Moga terjaga iman dan menjalaninya dengan konsisten dan istiqamah.

eM JaY... said...

salam perkenalan kepada semua rakan blogger's.sila layari blog ambo penulis dari negeri pantai timur dan insyaallah akan sentiasa berkongsi cerita semasa yang berlaku di sini serta dapat berkongsi pendapat dengan segala isu dan permasalahan terkini.~Mj~
http://suaratimur.blogspot.com/

Mohd Yassin said...

Dengan latar sejarah sekularisme dan gelombang Islam Liberal dari US,tekanan untuk memilih watak beraurat sememangnya membingungkan sesetengah dari kita.

Saya pernah terbaca sebuah artikel;

"Adakah wanita Muslim wajib berhijab/tudung/jilbab?"

Isi yang dia terangkan amat menggugah;dihuraikannya ayat 30 Surah An Nuur dengan sebegitu hebat,saya rebah.Saya pernah percaya dengan hujahnya,pernah percaya bahwa wanita tidaklah wajib bertudung.

Ada lagi satu mualaf berkata;
"Saya Muslim,sebab itulah saya tidak bertudung"

Yang lebih penting katanya ialah menutup dada,dan memelihara susuk badan dari dilihat.InsyaAllah saya akan cari semula laman webnya,nanti akan saya poskan.

Wallahu'alam fis sawwab,Allahuma X3

Salaam,

cicitHJHASSANu said...

salam tuan..

nak tau aurat rakyat,tengok pemimpinnya...

Marhaen Kacak said...

2x5 jer dengan mesia..malahan lebih teruk lagi dimesia.... t-shirt ketat lengan pendek hampir sleeveless bertudung?

Dato' Bendahara Buta Sejarah?

insan monologue said...

ni memang fesyen orang arab sekarang, bukan turki sahaja...
minta FT datang ke UPM...
melawat warga iran UPM...
masih banggakah FT dengan wanita syiah?
di kad matrik memakai purdah...
tapi tengok kat luar...
mengeluh.. T_T
* tapi tidak boleh dinafikan ada sesetengah warga iran yang sangat bagus.. =)

mohd ihsam zainuddin said...

kalau tak nak ikut IMAM mcm tu lah jadinya! ikut suka hati ttg pemahaman tutup auratnya... berfesyen kononnya islam moderate! tak pasal2 yahudi mengajar umat islam cara berfesyen dan menutup aurat.. selagi ber"kiblat"kan yahudi sampai bila-bila pun org islam akan mengikut cara yahudi.kata benci yahudi! tapi program hiburan yahudi tetap umat islam no.1 pendokong kuatnya.

Fariduddin El-Islam said...

Di Malaysia wanita jahil, ber'T-shirt' lengan pendek, berseluar ketat, berbaju ketat tapi bertudung. Adapun yang bertudung pula tetapi tidak menepati ciri2 seperti yang tercoret didalam Al Furqan. Bahkan fesyen bertudung wanita2 profesional di Malaysia lebih gemar menyamai fesyen tudung perempuan Yahudi atau Nasrani. kita doakan suatu hari nanti mereka pasti berubah, insyaAllah..

Fariduddin El-Islam said...

Di Malaysia wanita jahil, ber'T-shirt' lengan pendek, berseluar ketat, berbaju ketat tapi bertudung. Adapun yang bertudung pula tetapi tidak menepati ciri2 seperti yang tercoret didalam Al Furqan. Bahkan fesyen bertudung wanita2 profesional di Malaysia lebih gemar menyamai fesyen tudung perempuan Yahudi atau Nasrani. kita doakan suatu hari nanti mereka pasti berubah, insyaAllah..

Ahmad Zahiruddin bin Mohd Zabidi said...

Cadangan ana adalah, alih bahasakan 'Manikam Kalbu' ke dalan bahasa Turki dan sebarkan secara meluas kepada rakyat Turki.

Nota: Rasanya. rakyatr Malaysia beragama Islam dan berbangsa Melayu pun ramai lagi yang belum membacanya.

Salam Eidul Adha.

party-of-god said...

salam ... setelah berpuluh tahun bergelumang dgn sekular, berilah peluang dan ruang utk mereka berubah. munkin mereka masih keliru ..

Daddy Ziyyad said...

saya sependapat dgn saudara Rastam Jamali.

Style 'tutup aurat' di Malaysia ada yang lagi parah.

~Cerita Dari Hati~ said...

salam.. minta exchange link ya...
http://coratcoretseorangaku.blogspot.com/

syed al-banjari said...

http://saifulislam.com/?p=3580

"memahami turki dari dalam"

Zue said...

Salam

Alangkah susahnya mendidik anak-anak kecil menutup aurat andai tiada model yang benar-benar menutup aurat mengikut syariat. Model ini tentulah ibu bapa yang merupakan insan yang paling berperanan dalam membentuk peribadi anak-anak. Oleh itu didiklah diri menutup dan menjaga aurat dengan sempurana sama ada kita masih belum melangkah gerbang pernikahan mahupun telah merasai pahit manis alam perkahwinan.

Kodokuna hana said...

ada perubahan walaupun masih bertatih-tatih..

mamsy87 said...

Fesyeh sekular islami, saya suka dengan istilah ini, ia berlaku hampir di semua negara umat islam.

Alhamdulillah di Iran, jika ada penguatkuasaan dalam hal sebegini, di Malaysia, riak-riak untuk tindakan sedemikian sudah hampir timbul. sesuai dengan pemikiran dan keadaan sosial negara ini.

Di Turki, saya kurang pasti bagaimana keadaannya, pun begitu difahamkan pemikiran sekular Turki amat menebal, untuk menutup kepala juga satu taboo satu ketika dahulu.

Sudah tentu jika ada penguatkuasaan itu lebih baik, namun dengan suasana sekular tebal Turki, mungkin ia agak sukar untuk direalisasikan.

Kita mendoakan masanya akan tiba segera mungkin, bukan sahaja di Turki, malah juga di Malaysia dan negara umat Islam yang lain.

azila said...

DiM'sia lebih teruk lg.. lbh susah nak cari p'puan yg menutup aurat ngan sempurna. .Tabaruj lg sukar dihakis.. ustazah pun tudung pendek aje.. trend tudung sekarng makin lama makin pelik..
ada kwn saya dr Iraq tinggal disini mengatakan sgt gembira tinggal diM'sia ..tp tak berpuashati tentg cara wanita menjaga aurat disini.

Wayfarer said...

Kalau di negara yang ada penguatkuasaan pun ada org tak menutup aurat sehingga diambil tindakan, apatah lagi di negara dimana sekularisasi telah dijalankan sejak sekian lama. M'sia tak tahula, semua boleh kut? (tapi pelajar di luar negara ok lagi?) Tak perlula nak tunjuk negara mana hebat, kalau kita tak mencipta tsunami kita sendiri, tsunami lain yang akan hanyutkan kita semua - wallahua'lam wsslm

anisrosdi said...

malaysia apa kurangnya FT? =)(senyum sinis)