
Dalam kumpulan cerpen kelima saya yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi ada sebuah cerpen berjudul 'Latar'. Latar tempat cerpen 'Latar' itu adalah di Tehran, Iran. Seorang sahabat karib saya yang berpeluang membaca karya tersebut pun bertanya, bagaimanakah latar cuaca di Iran?
Duhai, betapa banyaknya momok tentang Iran. Seolah-olah ia sebuah negara dalam dunia magika.
Duhai, betapa banyaknya momok tentang Iran. Seolah-olah ia sebuah negara dalam dunia magika.

Sahabat saya itu bertanya lagi, jadi Tehran seperti Kuala Lumpur juga?
Saya mengangguk. Seingat saya, lama dahulu, sebelum saya berkesempatan ke Iran, kak Shidah, isteri SN Datuk A. Samad Said ada memberitahu saya, 'Faisal, Tehran cantik. Air longkangnya pun jernih macam sungai!'
Saya maafkan soalan-soalan sahabat saya itu. Kerana tidak semua orang bernasib baik menjadi seperti Abdul Wahab Hamzah yang masuk ke Iran (kota Mashad) menerusi pintu Afghanistan. Tatkala saya bertemu Abdul Wahab Hamzah, saya bertanya, 'Bagaimana Iran?'
Wahab menjawab, 'Aku rasa sesuatu di makam Imam Redza tu. Aku pasti pergi lagi!'.
Dalam hati saya cuma berkata, 'Habislah Wahab di Dewan Bahasa dan Pustaka selepas ini. Tentu dia dicop syiah!'
Saya mengangguk. Seingat saya, lama dahulu, sebelum saya berkesempatan ke Iran, kak Shidah, isteri SN Datuk A. Samad Said ada memberitahu saya, 'Faisal, Tehran cantik. Air longkangnya pun jernih macam sungai!'
Saya maafkan soalan-soalan sahabat saya itu. Kerana tidak semua orang bernasib baik menjadi seperti Abdul Wahab Hamzah yang masuk ke Iran (kota Mashad) menerusi pintu Afghanistan. Tatkala saya bertemu Abdul Wahab Hamzah, saya bertanya, 'Bagaimana Iran?'
Wahab menjawab, 'Aku rasa sesuatu di makam Imam Redza tu. Aku pasti pergi lagi!'.
Dalam hati saya cuma berkata, 'Habislah Wahab di Dewan Bahasa dan Pustaka selepas ini. Tentu dia dicop syiah!'







12 comments:
people tend to label the others kan?
Ini syiah, ini wahabi, ini mu'tazilah..
oh dia ni org umno, eh dia ni pas, dia ni jim, abim..bla bla bla
What my ustaz has taught me is we need to know the differences but please dont label..somehow when we know the differences, we would label indirectly..unfortunately..
well, i really admire Ahmadinejad! Long live him to help his rakyat~
hahahaha
Biasalah.
Saya masih ingat suatu masa dulu, ada orang yang melihat saya mencari-cari buku Fitnah Terbesar dalam Sejarah Islam oleh Taha Hussin; dia kemudiannya bertanya, "Mengapa nak baca buku ini? Buku ini kontroversial. Ada apa-apa ke?"
Sampai sekarang, jika dia melihat saya memegang buku yang bukan buku sekolah pemikiran arus perdana, jelingnya satu macam.
Pada saya, perbezaan pemikiran dalam lingkungan kita harus diraikan; dan saya membacanya untuk mencari kebaikan. Tapi disalahertikan pula.
Label, perkataan yang tepat. Ya, saya mungkin telah dilabel.
Perkongsian: Ana pernah dilabel Wahabi oleh pihak JAWI masa bertugas di masjid. Akibatnya ana dipindahkan ke bahagian lain.
Kena cop.Kenangan tu xD
Kekurangan metadologi pendidikan kita baik formal mahupun tidak formal yang berlaku di institusi pendidikan rasmi ataupun di ceramah-ceramah 1 1/2 jam di masjid atau surau ialah sememangnya kita dididik untuk menjadi pelabel.
Ustaz-ustaz mengajar kita perkara halal dan lawannya haram, wajib pasangannya sunat, yang mana baik dan yang mana jahat, ini boleh dan itu tidak boleh.
Natijahnya, kita terdidik secara luar sedar untuk melihat semua perkara-perkara tersebut dan manabila kita menjumpainya kita akan mengaitkannya dan akan cenderung pula untuk melabel. Lebih parah lagi kita lebih gemar melabel orang-orang sekeliling dan bukan pula mahu menggunakan ilmu yang diperturun para-para ustaz itu untuk melihat muka sendiri lantas koreksi diri.
Kerana itulah masjid dan surau kita sekarang bukan hanya jadi tempat orang cari kuasa, jadi tempat cari duit tambah, malah ianya juga telah menjadi pusat mengumpat yang mana kemudiannya ada yang menjadi mangsa label.
Wallahu'allam
beza dapat
tak seharusnya tak muafakat
be muslim, be christian, be hindus, be buddhist, even atheist
be the good one
Manusia lebih suka melabel daripada mengkaji. Apapun saya suka melihat pengakuan Mr. Wahab berkaitan makam Imam Redza =)
Menarik latar di IRAN (^_^)
assalamualaikum..
emm.. minda orang kita masih melihat sesuatu perkara diluar adalah satu yang baharu, mungkin doktrin penjajah dari dulu banyak mendapkan pemikiran sehingga tak mampu untuk berfikir kritis..
saya tak hairan kalau ada seseorang yang cuba memberikan satu perbezaan yang jelas dengan niat untuk memperjelaskan perbezaan itu sebenarnya tidaklah sesuatu yang buruk atau pelik dalam memahami budaya serta perbezaan dalam memahami pegangan sesebuat tempat.
saya percaya satu perkara bahawa agama ini tegak dengan pergorbanan dan darah syuhada yang menentang kezaliman, dan saya juga percaya mereka yang menentang zionis dan syaitan amerika adalah mereka yang mengamalkan islam total terus dari keluarga rasul saww.
FT, kumpulan cerpen ketujuh atau kelima...? Lost count...? :)
buku ni dah ade kat pasaran ke?mcm menarik buku ni..
Post a Comment