16 July 2010

Mengapa Islam Tidak Akan Bangkit Semula Dari Sini?

Balik-balik UMNO dan PAS main isu siapa lagi handal perjuangkan Islam. Balik-balik nak bersatu perjuangkan Islam, tapi tak juga bersatu-satu. Asal-usul keduanya adalah 'Islam-Istana' maka ia berpusing dalam lingkaran yang sama.




Remaja Kita. Nilai Sendiri.




Kehidupan Remaja di Jeddah, Arab Saudi.


Tapi, yang ini lain:











Yang ini siapa?

Mereka adalah Basij (Baseej-e Mostaz'afin atau "Gerakan Mereka yang Tertindas"). Mereka adalah sukarelawan yang digerakkan oleh Ayatullah Ruhollah Khomeini pada November 1979. Foto atas adalah sekumpulan Basij tidak jauh dari Tehran. Kebanyakan mereka anak muda. Tetapi ada juga yang sudah 'pencen' tetapi bersemangat untuk berjihad. Tugas mereka sebagai paramilitari, termasuk ketika darurat dan kecemasan. Mereka juga berperanan untuk kerja-kerja kebajikan, dan menguruskan perayaan agama. Mereka hanya patuh kepada Imam Ali Khamenei. Mereka inilah yang Israel, Amerika dan Arab Saudi takuti.


'Islam-Istana' tertegak atas retorik. 'Islam-Aktual' adalah sebaliknya.

* Memang akan ada yang 'berbulu' dengan entri ini. Wallahua'alam.

17 comments:

Faizal said...

ahaa...ini yang ditunggu-tunggu.

Susah Tuan Haji..retoriknya terlalu banyak. Quran dan sunnah nabi tak mahu ikut juga. Sampai kiamat pun tak bangun-bangun Islam kalau macam nih.

Yang selalu dok ulang-ulang dalam ceramah,

"Islam akan tetap bangkit suatu hari nanti". Entah ini dalil sahih atau tidak saya pun kurang pasti.

Tapi tak nampak jalan lagi lah setakat ni. Kabur!

zara aluwi said...

Apa yang nak 'diberbulukan' dah memang betul pun. Saya sokong pendapat berkenaan.

zahra said...

Salam.

"Islam adalah agama tauhid, sedangkan makna tauhid adalah membebaskan manusia dari belenggu peribadatan kepada segala sesuatu (selain Allah), dan penyerahan diri kepada Allah semata-mata. Tauhid bermakna membebaskan diri dari belenggu semua sistem dan bentuk kekuasaan sewenang-wenang. Dan tauhid juga bermakna meruntuhkan dinding ketakutan terhadap kekuatan setan dan materi. Demikian pula, tauhid bermakna bersandar pada kemampuan manusia yang tiada batas, yang telah diletakkan Allah SWT dalam eksistensi manusia dan menghendaki agar diaktualisasikan; seraya menganggap meninggalkannya sebagai meninggalkan kewajiban.

Maknanya, janji Allah untuk memberi kemenangan kepada orang-orang tertindas di hadapan para penindas hanya akan terwujud dengan syarat kebangkitan, jihad dan istiqamah." - Imam Ali Khamenei, Perang Kebudayaan:151

Sudahkah kita benar-benar menghayati tauhid lalu bangkit berjihad dengan istiqamah?!

Wassalam.

Safinaz Hanum Ahmad Anuar said...

erm.. anak muda terdedah kepada banyak sangat unsur-unsur hiburan..

Dari yang kecil (bintang kecil, idola kecil, pondok-pondok)sehingga remaja (AF, OIM, Mentor).. payah nak cakap pada dinding yang tak mahu berakal!

MARI DERMA DARAH
BANK STEM DARAH TALI PUSAT

bwh said...

Sdr FT,

Islam tidak akan bangkit dr sini kerana kerajaan yg memerintah tidak melaksanakan undang2 islam berdasarkan Alquran dan hadis. Malah rosaknya belia2 sebagaimana sdr paparkan disebabkan kerajaan mengenepikan syariat islam dan berlaku kufur terhadap syariat Allah. Hal ini ada dinyatakan didlm Alquran.

Islam pun tidak akan bangkit dr Iran kerana fahaman syiah yg bida'ah. Kalau Arab Saudi jugak bukan tempat islam bangkit tetapi sekurang2nya mereka mempunyai Mekah dan Madinah yg akan selamat dr kemaraan fitnah dajjal kerana selain dr kedua2 bandar tersebut, akan hancur dilanggar oleh dajjal dan yakjut makjut sebelum datangnya hari kehancuran yg maha besar iaitu kiamat.

Dimana dan bila islam sebenar2nya akan bangkit semula bersama2 dgn Iman Mahadi dan Isa ibnu Maryam bagi melenyapkan segala kebatilan, hanya Allah sajalah yg tahu dan kita hambaNya yg bodoh dan hina hanya dapat mengagak berdasarkan hasutan hawa nafsu yg rosak.

Wallahu'alam

Faiz As-Syirazi said...

saya setuju 100%. lihat sejarah dunia bagaimana turun dan naiknya Islam itu. Dinasti Umayyah yg gemilang akhirnya runtuh disebabkan perkara yg sama. xikut jln yg sbenar.

asyMok_Aambo said...

bukan salah ibu yang mengandung.
juga tidak silap ayah yang pancut kat dalam.

mns said...

lagi2 nak swing . Ambil sisi yang elok dari syiah dan bandingkan dengan sisi yang buruk di sisi sunnah . Takkah ini juga namanya jenayah penulisan wahai si penulis agung .. ?

Kadang2 kita gadaikan prinsip untuk benarkan apa yang kita pegang . Saudara pun tak terlepas dari situ .

Mengapa tak ambil gambar aktiviti pemuda PAS dan aktiviti pemuda UMNIO . Ambil gambar muslimat PAS dan bandingkan dengan wanita UMNO . Adakah mereka ini sama sahaja perjuangan mereka ? adakah mereka menerima Islam sama saja ?

malu bila penulis hebat sebegini mula memanipulasi penulisan untuk kepentingan pegangan sendiri

huda~** said...

aku giler sedih dgn budak2 zmn skrg ni (malaysia) :(

aku sokong jenis remaja yg ketiga. kalau boleh aku pon nak dididik mcm tu. di sini. di tmpt aku lahir dlm suasana sbegitu. jihad dan semangat.

remaja, pd masa itulah semangat mereka sdg mmbara dan darah mereka panas. patut dimanfaatkan dan dituntun dgn sbnr2 ikut cara dan cth teladan nabi, ahlul baitnya dan syariat agama.

pez said...

maka timbul persoalan,bagaimana ingin dilahirkan remaja sebegini?

Ibn Ali said...

terima kaseh. saya semakin mengkaji.doakan.

hellmy said...

bwh - Itu sebablah kena datang dan tonton teater Kopitiam Ghadir. Baru nanti awak boleh mula mencari jawapannya

Safinaz Hanum - Lepas ini kita mohon stesen TV supaya buat rancangan 'Jangan Lupa Hadis' pula ya?

Slmt berjaya para mukminin & mukminat! :-)

hafszach said...

•SEJARAH TELAH MEMBUKTIKAN BAHAWA UMNO BERSEKONGKOL DGN YAHUDI SEJAK ZAMAN SEBELUM KEMERDEKAAN NEGARA LAGI…

Bila UMNO kata mereka yg memperjuangkan kemerdekaan tanah air kita ini.. maka hampir 80% golongan muda dan golongan cerdik pandai dari kalangan bangsa melayu akan bangun berdiri meminta bukti serta fakta yg kukuh siapa dia manusia2 dlm UMNO yg mempertahanankan tanah air kita dahulu..

Orang UMNO mana yg mengangkat senjata menentang penjajah..?? orang UMNO mana yg terpaksa melarikan diri ke dlm hutan dgn meninggalkan anak, isteri / suami semata2 kerana diburu oleh tentera2 british kerana dituduh sbg komunis dan gerakan2 berhaluan kiri..

Tun Mahathir dan Tunku Bedol Raman Kat mana masa tu..??
dibawah naungan British bukan..??
menjadi anak emas Britishkan..!!

Knp para pemimpin melayu yg menentang British ditangkap di bawah ISA, dibunuh dan diburu sehingga ke dlm hutan..??

Siapa yg menjadi dalang dan tali barut British serta pemberi maklumat risikan kpd pihak British tentang gerakan2 pejuang melayu tersebut sehinggakan mereka semua dijejaki dan ditangkap oleh british… ??

Golongan yg menjadi " BARUA " British inilah yg pada waktu dan ketika ini dgn tidak berasa segan silu mengatakan bahawa mereka semualah yg berjuang menuntut kemerdekaan..

Wahai sekalian Mahluk UMNO kalau kalian semua bodoh jangan pula cuba nak memperbodohkan org lain terlebih2 lagi golongan generasi muda melayu..

Semua org tahu yg UMNO ini dululah yg menjadi kakitangan serta mata telinga British dan bekerja dgn kerajaan British untuk mentadbir Malaya..

Huhu..!! kalau dgn Puak2 tak berpelajaran serta sengal bolehlah nak temberang….

Semua org tahu bahawasanya,Orang2 UMNO nilah dahulunya yg mengampu pihak British serta menghasut dan merendah2kan org melayu dgn hasutan yang cukup popular pada masa itu..

” Macam mana org melayu nak perintah negara sendiri kalau nak buat Jarum sebatang pun tak tahu ”

Justeru itu UMNO dgn redha menerima pakai Perlembagaan Negara ciptaan Sir Load Reid ( seorang Yahudi ) hingga ke hari ini dan membakulsampahkan hukum Allah.. - bukti nyata UMNO bersekongkol dgn musuh Allah.

Ketika British memperkenalkan konsep ” Jus Soli ” iaitu menerima dan mengiktiraf semua bangsa yg berada di Malaya ketika itu sebagai warga negara malaysia ( cina dan india ). Siapakah yg bersetuju dgn agenda yahudi tersebut..?? bukankah tangan2 UMNO yang menyambutnya dgn redha..?? walaupun ketika itu semua ulama` yg bercita-cita mendirikan daulah islamiah dalam negara kita menentang agenda Yahudi tersebut..?? Apakah UMNo masih nak menafikan segala kedurjanaan mereka ketika itu..

Tunggulah di makamah Allah dipadang Mahsyar nanti dan saksikan lah bagaimana Allah membentangkan segala2nya berhubung tentang peranan UMNO bersama2 Yahudi dan Nasara bersepakat merencanakan penubuhan negara proxy yahudi di Malaysia ini.

Kami merayu kepada sekelian Penyokong serta Ahli UMNO yang kononnya drpd golongan cerdik pandai melayu, silalah Tuan2 dan Puan2 senaraikan beberapa nama2 Para pejuang UMNO yg telah ditangkap serta dipenjara oleh pihak British dan telah menggadaikan nyawa mereka demi mempertahankan kesucian Agama dan Maruah bangsa Melayu..

Sila nafikan bahawa org yang merangka serta menulis Perlembagaan Negara Malaysia ( Sir Load Reid ) Bukan seorang Yahudi Laknatullah.. sehinggakan dalam frasa2 terakhir Perlembagaan Negara Yahudi sendiri menulis ” Bahawasanya selepas ini tiada sebarang Undang2, akta mahupun peraturan baharu yang boleh mengatasi segala Undang2 yang telah termaktub di dalam perlembagaan Negara baru Malaysia yang merdeka lagi berdaulat.

* Dengan termatrinya frasa2 terakhir tersebut maka segala hukum Allah telah dipijak2 serta diinjak2 di bawah telapak kaki yahudi Laknatulullah hanya dgn kita berpegang kepada Perlembagaan Negara ciptaan yahudi tersebut.
Sila cabar fakta dan sahutlah cabaran Aku wahai panglima dan srikandi ketuanan sekular UMNO..??

HBAB khair said...

Salam,
Pemuda-pemudi negara tidak terbangkit. Lihatlah sahaja pendedahan yang diberikan kepada masyarakat. Hidup semata hiburan, sedar entah bila, lebih rela mati katak! Aduhai inilah realitinya. Ayuh syabab bangkitlah!

Nur Adilah said...

Salam Tuan Haji

Saya mengambil kesemua gambar dan quote tulisan tuan haji dalam post untuk dimuatkan dalam blog saya (www.kunyitthelongtail.blogspot.com) saya bau berjinak2 dengan dunia blogger ini dan blog tuan haji antara blog inspirasi saya. mohon diizinkan untuk kali ini=)

terima kasih tuan haji=)

Jukipeli said...

Assalamualaikum dan Salam Satu Ummah,

"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akan kuberjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah."

~Imam As-Syahid Hassan Al Banna~

Dari Sahabat Untuk Sahabat.

لا إله إلا الله محمد رسول الله

Wassalam.

ENIGMA said...

mmg bbeza benar rakyat islam di malaysia dan di negra islam yg lain.
tpini terjadi mungkin akibat kerajaan sdiri especially dalam bidang pendidikan
pendidkan agama tidak blh sama sekali dipisahkan dr subjek2x spt matematikdan sebagainya.mereka same penting.