Saya mendapati pandangan mazhab Ja'fari adalah paling jelas dalam memperihalkan persoalan lailatul qadar. Ramai dalam kalangan kita mencari-cari lailatul qadar. Rupa-rupanya mazhab ahlul bait telah menggariskan malam agung ini dengan begitu jelas untuk diusahakan sekian manfaatnya.
Imam Jaafar As-Sadiq berkata: Pada malam ke sembilan belas Allah mempertemukan dua hal, di malam ke dua puluh satu Allah menjelaskan setiap persoalan yang bijaksana, dan di malam dua puluh tiga Allah menetapkan apa yang dikehendaki-Nya, malam itu adalah malam Al-Qadar yang oleh Allah Azza wa Jalla dinyatakan lebih baik dari seribu bulan.”
Ishaq, murid dan sahabat Imam Sadiq bertanya: Apa yang dimaksud dengan pertemuan dua hal?
Baginda menjawab: “Pada malam itu Allah menghimpun apa yang dikehendaki tentang sesuatu yang didahulukan dan yang ditunda, kehendak-Nya dan ketetapan-Nya.”
Ishaq bertanya lagi: Apa yang dimaksud dengan Allah menetapkan persoalan pada malam ke dua puluh tiga?
Imam menjawab: “Sesungguhnya Allah swt memperjelas dan menimbang-nimbang persoalan pada malam ke dua puluh satu, pada malam ini masih terdapat bada’ (perubahan), sedangkan pada malam ke dua puluh tiga Allah swt menetapkannya sehingga menjadi mahtum (pasti) iaitu Allah swt tidak melakukan perubahan di dalamnya.”
Saya dapati ilmu baharu ini sangat menarik. Sebagai pencinta ilmu, mencari 'kebenaran' tentang setiap satu persoalan yang ada dalam agama kita amat mengujakan. Dan saya dapati mazhab Jafari amat terkehadapan dalam hal-hal 'misterius' begini. Ini pasti kerana mazhab ahlul bait adalah mazhab keluarga Rasulullah saw. Dan Nabi Muhammad saw sendiri sudah berpesan supaya kita umat Islam jika inginkan keselamatan eloklah berpegang kepada ahlul bait. Tidaklah menghairankan mazhab ahlul bait mempunyai segala jawapan.
Aduh, sayang (baca: malang) sekali bila ketinggalan.

13 comments:
mcm penah tgk r suasana dlm gmbr wall tu,katne tah?
Semoga hajat kita diperkenankan. Solawat
ish..mana boleh pegang ni...sesat ni..sesatttt!!!
:D
Alhamdulilah, info yang baik.
Walau bagaimana pun, saya berpendapat bahawa malam Lailatulqadar adalah keseluruhan Ramadhan itu sendiri.
Sepatutnya malam pertama Ramadhan kita telah MULA meningkatkan amalan sehinggalah tiba 10 malam terakhir kita berusaha melipatgandakan amalan daripada malam² sebelumnya demi mencari keredhaan-Nya.
Wallahu'alam..
Subhanallah~
Salam.
Saya ingin bertanya. Berdasarkan dalil apakah Imam Jaafar mengeluarkan pendapat tersebut?
Salam
Perlukah dalil sedangkan dirinya sendiri sebagai ahlul bait adalah dalil?
Benarlah Nabi menyuruh umatnya mengikut ahlul bait dan sahabat2 baginda selepas kewafatan baginda. Namun, pastinya mereka mesti berpandukan dalil Nabi juga bukan jika ingin mengatakan sesuatu yang bersifat ibadah dan hal-hal ghaib kerana sudah tentulah mereka tidak menerima wahyu seperti yang Nabi terima?
@ A. Muziru Idham
Salam
Dalilnya ada pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan ini wahai @Muziru. Tidakkah kamu bersaksi Yang Esa lagi Yang Awal dan Yang Akhir mengetahui zahir dan batin.
Jadi... lakukanlah tuntutanmu (pertanyaan) pada malam-malam yang kamu akui ini. Tidakkah kamu penuntut ilmu pengetahuan yang beradab ??
wassalam
muziru
dalilnya, moga dapat dicerna dengan baik: ‘Nashr bin Abdurrahman al-Kufi menceritakan kepada kami, Zaid bin al Hasan – iaitu al Anmathi – menceritakan kepada kami, daripada Ja’far bin Muhammad, daripada ayah Ja’far iaitu Muhammad, daripada Jabir bin Abdullah, ia berkata: Aku pernah melihat Rasulullah saw melaksanakan ibadah haji pada hari Arafah, saat itu beliau sedang berkhutbah di atas untanya; al Qashwa. Aku mendengar beliau bersabda: Wahai manusia, sesungguhnya aku telah meninggalkan (sesuatu) untuk kalian, sepanjang kalian berpegang teguh kepada sesuatu itu nescaya kalian tidak akan pernah tersesat, iaitu kitab Allah dan itrati keluargaku.’Lihat Sahih Sunan at-Tirmidzi, hadis nombor 3786, bab sifat-sifat utama keluarga Nabi saw.
Erti Kesenangan Dunia: Jawapan kamu kurang/tidak menepati topik "posting blog" dan soalan saya.
Faisal Tehrani:
Terima kasih kerana menjawab soalan saya. ^_^
alhamdulillah
Jawapan Bro FT telah menepati soalan mu/postingnya. Maka begitu @Muziru berminat untuk ke http://ummuabiha.blogspot.com & http://secondprince.wordpress.com
alhamdulillah
Saya nak tanya, kenapa umat Islam menyembah Kaabah? Sedangkan Kaabah itu diperbuat dari batu. Bukankah syirik namanya apabila kita meletakkan keyakinan kita kepada Tuhan Yang Esa pada objek ciptaan tangan manusia?
Lagi satu saya nak bertanya mengapa air zam-zam di Mekah tidak pernah kering dari zaman dahulu sehingga sekarang?
Saya sedang musykil...............harap FT yang mempunyai banyak pengetahuan boleh jelaskan? Tak salahkan kalau kita musykil? :)
Post a Comment