Hari ini Mahkamah Tinggi Allahabad di negeri Uttar Pradesh, India akan membuat keputusan samada masyarakat Islam atau penganut Hindu yang berhak memiliki tapak yang pernah menempatkan Masjid Babri. Sebuah masjid indah yang dibina pada abad ke-16, ia dirobohkan oleh pelampau Hindu pada 1992 di luar undang-undang. Pelampau Hindu telah menyerang masjid tersebut, dan merobohkannya sehingga tinggal puing. Masyarakat Islam berusaha melunasi isu ini dengan membawa ke mahkamah. Kemusnahan Masjid Babri 18 tahun lalu mencetuskan rusuhan agama terburuk di India sejak 1947.
Kira-kira 2,000 orang kebanyakannya penduduk Islam syahid dalam rusuhan tersebut.
Keputusan Mahkamah Tinggi akan tertumpu kepada tiga persoalan utama: sama ada tapak tersebut ialah tempat lahir Ram, sama ada masjid itu dibina selepas sebuah kuil dirobohkan dan sama ada masjid itu dibina mengikut ajaran agama Islam.

4 comments:
Salam.
Kisah perebutan ini memberi ruang untuk mengenal diri sendiri - sisi mana yang plural, sisi mana yang principalist, sisi mana yang merasai tertindas, sisi mana pula yang terasa menindas.
Sejarah perlu disusur, bukti perlu digalur sebagai penentu pihak mana yang harus mendapatkannya.
Akan tetapi, mana mungkin kita harus kalah pada pihak yang lain, begitukah?
Wallahualam.
DR.
Entri ini semalam...
Apa keputusan penghakiman?
Salam,
"Babri diberikan kepada Hindu" - itu jawapan saya sdr Haris. Saya akan ulas kemudian
Wassalam.
semestinya kepada hindu.
Post a Comment