06 September 2010

Manikam Kalbu di Raya TV3


Doku-Drama magikal mengisahkan sejarah, keindahan seni dan 1001 rahsia tersirat di sebalik ciptaan baju kurung. Adaptasi longgar dari novel Manikam Kalbu karya Faisal Tehrani.

Penampilan julung kali empat personaliti hebat dan jelita TV3 - Nurul Syuhada (Majalah 3), Teh Syuhaida, Fiza Sabjahan dan Azzura (Wanita Hari Ini)

34 comments:

mxypltk said...

Saudara Faisal, bila program ni...? Harap-harap tidak bersiaran pada waktu siang nanti terlepas pula...

Faizah Azaman said...

Bila ditayangkan??? Maaf, di rumah sewa saya tiada siaran TV3.

syidah - xiao hong said...

assalamuamualaikum

mesti tengok! walaupun sebenarnya saya tak suka versi cerita yang diadaptasi daripada novel atau cerpen kerana bagi saya tak setanding dengan novel atau cerpen itu sendiri

mfrstudio said...

semua tak tutup aurat

nmz said...

wah, harus dilihat doku-drama ini.. manikam kalbu sangat berkesan di hati saya ketika baca..banyak pengajaran n rasa macam nak pegang n kenal lagi semua busana itu,.,

sufee said...

Mentang2 citer pasal novel dia semua ok. Pegi mampus la nilai2 islam, pegi mampus la dgn tutup aurat, ini islam moden dokongan ahli pelasampah muda dan moden. Ini lah salah satu ideologi syiah sesat yg dia dok citer selama ni. Nau'zubillah selisih malaikat 44.

Mr Final said...

wow!~.. mahu tonton.. bace buku nyer sgt sedap~ =)

kalau boleh updatelah masa drama nih bersiaran yer,

Faisal Tehrani said...

Salam,
Khabarnya pada raya ke 2 dan ke 3 jam 7.30 malam.
TV3 meminta kebenaran saya untuk melakukan adaptasi tetapi tidak mendapatkan khidmat nasihat saya untuk pembikinan doku-drama ini. Saya juga tidak dibayar. Harap maklum.
Wassalam.

dalila jasmani said...

slm..

sy tgk iklannye sahur smlm..
teruja nk lihat hasil adaptasi tu since sy mmg minat bukunya..
tahniah ya (^_^)

kamarul bariah said...

hoyehh..sy sgt sukakannya..sy mesti pileyy..mmg best citenye..sy br je abis bc buku ni..seb bek dbp bukak kaunter kat uia aritu..kalo tak semacam ssh je nak dpt beli buku ni..bersemangat nihh..psstt..apsal si sufee tu??

mfrstudio said...

saya doa faisal terus kukuh dalam benteng blok islam.

nanti biar kita gegar blok sebelah sana dengan karya benar-benar islami.

ameen

kamarul bariah said...

hohh betul la kata MFRSTUDIO sume tak menutup aurat..siap pegang al-quran lak tu..sgt tak sopan..bkn ke dlm buku tu watak wanita sume digambarkan menutup aurat(kalo x silap la)..tak sesueyyy..novel tu kan utk tujuan dakwah..dah kalo sume tak menutup aurat n mekap mak oii tebal..apekejadahnye :-p

p/s: -selalu nau dpt wv pelik2-
wv: sanglis

chemat said...

salam..
sufee..
ko ni nape haaa...
nape ko marah sgt kt dia????
pe yg dia dh wat kt ko???
DE MATA LIHAT..ADE TELINGA DENGAR..ADA AKAL FIKIR...
sdr faizal,
teruskn perjuangan...
kongsikn informasi...
SELAWAT...

saini1985 said...

wow, mesti menarik nih...bilakah tayangannya???

Norziati Mohd Rosman said...

Minta izin sahaja??? Macam dah nampak ada perbezaan ketara...

zahra said...

Salam.

"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali tidak dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan tidak (pula) mereka masuk syurga, hingga unta masuk ke lubang jarum. Demikianlah Kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan." (al-A'raaf:40)

Sdr. Sufee,
Saya kira sdr bukan Islam. Pertama, sdr menolak nilai-nilai Islam. Kedua, sdr menolak ayat Allah yang mewajibkan hamba-Nya menutup aurat.

Tapi, ada sesuatu dalam diri sdr yang saya kagumi. Sdr menyebut "Nau'zubillah" siap dengan "selisih malaikat 44".

Wah, sdr ini tentu Melayu, kerana kenal dengan ungkapan Melayu lama ini. Tapi sdr ini Melayu yang tidak tahu adab budi dan hilang jati diri kerana tidak menghargai apa yang disarankan dalam Manikam Kalbu - konsep dan makna baju kurung.

Saya tidak tahu sdr daripada spesis apa sebenarnya. Tapi nasihat saya, jika sdr Islam atau masih Islam: Walaupun sdr tidak melaksanakan apa yang diwajibkan oleh Allah atau tidak bersetuju dengan apa yang diwajibkan-Nya, jangan sesekali sdr melafazkannya. Sdr tidak tahu apa yang akan menimpa sdr kerana melafazkan kebencian terhadap ayat-ayat Allah.

Tentang syiah: sdr pasti syiah itu benar-benar sesat? Sdr pasti sdr sebenarnya berada di jalan yang benar? Benar-benar sdr pasti?

Barangkali sdr tidak perlu menjawab soalan ini kerana komen sdr itu sudah menunjukkan di jalan mana sdr berada.

Wassalam.

tujerishah said...

Wsalam..
Manikam Kalbu sarat dengan pengajaran. Tapi sayang TV3 tak minta khidmat nasihat dari tuan punya naskhah dalam pembikinan doku-drama ni.. Apa-apa pun saya pasti akan tunggu raya kedua jam 7.30 malam.

mxypltk said...

Apalah emo sangat sesetengah orang yang lawat blog ni? Tak faham aku.

Kita ke blog ni dengan hati riang ria untuk mengetahui perkembangan penulis kesukaan kita. Kalau asyik hentam jer, nanti Faisal tutup blog ni baru la diam semua.

Selamat Hari Raya kepada semua.

Izzah said...

yang penting ana tetap menyokong orang yang berbuat sesuatu utk islam seperti faisal tehrani daripada orang yang tidak membuat apa2 dan cuma menjatuhkan org lain..jd kenapa risau dengan tindakan manusia lain? sedangkan hanya Allah yang akan menghakimi dan mengadili kita kelak dimashyar..jadi banyakkan berdoa berada dijalan yang benar, selebihnya berserah kepada Allah.. teruskan perjuangan faisal tehrani..

azizah said...

Salam.

Manikam Kalbu memang antara karya terbaik Faisal. Sudah sampai masanya karya-karya Faisal diangkat menjadi drama atau filem. Bimbangnya cuma jika 'elemen sastera'nya tidak kesampaian.

Pun, tidak mengapa asalkan mesej karya dapat diketengahkan dengan baik.

Saya akan menunggu untuk menonton Manikam Kalbu, insya-Allah.

Wassalam.

O ya, sdr.mxypltk, sabar. Jangan kita sama emo dengan orang yang kita kata emo itu.

Selamat hari raya juga! :D

Mohd Hafizi Bin Tajuddin said...

wah tahniah la mxypltk! tul jg tu. klu xstop alamatnya hilanglah 1 sumber berharga y kita ada. apapun truskan berkongsi ilmu.

kamarul bariah said...

ntahnye..rilek2 suda..kalo suka sila bc..tak suka toksah bc..

Mohd Hafizi Bin Tajuddin said...

skdr perkongsian, video iklan tv3 hina islam. hrp FT tonton dan sebarkan dgn gaya bhs y lebih menarik! tentunya..

dr.EISmaAdiba.. said...

Harap MK dapat masuk panggung,dengan jalan cerita yan original tanpa mengubah watak utama+Kucing...teringin nak tengok kucing itu!!!

TilMiz Ila Jannah said...

Assalamu'alaikum saudara faisal.

Saya rasa saudara patut meletakkan syarat kepada TV3 sebelum doku-drama tu dijalankan.

Sayang jika nilai islam dalam tu dihilangkan.

Tambahan, saudara tidak dapat bayaran dari tv3.

bakaq a.k.a. ~penarik beca said...

Selamat Hari Raya. TaqabbalaLlahu minna wa minkum. Minal 'aidin wal faizin wal maqbulin. Kullu amin wa antum bi khair.

Norshuhada said...

Salam,

Rancangan bagus kenapalah tv3 siarkan 7.30 malam. So kena buat pilihan. Jamaah kat masjid ka, jamaah depan tv? Huhuhu...

Azihan Aripin said...

Kini saya tahu kenape cite Manikam Kalbu ntah apa2.. Tulis jer waktu penghujung cerita khidmat nasihat dari Saudara Faisal...Tapi hakikatnya hnya tempelan semata.

Tajuk sahaja sama macam novel dan falsafah Baju kurung yang serba ringkas diterangkan. Watak utama dan penerangan teknikal serta elemen-elemen tarbiah dalam karya sebenar jadi celaru dan keliru.

Satu lagi jenayah akademik ke atas karya sastera yang hebat. Sepatutnya novel ni dijadikan movie epik macam lord of the rings..atau mahu lebih mudah lagi jadikan sebagai movie biasa macam adaptasi novel Lagenda Anak Setan...

wan.haniza said...

Salam Dr.,
Tak ada masalah hak cipta ke apa yg ditayangkan kat tv3 tu?

Macam tak beretika je cara adaptasinya

Mosaf said...

Tahniah kepada TV3 kerana berjaya menghasilkan sebuah doku-drama yg menarik dan sgt bermanfaat utk tontonan warga Malaysia. Wajib ditonton dan dihayati oleh seluruh rakyat Malaysia.

Salam 1Malaysia.

pembaca buku said...

Saya sungguh kecewa dengan adaptasi manikam kalbu ini. Ada banyak lagi tentang baju kurung yang tidak disebutkan dalam dokudrama (kalaulah boleh disebut sebagai dokudrama) ini.

Walau bagaimanapun, terima kasih kepada tv3 kerana berani mencuba. 'Dokudrama' ini merupakan titik pertama mengangkat karya ft ke ruang layar di tv3; semoga ia tidak menjadi yang terakhir.

Saya sarankan tv3 untuk cuba pula mengadaptasi cerpen ft untuk drama sempena hari tertentu. Dan kali ini tolong pastikan pelakonnya menutup aurat sebagaimana yang disarankan secara tidak langsung dalam karyanya!

rudy bluehikari said...

Tidak dibayar? Saya doakan ganjaran byrn lbh besar kpd akhi di Sana kelak.

Mr. K said...

Boddoh punya sufee...

Hasnan said...

Oh, patutlah cerita Manikam Kalbu kat tv3 tu x best langsung... Jauh beza dgn novel die...