14 November 2010

Musim Menuai Zafaran (Saffron)























Zafaran adalah sejenis rempah ratus dari stigma bunga Zafaran (Crocus sativus), dari spesis keluarga Iridaceae. Bunga zafaran ada tiga stigma. Iran menguasai 94 peratus (peringkat dunia) pasaran Zafaran. Lain-lain pengeluar ialah Sepanyol, India, Greece, Azerbaijan, Maghribi dan Itali. Selain untuk menyedapkan masakan, ia juga dianggap ramuan terbaik untuk kesihatan, perubatan, alat solek, masakan, minyak wangi, dan bahan pewarna. Zafaran kaya dengan vitamin B2, hydrocloric acid dan Riboflavin.

Dalam kitab Tibbul Imama A'li, Saidina Ali menyatakan:

"Sesiapa yang mengambil sebahagian Zafaran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."

Di dalam mazhab Jafari, khasiat Zafaran adalah terlalu banyak sehingga melangkaui fikiran manusia. Tidak keterlaluan saya katakan kerana keintiman mazhab Jafari dengan ahlul bait maka rahsia Zafaran dalam perubatan menjadi warisan mereka yang harus kita gali dan kita kongsi.

Oleh kerana sekarang adalah musim menuai Zafaran di Mashad, Iran; maka inilah saya tampilkan foto-foto dari ladangnya.

22 comments:

po-g said...

salam saudara FT mane nak dapat barang berharga nie di malaysia?

tibbul ali

pembaca buku said...

Salam.

Secara kebetulan, saya baru membaca tentang bunga ini untuk tugasan saya di pejabat.

Zafaran inilah koma-koma yang menjadi salah satu bahan dalam nasi beriani, nasi bukhari dsb. Zafaran atau safron sativus Linneaus yang digunakan sebagai pewangi dan pewarna masakan ini mahal harganya.

Saya tidak pula tahu yang koma-koma ini mempunyai 'khasiat' besar dalam hidup kita. Terima kasih banyak atas info yang diberikan.

Wassalam.

Azi81 said...

baru saya tahu, begini rupanya mereka meuai saffron, selama ini hanya lihat dalam rancangan masak je saffron digunakan.....

sarah abadan said...

subhanallah...bunga tu sangat cantik... :D

MushroomCute@Mariea said...

Susahnya nak dptkan Zafaran. Sebanyak2 bunga baru dpt sepiring.

djambu puadovich said...

su'dun tu apa pula?

Kaseh Esmiralda said...

ini yang dikatakan TERBAIK DARI LADANG.. =)

Sarihani Falahi said...

Salam.
Saya tertarik tentang zafaran ni, ingatkan Kashmir pengeluar utama kerana pernah nampak gambar wnaita di sana menuainya.

Kelopak bunga yang banyak, mungkin beratus tan tu mereka buat apa? Terima kasih share gambar-gambar tersebut.

airaniez wirdani said...

Subhanallah..Cantiknya *warna* Saffron! Terima kasih kerana berkongsi. =)

1jja1912 said...

Begini rupanya zafaran.. Biasanya kat sini orang jadikan minyak.. Terima kasih atas perkongsian gambar-gambar..

Marhaen Kacak said...

thanx saudara faisal...baru tau ini rupenye punca haruman zaafaran...:) bunga rupanya...


Kelantan Akan Keluar Dari Malaysia!!!

Faizah Roslaini said...

Nasi beriani!

azila said...

di Msia mana nak dpt Zafran tulen tu?

pembaca buku said...

azila,
cuba link ini:
www.qurba.com.my, dan cari produknya.

Adilla Harun said...

Indah sungguh pemandangan dalam gambar-gambar tu! Terutama warnanya. Ternyata bunganya amat cantik dan hasilnya juga amat berharga lagi berkhasiat. Maha suci Allah menundukkan semua itu untuk dirasai nikmatnya oleh manusia.

Ia juga mengingatkan saya tentang satu cerita oleh Walt Disney yang bertajuk RATATOUILLE (RAT.A.TOO.EE). Ia mengisahkan seekor tikus yang menjadi chef. Salah satu ramuan kesukaan dia ialah Saffron. Hebat yek!

jana said...

salam Dr Hj FT,

untuk makluman semua, harga saffron juga sgt mahal (saya memang maksudkan 'SANGAT' MAHAL). kalau di Sweden harganya untuk 2 gram (bukan 200 gram ya) lebih kurang RM85!!! so bayangkan harga sepinggan saffron tu :)

Abu_Wajihah said...

Salam...
Sesiapa yg berminat untuk mendapatkan Saffron,boleh menghubungi Wan Zeti Muzaini di talian 013-6231412 atau layari laman web berikut: www.islamicgoodfood.com

Ghafirah Idris said...

Di Malaysia, antara syarikat yg menjual za'faran ialah syarikat Perniagaan Qurba Sdn. Bhd. Pengasasnya ialah Ust Jamil. Syarikat ini beroperasi di Jitra.
http://www.qurba.com.my/zafaran.html

(Abah sy stokis Perlis) :D

agas said...

salam semua..

sy nak tau mcmana rupa su'dun tu..apa ye su'dun tu? kat mana nak beli?

Ain said...

Kalau tak silap, dlm salah satu majalh yg pernah saya baca, saffron juga adalah rempah termahal di dunia.

azila said...

saya pun nak tahu su'dun tu apa pulak?

freeman said...

zafaran atau saffron ini memang amat banyak khasiat dia antaranya boleh mengawal kadar gula darah untuk pesakit kencing manis