23 June 2010

Pesan Untuk Sahabat Yang Punya Masalah

“Anak muda yang dikasihi, pasanganmu adalah seseorang yang telah menghubungkan hati, jasmani dan nasibnya. Dengan sepenuh hati, saya mengucapkan tahniah kepada anak-anak yang saya kasihi sekalian. Saya berpesan, hendaklah kamu mencurahkan kasih sayang kepada pasanganmu. Setialah dengan mereka dan selaraskan dirimu dalam urusan satu sama lain.

Hindarilah kerumitan hidup bersama, dengan mengabaikan kekusutan kecil dan tidak penting. Semoga Tuhan menganugerahkan padamu kesejahteraan, kegembiraan dan ketinggian rohani. Moga dikurniakan kepadamu tumpuan kehidupan; yakni anak-anak tercinta yang sihat, soleh serta menjadi penyinar." - Ayatullah al Uzma Ali Khamenei.

Kebahagiaan yang sedemikian rupa tidak akan wujud kecuali di bawah naungan takwa kepada Allah dan mencintai Allah di waktu terang-terangan dan rahsia di waktu ghaib dan waktu syahadah. Lantaran itu tenteramlah jiwa suami dan ia berpuas hati kepada isterinya dan yakinlah ia bahawa isterinya hanyalah untuk dirinya sendiri sahaja, yang memelihara diri walaupun beberapa lama ia terpisah dari isterinya. Demikian juga sikap isterinya terhadap suami dibaluti dengan sepenuh kepercayaan itu. Di dalam suasana bahagia yang demikian, syaitan dari bangsa jin dan manusia tidak mempunyai jalan untuk mengganggu dan menggoda keduanya. - Al-Marhum Ustaz Mustafa Masyhur, Mursyidul Am kelima Jamaah Ikhwan Muslimin .

5 comments:

tembakau said...

cukup tepat utk diri dalam keadaan kalut sebegini. terima kasih.

0711699 said...

jemput komen dan beri pandangan kandungan isi sajak saya.saya begitu kagum dgn abang faisal tehrani.karya yang berani dan boleh berbicara dari segala segi.mohon tunjuk ajar..

zahra said...

Salam.

"... Bila fitrah keimanan menguasai hati dan hati dipenuhi dengan cinta kepada Allah, lalu isitiqamah, cinta dan akal akan berada pada satu jalur, berjalan bersama untuk mencapai satu tujuan. Saat itu, cinta menyempurnakan dan menguatkan keputusan akal. Sebaliknya, akal pun dapat menghalang-halangi cinta dari sikap-sikap ekstrem dan penyimpangan. Namun, bila keinginan hawa nafsu yang menguasai hati, cinta berubah menjadi pelaksana keinginan-keinginan tersebut. Saat itu, cinta berubah menjadi penyakit yang membahayakan." - al-buthy, 2010:133

Tidakkah terfikir olehmu yang suami dan isteri itu bagaikan akal dan cinta?

Wassalam

nadiah said...

suatu pesanan yang dapat memberi petunjuk di kala kita dalam gelita..

p/s:sy ingin mengucapkan terima kasih atas pertimbangan tuan kerana memberi peluang kepada saya untuk menuntut di ASWARA...

Ibrahafiza said...

Assalamualaikum saudara Faisal Tehrani...
sebelum memulakan apa2 bicara, saya mau memohon kemaafan kerana kata2 saya ini lari daripada tajuk post saudara..
Ceritanya bermula begini..
di satu ruang forum yang dikenali sebagai "CAR*" terdapat satu thread yang menyatakan tentang Freemason dan perbincangan tentangnya.. "Tuan Tanah" tersebut galak menyatakan Freemason hebat dan itu ini. sayangnya saya percaya Tuan Tanah tersebut adalah seoang muslim. apa yang saya baca daripada buku-buku dan sy dengarin, Freemason bukanlah satu pergerakan yang baik..
Disini, saya merayu saudara untuk mengulas tentang freemason ini kerana saya betul2 tidak mengerti tentangnya. Tuan Tanah tersebut juga mengatakan link2 yang menyatakan keburukan Freemason adalah palsu begitu juga buku2 tentang Freemason di pasaran.
Hal ini berikutan bangunan Freemason yang terdapat di JB. Itu menambahkan kerunsingan saya. Apakah freemason begitu diterima di Malaysia sekarang?
Mohon kerjasama saudara untuk menjelaskannya dengan lebih mendalam supaya sy lebih jelas tentangnya...
terima kasih
Terima Kasih