
Perhatian semua. Saya sudah insaf kali ini.
Akhirnya saya pasrah. Saya mengaku kalah. Betullah...
Hakikat bahawa penganut sunni ditindas di Iran sememangnya tidak benar dan merupakan pembohongan Barat yang membencikan perpaduan Islam.
Saya ingin membuktikannya dengan foto-foto di bawah ini.
Ini adalah kisah sebuah sekolah di sebuah kampung bernama Mahneshan, di wilayah Zanjan yang mempunyai populasi orang Kurdish yang bermazhabkan ahlus sunnah wal jamaah (Syafie). Populasi di kampung ini ialah cuma 8 keluarga. Dan sekolahnya ada seorang pelajar sahaja. Iaitu kanak-kanak perempuan yang anda lihat ini. Beliau adalah seorang sunni (lihat sahaja cara solatnya sudah menjelaskan segala-galanya).
Ini guru perempuan yang mengajarnya. Datang dari Tehran, seorang syiah. Dialah guru. Dialah pengetuanya. Kanak-kanak sunni-kurdish ini dijemput dan dihantar pulang supaya selamat.
Wahabi Taliban di Afghanistan seperti kita maklum melarang perempuan mengajar dan belajar. Di Arab Saudi pun kita tahu mereka tidak mahu memberikan hak kepada wanita secara saksama.




Di Iran, sebuah negara syiah, seorang kanak-kanak sunni tetap diajar dan diberi hak belajar yang sama seperti orang lain. Allahuakbar. Benarlah ramai orang suka berbohong tentang syiah. Insaf saya melihat foto-foto ini.














Betul-betul menginsafkan. Tabik dengan guru perempuan tersebut. Menitis air mata saya kekaguman melihat semangat kanak-kanak ini untuk belajar walaupun tanpa kawan di sekolah. Kalaulah ada minoriti syiah di negara kita, mahukah seorang guru sunni misalnya mengajar seorang sahaja kanak-kanak dan memberikannya hak pendidikan yang sama sebagai seorang rakyat?
Lihat foto di atas ini pula. Mereka adalah kanak-kanak lelaki dari suku Qashqai di Iran. Mereka adalah orang nomad (macam Penan di negara kita). Mereka sekarang berada di daerah Lars berhampiran Firuzabad. Dan sedang menunggu 'sekolah mereka datang'. Hak mereka untuk belajar tetap tidak dinafikan. Kerajaan Islam-syiah Iran tetap menyediakan sekolah bergerak (kita di Malaysia barulah nak ada klinik bergerak). Kanak-kanak nomad ini adalah sunni berbangsa lars (serumpun dengan orang Turki). Kebanyakan mereka berada di Lurestan, selatan Kurdestan, dan wilayah Kermanshah dekat dengan Iraq. Terharu saya melihat kesungguhan budak-budak ini menghias kelas dan sebagainya.





























Meski nomad, sunni, anak penggembala - hak mereka untuk belajar tetap diutamakan.
Saya tidak tahu, orang Penan di dalam hutan kita di Sarawak adakah mendapat hak belajar seperti anak-anak kita di Kuala Lumpur atau tidak. Dan kita, kita mengaku ingin maju dalam tahun 2020. Dan kita mengaku kita hadhari.
* Kepada ustaz-ustaz sunni dan wahabi yang suka menabur fitnah. Hentikanlah. Tiada manfaatnya untuk ummah. Foto-foto Masjid Sunni di Iran, di wilayah Bandar Abbas, di Harmazegan, sila klik sini.
Akhirnya saya pasrah. Saya mengaku kalah. Betullah...
Hakikat bahawa penganut sunni ditindas di Iran sememangnya tidak benar dan merupakan pembohongan Barat yang membencikan perpaduan Islam.
Saya ingin membuktikannya dengan foto-foto di bawah ini.
Ini adalah kisah sebuah sekolah di sebuah kampung bernama Mahneshan, di wilayah Zanjan yang mempunyai populasi orang Kurdish yang bermazhabkan ahlus sunnah wal jamaah (Syafie). Populasi di kampung ini ialah cuma 8 keluarga. Dan sekolahnya ada seorang pelajar sahaja. Iaitu kanak-kanak perempuan yang anda lihat ini. Beliau adalah seorang sunni (lihat sahaja cara solatnya sudah menjelaskan segala-galanya).
Ini guru perempuan yang mengajarnya. Datang dari Tehran, seorang syiah. Dialah guru. Dialah pengetuanya. Kanak-kanak sunni-kurdish ini dijemput dan dihantar pulang supaya selamat.Wahabi Taliban di Afghanistan seperti kita maklum melarang perempuan mengajar dan belajar. Di Arab Saudi pun kita tahu mereka tidak mahu memberikan hak kepada wanita secara saksama.




Di Iran, sebuah negara syiah, seorang kanak-kanak sunni tetap diajar dan diberi hak belajar yang sama seperti orang lain. Allahuakbar. Benarlah ramai orang suka berbohong tentang syiah. Insaf saya melihat foto-foto ini.













Betul-betul menginsafkan. Tabik dengan guru perempuan tersebut. Menitis air mata saya kekaguman melihat semangat kanak-kanak ini untuk belajar walaupun tanpa kawan di sekolah. Kalaulah ada minoriti syiah di negara kita, mahukah seorang guru sunni misalnya mengajar seorang sahaja kanak-kanak dan memberikannya hak pendidikan yang sama sebagai seorang rakyat?
Lihat foto di atas ini pula. Mereka adalah kanak-kanak lelaki dari suku Qashqai di Iran. Mereka adalah orang nomad (macam Penan di negara kita). Mereka sekarang berada di daerah Lars berhampiran Firuzabad. Dan sedang menunggu 'sekolah mereka datang'. Hak mereka untuk belajar tetap tidak dinafikan. Kerajaan Islam-syiah Iran tetap menyediakan sekolah bergerak (kita di Malaysia barulah nak ada klinik bergerak). Kanak-kanak nomad ini adalah sunni berbangsa lars (serumpun dengan orang Turki). Kebanyakan mereka berada di Lurestan, selatan Kurdestan, dan wilayah Kermanshah dekat dengan Iraq. Terharu saya melihat kesungguhan budak-budak ini menghias kelas dan sebagainya.




























Meski nomad, sunni, anak penggembala - hak mereka untuk belajar tetap diutamakan. Saya tidak tahu, orang Penan di dalam hutan kita di Sarawak adakah mendapat hak belajar seperti anak-anak kita di Kuala Lumpur atau tidak. Dan kita, kita mengaku ingin maju dalam tahun 2020. Dan kita mengaku kita hadhari.
* Kepada ustaz-ustaz sunni dan wahabi yang suka menabur fitnah. Hentikanlah. Tiada manfaatnya untuk ummah. Foto-foto Masjid Sunni di Iran, di wilayah Bandar Abbas, di Harmazegan, sila klik sini.



25 comments:
Sunni atau Syiah...
Kita adalah ISLAM.
Sdr FT,
Ini betul2 citer dongeng hayalan sdr mcm buku2 yg sdr tulis. Lain kali dgn gambar je tak cukup, buat live video lah baru canggih, baru orang terencat akal mcm sdr bole percaya.
Wasalam
Rasa seperti mahu tinggal di Iran.
"They sought to entangle Iran in sectarian strife, but they were unaware that the country’s Sunnis have always stood shoulder to shoulder with their Shia brothers and courageously defended the Islamic Republic against the arrogant powers"-Ayatollah Ali Khomenei
Komen Ali Khomenei terhadap keganasan di Zahedan.
Sunni+Syiah---> kekuatan luar batasan
Salam..
Tahniah kerana berjaya membuktikan bahawa Sunni benar2 'ditindas' sekaligus membatalkan para pencacai fitnah yg mdakwa kononnya Syiah membunuh/menzalimi sunni di Iran..
Cepat2 la bertaubat kepada yg masih lagi keras kepala..
salam semua
spesis yang menolak kebenaran memang ada di mana-mana, dan di setiap zaman. Rasulullah saw datang membawa mukjizat besar (al-Quran) yang penuh lojik disangkal. Rasulullah saw belah bulan pun tetap disangkal. benda ada depan mata tetap ditolak. jadi kita tak hairan kalau ada orang tetap menganggap Rasulullah saw dan kebenarannya sebagai dongengan khayalan.
Saya fikir hati En.'bwh' ni banyak tompok-tompok hitam la :-)
Macam ini sahajalah:
(1) Kita (sunni) menerima keIslaman Syiah Imamiah/Imam12/Jaafariyah kerana mereka mengucap 2 kalimah shahadah yang sama dengan kita. Kesimpulan mereka adalah Islam. Ini yang penting. Yang sesetengah dok label kafir/sesat tu pasal apa.
(2) Mereka menggunakan Al-Quran yang sama dengan kita dan sesetengah hadis Sunni diterima pakai oleh Syiah. Bezanya tafsiran/ijtihad berlainan.
Kesimpulannya, mereka adalah Muslim dan bersaudara dengan kita. Sedangkan Dr. Yusuf Qardawi pun membela Iran dalam isu nuklear dan (sunni) akan berada di belakang Iran sekiranya diserang Amerika.
Pentingkanlah perpaduan antara umat Islam bhai.
salam,
fitnah yang tidak berpenghujung adalah fitnah terhadap syiah
Kata Saidina Ali..
manusia menjadi musuh apa yang
tidak diketahuinya..
BWH ni mesti anak buah rasul dahri al wahabi sebb nampak sangat otak dangkal macam guru dia...come on la bwh, jgn la berfikir dengan kepala lutut, Allah bagi mata, telinga, dan otak supaya gunakan...betullah Firman Allah dalam surah AL Baqarah 1-15, org2 mcm bwh ni la,,,
Salam semua,
Drp roh Muhammad SAW diciptakan Allah segala ciptaan di alam makhluk yg sangat luas dan fana. Roh manusia diturunkan ke peringkat yg paling rendah iaitu alam manusia utk mentauhidkan Dia dan diutuskan rasulNya dan qalamNya sebagai panduan. Diberikan nur kebenaran kpd hambaNya yg Dia kehendaki utk menerima panduan tersebut supaya dapat menemui jalan rahsia utk kembali kpdNya dalam keredhoan.
Hakikat ini yg patut diambil berat kerana sebagai hambaNya yg tiada daya menentukan nasib seharus khauf dan raja'terhadap kehendak dan ketentuan Allah. Penyudahan apa yg bakal diterima.
Sesiapa yg berbuat atau berkias menolak qalamNya dan menidakkan rasulNya saw adalah roh yg belum menerima nur kebenaran dan masih kegelapan,masih mencari2 melalui fahaman karut lagi sesat yg dipengaruhi oleh hawa nafsu yg telah dirosakkan oleh iblis laknatullah.
Kuncinya bebaskan diri dari diikat oleh dunia yg penuh dgn hinaan dan celaan. Roh yg kegelapan memandang dunia ini dgn kepujian berkat dikurniakan sedikit kelebihan lalu dijangkiti penyakit riak dan ujub buta akan fitrah kejadian asal roh dan manusia.
Jadi kalau nak tau apa citer roh kita waktu ini, tanyalah pada Allah Pencipta roh yg Maha Agung.
Wabillahit-taufik walhidayah
Saudara Faisal,
Allahuakbar! Benar sekali kata-kata saudara itu!
salam,
saya pernah melihat saudara sebangsa saya bersolat mengikut mazhab Syiah, lalu hati kecil saya bertanya.
'Jika aku membenci perlakuan ibadatnya, adakah kerana aku menyayanginya sebagai saudara Islam, atau aku gelisah dengan peganganku sendiri?'
susah juga ye kalau kita nak satukan agama Islam ini? Patutlah banyak manusia yang ingin melihat penyatuan akhirnya termendap dek rasa putus asa.
Ya Allah, kuatkanlah hati kami, sepertimana kau kuatkan hati para nabi2 terdahulu. Amiin..
saudara bwh,
adakah saudara telah menemui hakikat kehidupan melalui haqul yaqin?
jika ya, alhamdulilah aku ucapkan..
Salam saudara Faisal,
Saya menganggap saudara syiah saya sebagai islam, yg saya tidak mahu ialah penindasan kerajaan iran terhadap sunni (jika benar)..tiada apa yg 'salah' mengenai syiah, cuma kerajaan iran sekarang ini sa7ya cakap mungkin ada penindasan sedikit terhadap sunni.
Yg dipertikaikan bukan lah fahaman syiah itu, cuma cara kerajaan iran yg mungkin menindas penganut sunnah. Tapi bagi rakyat golongan biasa iran, mereka tidak peduli pun sunnah atau syiah, janji islam, tetapi yg dipertikaikan adalah pemimpin atau pentadbi kerajaan iran, wallahualam...
Kita percaya pada Allah yang sama, Rasul yang sama, Quran yang sama, Menghadap Qiblat yang sama.
Kita Islam. Kita berusaha untuk berpegang pada Quran, dan Sunnah Nabi.
Seriously, kagum.
salam saudara yat. Bg saya, sebaik2nya kita dpt kn information yg betul. Dan sebenar2 information, prgi sendiri ke iran, cr org sunni, tanya depa sendiri btol ke sunni trtindas. Dasar kerajaan iran, tidak mendriskiminasikan mazhab dan agama. Jgn terlalu bnyk mendengar ckp mulut org, especially ustaz yg br balik dr timur tgh. Sy sendiri ada pakcik, lulusan mesir dan iraq. Sgt2 anti shiah. Bila saya tanya kenapa, dia ckp sebb shiah tindas sunni. Bile saya tanya, pernh ke pergi iran??? Dia jwb, tk pernah. So mana dpt information??? Dr guru di iraq. Padaha sebenarnya org oraq ni ada dendam sebb diorang pernah berperang dgn iran. Tu je
bagaimana pula dengan puak sunni dan puak syiah di iraq?? bole saudara faisal ceritekan sikit?? huu.. sebab banyak sangat pandangan sekarang.. so... blurrr.... pandangan saudara FT??
Faisal
Semoga Allah aw memelihara mereka dgn kekuatanNya dan semoga Allah aw memelihara kita dari hati yg gusar.
Kdg2 bila kita rasa kita hebat dan bijak maka tentulah sahaja kita melihat org yg lain lemah, namun saya yakin bhw jika telah kita menemui jln yg benar maka hati kta tidaklah menjadi cacat berprasangka, malah mencintai sesama makhluk apatah lagi sesama ummat. Teringat pula akan si pecinta yg merenung langit melihat Dia hingga sampai kepenghujung nafasnya hanya kerana cinta dia kepadaNya sebesar biji sawi cuma.
saya xpercaya bila manusia bernama "guru" dan sebetulnya adalah guru sanggup membezakan pelajarnya xkira bangsa dan agama...
untuk pengetahuan faisal malaysia ada bas /truck bergerak yg membawa pelajar ke skolah yg lebih kondusif/siap LCD/makmal komputer dan kebanyakan peralatan skolah pedalaman adalah lebih hebat dr di ibu kota ...saya boleh sertakan gambar jika mahu..yg membawa pula adalah askar yg sering dikatakan makan gaji buta..perihal sistem pendidikan sya yakin kita tidak pernah mengamalkan perbezaan..walhal kita sudah terlalu selesa dgn segala subsidi kerajaan dan masalah sekarang yang saya dan rakan2 hadapi majoriti pelajar malayu esp agak malas dan pandang enteng pada pelajaran akibat terlalu selesa biarpun berstatu fakir miskin dan anak yatim.bantuan sekolah melimpah ruah termasuk kepada penjaganya...pelajar sekarang tidak ada "stress" untuk berjaya.saya lebih suka membayangkan zaman saya susah dahulu dimana tidak dibutakan dgn kesenangan "tanpa usaha' @ bantuan kerajaan kerana kesannya hanya yg mendidik sahaja tahu.
Mungkin ramai yg tidak tahu bhw negara Iran mempunyai komuniti Yahudi terbesar kedua slps komuniti yahudi di jerusalem sendiri.. Dan pemerintahan Iran membenarkan kaum Yahudi di negara tersebut beribadah mengikut cara mereka.. Apatah lagi kalau Sunni.. Yg terang-terangan memang beragama Islam..
saya bukan syiah dan saya bukan wahabbi, cerita sunni tidak diganggu di majoriti syiah agak pelik bunyinya. perlu banyak bukti untuk dipercayai, tapi tidak mustahil
kurangkan perasaan sangka buruk dalam kehidupan.
InsyaAllah hadirnya Imam Mahdi suatu hari nanti untuk menyatukan Islam yang berbagai2 aliran ini...
Post a Comment