Siapakah yang dimurkai oleh Imam Ali Khamenei dalam foto yang dirakam pada 6 Jun 2010? Foto langka ini dirakam dalam satu konferens mengenang Imam Khomeini tahun ini. Turut terlihat dalam gambar tetapi sedikit terlindung ialah Hujjatul Islam Hassan Khomeini (cucu Imam Khomeini), Ayatullah Ali Akbar Hashemi Rafsanjani, dan Menteri Dalam Negeri Iran, Mostafa Mohammed Najjar.
Ada pelbagai cerita di sebalik kemurkaan tersebut. Akan tetapi ramai yang percaya, ia sangat berkait dengan 'sekumpulan elitis dalam lingkaran politik dalaman Iran' yang mencegah Hujjatul Islam Khomeini dari berucap di makam datuknya pada hari 6 Jun 2010 tersebut. Hujattul Islam Khomeini diketahui merupakan simpatisan kepada kumpulan pembangkang Iran termasuklah Mir Hossein Musavi dan Mehdi Karoubi. Apa yang dikatakan berlaku ialah Mostafa Mohammed Najjar (seorang penyokong Dr Ahmadinejad yang tegar) dan pendokongnya menghalang Hujjatul Islam Khomeini dari berucap.
Ayatullah Ali Khamenei kurang berpuas hati kerana ada kalangan yang 'memandai-mandai' menegah Khomeini dari berucap. Maka itulah foto sang supreme leader reprimanding orang bawahannya dirakamkan.
Media barat melihat kejadian ini sebagai satu petanda bahawa Imam Ali Khamenei sendiri gagal mengawal orang kanannya sehinggakan usaha mensudutkan tokoh-tokoh tertentu menajdi berleluasa (seperti yang terjadi kepada Khomeini tersebut). Akan tetapi, jika dilihat dengan mudah, ia menunjukkan bahawa Imam Ali Khamenei tidaklah pengekang kuasa yang sering digambarkan. Hatta pengkritiknya sendiri jika dihalang beliau akan mempertahankan. Selagi ia dalam ruang dan wilayah yang diizinkan.

4 comments:
Khameini taklah sehebat Khomeini. Tidak semestinya cucu kepada Khomeini ini malaikat dan bersifat mulia.
Khameini tak sehebat Khomeini. Tak semesti jadi cucu khomeini akan gerenti jadi orang yang alim dan mukhlis.
begitulah hebatnya sang pemimpin yg bernama ali khamenei.sanggup dan berani mempertahankan kebenaran tanpa menyebelahi mana2 pihak!
Salam FT
Ada versi lain peristiwa in. Mungkin kita boleh berhubung melalui hp bila free.
Post a Comment