Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dengan kerjasama Komuniti Bukuonline akan menganjurkan Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 pada 21 September 2010, di Wisma ITNM. Ia adalah seminar yang keempat dianjurkan oleh Komuniti Bukuonline dalam siri Seminar Pencinta Buku Malaysia. Ia terbuka untuk orang awam. Untuk maklumat lanjut, klik di sini.
Berikut adalah sedutan makalah saya di seminar tersebut:
Tuan-tuan, sebagai pengarang, pembaca akan selalu menipu kita. Ia akan membuatkan kita percaya bahawa karya kita benar-benar baik. Tambah pula jika kita meraih anugerah dan hadiah, atau ada sarjana sastera yang memuji, atau lebih kasihan, circle rakan-rakan kita sendiri yang memuji. Pengarang pun percaya, tertipu. Seperti halnya penyair Arab. Pembaca ‘memberikan’ apa yang pengarang mahukan. Akan tetapi rausyanfikir tatkala memberi hikmah (ilmu sahaja tidak memadai) akan membuatkan ‘pembaca terpilih’ merenung lama. Karyanya mungkin tidak disambut dari segi jualan, tidak dipuji dengan benar, atau tercicir dari senarai hadiah yang layak dia beroleh, tetapi rausyanfikir akan tenang kerana ‘pembaca terpilihnya’ benar-benar bertepuk, mengangguk dan bersorak pada tempatnya; kerana benar-benar ia tiba pada hikmahnya. Dan rausyanfikir tidak perlukan semua pembaca karyanya begitu, cukuplah seorang.
Ada orang bertanya kepada saya, mengapa saya berani menerokai wilayah syiah misalnya. Ia membuatkan ramai pembaca menjauhi karya saya. Betapa banyak peluang saya terlepas kerana kononnya Faisal Tehrani seorang syiah. Sukar untuk menjawab soalan ini jika saya seorang sunni. Betul saya memuji Shariati. Dan ia seorang syiah. Ia sentiasa membesarkan Ali. Rumi pula seorang Sunni. Ia sentiasa memuja Umar. Kedua-duanya, Shariati dan Rumi membangunkan saya. Kedua-duanya dekat di hati saya. Dan Rumi memberitahu, ‘Dalam wujud diri kita semua hikmah boleh menyatu kalau ia mahu, iaitu apabila roh kita seperti air mengalir menitik memecahkan kerikil yang ada dalam jiwa dan benak lalu memantulkan permukaan seperti sebuah cermin.’
Penyair yang meniru-niru kerja Rumi dengan siri puisi percakapannya tidak pun tahu pesan Tajudin Quba’ei kepada Rumi, “Anjing yang dikalungkan di lehernya dengan rantai emas anjing perburuan tidak akan menjadi seekor anjing berburu. Mutu sebenar seekor anjing perburuan ialah pada kemahiran khas haiwan tersebut bukan pada rantai emasnya.” Begitulah, cendekiawan tidak akan menjadi cendekiawan bila ia pura-pura menulis karya penuh ilmu, kerana menurut Rumi, kecendiakawanan adalah sebuah kebajikan, samada ia disalut ‘ilmu atau tidak’ ia tetap seorang cendekiawan. Dan siapa cendekiawan telah saya huraikan panjang lebar sebelumnya menerusi kaca mata Ali Shariati.

8 comments:
bes!alah ada clas besok.
kalaulah saya berada di kuala lumpur.....
waktu kerja. sayang melepas...
Sayangnya Shariati hanya dikenali apabila dia telah tiada...beberapa pandangannya perlu disemak. Pengenalan yang bagus tetapi perlu diditilkan lagi berkenaan keduanya.
Assalamualaikum.
-_- Tak dapat turut serta majlis penuh ilmu ini. Tapi saya harap akan datang, saya dapat sertai apapun program ilmiah seperti ini. Program yang baik.
Perlukah diwujudkan satu forum untuk penulis dan pembaca dalam mengkritik sesuatu karya? Mengembangkan idea untuk memikirkan, 'apa yang didahagakan oleh pembaca..'dan apa pula penerimaan penulis untuk menghilangkan dahaga itu, [Err susah nak terangkan dari sudut mana saya harus mulakan percambahan idea yang bertunas, rasa berselirat.]
Wassalam.
Rausyanfikir itu, Wan Ahmad Fayshal dari HAKIM kah?
SELAWAT...
Rausyanfikir itu konsep penting yang dipelopori Ali Syariati akan gabungan intelektualisme-aktivisme.
Saya, Rausyanfikir.com memang amat terpengaruh dan menerima kerangka asas beliau sewaktu zaman kemahasiswaan.
Jadi rausyanfikir itu bukan nama eksklusif.
Post a Comment