Video ini wajar ditonton oleh pemimpin kita (dari parti mana pun lah).
Pada minit ke 8:36 disebutkan yang Presiden Ahmadinejad hanya memiliki sebuah Peugeot tahun 1977 dan sebuah rumah berusia 40 tahun yang diwarisi daripada bapanya, rumah tersebut terletak di sebuah kawasan miskin di kota Tehran.
Pada minit 8:55 disebutkan gaji Dr Ahmadinejad adalah 250 dollar yang diterimanya dari Kementerian Pelajaran (kerana beliau masih seorang pensyarah bidang kejuruteraan di sebuah universiti).
Pada minit ke 9:02 disebutkan, apabila seorang wartawan Barat menyoal Presiden Ahmadinejad; 'Apabila anda melihat diri ke dalam cermin setiap pagi apakah yang anda fikirkan?' Presiden Ahmadinejad menjawab: 'Saya beritahu kepada orang yang berdiri di dalam cermin itu bahawa anda hanyalah orang gaji yang punya misi besar iaitu untuk berkhidmat kepada rakyat Iran. Kemudian pada video, menyebutkan Ahmadinejad membawa bekal setiap hari ke pejabat (yang disediakan oleh isterinya) dan kadang-kala beliau meninggalkan pejabat untuk membantu pekerja awam membersihkan sampah sarap di jalanraya.
Pada minit 8:55 disebutkan gaji Dr Ahmadinejad adalah 250 dollar yang diterimanya dari Kementerian Pelajaran (kerana beliau masih seorang pensyarah bidang kejuruteraan di sebuah universiti).
Pada minit ke 9:02 disebutkan, apabila seorang wartawan Barat menyoal Presiden Ahmadinejad; 'Apabila anda melihat diri ke dalam cermin setiap pagi apakah yang anda fikirkan?' Presiden Ahmadinejad menjawab: 'Saya beritahu kepada orang yang berdiri di dalam cermin itu bahawa anda hanyalah orang gaji yang punya misi besar iaitu untuk berkhidmat kepada rakyat Iran. Kemudian pada video, menyebutkan Ahmadinejad membawa bekal setiap hari ke pejabat (yang disediakan oleh isterinya) dan kadang-kala beliau meninggalkan pejabat untuk membantu pekerja awam membersihkan sampah sarap di jalanraya.Jadi mu, kalau mu tidak tahu malu; silakan mu mengaku diri pemimpin rakyat.



24 comments:
Masyaallah, he's really a personage! Great to be an example. Patutlah Allah memilih beliau sebgai Presiden. Cuma sayang, fahamannya agak tidak bisa diterima. Tapi inilah contoh sebhgian sifat Rasulullah dalam diri seorang pemimpin yang patut ada.
Saya tertarik dengan keperibadian Presiden Iran. thanks for sharing FT.. =D
yours
SH
Assalamualaikum. Pemimpin kita cuma akan berdrama swasta dengan berpura pura bersama rakyat bergotong royong hanya untuk di ambil gambar mereka oleh media.
Saya pernah solat Jumaat di Masjid Putra di Putrajaya.
Hero 1Malaysia datang lewat tetapi terus berjalan ke ruang yang dikhaskan di saf paling depan.
Berbeza sungguh dengan Presiden Mahmoud Ahmedinejad yang solat duduk di celah jamaah dan tidak pergi semberono ke saf depan.
Makanya, siapa sahaja yang berani meletak diri pada tahap paling bawah apabila sudah berada pada tahap yang paling selesa??
Bak kata ahli sufi, "Apabila sudah berada di puncak, jagan gadai nila-nilai kemanusiaan"...
Pemimpin hari ini begitukah??
wow!! hebat nye pemimpin nie.
Nak buat macammana tuan haji... pemimpin-pemimpin kita memang ramai yang tak tahu malu...
memang memalukan...
Salam,
Saya bukan apa, ada saudara yg mix iran-melayu (bapak dia syiah yg convert sunni, memang iranian) dan dia jugak boleh cakap parsi...saya nak bagutau satu saje, tapi saya tidak tahu la betul atau tidak, tentang iran ni. Perlu diingat ni hanya dari penglaman saya cerita dari orng, dan research dari internet, x pernah ke iran, tapi harap2 satu hari nanti boleh:
1. Banyak tulisan2 berkualiti kitab2 islam dari scholar sunni iran yg dahulu, masalah sekarang mana pergi semua?
2. Saksikan youtube ni:
http://www.youtube.com/watch?v=azGE1zNCIP4&feature=related
Ni scholar sunnni yg hidup di london, kena ancaman bunuh di iran..
3. Di tehran, tiada masjid sunnah (perlu kepastian di sini, saya x pasti, seblog sebab saya baca blog saudara ada)
4. Dilarang untuk menamakan anak Umar, abu bakar, aishah, muawiyah dsbgnya di iran...bagi syiah, sahabat x penting, ahlul bait sahaja diambil kira (tetapi bukan aishah)...
5. Menyambut perayaan dgn kepala berdarah dan meukul dada, sudah semacam batu caves pulak....
6. Sunnah di iran ditindas, hanya hidup dekat sempadan2 sahaja..
7. ada yg cakap iran 'need the media intention' yg semacam ini, sebabnya diroang kaya dgn minyak dsbgnya...
Tujuan saya nak dapatkan pandangan kedua2 belah pihak ini, kalo ikutkan islam, memang xdak sunni-syiah, tapi ini betul2 mengganggu saya....di satu sudut saya menyokong iran melawan israel, tapi jika benar la apa yg iran buat skrng, harap2 tuhan bagi petunjuk pada kita semua..
tahu tak apa....itu fungsi pemimpin luhur
nak ikutkan,rakyat yg bayar gaji.sepatutnya rakyat la boss
maaf jika salah cakap
Saya ada beberapa rakan dari Iran di ofis.
Kata kawan, ramai anak-anak muda kurang gemar kepada Ahmadinejad.
Komentar saudara ?
Bilakah kita akan dapat pemimpin serupa ini.
Tak mintak yg sama, tapi at least serupa.
rasa mcm tuggu kucing bertanduk atau malaysia masuk world cup.
subhanallah..hebatnya pemimpim mcm nie..mana nak cari kt malaysia ni..semua mengaku hamba rakyat waktu pilihan raya..x sedar mereka hanyalah hamba Allah..yg hina dan kerdil..melainkan mereka bertakwa kepadaNya
Kita boleh berbeza dalam politik,kita boleh berbeza dalam sastera,kita boleh berbeza dalam banyak persoalan Fiqh.Tapi akhlak yang baik,sifat merendah diri Ahmadinejad memang tak boleh dipertikai.Beliau telah menzahirkan makna "pemimpin berjiwa dan bersifat rakyat".
@ Shairazi:: Ukuran diterima atau tidak fahaman mereka bukanlah urusan kita. Mereka syiah hanya mengikut ahlul bait kerana memang itu yg disyariatkan oleh Rasululullah melalui hadis Tsaqalain..
@ Yat::
1) Saya tak tahu
2) Harus dibezakan antara scholar sunni dan wahabi.
3) Boleh godek blog saudara FT mengenai masjid Sunni. JUga boleh baca buku Travelog Iran.
4) Saya tak tahu
5) Menyambut hari asyura sehingga berdarah2 itu ke maksud saudara? Untuk pengetahuan, ulama2 Iran mengharamkan sebarang aktiviti yang mencederakan diri. Kalau ia dibuat di Iran, itu adalah kerana adat mereka bukannya ajaran syiah itu sendiri.
6) Sunni ditindas? Boleh baca buku Travelog Iran. Tidak ada penindasan kaum sunni di sana. Perlmbagaan Iran memberikan kebenaran utk umat islam beramal dgn mazhab selain syiah di sana.
7) Saya tak tahu
Anak muda tidak gemar ahmadinejad
----------------------------------
Sudah menjadi fitrah manusia, ada yang suka dan ada yang tidak. Yang suka ada sebabnya, yang tidak suka ada sebabnya. Contoh terdekat, kat Malaysia boleh lihat.
gua sangat kagum!!
gua sangat kagum dan teruja!!
salam nik,
ni maklumat yg saya x pasti, just dari cakap saudara dan research dari internet....agak susah jugak nak beza wahabi dgn sunnah...
kalo iran haramkan kepala brdarah2 tu, ok la....tu yg kita kena tapis segala maklumat sebelum kita percaya sesuatu cerita tu...maybe tu undang2 dulu dan maybe sudah diubah sekrang....tapi bnyk kena selidik dulu sebelum percaya iran ni...
pokonya, kena dengar cerita kedua2 belah pihak...kalo nak ikutkan hanya satu sahaja syiah yg difatwakan 'ISLAM' dari fatwa al-azhar (boleh google)...
kalo betul iran macam tu ok la, apa2 pun kita hanya mencari ilmu...
kalau nak baca travelog iran (yg semestinya dibuat oleh kerajaan iran), agak sukar saya nak percaya...tentu saudara faham maksud perkataan 'propaganda'?
yat
saya suka betul dengan perkataan dan konsep propaganda.
dalam sejarah islam, yang merekayasa propaganda bahawa keluarga ahlul bait tidak penting dan harus dipinggirkan adalah bani umaiyyah dan diteruskan oleh abbasiyyah.
punya hebat propaganda buruk terhadap syiah, kononnya pendiri mazhab itu adalah abdullah saba (yang telah dibuktikan secara akademik sebagai fiksyen).
punya hebat propaganda buruk terhadap keluarga Rasul - nak cari hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina fatimah zahra, saidina hasan dan husin dalam sahih bukhari dan muslim - takkan jumpa. kalau ada boleh bilang dengan jari!
demikianlah pedihnya ahlul bait rasul diburuk-burukkan.
dan ia berlangsung sehingga hari ini.
Sdr Yat,
Saya tidak tahu kalau ada Tavelog Iran yang lain. Tapi Travelog Iran yang saya baca ditulis oleh Dina Sulaiman, seorang sunni Indonesia, dan diterbitkan di Malaysia oleh PTS Millenia pada tahun 2009.
Cubalah cari dan baca. Barangkali sdr akan dapat melihat Iran dengan lebih baik. Selamat membaca.
salam,
saya menerima yg hadis sahih bukhari memnag x banyak riwayat dari ahlul bait, dan saya juga menerima pendapat syiah yg istilah khulafa' al rashidin memang tidak wujud (memang x sebut di dalam quran pun atau hadis)...cuma sekarang ini saya mempunyai sumber sekunder dari saudara saya yg half iran-melayu dan research dari internet (maaf, mungkin selepas ini saya akan lebih membaca buku atau kitab2 yg lebih tulen sumbernya)...saya juga boleh terima pendapat syiah yg sebahagian sahabat memang boleh dipertikaikan, lagiopun sahabat nabi itu sendiri manusia, hendak xnak menag x dpt lari dari membuat dosa, moga allah mengampuni dosa mereka...
macam saya x boleh percaya 100% statistik atau propganda dari kerajaan malaysia, begitulah juga tentang kerajaan iran..saya menganggap perpecahan pendapat antara sunni-syiah satu rahmat...cuma sedikit terganggu dengan sumber satu pihak sahaja, sebab itulah saya bertanyakan dari pihak yang satu lagi...
cuma lega terdengar jawapan saudara nik yg amalan kepala berdarah, pukul2 dada tu sudah difatwakan haram di iran, tu menjawap persoalan saya....tapi masih banyak lagi yg saya tidak tahu, dan sebab xtahulah kita belajar untuk jadi tahu...maaf sekiranya pandangan saya sedikit boas, maklumlah dengar dari orang yg rapat...tapi tidaklah pulak ambik 100%....
Yat, sebab itu jangan dengar tapi kaji. Lepas kaji,guna logik akal untuk tafsir. Salam 1Ummah :-)
saudara helmy,
yg didengar bukn ckp orng jauh, memng dari orng iran sendiri, yg memh fasih bhsa parsi....saya msh lg berakal waras nk tapis mana betul atau salah...mungkin lain dahulu lain skrng
Subhanallah...Masih ada lagi rupanya Pemimpin yg berjiwa hamba...
izin saya copy paste ayat di atas .
terima kasih .
Post a Comment