
Paramagnetik Untuk Rawatan Kanser (Di sini)
Profesor Osman Bakar yang terkenal dalam sebuah seminar baru-baru ini, ketika membuat penggulungan pembentangannya menyebutkan - 'Kita harap untuk terus meneguk dan minum dari kemelimpahan pancuran khazanah ilmu dari Iran'. Dalam seminar itu juga hadirin "mentertawakan" seorang pensyarah wahabi dari Somalia yang memalukan dirinya - dengan menolak falsafah - sambil berani 'mengkafirkan' Ibnu Farabi dan Ibnu Sina. Dia kononnya inginkan kemajuan sains tetapi dia terlupa saintis-saintis yang sangat hebat dalam dunia Islam itu seorang ahli falsafah (justeru seorang ulama), dan tentu; mereka syiah.
Berita tentang kemajuan sains dan teknologi di Iran (tanpa memerlukan pengajian dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris) terlalu banyak, sentiasa ada, sampai tak terkinikan. Hanya orang yang ketinggalan epistemologi dan ontologi sahaja terekor-ekorkan Barat lalu menghamun jatidiri sendiri. Di bawah ialah foto-foto mahasiswa kejuruteraan awam di Iran yang sedang bereksperimen untuk 'mencipta' sebuah jambatan.
Berita tentang kemajuan sains dan teknologi di Iran (tanpa memerlukan pengajian dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris) terlalu banyak, sentiasa ada, sampai tak terkinikan. Hanya orang yang ketinggalan epistemologi dan ontologi sahaja terekor-ekorkan Barat lalu menghamun jatidiri sendiri. Di bawah ialah foto-foto mahasiswa kejuruteraan awam di Iran yang sedang bereksperimen untuk 'mencipta' sebuah jambatan.




















* Kekuatan sebuah bangsa sehingga dapat membangun dan mencipta ialah kerana jati dirinya, dan jati diri Iran sebagai sebuah entiti umat Islam ialah syiah. Kita pernah terberak-berak menurut Mahathir supaya pandang ke Timur dan belajar segala konsep Jepun. Jadi, mengapa takut mempelajari sesuatu yang memang dalam lingkungan Islam sendiri?
Inilah punca-puncanya Iran ditekan disekat dan dinafikan hak memajukan industri nuklearnya. Inilah sebabnya Amerika, Zionis dan Arab Saudi gerun. Dan kaedah mudah menjauhkan kita dari bersatu, dan membangunkan umat ialah dengan 'pecah-perintah' dan labelkan mereka sesat.Orang sesat terus maju.
Kita terus menuduh mereka sesat.
Kita terus menuduh mereka sesat.







9 comments:
Setuju...
kemajuan sains harus "invariance" terhadap bahasa.
Yang mustahak sekali individu yang terlibat berani meletakkan diri di "frontier".
Kemajuan dan penemuan teknoloji sesebuah kaum tidak bermakna Allah redo dgn fahaman agama kaum itu. Waimah apa benda yg Allah anugerah di dunia ini kpd setiap hamba samada mereka itu muslimin atau kafir adalah disebabkan Ar-Rahman dan Ar-Rahim Nya dan tiada kena mengena langsung dgn amalan dan pengabdian diri kpd Allah. Sdr FT, disarankan kamu kajilah betul2 kedua2 sifat tersebut drp membuang masa mencanangkan syiah.
Yang sesat tetap sesat dan bida'ah tetap biada'ah kerana ini telah jelas berdasarkan syariat yg ditetapkan didlm Al-Quran dan hadis rasullullah saw.
Oleh itu sdr FT dicadangkan berhijrah ke Iran kerana disana sdr akan lebih selesa kerana muka sdr pun kalau diperhatikan betul2 nampak tension, mungkin pasal fahaman syiah sdr tidak ada tempat disini.
Dua ayat terakhir saya suka.
Salam saudara FT,
tak der aper yg nak saya komen, tapi bacalah link dibawah ini. Mungkin saudara pernah membaca artikel ini tapi bagi saya ada sesuatu untuk difikirkan.
Saya doakan saudara berjaya dunia akhirat. Sesungguhnya saudara seorang yg berbakat besar, gunakan bakat yg ader utk kebaikan ummah, khas nya umat islam suni di malaysia, tanah air tercinta ini.
http://saifulislam.com/?p=29
Hebat!!! Kagum melihat kehebatan Islam di sana.. Apabila benar sudah pasti ianya kan teserlah.
Benar. Kemajuan golongan yang "dilabel sesat" inilah yang bergerak maju ke hadapan sehingga menggerunkan pihak musuh. Sedangkan golongan yang 'melabel' tak maju-maju. Atau pun maju, tetapi tunduk bawah kuasa Amerika. Mungkin Amerika baru gertak "Tak Boleh" dah terketar-ketar.
bwh
sdr, ini bermakna kemajuan sains dan teknologi yang pernah dikecap di zaman abbasiyyah, andalusia dan othmaniyyah juga tidak bermakna Allah redho kepada 'daulah Islamiyyah' tersebut?
Saya teringat apabila Saidina Ali mengatakan kepada Muawiyah bahawa dia telah membunuh Amar bin Yasir, dan menurut sabda Rasulullah saw Amar bin Yasir nanti dibunuh pengkhianat, jadi Muawiyah adalah pengkhianat. Muawiyah auta balik dengan mengatakan kepada saidina Ali, "Amar bin Yasir dibunuh Saidina Ali kerana Saidina Ali yang bawanya pergi berperang di Siffin."
Jadi saidina Ali pun bertanya kepada kem Muawiyah, "Adakah ini bermakna Rasulullah saw membunuh Hamzah bapa saudaranya dengan membawa beliau ke uhud?"
sdr bwh, berhentilah menghantar komen memperbodohkan diri di blog saya silalah memperbodohkan diri di blog saifulislam contohnya.
sdr kak,
doa sdr saya aminkan tulisan sdr saifulislam saya baca hari2. dan ada yang tidak akademik sama sekali. perihal abdullah bin saba telah dibuktikan oleh tesis2 dan esei ilmaih sejarah di UM sendiri (malah di seluruh dunia) adalah perbuatan mereka yang bencikan ahlul bait. hari ini ada orang benci nik aziz ada orang gemarkannya. tak susah mana nak burukkan ahlul bait apabila buku sejarah membuktikan bahawa kem umaiyyah menggunakan mimbar masjid mencela saidina ali dan keturunan Rasulullah saw sepanjang ia berjalan kecuali ketika pemerintahan umar abdul aziz. keadilan sejarah tidak terletak di tangan saifulislam atau mana-mana sarjana pun. tangan pun ada dua 'muka'.
wassalam.
salam.
ana tidak mahu mempertikaikan isu syiah ini.
tapi ana memilih untuk menyokong Iran atas nama Islam.
Daripada ana mendabik dada menyokong Kuffar adalah lebih baik menyokong yang berpanji di bawah Islam.
wallahu'alam
aku sokong brader Khair.. sokong Iran, kerana Islam. Semua kita bersaksi atas ALLAH, apa barang mau gaduh-gaduh.
hal-hal pemikiran dan falsafah, biar cendekiawan Islam macam Dr.FT dan mereka yang seangkatan beliau bincangkan.. orang gembel macam aku, dengar, nilai, ikut setakat kemampuan ilmu aku sendiri.. ada benda kita memang tak boleh nak faham bro.. otak karat..
Post a Comment