07 July 2010

Kopitiam Ghadir: Menjawab Rebecca

Saya jarang menjawab kritikan terhadap karya saya. Tetapi kali ini saya rasa penuh tanggungjawab untuk membetulkan keterpesongan ulasan saudara Rebecca Ilham. Menurut beliau Kopitiam Ghadir menyogokkan wacana sehala.

Saya akui.

Mengapakah Kopitiam Ghadir 'onesided'? dan tidak 'doublesided'?

1. Kerana, saya hanya menggali dari sumber ahlus sunnah wal jamaah SAHAJA. Iaitu Sunan Tirmidzi dan Musnad Imam Ahmad. Jika saudara mencari dalam kitab-kitab hadis sunni yang lain apakah ada sebarang hadis yang diriwayatkan oleh keluarga Rasulullah saw tentang baginda, kita hampir tidak menemui apa-apa pun. Ya keluarga baginda bergelumang dengan Nabi Muhammad siang malam tetapi hampir tiada rakaman dan riwayat daripada keluarganya. Tentu aneh. Tentu onesided. Menurut pandangan saya, kitab-kitab hadis besar 'kita' (ya saya sunni) onesided terhadap ahlul bait. Tahukah saudara dalam beribu-ribu hadis sahih yang dihimpun oleh Imam Bukhari dan Muslim, jumlah hadis yang diambil daripada Sayyidah Fatimah Zahra tidak sampai sepuluh buah pun. Saya tidak dapat membina kes doublesided dalam Kopitiam Ghadir kerana sumber saya sendiri sudah memang onesided.

2. Nah, jika saya memang ingin melakukan doublesided discourse menerusi Kopitiam Ghadir saya "akan terpaksa" merujuk kita-kitab hadis syiah. Saya merujuk kitab sunni pun orang kata saya syiah, kalau saya merujuk kitab hadis syiah untuk bina wacana doublesided agak-agaknya bagaimana? Rasanya bagai diikat tangan di belakang kemudian dipukul, begitulah lagaknya.

3. Tok Malaya adalah protaip ustaz wahabi yang pelbagai kajian akademik telah membuktikan, mereka 'kurang senang' dengan ahlul bait. Tok Malaya jika begitu bukan citra ustaz sunni.

Terdapat orang mengeluh Kopitiam Ghadir terlalu banyak menyelitkan lagu. Duhai, lagu-lagu tersebut menerangkan naratif juga. Ini adalah sebuah karya didaktik yang menggunakan setiap paksi naratif yang ada dalam teater untuk berkhutbah mesej yang ada. Tidakkah mereka tahu Kopitiam Ghadir adalah karya separa muzikal? Mengapa orang boleh menerima muzikal seorang puteri berkemban yang berpeluk erat dengan Hang Tuah yang diimport dari Eropah tetapi menolak untuk menerima lagu-lagu memuji Rasulullah saw? Sungguh memualkan.

Saudara Rebecca, adalah murid saya yang baik dan berpotensi. Terima kasih kerana hadir menonton, jika saudara unconvinced, itu memadai buat saya. Dan jika saudara hungry for more - jangan tunggu disuap - cabaran saya - walaupun ia bukan bidang saudara; saudara mesti menggali sendiri untuk 'berasa kenyang'. Di telaga haudh nanti saudara tidak boleh menemui Rasulullah saw untuk mendapatkan syafaatnya dengan alasan 'Ya Nabi Allah aku tidak menggali itrahmu iaitu itrah Nabi kerana bidangku bukan hadis tetapi cari gali!'

Ya, aneh apa jika ada sarjana oksidentalis yang hebat langsung terhijab dan tertutup? Saidina Ali pun ketika meminta kesaksian peristiwa Ghadir Khum hanya didokongi oleh dua belas orang sahabat yang pernah menyertai perang Badar. Sahabat lain yang beribu-ribu jumlahnya itu ke mana? Kenapa tidak menyokong beliau?

Saya tidak tahu. Sumber kita tidak memberitahu. Ya, kita sendiri onesided terhadap beliau. Kerana itulah saya membayangkan perasaan sayu Saidina Ali dengan dialog Wak Seman: 'Kota kami tidak diiktiraf. Ada dalam peta tapi tak diakui wujud. Tapi tak apa. Tak pandang pun tak apa. Kami bahagia.'

* Foto diambil dari blog Shierrahh Ivy, klik sini. Baca juga blog Afizisfaiz di sini.

8 comments:

Mohd Iswazi said...

Kebenaran itu bersifat tunggal. Dengan sifat ini...kebenaran juga memilih one side, tidak double side. Peristiwa Ghadir sulit bagi yang masih berselimut dgn selimut jumud dan taklid. Namun tatkala bersedia menanggalkan selimut itu, pasti tersingkap keterbukaan, hilang jumud, bubar taklid. Kalian akan megah berpegang dengan hujah one side...Persoalannya...sudikah untuk menanggalkan selimut itu?

amirul said...

Salam, saya tidak berpeluang menonton kerana pementasannya jauh di kuala lumpur, tetapi dengan membaca semua buku saudara yang berkaitan; karbala, nama beta sultan alauddin dan saasatul 'ibad, serta mengetahui peristiwa yang berlaku di ghadir qum, mehamami perasaan saudara yang sudah meluat dengan kepura-puraan yang ditonjolkan. Saya mungkin mampu menguruskan pementasan di sebelah utara jika saudara FT mahu dan sudi. Cumanya saya perlu mengetahui kos untuk membawa pementasan saudara ke sini (utara) Mudah-mudahan, Allah memelihara saudara.

blurr33 said...

Salam,terima kasih bang, tergerak saya untuk mencari-cari demi untuk melampias tekak yang tiba-tiba dahaga.
Semoga saya diberi petunjuk dan hidayah Nya, mudah-mudahan.

Hafiz said...

'Satu hala' atau 'dua hala' tidak menjadi satu masalah sebenarnya, kebenaran itu satu, ia tidak berbelah bahagi, apabila sudah ternyata benar, apa yang perlu kita gusarkan dan patutnya kita terus mengali kebenaran tersebut agar kita terus berada dalam kebenaran. Berlapang dada adalah salah satu perkara yang patut kita lakukan, jika masih tidak puas hati, buatlah pengkajian dan penilain sendiri. InsyaAlah jika kita benar-benar berlapang dada dan berfikir berpandukan wahyu dan tunjuk ajar Rasul tercinta kita pasti menemui kebenaran. Jangan cepat melatah mengatakan ini salah, itu salah, akhirnya kita juga yang rugi kerana kebenaran itu sudah betul-betul hampir mendatangi kita.

a.K.u said...

Puashati dapat menonton Kopitiam Ghadir.. :)

habib said...

allahhumma shalli ala muhammad wa ali muhammad

zahra said...

Salam.

"Kini tibalah saatnya kira kembali mengalihkan perhatian pada apa yang telah anda sebutkan, iaitu soal usaha mempersatukan kembali kaum Muslimin.

Menurut pendapatku, hal itu tidak bergantung pada beralihnya kaum Syiah dari mazhab mereka. Ataupun beralihnya Ahlul Sunnah dari mazhab mereka. Sebaliknya, mengharuskan kaum Syiah sendiri untuk beralih dari mazhab mereka tanpa mengharuskan pihak yang lain untuk berbuat yang sama, adalah suatu usaha yang tidak punya dasar sama sekali, bahkan berlawanan dengan kebenaran, dan juga pada akhirnya merupakan sesuatu yang tidak mungkin dilaksanakan, sesuai dengan apa yang telah kami kemukakan.

Tetapi membina kembali persatuan dan kesatuan kaum Muslimin dapat terlaksana, jika saja kalian - Ahlul Sunnah - mahu mencatat dan mengesahkan mazhab Ahlul Bait, dan menganggapnya sebagai salah satu dari mazhab kaum Muslimin yang lain. Sedemikian rupa sehingga pandangan pengikut Syafie, Hanafi, Maliki dan Hambali terhadap mazhab kaum Syiah (pengikut keluarga rumahtangga Rasulullah SAW) sama saja pandangan masing-masing terhadap mazhab lainnya. Dengan ini tercipta kembali persatuan kaum Muslimin, dan terbina kesatuan mereka!" - al-Musawi, Dialog Sunnah Syiah: 22

Kopitiam Ghadir adalah persoalan tentang penerimaan masyarakat setempat tentang sekumpulan manusia yang berpegang pada itrah Rasulullah SAW.

Usah sulitkan perkara yang mudah. Jika tidak dapat menerima sekalipun, memahaminya sudah memadai. Tetapi untuk memahami, haruslah mencari. Itu sahaja.

Wassalam.

hellmy said...

Untuk memahami dgn lebih mendalam tentang mesej yang boleh didapati dari pementasan teater ini adalah melalui pintunya. Pintu itu adalah SELAWAT. Rebecca Ilham, selamat mencuba! :-)