06 November 2010

Belajar Daripada 'Wanita Pertama'

Dia tidak menunggu dijangkiti cacar atau campak baru menjamah nasi atau bubur. Memang hidangan yang diambilnya sesederhana mungkin. Ada orang bertanya lagi kenapa sangat saya memuja Ahmadinejad? Kenapa sangat saya seorang sunni memandang tinggi terhadap pemimpin syiah yang dijaja ke sana sini sebagai sesat dan kafir, (oh sekarang juga heboh Ahmadinejad itu ahli Freemason!).

Kenapa ya? Mungkin kerana kita tidak belajar daripada Fatimah Zahra. Jadi saya malu. Tambah-tambah jika kita mencari hadis yang diriwayatkan oleh baginda Zahra dalam kitab-kitab muktabar kita; tidak terjumpakan kecuali yang dapat dibilang dengan jari jumlahnya.

Satu hari Saidina Salman Al-Farisi melihat Sayyidah Fatimah memakai cadur yang sederhana, ia penuh jahitan dan diperbuat dari kulit pohon kurma. Baginda Zahra hendak pergi menjenguk ayahnya. Salman sangat terkejut dan sambil menangis ia berkata, "Kami sangat bersedih! Puteri-puteri raja Parsi dan Romawi duduk di atas kerusi-kerusi yang diperbuat emas dan memakai pakaian yang diperbuat dari sutera tetapi puteri Muhammad saw memakai cadur yang sangat sederhana dan memiliki dua belas jahitan."

Ketika Fatimah sampai ke rumah ayahnya, baginda mengatakan, "Wahai Rasulullah! Salman sangat hairan dengan kesederhanaan pakaianku. Demi Allah, selama lima tahun tikar rumah kami dari kulit kambing yang ketika siang hari unta-unta memakan rumput diatas tikar itu dan pada malam hari kami tidur di atas tikar itu. Bantal kami juga dari kulit yang diisi dengan kulit pohon kurma".

Ketika itu Rasulullah saw bersabda kepada Salman, "Sesungguhnya puteriku berada di barisan terdepan orang-orang yang menuju Allah swt."

Cari di mana lagi wanita pertama yang dapat membawa kita ke syurga? Cari di mana lagi saudara-saudara?

Hayati dan renungilah: ‘Nashr bin Abdurrahman al-Kufi menceritakan kepada kami, Zaid bin al Hasan – iaitu al Anmathi – menceritakan kepada kami, daripada Ja’far bin Muhammad, daripada ayah Ja’far iaitu Muhammad, daripada Jabir bin Abdullah, ia berkata: Aku pernah melihat Rasulullah saw melaksanakan ibadah haji pada hari Arafah, saat itu beliau sedang berkhutbah di atas untanya; al Qashwa. Aku mendengar beliau bersabda: Wahai manusia, sesungguhnya aku telah meninggalkan (sesuatu) untuk kalian, sepanjang kalian berpegang teguh kepada sesuatu itu nescaya kalian tidak akan pernah tersesat, iaitu kitab Allah dan itrati keluargaku.’ Lihat Sahih Sunan at-Tirmidzi, hadis nombor 3786, bab sifat-sifat utama keluarga Nabi saw. Ini adalah sumber sunni.

Jangan tercari-cari lagi. Berpalinglah kepada yang berhak!

* Foto Presiden Ahmadinejad mendakap Presiden Bolivia, Morales.

26 comments:

Haris Hauzah said...

Iya... berpalinglah serta berlarilah hanya kepada yang berhak.

Nak tergelak dengan kempen sana-sini yang kononnya Presiden Ahmadinejad ini seorang Freemason.

Memang betul-betul buta hati kepada sesiapa yang termakan gula-gula Syaitan itu...

Mohamadazhan hjDesa said...

salam bro faisal, tahniah tahun ini saudara berjaya meyiapkan PhD.

huda~** said...

pucuk pangkalnya awal gagal mengambil apa2 suri tauladan dari baginda Rasulullah dlm sgenap khidupan. -menjadikan pula selainnya sebagai kayu ukur. Nah, inilah hasilnya.

Faisal Tehrani said...

Wah
Lihatlah 'si munafik' bernama Huda ini, tidak dapat berhujah malah berselindung sebagai halimunan. Manusia seperti inilah yang didepani Rasulullah SAW dan ahli keluarganya!

Ibnu Yunus said...

Subhanallah,ada juga tokoh zuhud di dunia

Sunni menempelak sesat dan menghukum kafir Syiah,tetapi tidakkah kita belajar sesuatu dari mereka,dari PEMIMPIN mereka?

mungkin akidah,kita yang benar,tapi sikap?Moraliti?Akhlak?

Alangkah indahnya jika wajah yang dipeluk,terkoyak bajunya itu pemimpin kita.

Ambillah resam Saidina Umar,menolak hidangan yang diserahkan dan berkata:

"Selagi ada penduduk Mekkah yang tidak makan,maka aku tidak akan menjamahnya"

Subhanallahi,kita membesar dengan materii dan berfikir itulah solusi ummat.

Islam adalah ruh,bukan jasad.Ia perlukan semangat kejiwaan,bukan kemewahan.

Runtuh. Runtuh. Runtuh umatku

Astaghfirullahal aziim..

Ibnu Yunus said...
This comment has been removed by the author.
Ibnu Yunus said...

Allahu Allahu Allahu

Saya mahu pemimpin seperti ini.Saya rindukan pemimpin seperti ini.

Kalaulah Rasulullah ada di sini.Saya rindukan baginda

Dzuu Haniin said...

bersama ahlul bait bukan bermakna bersama syiah.bukan begitu Tuan Faisal?

Mocha Ghost said...

apa maksud jangan tercari-cari lagi? apa yang dimaksudkan dengan berpaling kepada yang hak?
saya tak dapat tangkap pun. Saya telah Islam pun, jadi?

atau ini seruan kepada non-Muslim? saya tak fikir begitu

Arnab Zamrud said...

Minta maaf la FT. Kalau tgk gambar tu, bukan kesederhanaan yg saya nampak sebab baju tu bertas tak berjahit semula, tapi kemalasan nyata isterinya!

Rafi said...

http://www.facebook.com/video/video.php?v=157856307584891&ref=mfs

yulian1 said...

salam dr, saya dengar orang kata shiah menghina sahabat (abu bakr,umar), dalam youtube pun banyak , boleh dr tolong huraikan?....
tq...

Cicit Raja Jembal said...

tidak ada salahnya melihat yg baik dari bumi parsi..walaupun mereka syiah siapa kita nak hukum pegangan mereka..silap2 kita yg terabai akidah

pecal taruh tempe said...

nape cacar???
i like..
hahaha

A.L.I.L B.L.O.G said...

hebatnya tulisan saudara faisal tehrani ni .. kagum sy .. maaf ye, sy tak tahu berbahasa hebat mahu pun berpengtahuan luas utk komen ape2.. ape pun, sy suke pnulisan dan pmikiran encik..clap2

SiTifatimah said...

presiden Ahmadinejad

seorang yang bersederhana..

sangat mengkagumi beliau=)

azila said...

baju tu mungkin dah didobikan beberapa kali.. nampak zuhud jugak..
teringat Mandela dgn stokin berlubangnya.

Faisal Tehrani said...

yulian1
Al-Quran pernah malah berkali-kali mengkritik sahabat, tahu asbabun nuzul ayat 11 surah al jumuah contohnya?

dzuu hanin
ya. tetapi mencintai ahlul bait juga bermaksud membenci musuh-musuh mereka. kalau dakwa bercinta tapi masih bersekongkol dengan musuh mereka maka itu cinta palsu.

mocha
cuba hayati dan berfikir sejenak akan 'sepanjang kalian berpegang teguh kepada sesuatu itu nescaya kalian tidak akan pernah tersesat, iaitu kitab Allah dan itrati keluargaku.’ Islam menuntut umatnya berfikir dan mengkaji dan memutuskan kebenaran. berkata benar walau ia pahit.

arnab zamrud
beginilah, untuk memuaskan hati sdr, maka saya katakanlah: ya memang isteri presiden ahmadinejad pemalas. sekarang anda puas?

iqhakim said...

ish.. orang-orang malaysia bila berkomentar, bukan main! ramai yang terpengaruh dengan emosi.. hm...

sebelum dok kutuk2 orang syiah, ada baiknya dipelajari sejarah ummat ini. tengok kepada perkara yang berlaku. jakim ada terbitkan buku memahami syiah. x ingat terbitan tahun berapa, tapi alhamdulillah, memberi pemahaman tentang konflik yang berlaku.

berlapang dadalah wahai Ummat. Apa hak kita kata seorang yang lain itu kafir selagi mereka masih mengaku Laa Ilaha Illa Allah? Apa hak kita?

Alangkan Nabi menempelak seorang sahabat yang membunuh seorang musuh tatkala musuh tersebut telah mengucapkan La IlaahaillAllah!

Sabda Nabi: Mengapa tidak kau belah dadanya dan kau lihat hatinya?

secara peribadi memang ahmadinejad pemimpin yang hebat. Beritahu saya siapa pemimpin di negara yang digelar sebagai negara islam, sezuhud beliau?

tak hairan kalau orang Syiah memimpin ummat, selagi penyakit wahan masih bertakhta dalam jiwa ummat Islam Sunni.

Oh! Dua-dua pun Islam!

Arnab Zamrud said...

Marah nampak? Saya hanya menyatakan pendapat saya dari pandangan seorang isteri. Saya tak akan membiarkan suami saya memakai baju bertas begitu. Apatah lagi jika seorang pemimpin. Biar lusuh tapi bukan koyak tidak berjahit.

nordalily said...

one picture give thousand meaning....

Faisal Tehrani said...

arnab zamrud
izinkan saya memerikan sebuah kisah dari sirah Rasulullah saw:
Pada suatu hari, baginda Rasulullah pulang dari suatu perjalanan ke luar Madinah. Tempat pertama yang dituju oleh baginda ialah masjid untuk menunaikan solat dua rakaat seperti kebiasaannya. Dan, seperti biasa juga, baginda terus menuju ke rumah Fatimah anaknya sebelum bertemu dengan isteri-isteri baginda. sayyidah Fatimah menyambut kedatangan baginda dan mencium wajah baginda lalu menangis. ‘Mengapa engkau menangis?’ Rasulullah bertanya. ‘Aku melihat engkau, ya Rasulullah,’ katanya, ‘aku melihat wajahmu yang pucat dan pakaianmu yang koyak dan lusuh.’ ‘Wahai Fatimah’ jawab Rasulullah dengan lemah lembut, ‘janganlah engkau menangis kerana Allah telah mengutuskan bapamu dengan satu tugas yang akan membawa perubahan kepada setiap rumah di muka bumi ini, baik di kota, desa atau di khemah-khemah (di padang pasir) dan membawa bersamanya kegemilangan atau keruntuhan sehinggalah tugas ini selasai sama seperti malam yang pasti akan datang.’ Kata-kata sedemikian sering kali membuatkan Fatimah lupa akan kesengsaraan dan kepahitan hidup dan membuka matanya kepada kebesaran dan kehebatan berita besar yang dibawa oleh bapanya.
Rasulullah saw pakaiannya lusuh dan koyak, aduh, ramainya isteri Rasulullah saw termasuklah Aisyah r.a yang rajin itu...nah, beranikah kita mengatakan ummul mukminin pemalas?
arnab zamrud, berkira-kiralah nak berlojik dengan lojik yang rendah sekalipun. Foto itu saya naikkan untuk menjadi satu mesej buat pemimpin, betapa ada pemimpin umat islam yang memilih untuk berzuhud sepertimana Rasulullah saw.
akan tetapi saudara, ya saudara memilih untuk memuaskan nafsu rendah saudara lalu mengandaikan naratif ciptaan sendiri yang amat menjengkelkan.
wassalam.

Tinta.Muallimah said...

Aslkm akhi. Proud to have a brilliant mind in linguistics and writing. Satu dalam seribu. teruskan berkarya yang membuahkan pahala. Sy tahu, masih ramai juga yg menolak tulisan tuan atas prinsip yg dipegang dr Tehran.Terkadang sy salah seorg dari mereka. Benar..Islam mereka sah kerana berimankan rukun yg enam. Cuma jurang amat jauh dlam hal sahabat2, ummulmukminin, lengkapnya Al Quran dan amalan feqah yg aneh2. Anyway. slamat berjaya dan cemerlang dgn cara anda.

Cherstina said...

berikan kemulian kepada yang hak.Beri kan masa pada yang benar.Jangan diperbesarkan hal yang remeh. Terima lah seadanya pendapat dan buah fikiran orang lain. Nescaya kamu akan aman dan bahagia.

Cherstina said...

berikan kemulian kepada yang hak.Beri kan masa pada yang benar.Jangan diperbesarkan hal yang remeh. Terima lah seadanya pendapat dan buah fikiran orang lain. Nescaya kamu akan aman dan bahagia.

Harun said...

Di Iraq kalau tak silap PM Kurdish Syiah. Presiden pula dari puak Sunni Sekular. Ahli sunnah wal jamaah?