Saya sangat terkejut dengan rakaman video ini. Beliau menghina Islam dari peribadi Nabi Muhammad saww dan al-Quran, Hajarul Aswad, para malaikat, ibadah haji, ibadah solat dan surah al Fatihah. Saya memohon supaya tindakan segera diambil terhadap beliau.
PUTRAJAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Marshitah Ibrahim, hari ini meminta Kementerian Dalam Negeri dengan segera melakukan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas terhadap seorang paderi yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad S.A.W. dan agama Islam dalam satu ceramahnya di sebuah gereja di Kuching, Sarawak, baru-baru ini.
"Saya khuatir akan berlaku (sesuatu) kalau tindakan tegas tidak ambil," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yayasan Waqaf Malaysia bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas berhubung kewujudan beberapa klip video dalam laman web YouTube yang memaparkan seorang paderi menyampaikan ceramah menghina Islam.
Akhbar hari ini melaporkan Presiden Penaja Perikatan Blogger Muslim (MBA), Zainol Abideen, sebagai berkata paderi bernama Benjamin Stephen itu menyampaikan ceramah menghina Islam di sebuah gereja di Kuching, Sarawak.
Sumber di sini.



24 comments:
Rasanya dia ni murtad. Kata-katanya bunyi melayu semenanjung
Saudara,
saya rasa kita perlukan ramai orang seperti almarhum Syeikh Ahmad Deedat sebab negara kita tak ramai yg faham tentang perbandingan agama... Bagi saya penerangan itu memang biadap (cuma ambil sebahagian dan menolak sebahagian fakta yang lain) tapi itu satu cara kristian untuk sebarkan agama mereka...Alangkah bagus kalau perbandingan itu didebatkan macam usaha Dr. Zakir Naik dalam video-video beliau, baru ada perbandingan..
sekadar pandangan... wallahhuallam..
Saya terfikir, macam mana kalau apa yang dihebahkan oleh paderi tersebut adalah apa yang diajar kepadanya sejak kecil?
Sudah jadi budaya kita untuk cuba terangkan sesuatu secara semberono dan tidak logik. Contohnya, larangan bermain lewat petang atau akan disorok hantu. Jika perkara kecil seperti itu tak mengapa. Tapi masalahnya apabila melibatkan isu-isu agama. Kesannya adalah kekeliruan antara budaya dan agama - seperti yang berlaku kepada paderi tersebut apabila dia perihalkan malam tujuh likur. Bukankah malam tujuh likur itu budaya Melayu, bukan ajaran Islam?
Jadi, saya rasa kita sebagai Islam Melayu turut terlibat dalam salah faham tersebut.
Apa pendapat saudara?
astagafirullahal'azim semoga mereka mendapat balasan yang setimpal
Laknatullahi alayh keatas Benjamin Stephen dan zuriatnya. Asal kejadian makhluk ini ada nasnya untuk di laknatt.
ibarat macam bagi buku Fizik Quantum kat budak tadika,dan suruh budak tu hujahkan.jadilah macam benjamin ni. Aduh sih, Benjamin ngak tahu sih yang dia sebenarnya yang gawat kot
giler bahaya benjamin ni. org x kuat iman mmg boleh terbabas klau fikir logik akal je. Sah blaja x habis. Wajar dilaknat & diambil tindakkan. Menghina-Racis!!
Seorang pembesar Yahudi berpikir akan mengalahkan Rasulullah Saw dengan pernyataan terakhir. Ia bertanya, "Mengapa Allah Swt mewajibkan shalat lima waktu dalam sehari semalam? Mengapa tidak kurang dan tidak lebih dari jumlah tersebut? Rasulullah Saw dengan wajah sucinya yang menampakkan kerinduan kepada Allah Swt, menjawab, "Saat waktu Dzuhur tiba, segala sesuatu berada di bawah singgasana (Arsy) Allah Swt, yang semuanya bertasbih memuji Allah Swt. Untuk itu, Allah Swt mewajibkan shalat Dzuhur kepadaku dan ummatkku, khusus waktu itu." Beliau bersabda, "Dirikanlah shalat dari tergelincirnya matahari hingga menjelang gelap malam."
Adapun shalat Ashar bertepatan dengan waktu saat Nabi Adam as memakan buah yang dilarang oleh Allah Swt. Akibat perbuatan itu, Nabi Adam as dikeluarkan dari surga. Untuk itu, Allah Swt mewajibkan shalat Ashar kepada keturunan Adam as dan ummatku. Sholat ini adalah shalat yang paling dicintai di sisi Allah Swt.
Mengenai shalat Maghrib, Rasulullah Saw bersabda, Allah Swt menerima taubat Nabi Adam setelah bertahun-tahun, dan memerintahkannya untuk mengerjakan shalat tiga rakaat. Allah Swt mewajibkan shalat Maghrib kepada ummatku, karena saat itulah doa-doa hamba-Nya akan dikabulkan. Allah Swt dalam surat Ar Ruum ayat 17 berfirman, "Maka bertasbihlah kepada Allah di waktu kamu berada di petang hari dan waktu kamu berada di waktu subuh."
Setelah itu, Rasulullah berbicara mengenai shalat Isya dan bersabda, di alam kubur dan hari kiamat diliputi kegelapan yang menakutkan yang hanya dapat diterangi dengan cahaya shalat Isya. Alllah Swt berfirman, tidak ada langkah untuk mengerjakan sholat Isya melainkan Allah Swt menjauhkan tubuh orang yang melakukan sholat tersebut dari api neraka."
Adapun mengenai filsafat shalat Shubuh, para penyembah matahari melakukan ritual yang diyakini sebagai ibadah, saat matahari terbit. Untuk itu, Allah Swt memerintahkan mukminin beribadah mengerjakan sholat Shubuh sebelum orang-orang kafir bersujud menyembah matahari.
Penjelasan tersebut merupakan bagian dari rahasia shalat lima waktu yang disampaikan Rasulullah Saw di depan pembesar Yahudi. Mendengar penjelasan Rasulullah Saw, para pembesar Yahudi terkesima dan bungkam seribu bahasa. Para pembesar dan ulama Yahudi saat itu tidak mempunyai alasan lain untuk mengingkari ajaran ilahi yang diemban oleh Rasulullah Saw. Orang-orang Yahudi pun segera meninggalkan masjid, tempat mereka menguji Rasulullah Saw.
Salam FT,
saya dah sebarkan maklumat di FB dan blog saya dan berharap juga semua kepimpinan masjid dan surau diseluruh negara menyatakan bantahan dan menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap laknatullah ini......
benjamin tu perlu didakwahkan..
moga Allah memberi hidayah padanya..amin
Salam semua,
Kalau dirujuk kepada doa yg diamalkan oleh orang Kristien lebih kurang sama dengan Surah Al-Fatihah;
Our Father in Heaven!
Hallowed be your name,
Your kingdom come,
Your will be done,
On earth as it is in heaven.
Give us today our daily bread.
Forgive us our debts
as we have forgiven our debtors.
Sepatutnya ia boleh menjadi satu titik pertemuan di antara dua Agama, bukan sebaliknya sebagai bahan penghinaan. Malangnya si durjana ini telah bertindak dengan 'meludah ke langit' dan penghinaan Surah Al-Fatehah itu sebenarnya mengena kepada pegangan dan amalannya sendiri.
Dia ini ibarat seperti ayam jantan yang gah berkokok tetapi ekornya sendiri penuh bergeluman dengan taik.
Tiada manusia yang mengutuk Rasulullah saw dan Al-Quran melainkan sebenarnya mereka itu takut kepada kebenaran.
".. maka mengapa mereka berpaling lari dari peringatan (Al-Quran)? Seolah-olah mereka sekawan keldai liar yang lari. Melarikan diri (ketakutan) dari singa." (Al-Muddaththir:49-51)
leh bca skit2 story pasal benjamin stephen dlm blog ustaz hasrizal...
ni linknya
http://saifulislam.com/?p=924
silap.. ni link yg lg jelas http://saifulislam.com/?p=6537
Salam.
Tunjukilah kami jalan yang lurus:
"Bila kita gunakan kalimah 'tunjuk', maka maknanya: "Tunjukilah kami kepada jalan yang lurus itu, dan tunjukilah kami pula dalam jalan yang lurus itu".
Sebab, mungkin kita ini sedang mengembara tanpa tujuan, maka langkah yang pertama ialah untuk mencari Jalan itu; dan keduanya ialah untuk kita sentiasa berada dalam jalan itu.
Kebijaksanaan diri kita sendiri boleh gagal dalam mana-mana satu daripada keduanya. Jalan lurus itu biasanya Jalan yang sempit, atau Jalan yang tinggi menuju ke atas, yang ramai manusia mengelak diri daripadanya.
Oleh kerana kecenderungan dunia kepada kejahatan, maka Jalan yang lurus itu kadang-kadang diburuk-burukkan, dan Jalan yang bengkok itu dipuji.
Bagaimanakah kita hendak membuat keputusan? Kita mestilah memohon hidayat daripada Tuhan. Dengan kefahaman rohani yang ada pada kita, maka kita boleh melihat siapakah mereka yang berjalan dalam suluhan Cahaya nikmat Tuhan dan siapa pula mereka yang berjalan dalam kegelapan Marah-Nya. Ini juga yang boleh menolong kita membuat keputusan." (Maulana Abdullah Yusuf Ali, Al-Qur'anu'l-Karim, Jil 1: 3)
Begitu dangkal sekali apa yang disampaikan oleh paderi yang 'kurang kasih sayang' ini. Pun harus diingat, orang awam (walau orang Islam) yang juga kurang pemahaman dan perhatian, akan termakan logik mudah paderi ini.
Selain tindakan tegas daripada pihak berkenaan, kita orang Islam sendiri harus terus meneguhkan diri dengan keyakinan terhadap Rasul dan ajarannya dengan pembelajaran yang berterusan; juga harus sentiasa mengingatkan ahli keluarga untuk meningkatkan kefahaman terhadap agama kita.
Wassalam.
agaknya kenapa dia xmahu habiskan ayat al-fatihah tu?
adakah sebab dia gerun dengan mksud ayat terakhir itu?
"iaitu jalan yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukannya jalan orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang yang sesat."
Kalau tak silap dia nie budak melayu murtad. Dulu bersekolah agama,tp kononnya pengalaman dia dibuli di sekolah agama tu menyebabkan dia murtad.
Kita juga sudah dipesan, jangan belajar dan beramal tanpa guru...inilah padahnya belajar dan buat kesimpulan sendiri tanpa merujuk bijak pandai. Bukan sahaja menghina Junjungan Nabi Muhammad SAW, Islam malah insan yang paling dekat dgnnya..mak ayah dia.. Sebagai org yg sungguh sensitif ni...asyik terfikir, apalah perasaan mak ayahnya. Hancur luluh hati seorang ibu yang melahirkan.
Selain tu, saya menyokong pendapat aw3rz berkenaan didikan sedari kecil. Selalunya kita tidak sedar kita telah mengajar salah pada anak2 walaupun ia adalah sekecil2 perkara. sebagai contoh :
anak kecil yang terlihat patung/tokong sembahan jirannya yang berbangsa Cina/beragama Budha. anak kecil tanya "Ibu, apa tu?" Ibu menjawab "Tu tuhan dia".
Secara langsung kita menerapkan dalam minda anak kita Tuhan ada pelbagai. Ada berupa-rupa pula. Sedangkan Tuhan itu satu. Allah itu Esa..
Rasanya video ini telah lama disiarkan.Benjamin ini sewaktu sekolah dulu pengamalan islamnya dari segi luaran amatlah baik. Cuma persekitarannya byk tidak membantu aspek dalamannya.Sering dimain2kan oleh org sekeliling akibat sifatnya yg agak "lembut".Sewaktu di universiti beliau mula berjinak2 membaca bible dan membuat perbandingan dgn islam.Dan akhirnya terkeluar dari islam.
sedikit sebanyak dari pemerhatian sy,seseorg yg pernah berada satu sekolah dgnnya.
aku dah jumpa video nie awal tahun lepas lagi tapi sapa pon tk mau ambil port........
dah terlalu lama video nie..awal thn lepas saya dh tgk..
Assalamualaikum,
Video ni saya dah view tahun lepas..memang kecoh isu ini dikalangan kawan-kawan saya yang berkongsi isu ini. Celuparnya mulut benjamin stephen.. Ya.. Allah saja yang mampu memberikan hidayahNYA buat siapa yang dikehendakinya. Berdoalah selalu, minta di tetapkan iman, biar hidup ini dijalani atas semata-mata hanya Kerana Allah SWT. Ianya tidak mudah untuk dilakukan.. apapun teruskan berusaha..
Cuba cari ajaran ini pula > Krew layar bahtera / Ajaran Layar Bahtera.. website mereka sungguh Berpaling daripada tafsiran Al Quran yang sebenar..
Wassalam.
Yes, video ni memang dah lama. Tapi tak ramai tahu. Sebelum dia ceramah dia di gereja Sarawak tu, dia pernah mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang, Ipoh, sebagai guru Pendidikan Islam.
Dia membesar dalam background agama. Bersekolah agama, keluarga pun kuat agama. Di Universiti dia mula tersimpang akidahnya. Mungkin apa yang dipelajari tak cukup mendalam dan tak tepat lagi. So, dia tersilap dan bertemu kebenaran yang salah.
Semasa di SMK Seri Ampang, dia pernah mengajar Pendidikan Islam untuk kelas saya sekitar tahun 2004. Dia tidak mengajar mengikut silibus yang ada. Kami musykil dan pernah buat laporan. Selepas beberapa bulan, dia hilang.
Apabila agama kita dipermainkan, dimana pemimpin-pemimpin kita yang kononnya membela kita..? Orang nombor satu kita pun seperti berdiam diri, sedangkan bukti yang kukuh sudah ada di depan mata, agama Islam di injak-injak di depan mata kita. Sebagai individu yang berasa sayang dengan agama Islam yang diajarkan oleh insan yang amat mulia, Nabi Muhammad dan keluarganya yang paling kita cintai, marilah kita sama2 dengan kerasnya menentang tindakan benjamin stephen ini, disamping itu marilah kita kembali ke ajaran islam yang sebenar2nya di ajarkan Rasulullah S.A.W.
salam saudara faisal. cuma hendak bertanya, kenapa dua 'W' pada S.A.W?
Post a Comment