Seorang teman memberitahu saya, ada banyak ceramah dan video daripada pelbagai agamawan tempatan jika dikaji dan dianalisis menurut disiplin ilmu 'International Relations' adalah bahagian dari sampah sarap. Teman saya itu sedang melakukan PhD nya dalam bidang tersebut. Beliau bercakap mengenai dakyah di alam maya bahawa Ahmadinejad itu ejen zionis, freemason, ada hubungan dengan CIA dan macam-macam 'shit' lagi. 
Saya hanya memberitahu teman saya itu, hanya Zionis tulen yang membenci Ahmadinejad. Di Tel Aviv, bas-bas awam menampal poster Ahmadinejad dalam Hebrew yang bermaksud 'hanya sasaran tepat'. Satu undangan untuk membunuh 'singa umat Islam ini'. Tambah-tambah Iran adalah kawan baik Hezbullah dan Hamas Palestina. Ia adalah satu gambaran kecil betapa bencinya zionis terhadap Ahmadinejad. Kempen di bas itu diharap dapat dipanjangkan oleh pelobi zionis di Kongres Amerika Syarikat. Dan di sini, ia dikukuhkan lagi oleh sekian agamawan sampah sarap tersebut.



6 comments:
kalau dia agen zionis. maka saya sebenarnya adalah power puff girl. sila rahsiakan perkara ini.
siapakah agamawan yang suka zionis? dan kalau benar, memang tak layak digelar agamawan pun
pensyarah sy pon ckp benda yg sm mcm teman dr. faisal ckp..sy pon naik konpius..
camtu skali diorg mempromote "sasaran tepat" .. bas kita kat sini ada gambar Halim othman & Linda onn gedik2.. hehe.
Memang dunia sekarang ni penuh 'gawat pemikiran'. Saya pun kekadang naik pusing dan pening. Bukan apa peranan media ni sangat kuat. Buruk memburukkan menjadi lumrah. Asakan-asakan tegar boleh menggoyahkan keyakinan masyarakat.
Di sini kita kena memohon Allah memberi firasat atau'instinct' yang baik lagi benar.
Mengenai Ahmadinejad, saya pun tak tau nak komen lebih. Dia bukan abang saya mahu pun jiran saya. Apa yang kita dapat lihat adalah pada pendirian dia terhadap Islam dan musuh-musuh Islam. Di situ beliau ada kekuatan!!
Haha..buat lawak izawati nih.
Post a Comment