02 July 2010

Macam Tak Jumpa Selama Ini, Macam Tak Perasan...

"Janganlah menyalahkan kami. Yang penting ialah kita bersatu. Banyak musuh di luar sana. Ustaz, kalau emosi menguasai kita. Dan kita tidak menggunakan akal pemberian Allah kita akan menjadi seperti iblis yang takbur tidak mahu menghormati Nabi Adam alaihssalam bila diperintahkan Allah berbuat demikian. Kerana itulah iblis menjadi kafir." - Salah satu petikan dialog dalam Kopitiam Ghadir.

Kopitiam Ghadir 1-4 Julai 2010, di Muzium Telekom (Tingkat 2) bermula pada pukul 8.30 malam. Pada 4 Julai, pementasan tambahan turut diadakan pada pukul 3 petang. Tiket adalah RM10. Tiket dijual diluar mulai jam 8 malam. Untuk beli dalam jumlah banyak sila hubungi saudara Luqman Hisyam 0122335263 (sms sahaja).