09 October 2010

Einstein Pun Syiah!

Jangan melenting dulu. Ini 'maklumat' yang belum tentu benar, tetapi, belum tentu juga tidak benar. Salah satu kenyataan Einstein yang paling saya suka berbunyi begini: “The secret to creativity is knowing how to hide your sources.” Sila baca di bawah ini:

* Albert Einstein, seorang ilmuwan terkemuka abad 20 yang telah mewariskan sejumlah teori yang menggemparkan dunia ternyata penganut Islam Syiah Imamiyah.

Hal ini dikemukakan Iran Indonesian radio (klik sini), yang menyatakan bahwa penemu teori relatifitas ini mengakui kebenaran-kebenaran Alquran melalui ayat-ayatnya setelah lama menjalin kontak dengan tokoh Syiah Ayatollah Al-Udzma Sayid Hossein Boroujerdi melalui surat.

Berdasarkan laporan situs Mouood.org, Einstein pada tahun 1954 dalam suratnya kepada Ayatollah Al-Udzma Sayid Hossein Boroujerdi, marji besar Syiah kala itu, menyatakan, "Setelah 40 kali menjalin kontak surat-menyurat dengan Anda (Ayatollah Boroujerdi), kini saya menerima agama Islam dan mazhab Syiah 12 Imam".

Sebagai ilmuwan, aspek rasionalitas akan menjadi pondasi dalam menentukan segala keyakinan. Dalam suratnya Einstein mengakui Islam sebagai Agama yang lebih utama dibanding agama-agama lain di dunia, agama yang paling sempurna dan rasional.

"Jika seluruh dunia berusaha membuat saya kecewa terhadap keyakinan suci ini, niscaya mereka tidak akan mampu melakukannya walau hanya dengan membersitkan setitik keraguan kepada saya". kata Einstein sebagaimana dilansir Iran Indonesian radio.

Pada tahun 1954 Einstein menulis makalah dalam bahasa Jerman yang bertajuk Die Erklarung (Deklarasi) di Amerika Serikat, menelaah teori relatifitas melalui ayat-ayat Al-Quran dan ucapan Imam Ali bin Abi Thalib as dalam kitab Nahjul Balaghah.

Dalam makalahnya itu, Einstein menyebut penjelasan Imam Ali as tentang perjalanan miraj jasmani Rasulullah ke langit dan alam malakut yang hanya dilakukan dalam beberapa detik sebagai penjelasan Imam Ali as yang paling bernilai.

Secara logika teoritik, teori E=m.C2 yang dikemukakan ilmuwan keturunan Yahudi ini bisa menjelaskan bagaimana perjalanan mi’raj Rasulullah SAW, namun tentunya secara teknis masih membutuhkan telaah lebih jauh.

Sumber di sini.

6 comments:

Hafiz said...

wah! ini memag mengejutkan..

NORFYOLOGY said...

Subhanallah~ walaupun kepastian bukan 100% tp ..... Subhanallah~

asyMok_Aambo said...

Terima kasih Pendekar Faisal.

Ambo pernah Bertegang urat dengan seorang Prof. Madya di UPM dulu Berkait Soal ini.

SESUNGGUHNYA KEBENARAN PASti Datang.

FAISAL, ANDA TELAH GUNA KEPAKARAN ANDA PADA TEMPAT SEPATUTNYA.

U AT THE RIGHT PLACES ON THE RIGHT TIME.

Inilah SubTopik ARUS POLITIK BARU.

the TRUTH is Out There.



herman che mok
Johor Bahru.

Masdalifadzlie M Saaid said...

Daripada persamaan e=mc², kita boleh dapatkan nilai kelajuan cahaya (c²). Bagaimana Rasulullah bergerak selaju cahaya semasa peristiwa israk mikraj boleh dileraikan oleh persamaan ini.

c² = e/m, diketahui e adalah tenaga(energy) dan m adalah jisim(mass). Tenaga boleh disifatkan sebagai dalaman (batiniah), manakala jisim pula bersifat fizikal (lahiriah). Ada juga yang menyamakan batiniah itu sebagai pahala dan lahiriah itu sebagai dosa. Maka bagi mendapatkan kelajuan cahaya (atau mungkin melebihi), tenaga mestilah besar, dan jisim mestilah kecil.

Nah, sekarang kita perhatikan sifat-sifat dalaman yang ada pada Rasulullah, dan semak juga apa yang ada pada luaran baginda. Tidak mustahil Rasulullah boleh mencapai gerakan dengan kelajuan cahaya kerana baginda membawa sifat dalaman yang lebih, dan luaran yang sangat kecil.

paw said...

Sebagai tambahan, teori Einstein tentang E=mc^2 boleh dirujuk sbg teori kerelatifan khas(special theory of relativity).

Satu lagi teori beliau ialah kerelatifan am (general relativity).

Siti Aishah Hanin said...

TAK PERLU JADI SYIAH UNTUK CINTAKAN NABI DAN AHLULBAIT....