Sebuah entri ala-ala majalah Eh! In-Trend dan Glam.
Wanita Pertama Syria, Asma Al Assad jelita, langsing dan uhhh speechless. Menikmati keindahan Louvre Museum seraya mengenakan chain necklace dan berkaca mata hitam. Siapa percaya beliau ibu kepada dua orang anak?
Isteri Presiden Uganda, Jana Mus tampak ringkas dengan motif Sseko, mungkin elok lebih bergaya dengan sash; sementara Azam Al Sadat Farahi, isteri Presiden Ahmadinejad tampil yakin, dengan fesyen 'berbungkus' tidak lemau terdedah. Dagunya ditutup mematuhi syariat. Cadur lambang busana wanita ingin ke syurga, two thumbs up!
Gursharan Kaur, isteri Perdana Menteri India tidak ragu mengenakan sari. Ravika biru bayi dengan nivi warna krim bersulam ala-ala dalam catan Raja Ravi Varma. Meski sudah berusia dan beruban, ia bukan halangan untuk tampil elegan. Gursharan Kaur membuktikan isteri Perdana Menteri boleh akrab dengan Puan Obama seraya kelihatan seksi tanpa perlu menyuntik botox, melakukan pembedahan hidung, liposuction dan mewarna rambut.
Isteri Emir Sheikh Hamad Bin Khalifa al-Thani, Sheikha Moza Binti Nasser al-Misnad bergaya melampau dan lantang dengan hijau daun, kelihatan sendat dan sesak nafas. Padah dilimpahi duit minyak. Sementara isteri Setiausaha Agung PBB Ban Ki-Moon iaitu Yoo Soon-Taek sedar diri sudah tua, muncul ringkas bagai wanita Korea aristoktrat. Wanita Pertama Mesir, Suzanne Mubarak, menyarung Prada dengan skirt warna cerah berserta blazer. Tidak ketinggalan rantai berurat besar, camisole gelap, skaf nipis membalut tengkuk dan tentu dark sunglasses untuk melindungi riak matanya yang berkaca mengenangkan penderitaan wanita Gaza. Di tengah bahang panas, Suzanne bijak berbusana, simple dan memilih aksesori 'that speak for themselves'. Bravo.
Siapa kata berhijab tidak stylo? Emine Erdogan meski berisi dan berlipat tetap berani dengan gaya kavakci couture, tidak hairanlah isteri jeneral-jeneral tentera sekular di Turki berasa tergugat. Mekap nipis disolek di wajah supaya kelihatan setanding dengan Puan Obama.
Ya, siapa tidak kenal Bruni-Sarzokzy sebagai ikon fesyen. Sebagai bekas model yang pernah berbogel tidak sukar untuk beliau menampakkan citarasanya. Tidak pasti mengapa beliau harus meliuk tubuh sedemikian tiap kali. Gaya wanita Perancis yang menggemari Dior. Tidak hairan suaminya mengharamkan burqa di Perancis.
Ini dia tête à tête buat Bruni-Sarzokzy. Gaya Wanita Pertama Amerika nan kulit hitam. Perhatikan faux pearls; tali pinggang pelbagai saiz menjadi ‘essentials’. Michelle bijak menggandingkan accessories sesuai dengan ketinggian dan bentuk tubuhnya. Mujur tubuh beliau tidak berbentuk nangka. Kini Puan Obama dikenal sebagai fashionista menyamai Jackie Kennedy Onassis.
Azam Al Sadat Farahi mengiringi Ibu Ani Yudhoyono, Wanita Pertama Indonesia yang tampil bersahaja, dengan selendang hitam dan kurung merah darah bertekat. Well guys, foto ini dirakam di Tehran, so what do you expect?
Kumpulan Wanita Pertama sebenar dari negara-negara G-20 Bukan. Bukan kumpulan Wanita Pertama yang hadir di Kuala Lumpur baru-baru ini. Dari kiri Ban Soon Taek, Chikako Aso, isteri Perdana Menteri Jepun, Laureen Harper, isteri Perdana Menteri Kanada, Gursharan Kaur, Michelle Obama, Wanita Pertama Korea Selatan Kim Yoon-ok, Sarah Brown, isteri (mantan) Perdana Menteri Britain, Margarita Zavala, Wanita Pertama Mexico, Svetlana Medvedeva, Wanita Pertama Rusia, Emine Erdogan, Margarida Barroso, isteri Presiden EU, Therese Rein, isteri (mantan) Perdana Menteri Australia Kevin Rudd, dan Dr. Pimpen Vejjajiva, isteri Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva, bergambar di Royal Opera House, Covent Garden pada April 2 2009 di London, England (sumber foto di sini). I know, i know, someone missing.
Sadly, kita tiada Wanita Pertama untuk ditampilkan, tetapi berbanggalah kita mempunyai Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Daulat Tuanku! Foto terpapar adalah mantan Raja Permaisuri Agong Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid dari Perlis Darussunnah, anggun! Di sisi sekali lagi adalah Azam Al Sadat Farahi, Wanita Pertama Darus...oppsss! You know! Tahniah Puan Farahi, anda konsisten!



18 comments:
Good info. Agak terhibur. Ingatkan abang Faisal nak tepek gambar Cik Ros kat hujung entry. Fashionista kah dia?? Wakaka.
'Sadly, kita tiada wanita pertama yang nak ditampilkan'
love that quote..
Glam..
'someone is missing'
pandai en.faisal berlelucon, buat saya senyum :-)
Salam.
bang bikin Manikam Kalbu 2 lah!
Pakar fesyen rupanya Dr. FT ni ye. Berbakat. Tahniah. Informasi tapi kita takde calon 1Malaysia...
hehehe i likeee..sindiran yg tepat..hahaha
Baca punya baca, tunggu punya tunggu tak keluar juga apa yang diharapkan...ingatkan ada selit juga di hujung tulisan...
kihkih..
sarcasm is when someone says something bad in an awfully nice way.
kata-kata itu sememangnya lebih tajam dari mata pedang!
owh betul juga... kita tidak ada wanita pertama yang nak ditampilkan.
waaah, finally! ~i know, i know, someone is missing~ heh, teringin melihat si dia dan Cikgu Farahi :-)i mean, maybe sama2 minum kopi ke sambil tengok laki masing2 main bola...possible x? =P
Alangkah indah dapat melihat rupa paras *Wanita Pertama* Umat Islam. Saidatina Siti Khadijah R.a. ^_^
salam.....dalam maksud abg faizal...hebat2...haha..suke2
berhemah Dr. Faisal tegur aurat wanita..thumbs up untuk Dr. juga..
di hujung penulisan ada kesimpulan. Rugilah siapa yang lambat tangkap. Tahniah Dr!
saya suka entri ini..
nape x dipaparkan Permaisuri agong sekrg? ok jugak gayanya
gaya wanita pertama negara arab = Bruni-Sarzokzy! kalau dah sama,tentu tak ada bezanya dgn yahudi baik dari segi sikap,pandangan,pegangan malahan kepercayaan terhadap agama pun ala-yahudi!
Like oso this post. Agree naper tidak dimasukkan sekali gambar tuanku permaisuri agong sekarang.
Post a Comment