27 September 2010

Cerita Faisal...


Faisal Tehrani dan 5 Karya Kesayangannya:
Petikan 'Cerita Faisal' dalam sisipan XY, Berita Harian 25 September 2010.

1. Tuhan Manusia
Novel ini dihasilkan bagi menyahut soalan pelajar perempuan Melayu berusia 16 tahun yang bertanya adakah Mother Theresa akan memasuki syurga atau neraka.

Novel ini agak falsafah dan membuatkan saya banyak menyelidik kitab, mengembara dan mengumpul pandangan. Maka lahirlah Tuhan Manusia.

2. Ingin Jadi Nasrallah
Ini adalah buah tangan puisi saya yang pertama dan jarang-jarang diterbitkan. Ia adalah himpunan 15 tahun saya sebagai pengkarya. Ada sebanyak 35 puisi terbaik dalam koleksi simpanan saya sepanjang pembabitan saya termasuk mengembara di serata dunia.

3. Perempuan Politikus Melayu
Pada usia 19 tahun, saya menerbitkan novel sulung ini berikutan cabaran oleh Pak Samad (A Samad Said) yang menghasilkan Salina pada usia 20 tahun. Sebagai anak didiknya, saya cukup berbangga kerana dapat menghasilkan buah tangan sulung sebelum usia 20 tahun.

4. Ketupat Cinta
Novel ini adalah satira politik yang mendapat banyak maklum balas pembaca selepas diterbitkan secara bersiri di akhbar Harian Metro. Malah, naskhah saya ini juga pernah mencetuskan ‘kontroversi’ apabila turut disentuh seorang bekas mufti.

5. Angin Madinah
Jarang-jarang saya hasilkan drama pentas dan kisah Angin Madinah antara hasil kerja yang saya banggakan. Bukan mudah menghasilkan naskhah sebegini kerana ia bermain dengan watak realiti dan berskala besar. Kepuasannya apabila, pementasan ini diterima baik.

16 comments:

kamarul bariah said...

first :-)

Danial Farhan @ Humair said...

Salam ziarah.

Tahniah buat Dr. Faisal Tehrani di atas kegigihan beliau dalam menghasilkan karya-karya yang menarik. Saya juga melihat Dr. begitu berani dalam mengetengahkan beberapa isu khususnya yang berkaitan dengan Syiah dan Ahli Bait 'alaihimussalam. Itu yang membuatkan saya kagum dan tertarik.

Dr. tidak perlu rasa keseorangan bila berbicara tentang Ahli Bait 'alaihimussalam kerana ada org yang bersama Dr. Saya adalah salah seorang daripada yang bersama Dr. Cinta Ahli Bait 'alaihimussalam adalah wajib. Membenci mereka adalah nifaq. Antara perkara yg pernah disebutkan oleh sebahagian guru-guru kami ialah orang yg membenci Ahli Bait 'alaihimussalam tidak akan dapat minum drpd telaga Rasulullah kerana pd Hari Kiamat nnt, Sayyidah Fatimah 'alaihassalam akan berada di samping Baginda utk memberi minuman kpd golongan mukmin. Beliau kenal siapa yg cintakan Ahli Bait.

Teruskan usaha. Sy doakan agar Dr. terus sukses!

iznulmuazim said...

sya masih ingat cerpen kerana manisnya epal karya saudara..teruskan berkarya!

Mohd Hafizul Hilmi said...

Dr. Faisal, saya pernah membaca suatu tulisan Dr. (terlupa dari mana) mengatakan bahawa novel Tunggu Teduh Dulu merupakan antara karya terbaik Dr.

Di tangga ke berapakah novel itu?

tropical_jingga said...

pilihan pertama bagi sy adlh : Perempuan Politikus Melayu :)

tujerishah said...

hmm.. 78 kg.

kak chah said...

Salam,

membaca karya-karya Faisal Tehrani membuatkan saya segan nak menulis.Terasa idea sendiri kosong.

MushroomCute@Mariea said...

Terpegun dengan Ketupat Cinta...indah sekali..

Bungakopi said...

seronok bila ada malay muslim bfkran begini. ke bukan melayu pure? huhu
harap2 lpas ni ada lg la manusia2 bfikiran kritis spt anda.

Bungakopi said...

saya tak suka tunggu teduh dulu. huhu

1jja1912 said...

Alhamdulillah..Tahniah Sdr.Faizal.

Saya tidak ingat sejak bila saya sentiasa menunggu dan akan menjejaki setiap karya sdr.Faizal. Apa yang saya mahukan ada dalam setiap karyanya. Setiap karya yang dihasilkan dengan teliti, punyai fakta, berkaitan sejarah dan isu lainnya. Paling digemari adalah persoalan yang di timbulkan dalam cerita untuk membuat pembaca mencari solusi dan jawapan dari isu tadi. Membaca karyanya seolah satu motivasi hidup, sekaligus mencambahkan rasa untuk menghargai sejarah, khazanah, Dan pastinya agama adalah 'tiang seri'nya..

Antara kebanyakkan Novel yang saya membacanya lebih dari 3x ialah cerita 'Bila Tuhan Berbicara'. Setiap Hujah di dalamnya, seolah mencampakkan pembaca di alam realiti, dan memang isu itu hebat didebatkan walau dari agama mana sekalipun..

: Sedang mencari novel Bedar Sukma Bisu.. tak jumpa-jumpa.. =_=

Zue said...

cebisan jiwa salsabila hadir dlm diri setiap wanita. saya suka tunggu teduh dulu dan manikam kalbu.. =)

n lee said...

how can i get those books? saya still mencari kedai jual buku yg ada jual buku cik faizal tu, sometimes mph and popular tiada pun. saya berminat nak baca buku tuhan manusia sbb saya punyai soalan yang same tentang itu. boleh tolong saya mcm mn nak dapatkan buku tu?

Faisal Tehrani said...

salam,
n lee, tempah di ujanailmu.com.my. Lain kali kalau ke MPH dan Popular, jangan berat mulut, tanya, kedai buku di Malaysia mendiskriminasi buku tempatan kerana marjin keuntungan tidak besar. jika orang 'demand' maka baru mereka sedar. faham?
Wassalam.

n lee said...

baik cik faisal. itu nada marah ke? minta maaf la, kadang bukan berat mau bertanya tapi da tahu jawapannya, mmd susah nak cari buku mcm tu kat kedai buku mcm tu. terima kasih ya ;)

EIStudio said...

salam,

ana paling-sangat- minat dengan novel Tuhan Manusia.

mgkin bagi remaja sprti ana yg msih brumur 14 tahun sukar utk mminati novel ini, tp ana tidak.

sangat best dan mantap. :)