Ini bukan gambar biasa sebuah empangan agam!
Jika foto di atas menunjukkan gambaran sebuah empangan biasa, foto-foto di bawah memaparkan keajaiban yang luar biasa. Kemeriahan gerombolan kambing menjilat batu bergaram ini dirakamkan di utara Itali, iaitu di sebuah empangan di ketinggian 4,600 meter.

Alpine Ibex adalah sejenis kambing liar di kawasan pergunungan Eropah. Kambing jenis ini boleh mendaki permukaan gunung yang cerun dan curam, malah ia boleh memanjat setinggi 6,500 ke 15,000 kaki (klik sini untuk maklumat lanjut). Kambing ini gemar menjilat garam pada batu. Dan kebolehannya mendaki itu menjadi ketakjuban ramai saintis yang membuktikan bahawa Alpine Ibex adalah 'gravity-defying goats' yang memiliki sepasang kaki yang mampu melekat dengan utuh di permukaan cerun berbanding manusia atau haiwan lain.

Kuasa Allah memang luar biasa dan Maha Hebat.

17 comments:
Assalamualaikum.
Subhanallah, menakjubkan fenomena tersebut. Ya betul. Kuasa Allah tiada bandingannya.
Saudara Faisal, terima kasih atas maklumat yang dikongsi.
Baru mula membaca three cups of tea dan terjumpa kalimat kambing ini,Ibex.
ya Allah. Allahu akbar!! sungguh mengharukan.
Subhanallah...=)
subnallah~ alpine ibex=kambing melekat.
Kata FT: "Kuasa Allah Siapa Yang Tahu"
Kuasa Allah hanya akan diketahui dan dihayati hanya oleh mereka yang benar-benar dan sungguh-sungguh ingin dan ambil tahu.
hehe comelnyeee
orang yang makan kambing atau berzodiak kaprikorn tu boleh hidup dan adapt kat mana-mana. Aku ketam, so aku jalan ke tepi..
fak komen moderesyen
subhanallah..kalau kita..memang jatuh terus..
Subhanallah...
subhanallah! kuasa Allah siapa yang tahu....
Salam semua,
:)) Ya sangat menakjubkan. Haiwan2 lain akan berasa lebih selesa menjilat garam di kaki-kaki empangan, akan tetapi tidak bagi haiwan2 ini. Perpatah ,"kecil-kecil cili padi" adalah ungkapan yg sinonim dengan kemampuan haiwan ini. Ramai yang telah tertipu dengan sifat2 luarannya yang berkaki halus dan kecil saiz 'pangkat'nya. Kekurangan-kekurangan ini di mata haiwan2 lain, sekiranya mereka dapat memahami, sebenarnya direka khas untuk menawan tebing-tebing 'tugas' yg tinggi dan menawan gunung 'matlamat' pada kadar yg sangat menakjubkan. Malahan, singa gunung yg terkenal dengan ketangkasan dan ketajaman kukunya pun akan merasa gerun apabila cuba menyaingi 'pengurusan' kambing ini dalam mendaki 'objektif-objektif' yg tinggi dan curam. Walaupun seringkali berpangkat rendah kerana tubuhnya yg kecil, mereka memilik bakat 'boss' secara semulajadi. Pengembala akan berpeluang menyaksikan kebolehan ini apabila berlaku kekosongan di dalam peranan meneraju sesuatu tugasan dan situasi yg suntuk telah memaksa pengembala mengambil ia sebagai 'bidan terjun'.
Dan ternyata keputusan ini sama sekali tidak mengecewakan, kerana acapkali tugasan tersebut dapat disempurnakan dengan baik dan beres dalam tempoh yg ditetapkan. Namun begitu, tiada makhluk yg hidup di dunia yg fana ini bersifat sempurna. Ada kelebihan dan ada juga kekurangannya. Bagi pengembala yg arif, haiwan ini tidak akan dijadikan sebagai haiwan tunggangan, untuk mengangkut barang ataupun untuk membajak sawah. Kerana tugas ini adalah lebih sesuai digalas oleh haiwan2 lain seperti kuda, keldai dan kerbau...
Akhirul kalam, terimalah ayat ini sebagai renungan bersama.
" Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik;
(Surah Al- Baqarah, Ayat 26)
Wasallam.
subhanallah~
subhanallah.
setiap kejadian Allah ni buat kita terfikir betapa kerdilnya kita
Uh.. 'Gayat..'
tq tq
Post a Comment