01 August 2010

Rasulullah SAW Pun 'Bangga' Dengan Iran

Ini adalah Omid 651, sebuah satelit pemprosesan data untuk penyelidikan dan telekomunikasi. Ia berjaya dihantar ke angkasa lepas pada 2 Februari 2009. Oleh kerana Iran menghadapi sekatan ekonomi oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, maka satelit ini memang ciptaan sendiri, dibina di Iran bahkan asli milik Iran.

Presiden Ahmadinejad pernah mengatakan, "Sebagai jawapan balas kepada resolusi musuh (United Nations Security Council) kita memutuskan untuk memajukan industri angkasa lepas, dan mempercepatkan program ini (menghantar angkasawan) 5 tahun lebih awal dari tarikh yang dirancangkan sebelumnya (sumber sini)."

Nampaknya kalau Dr Sheikh Muszaphar nak naik ke angkasa lepas lagi, bolehlah kita tumpangkan beliau dalam roket Iran pada tahun 2019.

Mula-mula saya ingatkan ini hanyalah propaganda Dr Ahmadinejad, yang mana dalam masa yang sama mengeluarkan kenyataan untuk menyakitkan hati Amerika dan Zionis (menyakitkan hati Zionis dapat pahala ya); akan tetapi saya sering mengkaji tentang syiah dan mengenal orang syiah, saya tahu beliau tidak main-main. Ini kerana Mac lalu Iran telah menghantar sebuah roket sepanjang 10 kaki yang membawa tikus, dua ekor kura-kura dan cacing ke angkasa (lihat sini). Nama roket ini adalah Kavoshgar-3, atau Peneroka-3, dan program bercita-cita tinggi ini diketuai oleh Menteri Pertahanan Iran, Jeneral Ahmad Vahidi (macam dekat-dekat nama Datuk Seri Zahid Hamidi pula!).

Pun masa itu saya belum percaya sepenuhnya, kerana ya lah, ia masih boleh jadi satu 'penipuan' yang digembar-gemburkan.

Akan tetapi, saat ini saya sudah percaya sepenuh hati. Ini kerana media Barat, termasuk Zionis sudah mulai menggelabah ekoran foto-foto perisikan 'dua negara jahanam' berjaya merakam pembangunan tapak pelancaran roket dan program angkasa lepas Iran dari angkasa.

Sah lah sudah, Iran sedang membina tapak pelancaran roket yang lebih canggih dan besar. Imej yang diambil dari atas menunjukkan kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan di kota Semnan, timur Tehran. Tambahan pula roket Simorgh sejenis space-launch vehicle (SLV) telah pun dilancarkan Februari lalu (sini).

Imej perisikan Barat menunjukkan tapak pelancaran roket Iran itu adalah 4 kilometer dengan sebuah menara 13 meter lebar dan 20 meter tinggi. Jadi janji Ahmadinejad bukanlah kosong.

Kita semua amat bangga dengan kemajuan teknologi Republik Islam Iran. Kita tak dapat harapkan Mesir, Arab Saudi atau Jordan. Mereka semua hamba dan kuli Zionis. Malaysia? Alahai tak usahlah cerita kita.

Saya yang tidak jumud ini membongkar kelebihan bangsa Iran. Saya dapati hadis Rasulullah saw yang menjelaskan:

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah yang berkata, "Kami sedang duduk bersama para sahabat Rasulullah saw ketika Surah Jumuah turun kepada baginda lalu baginda membacakan ayat " ... Dan juga (telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada) orang-orang yang lain dari mereka, yang masih belum datang ..."

Seseorang bertanya kepada Rasulullah saw sebanyak dua atau tiga kali tetapi baginda tidak menjawab. Bersama kami adalah Salman al-Farisi. Rasulullah saw berpaling kepadanya dan meletakkan tangan baginda ke atas paha Salman seraya bersabda, "Sekiranya iman berada di bintang Suraya sekalipun, nescaya lelaki dari bangsa ini yang akan mencapainya." (Sahih Muslim, Kitab al-Fada'il as-Sahabah hadis 6178 dan Sahih Bukhari, Kitab Tafsir, Jilid 5, halaman 108).

Sesungguhnya Islam terhutang pada bangsa Iran menerusi Al-Kindi, Ibnu Sina, Al-Khawarizmi, Ar-Razi, Sheikh Baha'i, Fizinski, Mulla Sadra dan sebagainya.

Allah SWT dalam surah Muhammad ayat 38, berfirman, "Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu."

Ketika turun ayat ini, para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw, siapakah yang akan menggantikan kami? Baginda menepuk bahu Salman al-Farisi dan bersabda, "Dia dan kaumnya! Dan jika agama berada di bintang Suraya sekalipun, nescaya yang akan mengambilnya adalah lelaki dari bangsa Farsi." (Tafsir Ibnu Kathir, Jilid 4, halaman 182)

Ada orang bertanya, kenapa saya obses dengan Iran? Inilah sebabnya; sedangkan nabi Muhammad sendiri 'bangga' dengan Iran, maka mengapa tidak saya? Oleh kerana saya sunni yang ingin mematuhi sunnah Rasulullah saw maka saya dengan rendah hati menurut sunnah baginda tersebut. Takkanlah saya ikut sunnah pun dikira salah? Masakan kita nak tuduh Rasulullah saw obses? Astaghfirullah. Kerana apa yang keluar dari mulut Nabi Muhammad bukanlah kata-kata biasa melainkan wahyu: "Dan tidaklah ia berkata-kata dari hawa nafsunya melainkan wahyu yang disampaikan Allah kepadanya." (An-Najm:4) atau ayat "Barangsiapa yang menta’ati Rasul berarti dia menta’ati Allah.. " (An-Nisa’:80). Ittiba’ kepada Rasul bererti baginda adalah panutan yang patut diteladani dan ditelusuri langkahnya. "Ta’atlah kepada Allah (Al-Qur’an) dan Rasul-Nya (As-Sunnah), barangsiapa yang berpaling (dari keduanya) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir." (Al-Imran : 32)


Nak tak nak, suka tak suka - masa depan Islam adalah di tangan Iran. Tambahan pula Iran kini sedang memajukan industri nuklearnya. Kita bergantung kepada mereka untuk mempertahankan kita. Dan kita bangga meski mereka ini bermazhab syiah iaitu mazhab yang mendokong keluarga Rasulullah saw, ini kerana mereka Islam seperti kita juga. Dan tentu Rasulullah saw sendiri mengiktiraf mereka sebagai sebahagian dari umat Islam, kerana baginda sendiri mengeluarkan sabda yang sungguh futuristik sifatnya iaitu memperakukan mereka sebagai kaum yang bakal mempertahankan Islam dan akidahnya!

* Ahmadinejad mengejek Barat yang percayakan sotong, lihat sini.

16 comments:

AfiqahRazak said...

SALAM,
SAUDARA FT.

Saya ada dengar yang sebenarnya Ahmadinejad merupakan salah seorang sekutu AS, berikutan ada gambar menunjukkan beliau sedang melakukan simbol zionis (simbol tangan).Apakah ini semua benar.Setelah membaca pos saudara yang berkaitan dgn syiah dan ditambah pula dgn apa yang saya dgr...semua ini benar2 mengelirukan..dan yang mana satu kebenarannya?

@author said...

Bangga dengan Islam.Bukan syiah. He He He.

Ahmad Zahiruddin bin Mohd Zabidi said...

Masya Allah....

cahaya malam said...

salam..

jawapan yang betul2 mendamaikan hati.:)

*buat mereka yang hati masam2 buah kononnya mengapa mesti budaya iran?,mengapa mesti teknologi iran?, mengapa dan mengapa inilah jawapan dari empunya blog. tahniah. ukhwahfillah ;)

matpek said...

info yang menarik..kagum tengok negara iran..kejayaan iran sepatutnya meransang rakyat malaysia menjadi seperti mereka..

Hafiz said...

Kini saya sedar, saya harap saudara Faisal Tehrani akan terus memberi hebahan tentang iran kepada seluruh umat Islam.. Moga ada kejayaan buat kita semua.

Faiz As-Syirazi said...

Alhamdulillah.. kebenaran itu pasti tiba. Makin banyak ikuti perkembangan Islam di Iran, makin rasa bertambah keyakinan terhadap kehebatan Islam itu. Sungguh malang bagi golongan yang x berkesudahan bersikap anti kpd Iran disebabkan hasad dengki mereka kpd Iran atas sebab mereka mazhab lain. bak kata saudara FT sendiri . "org sesat selalu maju"..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

nice n3

Faisal Tehrani said...

afiqah,
ayat al-quran dan hadis dalam entri ini dapat menjawab kekeliruan sdr. author, syiah itu Islam - dan kerana hadis dan ayat al-Quran itu futuristik sifatnya maka kita dapati baginda nabi saw sendiri memperakukan 'keimanan' mereka.
eloklah bersatu. eloklah obses dengan ikon yang benar. sedih tengok anak-anak sunni (dan syiah) yang obses dengan justin bieber...
wassalam

mohd ihsam zainuddin said...

allahumma soli ala muhammad wa aali muhammad.

Noi♀Damhaila said...

salut untuk keberanianmu mendukung iran.
salam kenal dari negri tetangga :)

HBAB khair said...

Assalamualaikum dan salam ukhwah.

afiqah..
Setiap informasi yang kita perolehi seharusnya kita pasti dgn kesahihan sumber informasi itu. Lebih2 pada dunia masa kini terlalu banyak fitnah dalam saluran maklumat yang menuntut kita bukan hanya menerima tetapi mengkaji setiap maklumat yang diperolehi. InsyaAllah, sesungguhnya Allah telah berfirman bahawasanya orang2 beriman itu akan Allah berikan hikmah iaitu dapat membezakan yang Haq dan yang batil. Semoga kita tergolong dalam golongan ini.

@author..
Sama, saya letakkan sokongan pada Iran atas nama Islam, semoga Allah redha.

FT..
Saya tak pasti sejauh manakah syiah di Iran pada zaman kini adakah ianya sama seperti dahulu yg hanya mengiktiraf ahlul bait..
jika begitu maka saya menolak Syiah kerana ketaksuban mereka.
Dalam soal memperjuang Islam, saya menuntut umat Islam tidak kira fahaman apa untuk kembali bersatu demi kesucian Islam. Sungguh saya masih cetek dalam berilmu dan masih sikit pengetahuan dlm isu ini. Siapalah pula saya untuk menilai dan menghukum kerana hanya Allah sebaik penghukum. Mohon maaf jika ada silap dari saya.
Wallahu'alam.

oriotoiro said...

tahniah dan terima kasih kerana berkongsi maklumat tentang hadis-hadis terpinggir sebegini.

kebanyakan orang syiah juga banyak yang sudah mendabik dada hingga ke tahap meminggir sumber hadis ini. apatah lagi mereka yang sunni.

sama ada benar atau tidaknya, kenyataan itu adalah destinasi sementara situasi yang sedang sarat dilalui hanyalah perjalanan menuju kepada KEBENARAN YANG SEMPURNA.

semoga tuan haji FT dan angkatan laskar budaya tuan sentiasa istiqamah dalam perjuangan, juga sentiasa dekat ke sisiNYA, Yang Maha Esa.

di jalan mana pun tuan berada, tuan tidak akan pernah bersendirian dalam perjalanan. harap diteruskan, tuan akan sentiasa berteman, insya-Allah.

Allahumma solli 'ala Muhammad,
wa aali Muhammad.

hellmy said...

HBAB Khair, saya tertarik dgn apa yang anda taip. Cth :

1. "jika begitu maka saya menolak Syiah kerana ketaksuban mereka".
2. "Dalam soal memperjuang Islam, saya menuntut umat Islam tidak kira fahaman apa untuk kembali bersatu demi kesucian Islam".

Sungguh kontradik!!!

paw said...

Barangkali artikel ini (http://metafizik-inderakayangan.blogspot.com/2010/08/fizik-teori-di-malaysia.html)
sedikit sebanyak mendedahkan kenapa kita masih ketinggalan ;-)

Uthman AG said...

Salam,
Abg FT.

mungkin abg boleh melawat ke page
ini

http://alonelylifebond.wordpress.com/2010/10/18/sejarah-dunia-yang-sebenarnya/

dlm video ini ada mengisahkan sedikit tentang ahmadinejad yg didakwa sebagai sekutu AS dan Zionis.

Saya agak sedikit keliru dgnnya krn bukan sahaja Ahmadinejad malah Saddam dan Yasser Arafat juga turut terlibat.Boleh abg titipkan sedikit pandangan?

TQ,
Salam.