12 October 2010

Mungkinkah Nabinya Voltaire?

Pada 18 Februari 1989, (mungkin dengan wajah pucat lesi dan tangan yang menggeletar) Salman Rushdie memohon maaf kerana menulis sebuah karya setan. "I profoundly regret the distress that publication has occasioned to sincere followers of Islam. Living as we do in a world of many faiths, this experience has served to remind us that we must all be conscious of the sensibilities of others."

Hanya orang bodoh sahaja percaya kepada kenyataan panik atau 'akuan bersumpah tipu' Salman Rushdie itu. Jenayah Rushdie adalah jenayah kemanusiaan yang tidak boleh dimaafkan. Jika kita membenarkan penghinaan dilakukan atas nama seni, imaginasi novel dan sebagainya maka ia adalah kematian untuk peradaban manusia seluruhnya. Rushdie tahu itu, dan dalam keadaan letih, dia sendiri sudah tidak mahu mempertahankan kebebasan untuk menyatakan (freedom of expression), sekali lagi, dalam keadaan letih dan panik, ia malah mengisytiharkan pada 28 Disember 1990 di The New York Times, bahawa "I am able now to say that I am a Muslim."

Dan Iran, kekal secara tegas menolak tindak-tanduk letih Rushdie itu. Dan nampaknya ia adalah yang paling patut dilakukan kerana ternyata 'taubat' Rushdie itu adalah taubat yang pura-pura. Dalam satu interbiu dengan Playboy pada tahun 1995, Rushdie mengatakan: "It mostly had to do with despair and disorientation, I had lost my strength and felt completely bereft. Many of my friends pointed out that it was the stupidest thing I had ever done in my life."

Untuk orang seperti Rushdie dan pendokongnya, Nabi mereka mungkin ialah Voltaire. Ini kerana 'sabda' Voltaire yang dipegang oleh mereka ialah: "I detest what you write, but I would give my life to make possible for you to continue to write." Idea 'freedom of conscience and freedom of speech' ini adalah hasil reformasi Protestanisme. Satu gerakan untuk membenihkan 'religious pluralism' di barat. Yang kemudian oleh juak-juak dan ejen-ejen barat, diambil dengan penuh hangat sebagai satu simbol kemodenan, peradaban dan ketamadunan.

Pegangan Voltaire ialah, "Every individual who persecutes a man, his brother, because he does not agree with him, is a monster."

Kerana itulah ejen barat, pengikut dan mereka yang beriman dengan Voltaire sebagai contoh akan beria-ia mencari jalan untuk mempertahankan 'freedom of speech' walaupun ia bermaksud membenarkan penghinaan kepada nabi Muhammad Saww.

Dalam Islam bukan tiada kebebasan bersuara, yang dimaksudkan dengan freedom of speech ialah 'freedom to express your ideas and opinions' bukan 'freedom to slander and defame others'. Apa yang dilakukan oleh Rushdie ialah penyalahgunaan kebebasan bersuara atau 'an abuse of freedom of speech'. Bukan Imam Khomeini sahaja yang berang dengan tindak-tanduk Rushdie, Cardinal O'Conner dari New York dan Rabbi Jakobovitz dari England adalah antara mereka yang menolak Satanic Verses, tetapi tentunya pandangan mereka tidak disiarkan. Tatkala Cat Stevens (Yusuf Islam) memperakukan fatwa mati untuk Rushdie, lagu-lagunya digam di United Kingdom, dan rekodnya dibakar dan dipecahkan di hadapan awam. Untuk umat dan pendokong 'Nabi Voltaire' dual standard ini dibenarkan. Hina Islam dan Melayu misalnya dibolehkan tapi saat kita mempertikaikan perbuatan keji itu, kita akan dianggap ekstrimis. Justeru menurut mereka, menghina Nabi Muhammad saww dibolehkan untuk mempertahankan Rushdie kerana mereka semua adalah umat Voltaire.

Adalah sungguh menjengkelkan bahawa pengikut Voltaire ini percaya dan beriman bahawa menghina seorang Nabi yang menjadi ikutan lebih 3 bilion manusia di atas planet bumi ini sebagai 'sesuatu yang biasa'. Menghukum mati kepada penghina Nabi adalah hukuman buat penjenayah dan pembelot kebebasan sebenar. Ia adalah sesuatu yang fitrah dan manusiawi.

Untuk saudara atau tuan sheikh yang beriman kepada Voltaire dan berani mempertahankan Rushdie, semalam, hari ini dan mendatang, Allah ada firmannya buat anda: Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada orang- orang yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata: "Bahawa ia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya)". Katakanlah: "Ia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi orang- orang yang beriman di antara kamu". Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Insya-Allah azab itu sangat dekat buat saudara atau tuan sheikh.

1 comments:

hahn said...

Mungkin Anwar tahu bahawa dalam Islam ysekarang tempat dirinya adalah di neraka. Akibat dari perbuatan yang dia lakukan.

Untuk menyedapkan hati supaya dia tidak terasa bakal menjadi ahli neraka maka dia ingin menterjemahkan Islam itu dalam satu pandangan yang baru supaya dia terselamat.

Apabila ramai orang yang berpenderian sedemikian maka sedaplah hatinya.