23 November 2010

Glam Lelaki

Sebuah entri ala-ala majalah Eh! In-Trend dan Glam.

Hugo Chávez, Venezuela, tampil menarik dan bergaya dengan fesyen Gorila Rojo (Red Guerrilla) sebagai dedikasi buat Simón Bolívar. Merah juga untuk menonjolkan ideologinya.

Fidel dan Raúl Castro, dari Cuba, mereka kelihatan menawan dengan gaya guerrillas-turned-autocrats. Klasik dengan hijau zaitun dan uniform tentera. Kadang Castro selesa mengenakan track suit ala Olympian (klik sini).

Kolonel Muammar al-Qaddafi, dari Libya, adalah fesyen ikon yang menggamamkan. Gemar mengenakan dashikis (fesyen etnik Afrika Utara). Kadang dia berlagak gaya diktator, siap dengan epaulets dan beret. Jangan lupa fesyen layered milk-chocolate-colored satin (lengkap dengan beret hitam dan pin bayang-bayang Africa) ketika beliau berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini (klik sini), priceless!.

Kim Jong-il, Korea Utara sering bergaya dengan two-piece army suit. Gaya rambut bouffant beliau tiada tandingan (mengingatkan kita kepada seorang wanita pertama), tidak lengkap jika tidak bercermin mata hitam Ray-ban, dan kasut platform (sekali lagi, teringat tak pasal-pasal).

Ikon saya, Dr Ahmadinejad dari Iran lazim mengenakan seluar warna gelap, fesyen gaya 'minimalist aesthetica' dengan kolar terbuka, tentu trademark beliau jaket khaki berharga 30 dolar, sejenis windbreaker buatan Cina yang dibeli dari bazar Selatan Tehran. Foto keempat ialah ketika beliau berada di Malaysia untuk menemui Tun Dr Mahathir. Kenapa beliau tidak mengenakan tali leher? BBC memandai-mandai sendiri di sini.

13 comments:

eLL said...

HAHA. tak pasal-pasal teringat...

izawati ahmad said...

saya paling suka bila tuan bercerita tentang 'lelaki itu'.

kisah dia dan sifat kehambaannya (untuk agama, negara dan rakyat) umpama dongeng seribu satu malam. tak tercapai dek akal (oleh saya rakyat negara kaya dan bertuah ini) seorang pemimpin yang bersifat demikian rupa.

ceritalah lagi tentang 'lelaki itu'.

insyaAllah, kami akan setia membaca.

Assalamualaikum!

khairul farhan said...

Ahmadinejad pilihan

Peri PiA said...

pemimpin2 yg berani

azila said...

bbc tu ada pandangan yg berbeza.. tau jugak dia brg made in China Presiden Ahmadinejad pakai.
yg dr Libya tu memang berani & jujur tu yg priceless.. tp memg boleh sgt jadi fesyen icon.

Norziati Mohd Rosman said...

Tertanya-tanya juga mengapa Ahmedinejad tidak pernah mengenakan tali leher. Tetapi tetap nampak kemas dan kasual

Adika said...

para pemimpin dengan gaya masing2..
menarik...^_^

Ibnu Mutalib said...

masyaAllah, tawadhuk

Ahmad Zahiruddin bin Mohd Zabidi said...

Made in Malaysia?

Anuar Manshor said...

Sut berkemeja tanpa tali leher kini seolah-olah sudah menjadi gaya korporat muda pula. Mungkin minimalis lagi mudah untuk pelbagai urusan...

thalibuli'lmi said...

Tuan haji..letak la Tok Guru Nik Aziz sekali...

http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSWDQucutfBAM2sQoye661iJbipuTndLx5OmD6awM3PqGvWh_1IIQ

Adilla Harun said...

Tak sangka, Dr FT 'terror' gak pasal fesyen ni. Sebagai pemimpin semua gerak-geri diperhati dan dirakam. Silap-silap makan diri.

Namun Ahmadinejad ni sememangnya ada kelainan. Gaya dia kool dan bersahaja dan kena aje yek!

Baqir said...

itulah gy ahmadinejad.. tanpa tali leher, kolar terbuka dan jaketnya.. Kpd Norziati Mohd Rosman, kalau tidak silap sy, tali leher mmg dharamkan d dlm syiah krn ia mengikut cara pemakaian org kristian.. oleh sbb itu beliau tdk memakai tali leher.. wallahualam..