

Nak panggil taman tema Hezbullahland pun boleh. Nak panggil taman tema syiah pun boleh.
Selamat datang ke taman tema Hezbullah. Anda boleh mengenal mengapa mereka berani melawan zionis sambil membandingkan diri (atau membandingkan wahabi) mengapa kecut menentang zionis.
Hezbullahland siap dengan pemandu pelancong. Jadi anda boleh melihat bagaimana kubu Zionis boleh dirabak senang-senang oleh tentera Hezbullah. Terdapat benteng Zionis yang dipenuhi helmet, but, serta bom yang telah dimatikan. Ini termasuklah kereta kebal Merkava-4 milik Israel yang konon canggih itu menjadi leper macam roti pau Tanjung Malim kegemaran Tan Sri Rafidah Aziz (lihat foto paling atas).

Di sini terdapat memorial Mughniyah dan jemputlah menghadiahkan al-Fatihah untuk assyahid di sini.

Terdapat juga alat-alat beribadah milik as-syahid Abbas Moussawi, yang dibunuh Israel secara pengecut menerusi serangan udara.
Di Mleeta, anda juga boleh belajar dan bermain perang-perang. Di tangan mereka - Hezbullah - Israel pernah dimalukan. Dan di tangan Nasrallah, pembantu Allah ini akan mengajar kebongkakan Zionis.
Terima kasih tentera syiah kerana berjaya memalukan Zionis. Tabik kepada Hezbullah. Kami sunni, nak bersatu pun payah.



13 comments:
ngaku jela syiah.. wtpe nak takut..
salam.
saudara faisal,
teruskan usaha mempromosi iran. saya tak pernah tahu iran begini hebat kerana media dunia memang tak pernah siarkan kehebatan iran.
Alhamdulilah. Bagus maklumat ini.
bersatu atas nama agama boleh,
atas nama kebajikan boleh,
atas nama politik,..tukar dasar dulu dan jatuhkan ego utk tunduk kepada tuntutan agama
Khairul Anwar,
Kenapa perlu takut? Kenapa perlu mengaku walaupun bukan? Pelik!
setuju dengan saudara free.
saya pun sama. banyak tahu pasal iran dari blog saudara.
teruskan usaha anda!
Iran memang negara hebat.
Salam.Kita suma syiah,mana ada mazhab.Ahlul Sunnah itu syiah Muhammad wa Ibrahim,begitu juga dengan Ja'fariyyah.Kita semua berpengang pada tali-tali Allah.Siapakah yang bisa pisahkan Ahlul Sunnah DENGAN Ahlul Bayt?!jangan biarkan Khawarij(wahabi)kelirukan ummat Muhammad.Jadikan Perang unta sebagai contoh dimana Aisyah ra. menghadapi kekeliruan besar lalu memerangi Amirul Mukminin Ali kw. kerana dihasut oleh Talhah dan Zubir yg menganggap Ali ra. mmenumpahkan darah Uthman ra. jangan jadikan syiah musuh kita kerana kita sendiri ialah syiah.
Kita syiah Muhammad!
SELAWAT
syiah memang hebat! kalau ahli sunnah dah tentu lari lintang pukang,tak pun nak senang jadi talibarut yahudi dan amerika mcm wahabi tu..........!
Iran adalah sebuah negara yang indah & permai. Cantik pergunungannya ketika musim sejuk :-)
assalamualaikum wbt, dah lama ana percaya barat telah memanipulasi kisah bumi Iran dengan buruk. Berita yang disampaikan media memang jauh dari kebenaran.
Jazakallah atas semua informasi yang diberikan kerana ia menambahkah keyakinan tentang kejernihan pentadbiran Islam pimpinan Ahmadinejad itu. Semoga Allah merestui dan memberkati pentadbiran Islam di Iran.
Teruskan usaha dalam menyampaikan dan menyebarkan alHaq!
salam saudara faisal..saya memohon pertolongan saudara untuk menceritakan sedalm-dalamnya apa itu syiah & apa itu sunni..kerana saya baru berjinak-jinak dalama arena ini..pengetahuan masih lagi cetek..
kami remaja ASWJ akan sentiasa support perjuangan HEZBOLLAH dan saudara FAISAL dalam menegakkan syiar islam. allahuakbar!
teruskan semangat ini FAISAL.:-)
Post a Comment