10 November 2010

Maher Zain Masuk Syurga, Sami Yusuf Ke Neraka

Pintu kamar saya diketuk lewat petang kelmarin. Jarang pelajar menjengah saya senja-senja begini. Dua orang pelajar masuk. Saya berhenti menulis dan menatap wajah mereka.

"Bagaimana saya boleh tolong saudara berdua?"

Salah seorang sedikit tersipu-sipu tetapi memberanikan diri bertanya, "Dr minat Maher Zain?"

Saya tidak menjangkakan soalan ini sebetulnya. Saya berfikir sejenak kemudian menjawab, "Saya boleh layan lagu-lagunya."

Kemudian ada satu soalan yang diajukan lagi. "Is Maher Zain syiah Dr?"

Saya rasa macam mahu beri penampar dek soalan tersebut tetapi saya masih waras, saya pun menjawab, "I think he is Sunni. But does it really matter? (lihat sini)"

Seorang yang lain mencelah, "Saya sukalah dia Dr. Berbakat dan kacak."

Mata saya bundar. Sah-sah makan penampar budak ini.

"Dulu saya suka Sami Yusuf. Tapi sejak ada Maher Zain saya sudah beralih arah."

Pelajar yang bertanyakan saya apakah Maher Zain itu syiah tadi bertanya lagi soalan yang cetek. "Sami Yusuf, is he syiah Dr? He is Azerbaijani isnt he?"

Saya layankan juga soalan dangkal itu, "From what I know, Sami Yusuf is a British citizen. His parents are Azeris from Iran. If i am not mistaken he himself is a Tehrani by origin and birth. Yes, almost all Azeris are Shia. Sami Yusuf still keeps his Iranian citizenship along with his British citizenship. He also sings most songs in Farsi but since they are not sold in Arabic speaking countries so nobody knows about it. Sami Yusuf is syiah, but not Imamiyah. He is Sufi Syiah. Dah kenapa tanya soalan-soalan ini?"

Seorang pelajar bersuara, "Kami bertengkar tadi. Ada ustaz di tempat saya kata kalau dengar muzik Maher Zain okay. Sebab dia masuk syurga. Sami Yusuf tak bagus. Dia akan ke neraka."

Saya terkesima lama. Saya menarik nafas panjang. "Sami Yusuf and Maher Zain represent the new generation of hope and positive outlook on life in general. Sami Yusuf has given more money to Islamic charity than what most of us can earn in this whole life (lihat sini). Ask Allah if he's going to hell. I can't answer that. I am no one divine."

Sayup-sayup kedengaran azan maghrib berkumandang.

45 comments:

RAFHAN ~peace~ said...

bukankah syurga dan neraka adalah rahsia Allah. Soalan yg tak perlu dijawab. :)

Shahrul Shaharuddin said...

Salam Dr. Faizal,
Terkejut saya dengan tajuk post nie, rupanya, student Dr. yang ajukan soalan.. fuhh~

Btw, i love both. Sama2 berdakwah dalam lagu.. =D

yours
SH

iqin othman said...

suka2 hati je ustaz tu kata orang tu masuk syurga/masuk neraka.
macam jadi tuhan je nak tentukan sape boleh masuk syurga ke tak.

-__-"

fadz said...

saya peminat besar Sami Yusuf!! So what if he is syiah?!

abid_PM said...

sampai bila pemikiran umat Islam akan kekal begini? Sesama Islam itu bersaudara, Syiah atau Sunni adalah Islam, dan Islam akan ke syurga.

Bintun Sazali said...

wahh...betul2..kuasa utk menilai ke mana arah seseorang itu selepas kehidupan di dunia, bukan terletak pd tangan kita..Allah shj maha berkuasa utk tentukan semua itu.

Lagipun, I don't think both of that singers have much differences.Dua2 sama, menyumbang sesuatu yg baik ke arah Islam, atas nama Islam.

Wallahua'lam.

ZulAbMajid said...

Assalamualaikum...
ramai ustaz dan penceramah sekarang ni mudah sangat melabelkan orang lain...siapalah kita nak menentukan, yang ni masuk syurga..yang ni masuk neraka..

caterpillar said...

conversation 2 mmg funny, sbb sangat shallow n judgmental.

boleh seorang ustaz cakap camtu kat anak2 murid dia??

suka2 mengkafirkan orang?? walhal dia seorang ustaz. Apa hak dia?? adakan dia Tuhan??

Even Allah pun dah cakap yng kita x sepatutnya bertegas dalam hal mazhab. Nanti menimbulkan perpecahan dlm kalangan umat Islam.
Itu yng saya pernah bacalah..

Ustaz2 camnilah yg membuatkan anak2 bangsa kita yng nak berubah rasa x worthy 4 a change.

kalau orang lain point dia masuk neraka? jawaaab ye 'ustaz'...

- nalza - said...

astaghfirullah.. apa punya dangkal daa ustaz tu. selamba je dia label org ni masuk neraka la, masuk syurga la. dia ada 'cable' dgn malaikat raqib & a'tid ke?

nauzubillah.

Mohamadazhan hjDesa said...

salam, teruskan dimensi music dakwah..

Nik Al-Faraki said...

Pandangan dangkal ustaz pelajar tadi jelas menunjukkan sentimen mazhab masih lagi menjadi trend pemikiran golongan berkopiah n berjubah di Malaysia (bukan semua).

rizuan mh said...

Assalamualaikum Dr.

Berkenaan cadangan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua di PP, boleh Dr ulas sedikit? Saya mengagumi setiap buah fikir dari Dr, justeru mungkin dalam isu ini, Dr ada pandangan tersendiri yang berguna kepada kami. Pada saya, cadangan ini jika dilaksanakan, bakal memberikan impak yang total, malah lebih dahsyat berbanding impak PPSMI terhadap bahasa Melayu.

TalkingKeyboard said...

LIKE =D

serikandisyurga said...

Salam wbt..
Dahsyatnya bertengkar pasal artis nasyid yang Sunni atau Syiah.
Yang penting mesej lagu yang hendak disampaikan.
Masing-masing ada pandangan yang berbeza dan tidak sepatutnya menghukum sesama manusia.

Wallahu'alam.

azni_1405 said...

ada jugak orang pk cmtu..

miss fatihah said...

niat dan perbuatan tiada manusia layak menjatuhkan hukuman.selalu melihat buruk, kebaikan xnampak walau sebahagian.itulah yg sebenarnya pertaruhan syaitan.

1jja1912 said...

‎"Berbeza itu Boleh, Marah Jangan" Yang jadi masalah bukan perbezaan, tetapi kemarahan. Carilah persamaan sebelum membahas & mencari perbezaan..> Qunut atau tidak yang penting sama2 solat Subuh..< Islam bermacam2 mazhab, yang penting sama-sama Islam..."

PutraRocker said...

SOLEHkan diri insyaAllah yang SOLEHAH menanti..woot3 o_O

Dexter said...

Salam Tuan Dr,
Budak2 zaman sekarang x cukup kritikal dalam berfikir, lebih2 lagi yg bergelar mahasiswa/i. Pada saya, what's the problem if they are Sunni/Syiah? We have major problems that need to be focus, and stop wasting time in discussing who will enter Heaven @ Hell because non of us have an experience live in both place !

Ernie WII said...

tajuk yg agak kontroversi. hehe.. tapi bila dah baca, rupanya pasal soalan.. =)

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

Komen rakan saya di fb berkaitan entri ini :

Paksheikh Omar Maaf... Paksheikh rasa ada "bad vibes" tulisan2 Dr Faisal Tehrani ni termasuk yang ini...

Pertama, student yg datang jumpa dia claim ada "ustaz" kata org sunni cam MZ masuk syurga dan org syiah mcm SY masuk nraka. Mungkin student tu saja buat claim begitu, tapi mengapa dr FT pergi perpanjangkan tuduhan pihak ke-3 thdp sang "ustaz" smpi jadi title besar artikel beliau?! Tanpa question mark lak tu, so paksheikh kira "irresponsible" jugak lah sang Dr ni!

Kedua, menggunakan org popular sbg sampel beliau provoke pembaca dgn "syiah = neraka", "sunni = syurga"?! Adakah ingin mengatakan org Islam (tak kira mazhab) memang takde keje jenis yg suka melabel serta mengkafirkan org lain?!

Ketiga, mengapa cuba tanam bibit kebencian dan prasangka org Malaysia thdp Maher Zain, dan Sami Yusuf (lebih2 lagi). Kesianlah mrk, trying to be profesional enough n spread d common Islamic msg to d world. Pernahkah mrk declare mazhab mereka? yg saya tahu mrk hanya declare agama mereka.

Ke-4, Dr FT mengaku student tu tanya soalan bebal namun masih tetap melayan kebebalan tsbt. Sepatutnya seorang pensyarah dan penulis "terkenal" be profesional enough and dismiss such questions which didn't deserve merit langsung.. Ini tidak, melayan soalan berprasangka tsbt dgn prasangka juga.

Kpd Dr Feisal, paksheikh ingin katakan "Ini sudah kira 'herrible' doc! Horrible dan terrible at d same time! Malu...

Faisal Tehrani said...

Fairuz,
Beginilah:
1. Ustaz itu ada nama. Saya bertanya. Sebab itu saya terkesima lama. Tapi saya tak akan dedahkan di awam.
2. Entri ini memang thought provoking. Ya supaya orang seperti ustaz itu dan spesisnya buka mata. Kira-kira siapa yang melenting itu sudah termakan cili agaknya.
3. Bila pula saya tanam bibit kebencian orang Malaysia terhadap penyanyi2 ini? Yang saya 'tentang' ialah prasangka ustaz dan pelajar2 saya tersebut. Kita berbangga mereka mencipta nama dalam bidang muzik dan moga industri hiburan kita akan dapat pelajaran dari fenomena mereka. Sunni atau syiah? Who cares! As far as i am concern, they are contributing. Saya kesian dengan mereka. Dan support mereka. Tapi malang ada spesis seperti ustaz tadi.
4. Nampaknya saya terpaksa menggunakan perkataan bebal. Which i dislike. Bebalkah jawapan tersebut apabila saya menjawab dengan penuh berhemah dan bertarbiyyah begitu? Pelajar2 saya itu naif dan polos. Orang naif yang jahil mesti diberitahu. Kalau saya tidak jawab mereka akan kekal dalam kebingungan. Mereka pelajar muzik yang sering dituduh sebagai 'bergelumang maksiat' oleh para ustaz. Saat tiba Maher dan Sami utnuk dijadikan pedoman dalam bidang mereka pun, mereka masih dimomokkan oleh ustaz bebal dengan label. Yang ini pass yang ini fail. Pelajar2 saya di ASWARA memerlukan bimbingan bukan hukuman. Kerana sebahagiannya mereka memang tidak tahu. Paling tidak, jawapan saya itu telah memberikan mereka cahaya dan membawa mereka keluar dari kegelapan yang diserkupkan oleh seorang ustaz bebal.

(One) SiTi* said...

terkejut baca tajuk,
jadi singgah sini sekejap,
ouh,
ceritanya cmtu rupanya

Kazen said...

huhu thats right we just a normal people have no right to judge da person..who will be there

RUMPUT HIJAU said...

Orang Islam berfikiran Melayu. Maka inilah jadinya.Senang-senang label orang lain yang tidak sehaluan (baca : mazhab).

mas said...

tak terkejutpun isu ni, kalau tak celikkan mata, makin bernanah....

Lepas 'After Effect' Kesan said...

Ish janganlah provoke Dr. Faizal begitu. Tapi sedap juga lihat jawapan Dr. yang berhikmah ni...

Safinaz Hanum Ahmad Anuar said...

zaman sekarang telalu banyak pendedahan kepada hiburan. Di mana wujud satu keperluan untuk memberi waima sedikit cuma untuk menerangi kegelapan itu.

Wallahua'lam.

lalok said...

maher zain orang belakang tabir dia redone..redone ni pula bekerja di belakang lady gaga..lady gaga pula ditaja oleh tangan2 yg tidak nampak..so..adakah redone dan lady gaga adalah keluaran yg sama..

mohd ihsam zainuddin said...

satu entri yg paling menarik minda untuk difikirkan bersama.....! teruskan dr ft... pendedahan yg begini perlu diteruskan demi utk menjelaskan persepsi yg sihat di kalangan umat islam hari ini..seringkali kita dengar pihak2 yg 'melabelkan' sunnah masuk syurga, syiah masuk neraka! na'uzubillahi min zalik....semoga dr ft dpt melahirkan insan seni yg mengasihi insan dan tunduk kpd tuhan yg menciptakannya......

Ainna Azkieya said...

Assalamualaikum...
Astaghfirullah...Terkejut saya baca tajuk, kemudian selepas baca artikel ni, lagi saya terkejut, ustaz mana yang cakap begitu? Saya memang peminat SETIA SAMI YUSUF sejak album pertama dia keluar lagi dan MAHER ZAIN pula saya adalah antara generasi Malaysia yang antara terawal kenal dan mencintai lagu2 dia...

Saya menjiwai lirik2 dalam muzik tersebut..Itu yang penting! TAK PERNAH MEMPERSOALKAN tentang fahaman mereka. Sebab kita semua saudara seIslam.

Satu lagi, saya sekarang belajar di Brisbane, Australia dan semua kawan saya dari Saudi, Bahrain dan UAE semuanya SYIAH..dan saya tak rasa syiah memisahkan kami..BANYAK YANG KITA BELAJAR TENTANG SYIAH DI KELAS2 PONDOK, KELAS2 AGAMA SANGAT BERLAINAN DENGAN APA YANG SAYA DENGAR DARIPADA KAWAN2 SAYA SENDIRI..TOLONG JANGAN MEMPERSOALKAN TENTANG KEIMANAN ORANG LAIN. CERMIN IMAN SENDIRI DAHULU...sedih betul dengan sikap segelintir umat islam hari ini:(

Adilla Harun said...

Saya tersenyum dengan entri yang ini. Bukan apa, si pompuan sulung saya tu tengah 'minat giler' dengan Maher Zain tu. Sebelum ni memang sukakan Sami Yusuf tu. Penangan di Maahad Hamidiah agaknya. Ikut kawan-kawan pun ye juga. Balik rumah dok introduce kat adik-adik ngan abah dia sekali. Pengaruhnya sampai pada anak saya yang 7 bulan pun dah kenal dan minat lagu 'Insyaallah'(goyang-goyang kaki tuh)

Saya sendiri merasa dari segi lagu memang Maher Zain lebih menyentuh hati dan terkesan. Namun untuk menentukan siapa ke syurga dan neraka itu bukan hak sesiapa. Hanya Allah yang mampu menilai manusia dan segala usaha kita. Ikhlas tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia biasa. Allah je yang Maha Tahu.

areistida89 said...

lg minat sami yusf sbb vocal dia lg mantap.
habis la lepas ni saya pun masuk neraka jugak? (gurau je)

SiTifatimah said...

hanya ALLAH yang dapat menilainya...kita manusia hanya berusaha untuk berbuat kebaikan di muka bumi ini....

Lau Tze said...

kita tak dpt menilai siapa yg layak masuk syurga Allah dan masuk neraka..bilalah melayu nk maju?

MarjanIslami said...

salam wbt.

Tajuk dan komen2 yg menarik. Kita ambil iktibar daripada kisah di atas. Bukan setakat isu penyanyi ni yg menjadi soal tapi kadang2 isu2 lain pun sesetengah orang tidak kira la dia berlabel ustaz ataupun orang biasa suka judge orang ikut sesuka hati. Jadi di sini, kita buka hati dan minda agar kita tidak mudah nk labelkan status seseorang.

Bila baca entry ni, saya teringat maksud ayat 11 dan 12 surah al-hujurat:

Allah berfirman yg bermaksud:

"Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan, mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah daripada kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan jangan pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya itu maka merekalah orang yang zalim."(Surah al-Hujurat ayat 11)

Firman Allah lagi yang bermaksud:

"Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati ? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani."(Surah al-Hujurat ayat 12).

Moga pengakhiran kita nanti adalah pengakhiran yang baik yang Allah redha.Amin.

Sekadar pandangan drpd insan yg fakir.

walhu'alam

azam said...

Salam semua.Mnusia tidakkan bisa puaskan hati semua manusia lain.Persoalan memang sentiasa akan terus bertali arus tanpa henti selagi masa belum berhenti.Walau semua sudah tau fakta logiknya 1+1= 2...namun cuba anda persoalkn soalan ni kpd teman2 ketika duduk2 santai dikedai kopi,anjung rumah dsb...jawapannya pasti akn berubahkn?
Hanya perlu lakukan yg terbaik&elakkan perpecahan...Kerna tika ini kita semua hidup dizaman darurat...kita sedang dimusuhi&ditentang...dihina&cerca...Dimalukan&dihina...Bukan dari kafir laknatullah...Tapi dari ANAK BANGSA ISLAM sendiri...http://twitter.com/sinarbaru

neosaladin said...

Syiah tetap sesat. Yang benar hanya mazhab yang empat sahaja hanafi, shafie, Maliki dan Hambali. Jangan lah anda terlalu ikutkan perasaan sampai mengikut syiah. Pasal masuk neraka tu urusan ALLAH, tapi kalau kita mati dalam keadaan sesat(kafir) dalam Quran pun dah bagitau masuk neraka. Kalo dia syiah, tapi sebelum mati dia kembali kepada yang benar hanya ALLAH yg mengetahui.......

raudhah said...

Salam dr, wah...terkezut saya baca tajuk ni...mmg giler ar...

sepatutnya, dr bg penampar kat ustaz tu, budak2 tak salah.

ustaz tu fahaman mana la yg dia gune..kan syurga,neraka Allah yg tentukan bukan kat tgn ustaz tu...

dr, i'm following u. luv ur books too..ngeee =)

dr, saya amik artikel ni ek. saya letak link dr kat blog saya. Dr boley check kat sana t. tq.

r.i.n.a said...

hemm.. how could anyone said such things, tmbh dr seorg ustaz lg.

ur blog is an eye-opener for me.
tahnks!! ^^

wardah_jannah said...

ustaz ape yang sesuka hati cakap gitu tu..urusan syurga neraka hanya Allah yang tahu...melampaunye ustaz tu...

Din's cheRRy said...

salam Dr faisal Tehrani,
1)Mula2 sekal sy terpikir bagaimana bermulanya ada sunni n syiah.adakah ia ideologi?kitab kita satu yg menjadi rujukan kita, dari itu imam2 yg mengkaji dan kebanyakan kita di Malaysia ikut imam ghazali.itu yg membuatkn sy berfikir bagaimana dtgnye syiah n sunni.
2)mula2 sy berfkir xkisahlah sunni or syiah,asalkn bertuhankn Allah,itu sudah cukup.Tetapi terfikir pula dgn golongan di Malaysia pun wujud kumpulan yang meng'Esa'kn Allah tetapi terkeluar dari landasan. saya bkan dari golongan ilmu yang tinggi,cuma terfikir yang kita wajib untuk tunjuk dan beritahu kebenaran.

3)sebab itulah saya nak tahu bagaimana wujudnya syiah dan sunni sebenar2nya,dan adakah kita tidak perlu peduli kewujudan itu?saya inign belajar tentang sunni dan syiah.

Mujahidin 'Alan Nasf' said...

Terima kasih Kepada DR. kerna sudi melayan soalan2 bodoh pelajar2 DR.kadang2 kita kan belajar sesuatu dari soalan2 bodoh itu..Tentu ramai yg pernah baca kisah Nabi Daud a.s dgn ulat merah..sedang kpd ulat,Nabi ALLAH Daud dpt belajar sesuatu darinya, ini kan sesama manusia..semoga ALLAH sentiasa memberkati perjalanan DR..Amin

satumuslimin said...

neosaladin..cetek2..

wakDanz said...

Salam, kita tersibuk org lain masuk syurga or neraka ... yg punya diri sendiri camana??