














Tiada lelaki boleh masuk dan menaiki bas untuk wanita di Iran, melainkan kanak-kanak ditemani penjaganya. Selamat. Wanita terpelihara. Tak kena raba. Tak perlu tersepit di celah ketiak lelaki. Tak perlu meloloskan diri dan melagakan anggota badan dengan lelaki asing. Malah pemandunya pun perempuan bukan lelaki. Cadangan untuk RapidKL jika serius memberi 'kelebihan dan keselamatan' untuk wanita maka contohilah Iran.
Itu belum lagi dikira teksi untuk wanita sahaja di Iran. Jadi wanita mereka tak perlu berasa takut mengambil teksi untuk pulang atau ke mana-mana pada waktu malam. Hati mereka tak berdebar. Hati orang lelaki selaku suami atau ayah pun tak bimbang.
Itu belum lagi dikira teksi untuk wanita sahaja di Iran. Jadi wanita mereka tak perlu berasa takut mengambil teksi untuk pulang atau ke mana-mana pada waktu malam. Hati mereka tak berdebar. Hati orang lelaki selaku suami atau ayah pun tak bimbang.Argh, memang sesat syiah Iran ini. Mereka benar-benar ikut ajaran Nabi!



25 comments:
peh..
saya menyokong anda meng highlight kan ciri2 islamik d iran. tapi nape nak tekankan syiah sangat? tegaskan sebagai orang islam tak boleh ke? nape saudara x menyuarakan pasal palestin? asyik syiah je. saya tau nak satu padukan syiah n asj.nak buang anggapan buruk pd syiah. tapi nape asyik syiah?
Salam.
Ana ada mengikuti 'kisah teksi untuk wanita' melalui rancangan 'Don't Tell My Mother I'm in Iran' di saluran National Geographic.
Ya,benar. Untuk mengaplikasikan Islam ni mudah sebenarnya. Msia pasti saja boleh buat seperti ini, nak ke tak nak saja soalnya. Allah menjamin lebih keselamatan jika kehidupan diatur dengan baik mengikut syariatNya.
Semoga akan tiba saat dapat dilihat Islam dapat berpaksi benar2 mengikut syariatNya di Msia ini, ameen ya Rabb! (Walau kini hanya impi moga nanti jadi pasti)
Wallahu'alam.
Salam.
Saya setuju jika di Malaysia ni dibuat bas dan teksi serta pengangkutan2 awam yang lain khusus untuk wanita sahaja.
"Argh, memang sesat syiah Iran ini. Mereka benar-benar ikut ajaran Nabi!"
Apa maksud di sebalik kata2 terakhir ni? errr..konpius.. *_*
saya ke seremban dengan komuter gerabak pink...dari KL sentral ke midvalley sahaja ada penjaga gerabak yg menguatkan suara meminta yang bukan wanita utk turun dan berpindah ke gerabak sebelah...selepas itu, sepanjang perjalanan ramai sahaja yang bukan wanita turut serta dalam gerabak tersebut..
Memang sesat! Sesat sungguh! Iskkk!
Salam FT,
Mengimpikan apa yg ada di Iran umpama mengimpikan pasukan Malaysia memasuki pertandingan bola sepak Piala Dunia, barangkali.
Saam-samalah kita berdoa.
Fullamak! Buka enjin pakai 'kitten heel'. Tabik spring!
Di sebuah negara yang 'kuat' ikut Nabi tu perempuannya tak boleh bawa kereta langsung. Betul ke?
faizah,
memang tabik spring hahaha..saya nak tukar tayar pun terkial-kial.
Askm. Izinkan ana beri pendapat.
Bagi ana jangan salahkan syiah sahaja xtreme, ada juga sunni yang xtreme. Sehingga hendak mengejar kemajuan pun susah dan haram sana haram sini.
Tapi tak dinafikan juga ada syiah xtreme.
Cuma ana mohon penjelasan En.Faisal dalam menjawab pandangan dalam blog ini http://www.salafimalaysia.com/
mengenai syiah
dahsyat!
pengalaman sendiri tatkala berebut menaiki LRT setiap pagi utk ke tempat kerja..adduhh..mmg menjengkelkan bila mana terpaksa bersesak sesak dan pernah cuba diambil kesempatan..hurmm...bilamana diri dikuasai emosi..hati telah mati dr menerima kebenaran,itulah yg berlaku di kalangan masyarakat kita.Buat sahabat2 yg anti iran dan anti syiah,bukan ingin mengagungkan syiah dan iran..tp bagaimana jika kelompok itu model yang terbaik?bila yang dilabel sesat lebih maju dan terpelihara hurm..psdyi ada sesuatu yg perlu diselami +dipelajari dr komuniti ini kan?
caririzqallah - sila ke sini www.pedulipalestina.blogpost.com
bende yang ni kalo dalam list aku mungkin tersorot la sikit .. kite org Islam selalunye priority senget .. mmg la elok wat camni .. xleh nafikan .. tapi ade bende yang lagi serius kite wat pekak badak .. kite da jadi mcm org kafir jugak ..
Knape kita xnak kumpulkan part of our resources to start anew ..start fresh .. kita dah jauh menyimpang dari Islam .. kita bukan kurang cerdik pandai dari kalangan muslimah yang boleh di latih untuk menjadi doktor .. jadi pakar perbidanan .. jadi bidan ... kenape kite mesti ikut cara org kafir ..
Instead of building more mosque everywhere .. why not we start a maternity college .. to train our post SPM student to be maternity nurse .. why not we build special hospital for our mothers .. daughters .. wives ... staffed by women doctors only ..
we have deviated .. this is the way it should have been ... what is happening now must not be allowed to prosper ..
We are not sensitive enough.. man .. husband should be more sensitive to the going on inside the privacy of the doctor's room ..
women dont usually talk to us what happen behind close doors ..wake up all men ..
We must not forget about desire .. about lust ...
Here we talk about bus and train ... so mediocre ...its good .. i give due credit .. but we have far more extremely serious matter that we should address... otherwise Islam is just like any other religion ...
this is the good value of Islam that I think a good thinking sensible non muslim would even lend their support ...
We must start now ..
Ya Allah ...
If this is the way life is then I dont want to be a part of it ...
Kata - kata ayatullah khoemoni, La syiah, wa la sunniah, Jumhur Islamiah! adalah kata-kata agung yang sampai sekarang gagal disambut baik oleh mana-mana tokoh sunni, (wallahualam betul atau tak, tapi saya dapat tahu katanya sekarang di Iran, tidak lagi dianjurkan penghinaan terhadap sahabat(khulafa ar rasyidin), malah siapa yang menghina ummul mukminin boleh didakwa, dan mereka membaca quran yang sama dengan kita), kiranya info ini betul, Bodohnya kita yang sunni ni!, mengaku sayang dan cinta Rasulullah, keluarga dan sahabat terdekatnya tapi nak bela Islam, bersatu atas nama Islam, nak buat apa tentang Islam pun payah!! Apa la bengap sangat kita ni tuan FT. Mudah-mudahan Allah bersama dengan tuan, P/S, sudi tak kalau nak aturkan pementasan kopitiam ghadir di kedah?
Salam Saudara Hj Faisal
bila saya membaca entri saudara saya melihat iran disisi yang lain, yang saya kagumi. tetapi bila saya berkawan dgn rakan2 syiah iran dari 10 orang kawan2 iran saya 9 daripadanya mengatakan al-Quran itu salah dan mungkin ditulis oleh manusia, bukan Allah serta beberapa perkara yang sangat bertentangan dengan ahli sunnah. dan ini telah menyebabkan persepsi saya terhadap syiah berbeza walaupun saya masih boleh berkawan dgn mereka. adakah saya berjumpa dengan golongan syiah iran yang lain dari yang saudara gambarkan di entri sudara?
Huh, harap-harap orang kuat RapidKL dan Metrobus akan terserempak dengan entri dan membacanya ... lantas terbuka hati untuk mencontohi perkhidmatan awam sebegitu. harap dapat jadi macam pemandu bas wanita itu yang kelihatan serba tahu urusan teknikal bas. cayalah!
saiduna ali dilawan oleh sahabat sendiri kerana melawan rasulallah semasa rasulullah menyuruh beliau memadam bismillah dalam perjanjian hudaibiyah.
jana
mereka yang menolak quran bukanlah Islam meski mereka syiah atau sunni.
saya ada kawan SUNNI di jalan telawi yang mengatakan al-quran itu hanya teks. pemimpin mereka mengatakan Rasulullah saw itu hanyalah seorang ketua untuk sebuah daerah sebesar bukit beruntung (mereka merujuk kota madinah). Saya kira mereka biadab mereka sunni tetapi biadab. tapi adakah kita akan kata mereka sunni sesat. kita akan katakan mereka islam yang sesat, menghampiri ateis. jadi ada sahaja syiah yang kurang ajar, dan mereka sesungguhnya bukan syiah, dan bukan Islam.
sebarang idea liberal yang bertujuan untuk merosakkan Islam janganlah kita anggap mereka mengenengahkan idea Islam. jadi tidak timbul lagi samada mereka sunni atau syiah sekalipun!
salam..
Akhi faisal.
tahniah atas artikel yg sangat menarik ini..
Syiah juga yg dihighlight kan..halus sungguh jarum itu.
Jika martabat wanita yang ingin diangkat,maka itu hanyalah pembohongan.Selagi nikah mut'ah menjadi rukun agama,maka tidak ke mana perjuangan untuk wanita itu!!
Lidah keji mereka tak akan sesekali bersih walau dibasuh dengan tujuh lautan air,selagi mana mereka tidak berhenti mencaci maki ummahatul mu'minin yang mulia.
La'natullah 'ala ar-rafidhah!!
nasaei
"Jika martabat wanita yang ingin diangkat,maka itu hanyalah pembohongan.Selagi nikah mut'ah menjadi rukun agama,maka tidak ke mana perjuangan untuk wanita itu!!
Lidah keji mereka tak akan sesekali bersih walau dibasuh dengan tujuh lautan air,selagi mana mereka tidak berhenti mencaci maki ummahatul mu'minin yang mulia.
La'natullah 'ala ar-rafidhah!!"
0. Menyediakan bas untuk wanita bagi menjaga kehormatan mereka dikira pembohongan? saya kira sdr kurang waras. wanita bukan Islam pun akan gembira jika ada pengasingan begini.
1. Sdr, kalau sdr ke Iran dan berjalan di bazar lalu tertarik dengan mana-mana wanita sambil beritahunya bahawa sdr ingin muta'h dengan perempuan tersebut (syiah), saya rasa sdr akan kena flying kick dengan mereka. Saya bukan expert tentang mut'ah, tapi pada pendapat saya nikah misyar jauh lebih merendahkan martabat wanita.
2. ummahatul mu'minin yang mulia adalah gelar anugerah Allah, setahu saya syiah sendiri mengakui perkata tersebut. saya tak tahu sdr merujuk kitab mana yang syiah menghina ummahatul mu'minin, saya ingin ingatkan sdr apabila salman rushdie menghina isteri-isteri rasulullah saw dan mengaku bahawa beliau mendapat idea itu berdasarkan sumber sunni, orang pertama yang mencabar rushdie dan mengeluarkan fatwa mati terhadap rushdie ialah imam khomeini.
3. halakanlah laknat sdr kepada zionis, Amerika dan sekutu Amerika seperti Mesir dan saudi yang tidak berbuat apa-apa terhadap isu Palestina.
Benarlah kata-kata Saidina Ali ibni Abi Talib, "Manusia itu memusuhi apa yang tidak diketahuinya."
Nikah mut'ah, jika mahu didebatkan, tidakkan mencukupi di ruang yang ini. Lebih baik, mencari dan memahaminya sendiri, sebelum menghukumnya; tetapi syaratnya, dengan fikiran terbuka.
Betullah sdr Faisal, jika ada yang beranggapan semudah itu mahu bernikah mut'ah dengan wanita Iran, dia sepatutnya berfikir berulang kali; kerana wanita Iran bukan sebarangan wanita.Silap-silap selepas bermut'ah, dia tidak boleh balik pun ke Malaysia.
Dan apabila membaca lebih lanjut, nikah mut'ah inilah yang menguatkan jiwa wanita syiah untuk tidak terlibat dengan sebarang lelaki, dan memikirkan pelbagai syarat jika ada lelaki yang hendak bernikah mut'ah dengannya. Jadi, tak payah berangan-angan hendak bernikah mut'ah tak tentu pasal. Kelak merana badan.
Martabat wanita? Boleh fikirkan martabat wanita sunni kita yang terjebak dengan perzinaan? Rasanya itu yang patut lebih kita risaukan berbanding amalan nikah mut'ah syiah yang ada 'rules and regulations'nya.
Wassalam.
"Martabat wanita? Boleh fikirkan martabat wanita sunni kita yang terjebak dengan perzinaan? Rasanya itu yang patut lebih kita risaukan berbanding amalan nikah mut'ah syiah yang ada 'rules and regulations'nya." ---> Hahaha! Hmm.. :-)
Disarankan gerabak Khas Wanita KTM tu dicat serba PINK...Luar dalam.. 1, senang sikit nak nampak n kenal gerabak tu. Tak lah asyik tersalah masuk jer. 2, barulah kaum Adam tu termalu tersesat dlm gerabak PINK tu...
p/s : makin selalu ternampak pemandu teksi wanita. Kagum..perlu tabah dan berani tu. Bukan sedikit kisah2 cabaran jd pemandu teksi ni
MushroomCute
tp kepada pemandu wanita itu juga merbahay.. bwk teksi sorg2 malam2
Post a Comment