Novel Tuhan Manusia karya Faisal Tehrani pula, pada pendapat saya, adalah sebuah novel yang dihasilkan oleh seorang pengarang propagandis – hal ini kerana sebagai sebuah novel yang ditulis dengan aliran dan gagasan persuratan baru, ia telah berjaya memaparkan watak-watak intelek yang berhujah dengan sifat penuh keilmuan bagi menyampaikan propaganda Islamnya dalam usaha menghentam aliran liberal yang menyimpang dari ajaran tradisional Islam. Ketika menulisnya, pengarang dengan penuh sedar ingin berdidaktik. Justeru peranan pengarang bukanlah lagi sebagai seorang seniman, sebaliknya telah berubah menjadi seorang intelek – seperti seorang pensyarah yang mensyarahkan ilmu kepada anak didiknya – begitulah pengarang menkhutbahkan pelajaran kepada para pembaca. Para pembaca yang dahagakan ilmu akan berasa puas membaca novel ini, dan setelah menutup ke halaman terakhir – sama ada bersetuju atau tidak dengan apa-apa yang dipropagandakan oleh pengarang itu – pembaca tetap akan menjadi lebih pandai daripada sebelumya.
Saya sama sekali tidak bermaksud ingin melabelkan Faisal Tehrani pengarang propagandis – tidak sama sekali. Beliau ialah penerima anugerah seni negara, pengarang mapan tersohor yang menjadi penanda aras mana-mana penulis muda hari ini dan saya mengaguminya sepenuh hati. Dan saya juga tidak memaksudkan ungkapan propagandis dalam konotasi negatif – tidak sama sekali. Yang saya maksudkan ialah ketika menulis Tuhan Manusia, pengarangnya telah memilih untuk mengambil sikap, telah berkeputusan untuk menyatakan pendirian, maka berperananlah dia sebagai seorang propagandis. Tetapi ketika menulis novel Perempuan Politikus Melayu pula, misalnya, Faisal Tehrani telah bertindak sebagai seorang seniman, bukan propagandis, kerana novel itu memaparkan dengan sepenuh realiti akan dunia haiwan-haiwan politik.
Aidil Khalid menulis di sini.

2 comments:
Salam FT,
Saya dahulunya beraliran Sains tidak pernah terdedah langsung kepada Sastera. Sastera adalah asing kpd saya. Tetapi membaca karya2 FT membuatkan saya amat menghargai sastera. Kini anak saya yang berumur 13 tahun juga amat meminati karya2 FT.
Salam.
Maaf, tapi karya-karya faisal tidak bersifat propaganda, sehinggalah tercetus di Kopitiam Ghadir; atau mungkin telah ada secara sipi dalam siri novel "Perempuan di Wajah Langit Pagi."
Namun saya tidak boleh berkata apa-apa kerana Faisal sendiri yang mengatakan apa yang ditulis sebagai tajuk entri ini.
Pada saya, jika ada sifat propaganda itu pun (dalam karya Faisal), ia hanyalah suatu perencanaan sampingan. Ada perkara pokok yang lebih besar dan penting yang dikemukakan oleh Faisal sebagai persoalan dan penyelesaian dalam karya-karyanya.
Sebagai pembaca, saya selalu mengharapkan penyelesaian daripada persoalan yang dikemukakan dalam karya - penyelesaian yang difikirkan oleh penulisnya, yang tidak semestinya sama dengan penyelesaian yang diingini atau dibayangkan oleh konsensus, penyelesaian di luar kepompong penulis-penulis lain.
Saya melihat sebuah karya sebagai suatu kertas yang dicerapkan pada sebuah peristiwa yang mungkin menghambat penulis. Kemudian, kertas cerapan itu diberikan warna. Warna itulah yang menentukan rupa sebenar karyanya.
Propaganda, pada saya, hanya terletak pada elipsis yang mungkin ada mungkin tiada dalam karya-karya tuan punya blog ini. Masalah persepsi, bukan?
Wassalam.
Post a Comment