
Filem tentang 'Al Masih' ini adalah arahan Nader Talebzadeh (foto di atas). The Messiah sebuah produksi tahun 2008 adalah usaha Republik Islam Iran untuk menggambarkan hayat Nabi Isa a.s menurut perspektif Islam. Nak tunggu orang lain, haram.
Dalam satu wawancara dengan Los Angelas Times dalam tahun 2008, Nader, sutradara filem epik ini, memberitahu, “Saya berdoa untuk umat Kristian. Mereka salah memahami. Suatu hari, mereka akan menyedari kebenaran cerita yang sesungguhnya.”
Nader pernah menuntut di American University, Washington, DC dan Colombia University, New York dalam tahun 1970 iaitu sebelum Revolusi Islam Iran.
Sementara itu Ahmad Soleimani-Nia yang memerankan watak Jesus atau Isa adalah bekas tentera angkatan darat Iran. Kini beliau adalah ahli kimpal besi dalam Badan Energi Atom Iran.
Menurut Ahmad Soleimani-Nia, peluang berlakon muncul tiba-tiba. “Saya tidak pernah ingat mengapa saya begitu terlibat dengan peran ini.”
“Itu bermula ketika saya masih kecil, usia 7 atau 8 tahun. Saya melihat lukisan Leonardo da Vinci ‘Last Supper’ dan saya dikatakan mirip dengan wajah Jesus. Dia selalu bersama saya sejak itu. Dalam lingkungan saya, dengan rambut panjang dan janggut tebal, saya dianggap sebagai Jesus,” tuturnya.
Nader, menceritakan, saat ia mencari pelakon yang sesuai sebagai Isa al Masih ia dan pembantunya sedang melintas di sebuah jalan apabila pembantunya tiba-tiba berteriak. “Aku temukan Jesus mu!”.
Filem Al Masih ini memenangi penghargaan Dialog Antara Kepercayaan di Religion Today Film Festival, Italia, 2007. Memang ia tak akan memenangi oscar atau anugerah di Cannes, tetapi ia telah membantu menjawab siapakah sosok Isa a.s menurut kaca mata Islam.
Nader pernah menuntut di American University, Washington, DC dan Colombia University, New York dalam tahun 1970 iaitu sebelum Revolusi Islam Iran.
Sementara itu Ahmad Soleimani-Nia yang memerankan watak Jesus atau Isa adalah bekas tentera angkatan darat Iran. Kini beliau adalah ahli kimpal besi dalam Badan Energi Atom Iran.
Menurut Ahmad Soleimani-Nia, peluang berlakon muncul tiba-tiba. “Saya tidak pernah ingat mengapa saya begitu terlibat dengan peran ini.”“Itu bermula ketika saya masih kecil, usia 7 atau 8 tahun. Saya melihat lukisan Leonardo da Vinci ‘Last Supper’ dan saya dikatakan mirip dengan wajah Jesus. Dia selalu bersama saya sejak itu. Dalam lingkungan saya, dengan rambut panjang dan janggut tebal, saya dianggap sebagai Jesus,” tuturnya.
Nader, menceritakan, saat ia mencari pelakon yang sesuai sebagai Isa al Masih ia dan pembantunya sedang melintas di sebuah jalan apabila pembantunya tiba-tiba berteriak. “Aku temukan Jesus mu!”.
Filem Al Masih ini memenangi penghargaan Dialog Antara Kepercayaan di Religion Today Film Festival, Italia, 2007. Memang ia tak akan memenangi oscar atau anugerah di Cannes, tetapi ia telah membantu menjawab siapakah sosok Isa a.s menurut kaca mata Islam.



9 comments:
salam dr faisal
saya memang meminati karya2 iran contohnya maryam al-muqaddasah, hazrat yusuf etc
tetapi saya memang benar2 ragu dan kurang selesa apabila wajah mereka ini diperlihatkan
boleh dr faisal perjelaskan?
terima kasih
boleh tahu mana nak dapatkan filem ni?
tak apa pula melakonkan watak nabi? macam mana kira tu?
alhamdulillah....pertama kali saya menontonnya terdetik di hati bilakah agaknya malaysia akan dpt menerbitkan sebuah filem dokumentari yg setaraf hollywood!
semoga usaha iran ini menjadi satu guide line bg penerbit2 filem di malaysia dan negara umat islam yg lain.bebaskan filem kita dari unsur seks dan tahyul spt kebanyakan filem hollywood yg byk diciplak oleh penerbit2 filem di malaysia!
salam,
cinta - dah terang2 saya tampalkan filem ini di entri.
djambu dan ida - orang iran bermazhab Jafari. dalam mazhab Jafari ada sistem marja dan taklid menurut fikah mereka. Marja mereka ada 4 kalau tak silap (yang masih hidup). contoh marja yang masih hidup ayatullah ali khamenei dan ayatullah ali sistani. Macam kita, marja kita Imam Syafie, dah lama tiada, jadi kita tak dapat rujuk dia. kalau ada perkara baru yang menuntut hukum baru, kita pun terkial-kial. paling2 kita dapat tanya dua tiga ustaz atau ulama yang tidak sampai status faqih. berbanding kita, marja mereka ini boleh dihubungi untuk ditanyakan apa sahaja. boleh emel misalnya. Saya tak akan terangkan disini. nanti kontroversi. orang pun salah faham dengan saya. eloklah belajar sendiri kalau mahu tahu juga. kesimpulannya hukum melakonkan watak orang suci dibenarkan dalam fikah mereka selagi pelakonnya berakhlak dan tidak sampai menghina nabi dengan cara lakonan mereka. INGATAN: PUN BEGITU berdasarkan PEMBACAAN SAYA, fatwa2 marja orang syiah (fikah Jafari) mengharamkan sebarang lakonan bagi watak Nabi Muhammad saw dan ahlul baitnya (Saidina Ali, Saidatina Fatimah, Saidina Hasan dan Husin serta keturunannya).
untuk kita yang bermazhab ahlus sunnah wal jamaah kita tak ada sistem marja dan taklid. jadi isu ini menjadi problematik. kerana itulah kreativiti kita tersekat. hal ini telah didebatkan panjang lebar apabila Dinsman (aktivis teater tempatan) mahu mementaskan teater berdasarkan kisah Nabi Yusuf a.s
wallahualam
ooohhh,... begitu....
saudara faizal,
apabila islam meletakkan batas seperti haram melakonkan watak Nabi Muhammad s.a.w, itu pada saya langsung tak menyekat kreativiti.
malah pada saya, suatu batas itu yang buat kita jadi lebih kreatif.
contohnya filem islami wajib mengikut batas-batas islam termasuk menutup aurat. saudara sendiri bersetuju akan isu aurat dalam filem islami.
adakah itu menyekat kreativiti produser filem islam yang mahu taat batas-batas islam? langsung tak sekat!
produser islam akan mencari jalan lain untuk menjayakan suatu babak tanpa membuka aurat para pelakonnya. itu yang buat dia lebih kreatif!
saya anggap filem the messiah ini langsung tak kreatif kerana langsung tak reti nak sampaikan jalan cerita menurut quran dan hadis tanpa melakonkan watak nabi isa.
lagi pula, saya tak nampak karya ini benar-benar menceritakan kisah nabi isa yang sebenar menurut pendangan islam.
saya berbeza pendapat dengan saudara faisal tehrani dalam isu filem ini.
sekian.
mfr,
Belajar2lah menjadi matang dan menerima perbezaan. Kita bukan hidup dalam satu dunia yang ada satu jurus fikiran sahaja. Kreativiti sangat subjektif, kalau ada orang boleh menghargainya mengapa anda mahu memaksakan panangan anda.
Inilah masalah rakyat Malaysia..,masih belum 'tahu' dan 'mampu' menerima perbedaan di kalangan mereka..
Moga dilimpahkan Allah akan 'pencerahan'..
Post a Comment