
Oleh Dr Faisal Tehrani
Saat Obama dilantik menjadi Presiden Amerika Syarikat dua tahun lepas ia telah berusaha membawa nada yang berbeza berbanding Presiden sebelumnya. Jika Bush memilih untuk bertempur dengan kekuatan, Obama bermain dalam wilayah yang lebih mencabar. Wilayah yang jika anda tidak kuat dan nekad, anda akan menjadi seorang Frodo Baggins. Keberadaan buku pertama Bush "Decision Points", yang antara lain memperakukan rencana menyerang Iran kelihatan tidak dapat menenggelamkan gempa dan letusan kemunculan Obama di negeri penuh memori buatnya, Indonesia.
10 November lalu di tengah gempa dan letusan Merapi, Obama datang ke Indonesia. Sebagai Presiden yang memukau dengan kemahiran berpidato, dia dengan nada romantisisme yang kuat dalam ucapannya di Universitas Indonesia, mengingatkan betapa Islam dan barat pernah berselisih dan tidak harus terus bertengkar.
Menurut Obama, tidak banyak pilihan atau ubat yang ada. Obama sang bomoh pun memberi jampi dan cadangan rawatannya.
Ecumenicalisme.
Apakah kita mesti percaya kepada bomoh ini? Kelihatannya, seperti tidak ada pilihan lain. Kerana berdasarkan latar belakang, sejarah peribadi dan memori silam yang dihimbau, Obama adalah seorang terpercaya. Benar dia seorang Kristian, tetapi dia bukan berkulit putih. Lagi, hubungannya dengan Islam adalah kuat meski bersimpang siur. Bapanya Muslim. Bapa tirinya dari rumpun sebelah sini. Keluarganya di Kenya masih Islam. Juga dia memenuhi ciri-ciri seorang orientalis budiman kerana dia pernah bermain layang-layang, berlarian di sawah padi, boleh menyebut Insya-Allah serta memberi salam, menyusuri denai-denai di sebalik suara azan dan dia dengan ikhlas melontarkan, 'Indonesia adalah sebahagian dari diriku.' Tautan hatinya dengan Islam begitu kukuh. Mengapa pula kita tidak percaya seorang bomoh yang pernah ada pengalaman hidup dalam kalangan kita, malah sangat akrab dengan kita. Pujuk rayunya juga meyakinkan. Tentu dia berbeza daripada Bush. Dia adalah seorang terpercaya. Malah memiliki citra sempurna.
Justeru saat obama menawarkan Ecumenicalisme sebagai ubat, Muslim yang memang sedia sakit lekas-lekas mahu percaya.
Nanti dulu.
Benarkah ia ubat yang berkesan untuk kita. Apakah ubat yang ditawarkannya itu cocok? Ecumenicalisme mungkin ubat yang berkesan untuk umat Kristian. Akan tetapi, ia mungkin adalah racun buat umat Islam.
Umat Kristian ditimpa masalah yang hampir sama seperti umat Islam. Perpecahan. Malah perpecahan yang jauh lebih besar dari apa yang dialami oleh umat Islam. Hari ini, di Amerika Utara sahaja ada 1,500 kumpulan Kristian yang setiap satunya mengamal 'unique blend of beliefs and practices'. Setiap dari mereka mendakwa mereka lebih benar dari satunya.
Sejarah skisme gereja telah berlanjut terlalu lama. Ia malah membenihkan ecclesiastical dalam agama tersebut. Saat gerakan gereja membawa haluan sendiri, jalur yang mereka tempuhi sama sekali berbeza dan menjarak besar. Ambil sahaja perpecahan yang berlaku antara Roman Catholic dan Eastern Orthodox. Atau antara Roman Catholic Church dan Anglican Communion.
Selain skisme yang melibatkan 'internal theological conflicts' gereja juga berpecah dalam persoalan yang melibatkan moral. Akan tetapi hal-hal moral adalah hal-hal yang tidak begitu sengit dan berisiko berbanding hal melibatkan teologi. Abad ke 19 misalnya menyaksikan betapa perhambaan masih berleluasa di Amerika syarikat. Kita melihat bagaimana gereja di Amerika berpecah menjadi kem pro-slavery dan anti-slavery. Akan tetapi apabila perhambaan dihapuskan dengan kejayaan kempen Abraham Lincoln, gereja di selatan Amerika yang kebanyakannya pro perhambaan (dengan pengecualian Southern Baptist Convention yang masih rasis) 'bersatu' hati dengan gereja-gereja di utara. Atau, di saat ini kita melihat kebanyakan denominasi Kristian sedang berpecah dan berseteru dalam hal yang menyinggung hak asasi khususnya untuk kaum gay dan lesbian. Akan tetapi seperti mana dalam isu perhambaan, apabila pergeseran pilihan seksual ini mereda satu hari nanti, pasti akan ada satu konsensus yang akan membolehkan gereja-gereja ini bersatu.
Untuk mengurangkan pertembungan 'internal theological conflicts' dalam kalangan umat Kristian, pemuka-pemuka Kristian mencadangkan beberapa strategi demi mengurangkan perbalahan. Sejenis ubat telah dipreskripsikan:
Ecumenicalisme.
Pertama: Mengurangkan pergeseran mazhab dalam Kristian dengan membolehkan clergy dan parishioners menyeberang ke gereja-gejera lain. Paderi dari gereja A misalnya dibenarkan bersyarah di gereja B selagi tidak menyentuh hal-hal teologi yang diperselisihkan.
Kedua: Dialog ecumenical untuk merapatkan jurang pergeseran mazhab.
Ketiga: Paderi mazhab atau denominasi tertentu sanggup melupakan perbezaan sesama mereka dan bekerjasama dalam isu-isu yang melibatkan moral. Antara program yang ditawarkan di bawah strategi ini ialah kerjasama untuk mengurangkan akses pengguguran kandungan, mencegah euthanasia, mengehadkan atau membasmi hak-hak gay dan lesbian, menentang perkahwinan sejenis, dan lain-lain lagi.
Keempat: Menggalakkan 'inter-faith marriages' demi menjayakan kerjasama antara denominasi. Pasangan berbeza mazhab yang dapat hidup rukun atas nama cinta akan menjadi contoh besar dalam masyarakat Kristian.
Strategi ecumenicalisme ini terlihat sekali imbas berjaya di Amerika Utara untuk berdepan dengan kepesatan pengaruh sekular dalam masyarakat.
Strategi ecumenicalisme pertama terlihat pada penggalan ucapan Presiden Amerika tersebut: As a child of a different race coming from a distant country, I found this spirit in the greeting that I received upon moving here: Selamat Datang. As a Christian visiting a mosque on this visit, I found it in the words of a leader who was asked about my visit and said, “Muslims are also allowed in churches. We are all God’s followers.
Strategi ecumenicalisme kedua dapat dikesani pada bahagian ucapan beliau: That spark of the divine lies within each of us. We cannot give in to doubt or cynicism or despair. The stories of Indonesia and America tell us that history is on the side of human progress; that unity is more powerful than division; and that the people of this world can live together in peace. May our two nations work together, with faith and determination, to share these truths with all mankind.
Strategi ecumenicalisme ketiga dan keempat dengan jelas dipromosikan oleh Presiden Obama sambil 'inclusive philosophy' yakni Pancasila dijaja sebagai sarung 'ubat' yang berkesan: E pluribus unum – out of many, one. Bhinneka Tunggal Ika – unity in diversity. We are two nations, which have travelled different paths. Yet our nations show that hundreds of millions who hold different beliefs can be united in freedom under one flag. And we are now building on that shared humanity – through the young people who will study in each other’s schools; through the entrepreneurs forging ties that can lead to prosperity; and through our embrace of fundamental democratic values and human aspirations. Islam flourishes, but so do other faiths. Development is strengthened by an emerging democracy. Ancient traditions endure, even as a rising power is on the move.
Meski gerakan ecumenicalisme tampak beroleh kejayaan di barat, masih terdapat gerakan yang lebih kuat menentang gerakan ecumenicalisme ini. Selain persen penganut Kristian yang jatuh mendadak kerana ramainya yang mengisytiharkan diri tidak beragama, ecumenicalisme dilihat sebagai satu doktrin baharu yang berniat untuk memusnah dan meruntuhkan 'the belief in Absolute Authority coming from God' selain menjuarakan 'the relative authority of man'. Bukan sedikit denominasi Kristian yang melihat ecumenicalisme sebagai satu agama baharu yang mengancam semua agama lain.
Selain itu ecumenicalisme memerlukan 'religious authority in order to function'. Maka keberlangsungan ecumenicalisme diragui. Denominasi dan gereja yang pelbagai itu masing-masing tidak memiliki orde atau ketua yang berpengaruh. Hatta Paus sendiri dilihat rapuh di tengah-tengah skandal seks para paderi.
Di sinilah munculnya pertanyaan, apakah ubat Kristian boleh digunakan untuk meredakan pertembungan Islam dan barat (baca Kristian dan sekular)?
Sukar kerana barat yang dimaksudkan bukan sahaja barat yang Kristian (ingat mereka juga berpecah) tetapi juga barat yang sekular. Kehadiran dan preskripsi bomoh Obama itu hanya melanjutkan siri perang kebudayaan. Yakni pemaksaan supaya kita menerima rawatan yang mereka usulkan.
Ecumenicalisme tidak akan menjadi ubat yang berjaya untuk mendamaikan Islam dan barat. Sebahagian besar umat Islam (sambil mengenepikan kumpulan sekular dan liberal dalam Islam) masih berpegang kepada prinsip dan rukun iman, Absolute Authority iaitu Allah. Juga Obama, ataupun Amerika tidak dilihat sebagai 'religious authority' barat. Malahan umat Islam sendiri sebahagian besarnya tidak mempunyai autoriti. Ini berbeza dengan minoriti syiah yang masih mengekalkan sistem marja dan taklid di samping doktrin Wilayatul Faqih yang masih berkembang pemikiran dan perbahasannya. Obama menyedari hal ini, kerana itulah beliau sendiri pernah menjaja strategi ecumenicalisme yang sama ketika berkunjung ke Mesir kerana beliau melihat 'Azhar holds such authority'.
Barat mesti memperakukan Islam dan barat (baca: sekular-Kristian) adalah dua dunia berbeza. Tidak ada satu kesatuan dapat dicapai. Adalah mustahil mendamaikan dua cara pandang yang berbeza. Tambahan pula sejarah yang ada tidak mewajarkan. Islam mahupun Timur tidak melupakan pengalaman kolonialisme barat. Pengalaman buruk yang dialami di pelbagai negara umat Islam angkara Amerika Syarikat (termasuk di Vietnam, Hiroshima dan Nagasaki) tidak akan mempertautkan luka yang telah menjadi daging busuk. Poin-poin permukaan tidak dapat dijadikan paku penguat struktur binaan yang sedia lemah.
Akan tetapi satu kesepakatan dalam persoalan moral mungkin boleh dicapai. Persoalan moral yang menjadi duri dalam daging di mata umat Islam ialah keberpihakan barat (sebahagian besar Kristian dan sekular) kepada regim tidak bermoral zionis. Hanya dengan mencabut duri ini rasa hormat Islam akan berbenih dan soal perdamaian menjadi waras untuk dibincangkan. Senarai pembetulan masih panjang. Penindasan ekonomi. Perhambaan moden menerusi kapitalisme. Diktatorisme kebudayaan. Imperialisme pemikiran. Banyak lagi. Mungkin setelah itu umat Islam dan timur (baca: the oppressed) bersedia menyambut hangat wakil barat yang ikhlas. Pokoknya: Berhenti Dulu Menjadi The Oppressor.
Siapakah yang akan menjadi perawat dan tukang cabut duri yang telah disebutkan di atas? Siapakah yang akan memerdekakan seluruh umat manusia?
Bukan Obama pastinya.
Kesatuan itu, atau kesatuan apa pun tidak akan menjadi kenyataan dalam waktu terdekat. Ia adalah milik penyelamat akhir. Rahsia kesatuan dalam kepelbagaian - Bhinneka Tunggal Ika - hanya dipunyai oleh seorang. Seseorang yang bakal memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran.
Yang dimaksudkan ialah Imam Mahdi. Sosok yang Nabi Isa a.s akan berdiri solat di belakangnya.
* Sumber pidato Obama di sini.
** Entri ini sekadar sebuah respon pantas.
Saat Obama dilantik menjadi Presiden Amerika Syarikat dua tahun lepas ia telah berusaha membawa nada yang berbeza berbanding Presiden sebelumnya. Jika Bush memilih untuk bertempur dengan kekuatan, Obama bermain dalam wilayah yang lebih mencabar. Wilayah yang jika anda tidak kuat dan nekad, anda akan menjadi seorang Frodo Baggins. Keberadaan buku pertama Bush "Decision Points", yang antara lain memperakukan rencana menyerang Iran kelihatan tidak dapat menenggelamkan gempa dan letusan kemunculan Obama di negeri penuh memori buatnya, Indonesia.
10 November lalu di tengah gempa dan letusan Merapi, Obama datang ke Indonesia. Sebagai Presiden yang memukau dengan kemahiran berpidato, dia dengan nada romantisisme yang kuat dalam ucapannya di Universitas Indonesia, mengingatkan betapa Islam dan barat pernah berselisih dan tidak harus terus bertengkar.
Menurut Obama, tidak banyak pilihan atau ubat yang ada. Obama sang bomoh pun memberi jampi dan cadangan rawatannya.
Ecumenicalisme.
Apakah kita mesti percaya kepada bomoh ini? Kelihatannya, seperti tidak ada pilihan lain. Kerana berdasarkan latar belakang, sejarah peribadi dan memori silam yang dihimbau, Obama adalah seorang terpercaya. Benar dia seorang Kristian, tetapi dia bukan berkulit putih. Lagi, hubungannya dengan Islam adalah kuat meski bersimpang siur. Bapanya Muslim. Bapa tirinya dari rumpun sebelah sini. Keluarganya di Kenya masih Islam. Juga dia memenuhi ciri-ciri seorang orientalis budiman kerana dia pernah bermain layang-layang, berlarian di sawah padi, boleh menyebut Insya-Allah serta memberi salam, menyusuri denai-denai di sebalik suara azan dan dia dengan ikhlas melontarkan, 'Indonesia adalah sebahagian dari diriku.' Tautan hatinya dengan Islam begitu kukuh. Mengapa pula kita tidak percaya seorang bomoh yang pernah ada pengalaman hidup dalam kalangan kita, malah sangat akrab dengan kita. Pujuk rayunya juga meyakinkan. Tentu dia berbeza daripada Bush. Dia adalah seorang terpercaya. Malah memiliki citra sempurna.Justeru saat obama menawarkan Ecumenicalisme sebagai ubat, Muslim yang memang sedia sakit lekas-lekas mahu percaya.
Nanti dulu.
Benarkah ia ubat yang berkesan untuk kita. Apakah ubat yang ditawarkannya itu cocok? Ecumenicalisme mungkin ubat yang berkesan untuk umat Kristian. Akan tetapi, ia mungkin adalah racun buat umat Islam.
Umat Kristian ditimpa masalah yang hampir sama seperti umat Islam. Perpecahan. Malah perpecahan yang jauh lebih besar dari apa yang dialami oleh umat Islam. Hari ini, di Amerika Utara sahaja ada 1,500 kumpulan Kristian yang setiap satunya mengamal 'unique blend of beliefs and practices'. Setiap dari mereka mendakwa mereka lebih benar dari satunya.
Sejarah skisme gereja telah berlanjut terlalu lama. Ia malah membenihkan ecclesiastical dalam agama tersebut. Saat gerakan gereja membawa haluan sendiri, jalur yang mereka tempuhi sama sekali berbeza dan menjarak besar. Ambil sahaja perpecahan yang berlaku antara Roman Catholic dan Eastern Orthodox. Atau antara Roman Catholic Church dan Anglican Communion.
Selain skisme yang melibatkan 'internal theological conflicts' gereja juga berpecah dalam persoalan yang melibatkan moral. Akan tetapi hal-hal moral adalah hal-hal yang tidak begitu sengit dan berisiko berbanding hal melibatkan teologi. Abad ke 19 misalnya menyaksikan betapa perhambaan masih berleluasa di Amerika syarikat. Kita melihat bagaimana gereja di Amerika berpecah menjadi kem pro-slavery dan anti-slavery. Akan tetapi apabila perhambaan dihapuskan dengan kejayaan kempen Abraham Lincoln, gereja di selatan Amerika yang kebanyakannya pro perhambaan (dengan pengecualian Southern Baptist Convention yang masih rasis) 'bersatu' hati dengan gereja-gereja di utara. Atau, di saat ini kita melihat kebanyakan denominasi Kristian sedang berpecah dan berseteru dalam hal yang menyinggung hak asasi khususnya untuk kaum gay dan lesbian. Akan tetapi seperti mana dalam isu perhambaan, apabila pergeseran pilihan seksual ini mereda satu hari nanti, pasti akan ada satu konsensus yang akan membolehkan gereja-gereja ini bersatu.Untuk mengurangkan pertembungan 'internal theological conflicts' dalam kalangan umat Kristian, pemuka-pemuka Kristian mencadangkan beberapa strategi demi mengurangkan perbalahan. Sejenis ubat telah dipreskripsikan:
Ecumenicalisme.
Pertama: Mengurangkan pergeseran mazhab dalam Kristian dengan membolehkan clergy dan parishioners menyeberang ke gereja-gejera lain. Paderi dari gereja A misalnya dibenarkan bersyarah di gereja B selagi tidak menyentuh hal-hal teologi yang diperselisihkan.
Kedua: Dialog ecumenical untuk merapatkan jurang pergeseran mazhab.
Ketiga: Paderi mazhab atau denominasi tertentu sanggup melupakan perbezaan sesama mereka dan bekerjasama dalam isu-isu yang melibatkan moral. Antara program yang ditawarkan di bawah strategi ini ialah kerjasama untuk mengurangkan akses pengguguran kandungan, mencegah euthanasia, mengehadkan atau membasmi hak-hak gay dan lesbian, menentang perkahwinan sejenis, dan lain-lain lagi.
Keempat: Menggalakkan 'inter-faith marriages' demi menjayakan kerjasama antara denominasi. Pasangan berbeza mazhab yang dapat hidup rukun atas nama cinta akan menjadi contoh besar dalam masyarakat Kristian.
Strategi ecumenicalisme ini terlihat sekali imbas berjaya di Amerika Utara untuk berdepan dengan kepesatan pengaruh sekular dalam masyarakat.
Strategi ecumenicalisme pertama terlihat pada penggalan ucapan Presiden Amerika tersebut: As a child of a different race coming from a distant country, I found this spirit in the greeting that I received upon moving here: Selamat Datang. As a Christian visiting a mosque on this visit, I found it in the words of a leader who was asked about my visit and said, “Muslims are also allowed in churches. We are all God’s followers.
Strategi ecumenicalisme kedua dapat dikesani pada bahagian ucapan beliau: That spark of the divine lies within each of us. We cannot give in to doubt or cynicism or despair. The stories of Indonesia and America tell us that history is on the side of human progress; that unity is more powerful than division; and that the people of this world can live together in peace. May our two nations work together, with faith and determination, to share these truths with all mankind.Strategi ecumenicalisme ketiga dan keempat dengan jelas dipromosikan oleh Presiden Obama sambil 'inclusive philosophy' yakni Pancasila dijaja sebagai sarung 'ubat' yang berkesan: E pluribus unum – out of many, one. Bhinneka Tunggal Ika – unity in diversity. We are two nations, which have travelled different paths. Yet our nations show that hundreds of millions who hold different beliefs can be united in freedom under one flag. And we are now building on that shared humanity – through the young people who will study in each other’s schools; through the entrepreneurs forging ties that can lead to prosperity; and through our embrace of fundamental democratic values and human aspirations. Islam flourishes, but so do other faiths. Development is strengthened by an emerging democracy. Ancient traditions endure, even as a rising power is on the move.
Meski gerakan ecumenicalisme tampak beroleh kejayaan di barat, masih terdapat gerakan yang lebih kuat menentang gerakan ecumenicalisme ini. Selain persen penganut Kristian yang jatuh mendadak kerana ramainya yang mengisytiharkan diri tidak beragama, ecumenicalisme dilihat sebagai satu doktrin baharu yang berniat untuk memusnah dan meruntuhkan 'the belief in Absolute Authority coming from God' selain menjuarakan 'the relative authority of man'. Bukan sedikit denominasi Kristian yang melihat ecumenicalisme sebagai satu agama baharu yang mengancam semua agama lain.
Selain itu ecumenicalisme memerlukan 'religious authority in order to function'. Maka keberlangsungan ecumenicalisme diragui. Denominasi dan gereja yang pelbagai itu masing-masing tidak memiliki orde atau ketua yang berpengaruh. Hatta Paus sendiri dilihat rapuh di tengah-tengah skandal seks para paderi.
Di sinilah munculnya pertanyaan, apakah ubat Kristian boleh digunakan untuk meredakan pertembungan Islam dan barat (baca Kristian dan sekular)?
Sukar kerana barat yang dimaksudkan bukan sahaja barat yang Kristian (ingat mereka juga berpecah) tetapi juga barat yang sekular. Kehadiran dan preskripsi bomoh Obama itu hanya melanjutkan siri perang kebudayaan. Yakni pemaksaan supaya kita menerima rawatan yang mereka usulkan.
Ecumenicalisme tidak akan menjadi ubat yang berjaya untuk mendamaikan Islam dan barat. Sebahagian besar umat Islam (sambil mengenepikan kumpulan sekular dan liberal dalam Islam) masih berpegang kepada prinsip dan rukun iman, Absolute Authority iaitu Allah. Juga Obama, ataupun Amerika tidak dilihat sebagai 'religious authority' barat. Malahan umat Islam sendiri sebahagian besarnya tidak mempunyai autoriti. Ini berbeza dengan minoriti syiah yang masih mengekalkan sistem marja dan taklid di samping doktrin Wilayatul Faqih yang masih berkembang pemikiran dan perbahasannya. Obama menyedari hal ini, kerana itulah beliau sendiri pernah menjaja strategi ecumenicalisme yang sama ketika berkunjung ke Mesir kerana beliau melihat 'Azhar holds such authority'. Barat mesti memperakukan Islam dan barat (baca: sekular-Kristian) adalah dua dunia berbeza. Tidak ada satu kesatuan dapat dicapai. Adalah mustahil mendamaikan dua cara pandang yang berbeza. Tambahan pula sejarah yang ada tidak mewajarkan. Islam mahupun Timur tidak melupakan pengalaman kolonialisme barat. Pengalaman buruk yang dialami di pelbagai negara umat Islam angkara Amerika Syarikat (termasuk di Vietnam, Hiroshima dan Nagasaki) tidak akan mempertautkan luka yang telah menjadi daging busuk. Poin-poin permukaan tidak dapat dijadikan paku penguat struktur binaan yang sedia lemah.
Akan tetapi satu kesepakatan dalam persoalan moral mungkin boleh dicapai. Persoalan moral yang menjadi duri dalam daging di mata umat Islam ialah keberpihakan barat (sebahagian besar Kristian dan sekular) kepada regim tidak bermoral zionis. Hanya dengan mencabut duri ini rasa hormat Islam akan berbenih dan soal perdamaian menjadi waras untuk dibincangkan. Senarai pembetulan masih panjang. Penindasan ekonomi. Perhambaan moden menerusi kapitalisme. Diktatorisme kebudayaan. Imperialisme pemikiran. Banyak lagi. Mungkin setelah itu umat Islam dan timur (baca: the oppressed) bersedia menyambut hangat wakil barat yang ikhlas. Pokoknya: Berhenti Dulu Menjadi The Oppressor.Siapakah yang akan menjadi perawat dan tukang cabut duri yang telah disebutkan di atas? Siapakah yang akan memerdekakan seluruh umat manusia?
Bukan Obama pastinya.
Kesatuan itu, atau kesatuan apa pun tidak akan menjadi kenyataan dalam waktu terdekat. Ia adalah milik penyelamat akhir. Rahsia kesatuan dalam kepelbagaian - Bhinneka Tunggal Ika - hanya dipunyai oleh seorang. Seseorang yang bakal memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran.
Yang dimaksudkan ialah Imam Mahdi. Sosok yang Nabi Isa a.s akan berdiri solat di belakangnya.
* Sumber pidato Obama di sini.
** Entri ini sekadar sebuah respon pantas.



9 comments:
"Kegelapan hanya akan benar-benar difahami tatkala kita tenggelam di dalamnya"
Adakah mustahil dunia Barat bersatu,mencapai konsensus dengan dunia Islam?
Benar kata Dr FT,saya meraguinya.
Dunia hegemoni dan tegas Islam tidak akan dapat diintegrasikan dengan kerapuhan dan kejelekan materialisme dan kapitalisme.Tambahan lagi jika mereka mulai bertukar arah-menyatakan 'Absoluteness' itu sebagai satu wadah yang mujarab untuk menjambatani dunia mereka dan dunia kita.Falsafah agama kita berbeza,maka automatiknya,cara kita melihat dunia pun berlainan.
'Cara kita berbeza',bak kata Nikki.
Sepaling-palingpun,kita mungkin dapat bersatu atas dasar kemanusiaan dan rasa 'khalifats' yang wujud dalam diri semua manusia.Rasa tanggungjawab kita terhadap diri sendiri,dan terhadap manusia lainnya mungkin mampu menyatukan kita pada titik-titik tertentu.
"To adapt,we do not have to Change"
Kita tidak perlu menguak jika masuk ke kandang lembu,dan mengembek jika masuk ke kandang kambing.Kita cuma perlu menghormati cara mereka,sedang aspek religion dan kultural kita sendiri dikekalkan.
Perbezaan merupakan persamaan setiap manusia.Kita semua ada 'beza'.Satukanlah dengan Beza.
Wassalaam,
respond pantas, biarpun pantas tetapi dikarang dengan yang amat baik sekali.ilmu baru untuk saya.terima kasih.
Salam semua,
Saya pun tak faham kenapa umat Islam (dunia Arab, Nusantara dan lain2) tak boleh bersatu dari segi ekonomi, pertahanan lebih2 lagi dalam ikutan mazhab. Di Malaysia kita ini sahaja pun dah berpecah ikut fahaman parti politik. Sedih saya melihat bangsa Melayu berpecah-belah kerana ideologi politik.
Di sinilah saya keliru dan mengesyaki mungkin kita terlepas pandang punca sebenarnya kita berpecah-belah. Saya yakin 100% bahawa umat Islam perlukan satu revolusi baru.
Revolusi ini bermaksud satu revolusi pemikiran yg mana saya yakin saudara FT pun tak sanggup terima pada permulaannya. Seperti Copernican Revolution, ramai manusia menentang revolusi ini pada permulaanya.
Revolusi inilah(bukan Revolusi Copernican) yg akan menyatupadukan kita dan sekaligus boleh menyatu-padukan penduduk dunia.
Penyatuan ini akan menjadikan kita kuat kerana kita tidak lagi mengikut mazhab, politik, kewarganegaraan, ekonomi masing2 dll.
Penyatuan inilah yang akan memberikan kita kekayaan, kemewahan, keamanan dan keharmonian hidup yg akan menjadi ikutan bangsa2 lain di atas muka Bumi ini.
Pendapat tentang Imam Mahdi berbeza mengikut mazhab. Tetapi saya yakin dengan keadaan dunia pada hari ini, ciri-ciri Imam Mahdi yg sangat jelas ialah beliau akan mencetuskan satu idea pemikiran yg akan mencetuskan revolusi global.
Revolusi global ini akan menyatu padukan umat Islam dan sekaligus menjadi ikutan bangsa-bangsa lain.
Terdapat riwayat mengatakan Imam Mahdi akan ditentang oleh orang2 Arab.
Kemungkinan besar idea pemikiran/revolusi beliau bercanggah dengan ikutan orang2 Arab sekarang.
Walauapa pun, Allah Maha Mengetahui.
Harap saudara FT boleh hurai sikit apakah revolusi pemikiran yg dimaksudkan.
"Barat mesti memperakukan Islam dan barat (baca: sekular-Kristian) adalah dua dunia berbeza. Tidak ada satu kesatuan dapat dicapai. Adalah mustahil mendamaikan dua cara pandang yang berbeza."
Setuju dengan kenyataan di atas. Teringat saya waktu buat eksperimen Sains mencampurkan 'air' dan 'minyak'. Kocak sehabis tenaga, namun akhir hukumnya tetap terpisah antara keduanya. Kenapa? Lihat pada molekul, ketumpatan dan....
Ini meneguhkan bahawa sesuatu yang datang dari Allah tidak akan sama dengan yang dicipta manusia biasa. Agama selain dari Islam itu jelas batil. Namun kini yang sering mengelirukan adalah perkara yang dipertengahan. Sama juga dengan sesuatu yang hukumnya 'syubahat' yang seringkali kita terlepas pandang.
Pegangan dan perjuangan Obama itu adalah hak beliau. Saya juga tiada hak untuk mempersoalkannya. Ini membuatkan saya terkenang kepada Surah Al-Kafirun yang indah akhirnya mengatakan 'BAGIKU AGAMAKU, BAGIMU AGAMAMU'
Salam.
"In the different religions that govern the world such as Hinduism, Buddhism, Judaism, Christianity, Zoroastrianism and Islam, there are references to a person who will come as the savior of mankind. These religions have usually given happy tidings of his coming, although there are naturally certain differences in detail that can be discerned when these teachings are compared carefully. The hadith of the Holy Prophet upon which all Muslims agree, 'The Mahdi is my progeny', refers to this same truth." - Tabataba'i, A Series of Islam and Shi'a: 240
Jadi, masih adakah manusia atau pihak yang menganggap dirinya sebagai 'savior' atau pemersatu ulung bagi seluruh umat manusia di dunia?
Wassalam.
Maaf jika komen saya keterlaluan,tetapi bangsa Arab sekarang sudah muali kembali ke Zaman kejahilan.Pernah saya terdengar suatu hadith,
"Kebangkitan Islam akan bermula dari Timur"
Bukan nak kata apa,tetapi say jijik apabila membuka 'channel' Arab Radio Television' tu,nampak perempuan2 Arba sedang bergeek nampak pusat,then azan,then sambung balik.
Mungkin kitalah yang disebut Nabi Muhammad "dari Timur" itu..wallahu'alam..
Berkenaan isu politik yang semakin liar membuncah umat Islam,saling kafir mengkafir-saya bersetuju dengan saudara Fauzi,kita perlu seorang Imam yang mengeluarkan kita dari kejahilan ini?
Ironi,perslumbaan untuk 'menyatukan adalah asas yang memecahbelahkan..
"Setiap seratus tahun kematianku,akan ada seorang amirul (pemimpin) yang thoif,membimbing Islam"
labbaika al-qaaim al-muntazirul mahdi!
labbaika al-qaaim al-muntazirul mahdi!
Saya pelik kenapa perlu bercerita ttg ecuminisme utk menolak gerakan 'inter-faith'? Mengenai kesatuan ahlul-Qiblah, telahpun ada Amman Message, bagi ahlus-Sunnah pun ada satu ikrar utk bersatu biarpun ada ikhtilaf (ni contoh-contoh terkini). Adakah usaha-usaha ini sia-sia & kita perlu tunggu al-Mahdi jua? Adakah kedatangan Obama ni (dlm video cara sebut 'c' pun salah) melambangkan yg kita tak bersatu dgn negara jiran sekalipun? (p.s. dia hanya bersama bapa kandung dia yg murtad sehingga umur 2 tahun). Wallahua'lam Wsslm
Post a Comment