Presiden Iran Dr Ahmadinejad setelah memenangi pilihanraya Presiden penggal pertama dalam tahun 2005 diminta mengisytiharkan asetnya. Apa yang beliau miliki ialah sebuah rumah berusia 40 tahun dengan keluasan 175 meter persegi di Selatan Tehran, dua akaun bank dan sebuah Peugeot tahun 1977. Agensi berita rasmi Iran hari ini memaklumkan, Dr Ahmadinejad akan menjual kereta kesayangan beliau untuk mendanai Yayasan Mehr, sebuah projek untuk membina perumahan untuk rakyat termiskin di Iran (untuk pembeli pertama). Ini memandangkan hartanah di Iran semakin meningkat naik. 
Menurut Menteri Perumahan Iran, Ali Nikzad satu juta rakyat Iran layak untuk mendapat rumah tersebut. Dalam usaha mendorong derma, bantuan dana dan kempen menjayakan projek tersebut, Presiden Iran telah melelong kereta beliau ini (sumber). Tidak diketahui apakah kereta tersebut sudah pun ditempah. Sesiapa ingin mencuba menjadi pemilik Peugeot tersebut?
Oh juga, mahukah kita membeli seluar dalam, baju kurung saix XL yang cantik-cantik, atau kompleks rumah di Bukit Segambut andai ada orang yang teringin melelongnya?



15 comments:
dia mmg seseorang pemimpin yg sejati
berkhidmat sepnuhnya utk rakyat
respect sngt2 pada dia
Selepas itu dia akan apa? Berbasikal?
Tuan tolonglah pergi semula ke Iran dan beritahu lelaki itu saya sudi beri dia kereta saya.
Saya malulah berkereta kalau begini.
sayangnya..mengapa la dia berfahman syiah..huhuhu
Pinung
Itulah kan sayang dia berfahaman syiah. kalau dia sunni macam kita tentu dia masuk syurga.
apalah pinung ni..
ada jugak org yg camni dan terlepas masuk ke blog ni..
Tidak ramai pemimpin yang mahu menjadi 'hamba' kepada rakyat yang dipimpinnya.
Ahmadinejad hua ameer as-sya'ab!
pemimpin ulung yg sgt low profile..alangkah bagusnya jika pemimpin disini sanggup memilih jadi seperti beliau
maaf kalo saya bertnya, org syiah memng tak leh masuk surga ke, kira sesat ker
ketika hayat Anas bin Malik, terdapat dua orang berdebat tentang kolam nabi. Lantas mereka merujuk Anas bin Malik tentang masalah itu memandangkan Anas bin Malik sangat arif mengenai sunnah Nabi. Lantas Anas bin Malik menjawab.
"Saya tidak sangka saya akan jumpa orang seperti kamu berdebat tentang kolam nabi,". Jawabnya: "saya telah tinggalkan dibelakang saya wanita-wanita yang lanjut usia. Dan sesiapa saja dikalangan mereka yang bersembahyang, dia pasti akan memohon agar dikurniakan untuk meneguk air kolam Nabi"
Renung-renungkan
hahaha.. Dr. FT, jgn la sarkastik sgt. Maybe dia masih keliru psl syiah tu..
Keta Peugeot ni kalau letak 1JZ menarik gak ni..
Ya Allah..berkatilah hambaMu yang bernama Ahmadinejad ini..
Sesunggunhnya...tiada kata yang mampu aku ucapkan.
ya tak ya juga kan Faisal...
tak merasalah ahmedinejad ke Syurga orang Sunni...
huhuhuhuhu
Serasa saya Ahmadinejad ini seorang yang 'memikul kepimpinan' dan tidak hanya 'memegang kepimpinan'. Kepimpinan akan dibangkitkan sebagai persoalan yang 'priority'. Beliau faham dan penghayatan lahir dengan kesederhanaan yang dipilihnya dalam kehidupan.
Sedikit sebanyak mengingatkan saya kisah Rasulullah yang menghembuskan nafas akhir dengan hanya meninggalkan beberapa barang sahaja. Salah satunya (kalau tak silap) tempat menakung air. Zuhud yang tiada tara. Selayaknya sebagai kekasih Allah.
siapa pernah peduli dia syiah
kerna saya tak pernah peduli
Sape kita nak tentukan sape masuk syurga neraka? sedangkan Nabi s.a.w yang maksum tu pun sendri beristighfar byk2 kali dalam sehari, siapa kita sampai boleh sebegitu yakin?
Post a Comment