Saya percaya ramai wanita di luar sana berminat untuk bergiat aktif dalam bidang sukan, dan menyimpan angan-angan untuk mewakili Malaysia dalam bidang sukan yang diminati. Mungkin, meraih pingat untuk negara tercinta. Masalah mereka hanya satu: mereka perlu buka-buka. Hasrat untuk bersukan demi nusa pun terpaksa ditelan dan dilupakan. Sayang, bakat yang ada terbuang begitu sahaja. Akan tetapi, Iran, satu-satunya negara syiah di dunia Islam menunjukkan jalan alternatif. Beragama tidak menghalang wanita bersukan. Sesat-sesat mereka pun tetap akur dengan tuntutan syariat.
















Atlet wanita Iran mewakili 25% dari jumlah 373 keseluruhan atlet Iran yang dihantar ke Sukan Asia di Guangzhou baru-baru ini. Dan mereka menyumbang 25% pingat yang dikutip Iran. Atlet wanita Iran mengutip pingat dalam acara wushu, menembak, taekwondo, kabaddi, karate, dan mendayung.
Iran menyerlah dengan 59 pingat (20 emas, 14 perak dan 25 gangsa) di Guangzhou, China, ia adalah pencapaian terbaik Iran sejak 1974 iaitu Sukan Asia di Tehran. Empat tahun lalu di Doha, Iran hanya beroleh 12 pingat emas dan menduduki tempat keenam. Kali ini, mereka di tempat keempat.
Iran menyerlah dengan 59 pingat (20 emas, 14 perak dan 25 gangsa) di Guangzhou, China, ia adalah pencapaian terbaik Iran sejak 1974 iaitu Sukan Asia di Tehran. Empat tahun lalu di Doha, Iran hanya beroleh 12 pingat emas dan menduduki tempat keenam. Kali ini, mereka di tempat keempat.



20 comments:
mereka sama sekali tidak tonjolkan apa yang tertonjol...tahniah buat mereka...bagaimana kita..?
MasyaAllah...
Kagum tengok mereka.
Bilalah Malaysia yang kononnya negara Islam ni nak buat macam tu ye..
emm...Malaysia yang 'Negara Islam' yang 'hebat' sekali 'melawan' Israel dan 'prestasi yang DIUTAMAKAN pun dapat tak sampai 20 pingat emas sahaja. 'Buka tetap buka', tapi bilalah ya pengurus2 kesukanan dan pembuat dasar2 kesukanan nak membuka minda untuk menutup yang terbuka supaya terbukanya pintu-pintu kebaikan dan kebenaran?
Saya berdoa Malaysia akan mendapat barisan kepimpinan yang mendaulatkan Islam dan benar-benar takut pada Allah. Dan lagi....dan lagi....dan lagi....semuanya dalam paradigma mentauhidkan Allah.Ayuh kita semua berdoa....
Saya kira atlet Indonesia yang bertanding acara marathon pada pagi Sabtu yang lalu wajar membaca catatan ini.
Bermula dengan memakai tudung, tetapi ber't-shirt sleeveless' dan berseluar pendek, akhirnya pada dua pusingan terakhir telah mencabut tudung,memberi modal kepada dua pengulas sukan bagi acara tersebut untuk memberi komen yang negatif tentang pemakaian tudung dalam bidang sukan.
Wallahhua'lam.
Semoga yang masih bilang syiah 'SESAT ' , mesti banyak belajar dan membaca postingan Tuan haji ini ... agar dapat melihat khazanah lain dan kebesaran mazhab Islam untuk PERSATUAN UMAT
Iran berjaya membuktikan Islam tidak pernah menghalang wanita untuk bersukan.
Apa negara-negara Islam yang lain tidak mahu berbuat demikian juga?
cantik-cantik la diorg. huu~
assalamualaikum..
emm.. menarik, dalam keadaan begitu mereka mampu menyumbang emas.. kalau ikut perkiraan dah tentu ada kata tak selesa.. tapi itulah kehebatan yang sukar ditandingi..
kagum .. amat kagum dengan setiap penulisan dan cerita yg dikhabarkan di sini. Semakin tertarik dengan penulisan THFT
di manakah salahnya kita? adakah menutup aurat itu yg membataskan prestasi atau wang yg menjadi puncanya? atau kekurangan semangat patriotik kpd negara!!!
saya sentiasa berminat ttg kemajuan sukan di iran samada bolanya mahu pun sukan2 yg lain.
atlet lompat bergalah wanita iran ada harapan menjadi atlet bertaraf dunia pada masa akan datang.umurnya baru 21 tahun tapi boleh bersaing dgn atlet2 yg lebih berpengalaman!
terima kasih rehbar....
malaysia tidak dapat berbuat seperti iran kerana malaysia bukan negara islam. islam hanya agama rasmi,dan 70% undang2 malaysia adalah berorentasikan barat,bukannya undang2 islam.lihatlah sendiri,pemimpin negara sendiri tidak menerima undang2 islam,apatah lagi melaksanakan perintah Tuhan? Wahai pencinta Islam sejati,bangunlah untuk merubah Malaysia kepada NEGARA ISLAM SEJATI (khalifah menggantikan demokrasi,komunis dan diktator)
Atlet-atlet wanita ini menggamamkan saya sama sekali, paling saya suka yang berbaju taekwondo(?) putih. Nampak gagah sekali.
P/s: Saya ada simpan impian. Saya mahu jadi guru renang dan skuba. Tanpa tertonjol-tonjol tentunya!
Faizah
Saya paling suka yang lontar peluru, mungkin sebab masuk acara ini di kejohanan MSSM dulu!
kagum!
wah FT masuk acara lontar peluru? melihatkan susuk tubuh bagai tak percaya
safaju,
Dulu saya 'bulat' hahaha
kenapalah anak anak gadis kita tak kagum dengan wanita-wanita kental ini?
Adakah Iran negeri kolot, kuno, ekstrimis? Adakah hijab menjadi penghalang?
Saya kagum dan gembira melihat wanita2 ini. Tapi saya suka melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut.
Sepertimana tiada manusia yang sempurna, begitu juga tiada negara yang sempurna. Iran mungkin dapat membuat semua rakyat wanitanya memakai tudung tetapi bagaimana penghayatannya??. Cuba lihat rakyat2 Iran yang tinggal di Malaysia. Bagaimana mereka berpakaian?? Malah ramai anak2 muda Iran ini tidak mahu pulang ke negara mereka kerana kononnya tiada kebebasan dalam kehidupan.
Tujuan saya menulis bukannya nak membela orang yang tidak bertudung, sila jangan salah faham. Saya sendiri wanita Islam yang bertudung, cuma saya tidak suka menerima bulat2 segala perkara yang di hidangkan di depan mata. Setiap manusia wajar mempunyai pertikaian untuk setiap perkara yang di lihat. Saya cuma mahu anda semua berfikir dalam banyak perpektif.
Akhir kata, sayangi negara anda. Terima apa yang ada , dan berusahalah untuk berubah. Secara automatis, bila semua orang berjaya berubah, situasi negara akan berubah. Jangan cuba menunggu negara untuk berubah sendiri, kerana kitalah bahagian dari 'negara' tersebut.
Salam negara untuk semua (^^)v
Bulan Heedaya
mereka adalah muslimah yang hebat..
Post a Comment