
Bukan. Ketua Wanita UMNO ini bukan wanita syiah. Ini foto Datuk Seri Shahrizat Jalil melawat rakan sejawatannya (selaku Menteri Hal Ehwal Wanita) di Tehran.
Foto-foto di bawah adalah rupa wanita Iran. Syiah dan sunni. Pelbagai jenis etnik. Dari bermacam-macam tempat. Tua dan muda. Berjenis-jenis karier. Berjambul, atau berlitup penuh.
Foto-foto di bawah adalah rupa wanita Iran. Syiah dan sunni. Pelbagai jenis etnik. Dari bermacam-macam tempat. Tua dan muda. Berjenis-jenis karier. Berjambul, atau berlitup penuh.













































































Kata Saidina Ali, wanita adalah bunga, dalam rumah. Hargailah perempuan.
* Selamat menyambut Nisfu Syaaban.



10 comments:
Sebelum riuh gang-gang liberal ni bertempik bab multiracial,multietnik,mutliagama,
Iran sudah lama dalam keadaan begitu.Tak ketinggalan jutaan warga Yahudi yang diam di Tehran dengan aman damai.Tahniah Agha Faisal..
wanita adalah bunga
:)
*sangat suka yang memanjat dinding tu
Satu hari nanti, saya ingin membaca sebuah buku - fiksyen atau non-fiksyen - tentang Iran, daripada perspektif Faisal Tehrani. Iranologi, saya percaya ini memang menjadi minat sdr Faisal.
Wanita iran memang hebat. Hebat pd paras rupa dan keberanian.
Saya berpeluang melihat dgn dekat kejelitaan wanita iran semasa melakukan umrah 10 tahun lalu. Selepas solat asar kami beriadah di bazar2 sekeliling masjidil haram ketika memasuki sebuah bazar kami terserempak wanita iran yg berpakaian moden walaupun bertudung tetapi masih menampakkan muka yg jelita dan kulit lengan yg berbulu halus dan cantik. Masa tu bujang tapi melihat tak lah sampai berahi. Mungkin mereka wanita tercantik diciptakan di dunia ini.
Memanjat dinding tu pd pendapat saya tak lah extreme pasal ada tali dan safety gears yg cukup dibandingkan dgn mendaki bukit utk ke gua hiraq. Saya sendiri apabila sampai di kaki bukit atau anak gunung merasa cuak sebab tak ada laluan yg sempurna utk keatas, tetapi doa telah memberikan keberanian. Saya mengambil masa 45 minit utk sampai diatas maklumlah dgn berjubah dan berselipar jepun. Gua hiraq tempat nabi saw bermunajad terletak dibawah sedikit drp puncaknya. Yg mengagumkan saya selepas turun semula, datang 4 buah bas yg membawa kesemuanya wanita iran muda dan tua utk mendaki. Saya sempat melihat telatah mereka. Ada yg memanjat mcm jantan, ada yg merangkak dan ada yg ditateh utk bergerak dipermukaan bukit yg sebahagiannya curam dan licin.Demi rasullullah saw keberanian mereka teserlah. Kelihatan dari jauh seperti semut hitam memanjat busut.
Orang malaysia tak ramai yg ambil peluang utk menziarahi tempat bersejarah ini ketika disana kerana alasan tak ada dalam iteneri ziarah. Mungkin tak ada wanita malaysia yg pernah sampai di gua hiraq. Bayangkan wanita malaysia yg rata2 mcm saiz bik mama kederat pun tak mcm wanita iran kalau tergelincir jatuh bergolek2 mcm bola.
Apa pun kehebatan wanita iran ini sayang mereka berfahaman syiah.
Sokong sangat keterangan 'Bwh'. Betul tu. Wanita Iran adalah Syiah. So kalau ada peluang 'bantai' orang syiah ni, tak kiralah samada mrk lelaki/wanita/orang tua/kanak-kanak .... bantai jelah habis-habisan.
Mana boleh kita nak berpadu dengan orang Syiah ni - haram. Tapi kalau nak berpeluk sakan dengan Amerika & Zionis tidak mengapa. Yang itu tak haram. Lagi kuat berpeluk lagi bagus.
"Apa pun kehebatan wanita iran ini sayang mereka berfahaman syiah"
rasanya ini lagi tepat, " Wanita Iran ini sangat hebat kerana mereka itu Islam.
Apa masalah anda sebenarnya 'bwh'? Jika mereka Syiah sekalipun,mengapa? Beginilah, saya cadangkan, anda kahwini seorang wanita 'Syiah' Iran. Jadi, sekurang-kurangnya otak anda tak terus beku dengan cara 'accusive thinking' itu. Sekurang-kurangnya anda boleh belajar hormati fahaman atau mazhab orang Islam yang lain. Ok? Selamat berjaya! ;-)
Saudara bwh...
Harap anda bacalah satu blog dari Syiah yg saya kira sangat teratur dari segi bahasa dan penulisan:
Nah, baca:
http://www.shia-explained.com/
Saya tidak suruh anda jadi Syiah..saya juga membaca tetapi tidak jadi Syiah.. Cuma apa yang saya harap dari pembacaan adalah untuk memahami kedudukan Syiah dan tidak lagi mengkafir/menyesatkan mereka..
Jangan disebabkan kebencian yang melulu melemahkan umat Islam.
Sila sebutkan, negara Sunni mana yang paling lantang menentang Amerika? Malaysia?
Wanita pelengkap kebahagian rumahtangga Wanita Muslimah
Salaam Ramadan Faisal;
Saya kagum dengan keindahan dan Keislaman wanita Iran, khususnya yang jadi bomba tu.
Tak payahlah kita membenci Syiah apatah lagi mengkafirkan mereka walaupun begitu menyebarkan Syiah rasanya taak sesuai kot. Nanti lebih berpecah kita ni.
Iran dengan Turkish memang cun dan gagah Islam walaupun ditekan (Turkey).
Kay
member lama UM 1994-98 lawan pak din Nazruddin Hashim
Post a Comment