Dr Seyyed Mohammad Marandi menjelaskan mengenai 'Eurocentrism dalam dunia akademik' di International Conference on Academic Imperialism bertempat di Universiti Al-Zahra, Tehran, Iran, pada 1-2 Mei 2010 yang lalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



2 comments:
Huh, begitu rupanya pemikiran dan cara pandang dunia kita dikotak-kotakkan dan dipetak-petakkan oleh Barat.
Saya selalu mendengar sejarawan kita mengeluh betapa orientalis memutar belit sejarah untuk secara halus memasukkan ideologi mereka dalam pemikiran kita. Dengarnya buku-buku sejarah sekolah sudah dirombak untuk 'membetulkan' fakta dan olahannya.
Tapi apakah kesedaran terhadap sejarah agama dan bangsa sebagaimana yang dijelaskan Seyyed Mohammad Marandi ini sudah dipantakkan secara jelas kepada anak-anak, agar mereka dapat menangkis putar belit orientalis itu?
Belum tentu, kerana sekembali mereka di rumah, mereka akan bertanya kepada ibu ini mengapa harus belajar sejarah, apa prospeknya; dan mempersoalkan pertembungan kepentingan sejarah dengan teknologi dan masa depan. Maka ibu ini terpaksa merombak cara fikir mereka terhadap sejarah agama dan bangsa - ini hanya boleh dilakukan oleh ibu yang mengerti. Bagaimana jika ada ibu yang tidak peduli?
Rumusannya, anak-anak hanya belajar sejarah, bukan menghayatinya; hanya menghafal, bukan memahami. Sampai bila harus begini, sampai bila?
Saudara Faisal, Bukan sahaja dunia barat tapi dunia sebelah itupun boleh merubah sejarah sekiranya bertentangan dengan anutan mereka contoh paling dekat kalimah hajara semasa rasulullah hampir wafat, bagaimana cara ditafsirkan?tengok jangan tak tengok...
Post a Comment