09 June 2010

Siapa Hendak Tolong Palestin?







Siapa?
Siapa hendak tolong Palestin?
Barisan mana mahu menolong tetapi dinasihati APCO?
Turki yang mahu menolong tetapi menganggotai NATO?
Pakatan mana mahu menolong tetapi menandatangani khianat Annapolis?
Mesir yang mahu menolong tetapi mengurung dan membilis?
Kasihan, terlalu ramai munafik Palestin.
Siapa percaya pada perdamaian?
Di sini tiada ranting zaitun dan merpati
Di atas rekod Israel hanya tahu satu bahasa takut
Hezbullah yang mempertahan maruah;
وَ لَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ
syiah Allah, Nasrallah.

Faisal Tehrani
Kuala Lumpur, 8 Jun 2010.


* Saya bosan dengan 'munafik Palestin'. Kalau benar mengaku mahu tolong Palestin, jadilah seperti al Marhum Imam Khomeini. Apakah sebabnya Imam Khomeini menjatuhkan Shah Iran? Dalam wawancaranya pada tanggal 17 Disember 1978, beliau ‎mengatakan, “Satu alasan mengapa saya berhadap-hadapan dengan Syah, ‎kembali pada sikapnya membantu Israel. Ia menjarah minyak umat Islam dan ‎memberikannya kepada Israel. Ini dengan sendirinya menjadi faktor penentangan ‎saya terhadapnya.”‎ Justeru, Revolusi Islam Iran berlaku kerana penentangan terhadap Zionis. Hari ini, selain republik tersebut, hanya Hezbullah menurut jalan yang sama.

13 comments:

Faizal said...

Tepat sekali Tuan Haji.

Dengan Iran sahajalah umat islam boleh bergantung harap setakat ini dalam menghadapi isu Palestin-Zionis. Yang lain kebanyakannya hipokrit

Hamba Ilahi said...

setiap kita tolong Palestin.

insyaAllah.

roasted kopi said...

Tuan, ingin tahu Annapolis tu perjanjian apa?

Kesan perancangan Zionis yang sangat sistematik dan licik, tiada siapa yang mengaku anti-Zionis yang tidak dapat lari daripada dicap sebagai seorang hipokrit. Termasuk orang biasa - mahu boikot barangan Israel atau barangan Israel-sympathiser? Mampukah kita?

elmaaniq said...

tulisan jawi dalam blog tuan kecil-kecil benar. mohon diperbesarkan agar mudah dibaca.

HanaHjIshak said...

Allahuakbar....

hanya mampu memberikan sokongan moral dan material...

asyMok_Aambo said...

kekuatan itu dari NYA
ahlul Bait agung di sisi DIA.

mohd ihsam zainuddin said...

semua umat islam perlu bersatupadu di bwh kepimpinan "imam".umat islam yg lari dari imam amat mudah diratah oleh 'serigala-serigala' zionis dan yahudi di serata dunia.Buangkan asabiyah dlm diri,keluarga dan negara seluruh umat islam.berpeganglah kpd al-quran dan ahlul bayt rasulullah s.a.w ,pasti allah berikan berbillion keberanian dlm diri kita,hati kita ,perbicaraan kita mahu pun kekuatan fizikal kita.contohilah iran yg sepanjang masa berhadapan dgn sekatan ekonomi .hizbullah di lubnan yg berjaya menghalau israel dr bumi lubnan juga tidak mempunyai apa-apa kekuatan samada dr segi ekonomi mahu pun sumber material yg lain.allah mencampakkan semangat berani ke dlm diri mrk w/pun mrk tahu,mrk serba kekurangan.panggilan syahid tidak dpt mrk tolak dlm diri mrk sendiri bahkan mrk semakin haus dan lapar kpd kematian!!!!!!!!! itulah yg ditakuti oleh israel laknatullah.............labbaika ya hussin labbaika ya hussin labbaika ya hussin

Faiz As-Syirazi said...

Allahuakbar!!! Moga2 suatu hari nanti mereka akan nampak kebenarannya.

Admin said...

siapa lagi?

hanya Allah yg mampu menolong.

sekuat mana Iran, sekuat mana Hezbullah, jika tidak diizin Allah, tetap tidak mampu menolong.

ayuh kembali menolong agama Allah. itu sahaja.

Faisal Tehrani said...

encik admin
anda penganut faham jabariyyah? eloklah bertaubat.

Admin said...

saudara faisal,

siapa yang menganut jabariyah?

saya tidak menafikan usaha,
benarlah siapa yang menolong agama Allah, Allah yang akan menolong Palestin,

tidak hanya berharap Iran dan Hezbullah sahaja kan?

ya, siapa sahaja, termasuk kita!

Tuan Batu said...

kalau Iran hebat sangat, mengapa Iran tdk menghantar tentera menolong Palestin ?

Faisal Tehrani said...

Tuan Batu,
saudara tak baca berita dan tonton al-jazeera ke? foto ayatullah khamenei dan ismail haniyeh itu tak memberi apa-apa erti ke?