
...dan ia bermazhab syiah tentunya.
Fantasi sains saya dalam 1511H Kombat kian menjadi kenyataan. Saintis Iran telah berjaya mencipta robot-manusia bernama 'Sorena 2' yang berjalan dengan dua kaki, boleh menyebut patah-patah perkataan Parsi dan melakukan beberapa aksi lain.
Sorena 2 dinamai berdasarkan pahlawan Parsi tahun 84 sebelum masehi, pendekar yang berjaya mengalahkan Jeneral Rom, Crassus di medan pertempuran Carrhae. Sorena 2 adalah setinggi 1.45 meter dengan berat 45 kilogram.
Sekumpulan saintis Iran memperuntukkan 10,000 jam untuk mencipta dan membina robot ini yang muncul ketika perasmian 'Industry and Mine Day' di Iran pada 3 Julai lalu.
Majlis tersebut dihadiri oleh Presiden Mahmoud Ahmadinejad.
Sorena 2 muncul setelah kejayaan 'abangnya' - robot bernama 'Sorena 1'.
Nampaknya, sekatan ekonomi terkini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atas inisiatif Amerika Syarikat ke atas Iran tidak dan jauh dari mendatangkan apa-apa hasil
Juga, nampaknya bukan Malaysia yang akan menempa tempat sebagai negara maju dan super power tahun 2020 nanti, tetapi Republik Islam Iran.
Saya menyarankan supaya pelajar-pelajar kita dihantar beramai-ramai untuk belajar sains di Republik Islam tersebut. Apatah pula sekian ramai saintis Islam zaman silam memang orang Parsi dan bermazhabkan syiah (opsssssss!!!). Produk peradaban (dalam hal ini robot) hanya dapat 'menjadi' apabila kita memahami epistemologi dan ontologi orang Iran (dalam hal ini syiah)*. Bukan apa, graduan yang kita hantar ke negara-negara Barat dan Timur (Jepun/Korea) apabila pulang hanya dapat menjadi pengekor. Mereka gagal menjadi pencipta.
Iran telah mencipta bir halal (lihat foto sisi), vaksin, nuklear, bom sendiri dan kapal selam. Kita? Enjin jet pun kena curi, kapal selam pun tak boleh menyelam. Nak naik ke angkasa melancong pun tumpang roket orang.
Orang Iran adalah pendokong 'al-Quran dan itrah nabi'. Orang kita? Tak ada sumber rujukan. Mungkin itulah sebabnya. Jemput baca Tuhan Manusia.
* OMG!
Fantasi sains saya dalam 1511H Kombat kian menjadi kenyataan. Saintis Iran telah berjaya mencipta robot-manusia bernama 'Sorena 2' yang berjalan dengan dua kaki, boleh menyebut patah-patah perkataan Parsi dan melakukan beberapa aksi lain.
Sorena 2 dinamai berdasarkan pahlawan Parsi tahun 84 sebelum masehi, pendekar yang berjaya mengalahkan Jeneral Rom, Crassus di medan pertempuran Carrhae. Sorena 2 adalah setinggi 1.45 meter dengan berat 45 kilogram.
Sekumpulan saintis Iran memperuntukkan 10,000 jam untuk mencipta dan membina robot ini yang muncul ketika perasmian 'Industry and Mine Day' di Iran pada 3 Julai lalu.
Majlis tersebut dihadiri oleh Presiden Mahmoud Ahmadinejad.
Sorena 2 muncul setelah kejayaan 'abangnya' - robot bernama 'Sorena 1'.
Nampaknya, sekatan ekonomi terkini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atas inisiatif Amerika Syarikat ke atas Iran tidak dan jauh dari mendatangkan apa-apa hasil
Juga, nampaknya bukan Malaysia yang akan menempa tempat sebagai negara maju dan super power tahun 2020 nanti, tetapi Republik Islam Iran.
Saya menyarankan supaya pelajar-pelajar kita dihantar beramai-ramai untuk belajar sains di Republik Islam tersebut. Apatah pula sekian ramai saintis Islam zaman silam memang orang Parsi dan bermazhabkan syiah (opsssssss!!!). Produk peradaban (dalam hal ini robot) hanya dapat 'menjadi' apabila kita memahami epistemologi dan ontologi orang Iran (dalam hal ini syiah)*. Bukan apa, graduan yang kita hantar ke negara-negara Barat dan Timur (Jepun/Korea) apabila pulang hanya dapat menjadi pengekor. Mereka gagal menjadi pencipta.
Iran telah mencipta bir halal (lihat foto sisi), vaksin, nuklear, bom sendiri dan kapal selam. Kita? Enjin jet pun kena curi, kapal selam pun tak boleh menyelam. Nak naik ke angkasa melancong pun tumpang roket orang.Orang Iran adalah pendokong 'al-Quran dan itrah nabi'. Orang kita? Tak ada sumber rujukan. Mungkin itulah sebabnya. Jemput baca Tuhan Manusia.
* OMG!



19 comments:
woww...hebat saintis Iran!
Saya pernah menulis tentang robot di
http://www.majalahsains.com/2010/01/robot-hidup/
http://www.majalahsains.com/2010/07/robot-mikro-dalam-pembuluh-darah/
menarik...sungguh menarik... emm.. boleh saya taw mana nak dapatkan novel 1511H tu...? saya da cari kat merata tempat dr dulu ag... xjumpa pon... =(
like2..
Assalamualaikum wbt. Hj. Faisal.
Sekian lama tak meninggalkan komentar (meskipun hari-hari menjengah); kali ini tak terelakkan lagi.
Pernah seorang pandai agama memberitahu saya begini. "Kita bukan saja perlu yakin kepada kemampuan kita, malah perlu yakin bahawa Allah akan bersama dan menolong kita, hamba-Nya yang benar-benar pasrah kepada-Nya." (Bukan setakat bercakap saja: Aku yakin.)
Contoh yang ekstremnya begini. "Dalam menangkis serangan dan memerangi pihak Kuffar, kita tidak harus takut dengan senjata sofistikated yang dimiliki mereka. Kita harus yakin dengan senjata milik kata dan juga (yang paling perlu) kita harus yakin dengan seyakin-yakinnya bahawa kita punya senjata rahasia - Allah Maha Perkasa - yang akan membantu kita."
Pokoknya kita membina keyakinan 100% kepada Allah itu dahulu. Caranya?
Tampaknya Iran sudah menemukannya lebih dulu daripada kita! Apa kelebihannya? Adakah pegangannya (syiah)? Sesungguhnya kita harus mengakui yang benar! Dan sesungguhnya kita perlu bersatu (Bukan setakat bercakap saja, tapi tak berbuat; mengekor Kuffar ke sana ke mari!)
Untuk bersatu perlu ada ketua. Siapa? Tentulah yang paling yakin dan paling beriman, yang paling berilmu. Segala tanda tampaknya mengarah ke Iran. Akui sajalah. Jom bersatu!
Wallahuaklam.
tak sebut ke pasal Ayatollah Mohammed Hussein Fadlallah ... selalu belasungkawa ni mesti ada kat blog ni
Tabik Ahmadinejad!!!
Salam.
"Yet 500 years previously our own great astronomer and mathematician Omar Khayyam of Nishapur (flouruit 2nd half of 11th century AD, when William the Bastard was conquering England) had provided Iran with the Jalali Calender which enables us to start our new year not merely on the day, but on the exact hour, minute, and second that the earth terminates one orbit and starts another round the sun at the vernal equinox! How few Westerners know this! They think of him as a poet, though he was an indifferent one, but do not realise that if they picked up his wisdom they might have avoided all their Gregorian alterations of the Julian calendar, and the loss of their '11 days'!" - Musavi Lari, Western Civilization through Muslim Eyes:72
Alas, what more is there to say?
Wassalam.
Ada rakan facebook dari Iran mmengingatkan saya jangan terlalu percaya dengan kehebatan Iran dan Ahmadineejad.
Banyakkan membaca dan mengkaji situasi sebenar yang berlaku di Iran katanya..
majalahsains
kawan facebook sdr itu tentu ahli mko. cadangan saya kepada sdr, berhenti membaca tentang iran sahaja - pergi ke sana dan lihat sendiri.
salam kepada tn. hj. FT,
terima kasih kerana berkongsi maklumat sensasi ini.
pencapaian berteraskan semangat Husayniah seperti inilah yang paling ditakuti oleh syaitan2 besar dan juga pendokong terang/gelap mereka di seluruh dunia (termasuk malaysia).
walaupun menerima tekanan politik dan ekonomi di peringkat antarabangsa dari pelbagai pihak yang agak skeptikal terhadap kewujudan revolusi islam iran, pencapaian2 seumpama ini akan terus membakar semangat masyarakat dunia untuk mencarigali DI MANAKAH KITA SELAMA INI?
aduhai warga negaraku sekalian, ayuh kita bangkit bersama, tegakkan pegangan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAWW yang diwarisi tanpa cemar oleh keturunan Ahlul Bait baginda yang suci sesuci sucinya.
masa yang saling ditunggu semakin hampir, apakah warga negaraku sekalian sudah bersedia?
assalamu'alaykum...ada pula arak halal?macam mana arak ada yang halal pula (2:219) di mana boleh saya tahu maklumat lanjut tentang 'arak halal'? Rasa membahayakan ummah saja arak halal ni
ada orang tak tahu beza arak dengan bir. suruh mengaji kimia tak lepas.
maaf bley x nak tahu ape beza arak dan bir?
n bir halal ni sudah ade kt malaysia ke?
seni yang lembut boleh bersatu dengan jiwa keras,memang kurniaan yang hebat.
cukuplah kagumi kehebatan saintis Iran,bukan fahaman yang dianutinya.
better to be unknown,
sesuai dengan nama saudara di atas - ya bir itu sudah ada di malaysia malah dipasarkan di mihas. Dato seri najib pun ada mencubanya.
saya sendiri beli berdozen-dozen. pagi petang siang malam saya tonggang bir ini. sedap rasanya ada perasa peach, delima, epal, limau dan lain-lain. mereka minta saya jadi duta produk tetapi saya menolak dengan baik.
assalamu'alaykum,saya tersilap pandang "arak halal" rupanya "bir halal".minta maaf.major kursus saya kimia.cuma kadang-kadang istilah-istilah menyebabkan orang terkeliru,mungkin yang cuba dimaksudkan dari bir itu adalah jus buahan2 yang tidak memabukkan,atau mungkin gaya pembotolannya halal, atau mungkin hasil 'fermentation process'nya menghasilkan sesuatu yang halal,tetapi jika anak-anak remaja yang dirisaukan adalah, mereka terkeliru.lalu terikut gaya hidup yang mungkin terkeliru juga
Bukan suruh belajar KIMIA tak habis. Tapi dalam Al-Quran ada menyebut bahawa kita kita tidak boleh meniru orang kafir atas perkara-perkara yang haram. Kenapa harus membuat bir yang rupanya seperti arak? Kenapa botolnya seperti arak?Walaupun tidak punyai alkohol tetapi menyerupai tabiat orang kafir meminum arak.
Pernah membaca mengenai pengharaman arak bagaiamana ketika zaman Rasulullah SAW?
lagi satu..jika saudara mengatakan bir 'arak' ini halal, tidakkan kita risau akan anak-anak muda yang meminum bir 'arak halal' ini akan mencuba pulak botol-botol arak yang lain. tidak mustahil kerana mereka sudah mencuba meminum arak yang halal dan sudah pasti cuba pula arak.
Harap penjelasan dari saudara. kita cuba membuat perbincangan secara ilmiah dan kupasan-kupasan yang baik. terima kasih
knapa nk ikut barat...akn timbul kekeliruan esp pa yg susah nk dpt info sbenar.better buat kajian tentang susu..nabi kan pilih susu dr minuman yg lain.
Post a Comment