27 November 2010

Dr Ahmadinejad di Masjid Wilayah Persekutuan

Dr. Mahmoud Ahmadinejad menunaikan Solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mac 2006 (Sumber di sini)

Indahnya Perpaduan.

16 comments:

japierah said...

bertemu berpisah kerana Allah

Haris Hauzah said...

Ada tak sesiapa yang menghampiri Mr President Dr. Ahmadinejad dan menempelak beliau dengan berkata "Go home Mr President you are not Muslim, you go home!"... ?

Atau sekurang-kurangnya mungkin JAKIM boleh menghantar memorandum menentang kedatangan pemimpin sebuah negara Syiah yang sesat larat itu.

Kalau takde... ini memang pelik. Pelik sebab kita ni macam suka tikam belakang. Lebih gemar jadi gunting dalam lipatan.

Atau sebenarnya kita takut kalau-kalau kita yang salah...

Wallahu'allam

Faisal Tehrani said...

Salam,
Gambar ini saya ambil dari portal Jakim. Malah kebanyakan pegawai atasan JAKIM dan Pusat Islam mengiringi Dr Ahmadinejad. Jadi saya berpendapat mereka terima pemimpin tersebut dengan baik. Eloklah kita berbaik sangka.

SAHABAT ILMU - SAIL said...

Apakah kerana mentaliti suka men'syiah'kan orang lain secara membuta tuli mneyebabkan tiadanya generasi baru menyambut pemimpin berjiwa rakyat yang amat ini...

Mana perginya mahasiswa Malaysia?

Malu dengan sambutan mahasiswa Indonesia yang menyanjung tinggi Dr Ahmadinejad beberapa tahun lalu sehingga ada yang mahukan beliau menjadi presiden Indonesia...

hellmy said...

Yang buruknya dalam JAKIM itu disebabkan ada di antara org2nya secara senyap bertuankan fahaman Wahabi :-)

Mardhiah bte Mohd Yusoff said...

Baguslah tu Haris Hauzah teruskan mencucuk, teruskan mengapi-apikan orang moga anak ko besok keluar mata sebiji kat tengah2 dahi. Bila orang dah berburuk sangka, bergaduh, bermasam muka, tak bertegur sapa gara jari kami yang miang tu, apa yang ko dapat?

Dak Hariz adik ko ye Faisal. Kat MMU ni, aku tunjuk tapak kasut jah kalau budak mengada macam ni nak dekat2 nak mengendeng masuk group assingment aku.

Abal Shazwan Al-Baladzuri said...

JAKIM bertaqiyyah.. opppss! =P

Haris Hauzah said...

Molek kalau begitu Dr. Salam taqrib.

izawati ahmad said...

lelaki itu..

Mohammad said...

Salam buat Haris Hauzah,

Apa maksud anda bhw "Mr President you are not Muslim"?

Pertama, apakah pantas utk kita klaim seseorang yg mengakui Allah sbg Tuhan dan Muhammad saaw sbg pemberi peringatan, sebagai, "not Muslim"?

Kedua, sekiranya anda anggap dia seorang Munafik, soalan saya, dari mana anda tahu bhw ia munafik? Apakah anda bisa membaca hati seseorang? itu adalah sebuah prasangka buruk. Ingat, Islam tidak membenarkan kita berburuk sangka. Ajaran Ahlulbayt(as) melarang keras kita berburuk sangka..apatah lagi dgn sembrono klaim ia sesat ia kafir ia munafiq dan sebagainya.

Ketiga, saya tidak nampak apa maksud anda ttg 'tikam belakang' atau 'gunting dalam lipatan', tetapi dalam masa yg sama info page anda mahukan "PERPADUAN"??

Apa ni?

Keempat, saat Presiden Iran hadir ke sini, anda memalukan gendang diiringi prasangka bhw dia KAFIR.

Tetapi saat presiden lain negara non-Muslim hadir anda tidak bersuara? lagi..Apa ni?

Presiden ini anda sangka ia kafir, bahkan, pemimpin2 tertinggi dari Arab Saudi yg mengikut telunjuk Yahudi dan US anda tidak mahu palu?? APa ni???

ijoks2009 said...

Puak syiah banyak alirannya.memeng diakui ada aliran yang sesat tapi tidak semua syiah sesat.
menghukum semua syiah sesat adalah satu fahaman yang silap.

Faisal Tehrani said...

ijoks.
ya saya berpegang dengan 'pandangan' Haji Abdul Hadi Awang, ada syiah yang boleh kita buat kawan. Malah di Iraq, segelintir sunni mengahwini gadis syiah tanpa masalah.
Keadaan menjadi kacau kerana ada kumpulan yang suka mendakwa dan mengecam sambil merasakan diri mereka sahaja yang benar. Kita sama-sama tahu kumpulan manakah itu. Wassalam.

Haris Hauzah said...

Salam mesra buat saudara-saudara yang merai saya di sini. Apa jua yang saudara berdua sebutkan, saya raikan dengan semangat.

Saudara Mohammad, Saudara sepatutnya bertanyakan mengapa saya menulis "Mr President you are not Muslim"? dan bukan bertanyakan apa maksud tulisan saya, kerana saya yakin saudara faham dengan maksud tersebut (ni baik sangka ni). Memang tidak pantas untuk seseorang mendakwa seseorang yang terang-terangan menyembah Allah yang satu dan mengangkat Baginda Salallahualaihiwassalam sebagai pesuruhnya itu sebagai ’not muslim’. Memang tidak pantas saudara !. Tapi JAKIM pernah kata begitu. Sehingga sekarang JAKIM masih mendakwa Syiah itu sesat dan ajaran mereka lari terpesong jauh daripada ajaran Islam. Kalau lari dari Islam, islam lagi ke ?

Saudara mengajar orang untuk tidak berburuk sangka. Jadi janganlah berburuk sangka pada saya pula. Saya tidak langsung menulis perkataan ’munafik’ dan tidak pulak langsung saya menyabitkannya dengan sesiapa.

Saya memang mendokong perpaduan. Maka itu Saudara perlu buat sedikit ‘homework’ terhadap tindak tanduk JAKIM dalam isu mazhab, baru saudara boleh tangkap apa isi lapis ayat 'tikam belakang' atau 'gunting dalam lipatan' yang saya maksudkan. Mungkin saudara boleh tanyakan pada saudara Hellmy yang turut beri komen di atas.

Saudara salah serkap terhadap saya. Malah saudara sekali lagi menghakimi dengan bersangka buruk terhadap saya apabila menyangka saya tidak pernah menulis kritikan terhadap pemimpin lain yang saya kira tunduk, bersahabat rapat dan bacul dengan Amerika dan sekutu.

Faham dulu sebelum menyerang saudara, takut-takut kalau kita bersangka buruk pula nanti. Apa ni ?

Untuk saudari Mardhiah Bte Mohd Yusoff, matang sikit bila berbicara. Kalau betul nama ayah saudari itu Yusoff, saya doakan anak-anak saudari sekacak, secantik, seindah junjungan baginda nabi Yusof a.s.

Saya langsung tidak mendapat hikmah daripada apa yang anda mahu katakan. Namun saya terima baik kerana anda masih budak. Cuma jangan malukan standard mahasiswa MMU sebegitu sekali. Buat assingment baik-baik dan yang mudah cop orang apatah lagi berburuk sangka sehingga mendoakan perkara-perkara yang hina di sisi Allah. Selamat belajar.

Wallahu’allam

Mohammad said...

@Haris Hauzah :

Salam wa rahmah,

quote anda yang berbunyi, "Tapi JAKIM pernah kata begitu. Sehingga sekarang JAKIM masih mendakwa Syiah itu sesat dan ajaran mereka lari terpesong jauh daripada ajaran Islam. Kalau lari dari Islam, islam lagi ke ?"

komen saya: bagaimana jika seseorang yg bermastautin di Brunei atau Indonesia, apakah dia mesti mengikut fatwa JAKIM juga utk mengetahui mazhab Ahlulbait (syiah) itu sesat atau tidak?

lagi, quote anda, "Maka itu Saudara perlu buat sedikit ‘homework’ terhadap tindak tanduk JAKIM dalam isu mazhab"

komen saya: saya juga mohon anda selidik juga apa kata Rektor al-Azhar (FATWA) mereka tentang isu mazhab (Syiah khususnya)..bolehkan?

Wassalam

Haris Hauzah said...

Saudaraku Mohammad,

Sah memang saudara 'sesat' dalam tulisan saya. Cuba lagi cari 'maksud' dan jangan tungkus lumus untuk faham pada hanya yang tersurat sahaja.


Wallalu'allam

Amar said...

al-hujraat ayat 10-11