29 October 2010

Ahmadinejad Main Futsal

Menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia saya ingin berkongsi dengan kalian foto-foto ini.











Presiden Iran, Dr Ahmadinejad dan Presiden Bolivia, Morales nampaknya berkongsi satu minat yang sama. Bola. Kedua-duanya sempat bermain futsal ketika Morales melawat Tehran ahad lepas. Pemain bola sepak kebangsaan Iran seperti Karim Baqeri, Farhad Majidi, Vahid Taleblou, dan Mojtaba Jabbari turut serta dalam perlawanan tersebut. Pemandangan seperti inilah yang menyakitkan hati imperialis dunia. Agak-agaknya kalau Dr Ahmadinejad berkunjung ke Kuala Lumpur lain kali, mungkin atau tidak kita menyaksikan beliau beraksi dengan si dia?

* Oh, Dr Ahmadinejad menjaringkan satu gol khabarnya.

24 comments:

mohd ihsam zainuddin said...

teringin nak main futsal dgn ahmadinejad!

mohd ihsam zainuddin said...

teringin nak main futsal dgn ahmadinejad!

rosley said...

Saudara Faisal, Mungkinkah dia nak bermain futsal? Kita tunggu dan lihat sajalah....

Sharouk said...

ish ada ke pemimpin Mesia macam Ahmadinejad nih.

Hanz Newman said...

ya segalanya BOLEH jadi, brader Faisal. Mungkin Presiden Iran tu akan dijemput bermain futsal bersama 'Presiden' negara kita. No no no not him. I mean she, the '1st Lady' instead.

Fuziani JSR said...

Bila pemimpin berjiwa rakyat dan merasakan dirinya adalah rakyat bagi negaranya maka dia akan menjadi pemimpin yang disegani...

Faizal said...

Tak senang duduk Amerika dan Israel tengok :-).

gembala suara said...

Wah....terbaik la Ustaz Ahmedinajad....macam ni baru style...pemimpin berjiwa masyarakat....xlayan la permainan2 konglomerat....golf ke tennis ke...layan bola je lagi terbaik!!!

kyo_9 said...

si dia gheti main bola ke? eh jap, sebelum tuh si dia kaki bersenam ke? kui3

iqin othman said...

comel. haha


tapi pastinya beliau pemimpin yang bagus.
(lain semua tunjuk lutut, haishh~)

HaLiL said...

kenapa dia Ahmadinejad pakai kasut NIKE???

Faisal Tehrani said...

Hah
saya pun ada nike (buatan cina - copy cat sebijik).

Dexter said...

"Dia" ? oh tidak sama sekali. Dengan stamina nya yg ciput, mana mungkin si dia mampu kejar Ahmadinejad yg sedang berlari...

Jukipeli said...

Pasukan bola sepak Negeri Kelantan Darul Naim atau dikenal juga sebagai Negeri Serambi Makkah al-Mukarramah serta Negeri Cik Siti Wan Kembang akhirnya berjaya merangkul gelaran juara Piala Malaysia 2010 Miladiah. Syukran jazilan ya Allah Subhanahuwa Taala. n_n

oriotoiro said...

nampak sangat suasana keharmonian begini sukar untuk dilihat berlaku di M'sia oh tanahairku,kerana mentaliti sebahagian kecil ummahnya masih melihat kepada jenama KASUT.

kah kah kah, dey tambi, carilah point lain kot ye pun.

HaLiL said...

dey tambi oriotoiro: setahu aku mentaliti Ahmadinejad yg sangat membenci amerika. cuba kalian seach di google image "nike Allah" tegok apa gambar yg ada? nama Allah di tapak kasut nike??

Bintun Sazali said...

Dia?..mungkinkah?sikit2 je boleh kot?..hari ni dia tak boleh keluar ke mana2 urusan penting sekalipun, cz sakit..ish3.Syafakallah la ye pemimpinku.huhhhhh~

oriotoiro said...

kah kah kah, syarikat Lego sebelum ni pun kononnya ada keluarkan model hina Rasulullah SAWW, akhirnya terbukti ia hanya kerja pihak propaganda anti-Muslim yang mahu memprovokasi para pengganas yang bersembunyi di sebalik janggut panjang dan serban berselirat atas nama Islam. Propaganda seperti ini selalunya mengharapkan tindakbalas ganas daripada pihak Muslim. Tetapi gagal.

kalau cik Tambi Halil google lebih lanjut lagi, Nike juga mengeluarkan penafian rasmi bahawa ia tidak pernah memproduksikan kasut sedemikian, harap maklum.

p/s:berat juga kalau jantan berselera hc/punk/metal bagai tapi bermentaliti duk tang kaki.

Mohamadazhan hjDesa said...

hahaha, utk ci halil, tu rokok kat mulut tu yahudi punya tu.sebatang akan bag sumbangan, xtau lah kalau hisap buatan cina.hehe

Ibnu Yunus said...

"Si dia"..hmm,perlambangan yang hebat.

Zonan said...

Assalamualaikum

Dengan "sidia"!!!!!

Sudah tentu boleh...

"sidia" akan mendapat anugerah daripada AFC atas alasan memajukan bola sepak Asia...

Kalau dapat anugerah mesti boleh main bola.... cuma Pak TPM kena jadi goalkeeper nya.. Baru bola boleh masuk..

Ain said...

Comel,comel... ♥!

ahazeman said...

tak boleh... sebab perjuangan pemimpin kita kebanyakannya perut beso dan tolo londeh.

yatthienuer said...

futsal? malaysia?
tak optimis di situ.
golf will be